Anda di halaman 1dari 5

ANALISIS SWOT

Strength

Setiap tugas telah dihagikan secara sama rata dan adil kepada setiap
ahli jawatankuasa. Semua ahli jawatankuasa telah mendapat kerja

Weakness

yang sama rata.


Semua perkakasan telah disediakan lebih awal dan lengkap semasa

hari kejadian.
Perjalanan sepanjang mengiringi VVIP berjalan sangat lancar.
Setiap perjalanan majlis dan pergerakan tetamu VVIP telah dirancang

dengan teliti dan teratur.


Semasa acara tarik tali, kami kurang peka dengan kehadiran VIP

menyebabkan terpaksa menunggu lama untuk VIP turun padang.


Selain itu, kami juga tidak menyediakan laluan atau jambatan untuk

VIP menyeberangi longkang besar untuk ke padang.


Semasa Fitness dance, VIP tidak dapat menghadirkan diri ke acara ini

kerana terdapat komitmen lain pada saat-saat akhir.


Terlepas pandang untuk memberi layanan kepada Pengarah Sukan

USIM kerana tidak mengenali beliau.


VVIP tidak sempat makan tengah hari kerana makanan yang dipesan

oleh ahli jawatankuasa makanan lambat tiba.


Ada arahan tidak dapat disampaikan dengan baik terutama di
bahagian bilik makan VIP kerana tidak semua ahli jawatankasa

memegang walkie talkie.


Pentas tempat VVIP dan VIP duduk terlalu panas dan silau
menyebabkan mereka tidak selasa dan panas terutama ketika waktu

Opportunity

pagi dan tengah hari.


Berpeluang untuk mempelajari protokol-protokol yang perlu diamalkan
dalam mengendalikan sesebuah majlis rasmi yang dihadiri oleh VIP

dan VVIP.
Dapat mempelajari cara layanan VVIP dan VIP dengan betul serta cara
menghidangkan makanan dengan tertib dan mengikut etika di meja

makan dalam majlis rasmi.


Dapat mengingat semula

perkara

yang

telah

dipelajari

dan

mengaplikasikannya dalam situasi sebenar tentang etiket meja makan


termasuklah jenis-jenis kutleri yang sepatutnya digunakan untuk
makan pagi dan makan tengah hari dan cara melipat napkin dengan
-

betul.
Dapat melatih tutur kata dan kesantunan sepanjang berinteraksi
dengan VIP dan VVIP serta orang ramai.

Thread

Dapat belajar tentang aturcara majlis rasmi.


Membantu kami menyusun jadual pergerakan VVIP, VIP dan tetamu

yang diundang supaya majlis berjalan dengan lancar.


Meja kopi yang dipinjam dari bilik menunggu VIP telah pecah dan
menyebabkan kerugian kepada pihak USIM. Unit GERKO IPG Teknik
terpaksa menggantikan dengan meja kopi baharu yang mempunyai

rekaan yang sama.


Pihak USIM tidak membenarkan AJK protokol menggunakan bilik
menunggu VIP sepanjang hari kemncak KOT pada awalnya kerana

khuatir kami tidak menjaga kebersihan bilik berkenaan.


Cuaca terlalu panas menyebabkan ketidakselesaan VIP dan VVIP

sepanjang majlis berlangsung.


Tidak mengenali VIP yang dijemput menyebabkan buku program tidak
dapat diedarkan kepada tetamu yang sepatutnya.

PENAMBAHBAIKAN
-

Kami sepatutnya lebih peka dengan kehadiran VIP di setiap acara yang dijalankan dan perlu

bersedia bila-bila masa sahaja menunggu ketibaan VIP.


Perlu menyediakan laluan atau jambatan untuk VIP menyeberangi longkang yang besar
untuk ke padang. Sepatutnya kami perlu lebih teliti di sepanjang laluan VIP agar tiada

halangan bagi beliau untuk ke tempat acara yang sedang berlangsung.


Sentiasa berhubung dengan VIP atau setiausahanya untuk memastikan samada beliau
dapat menghadirkan diri atau tidak ke acara yang didipertandingkan seterusnya membuat
alternatif perancangan lain dengan menjemput orang lain bagi menggantikan VIP yang tidak
dapat hadir. Selain itu, kami perlulah memaklumkan terlebih awal kepada orang yang
menggantikan VIP yang tidak dapat hadir tersebut agar beliau lebih bersedia bila-bila masa

untuk dijemput.
Sentiasa bersedia dengan butiran diri (latarbelakang dan gambar) VIP supaya mudah untuk

mengenali orang-orang penting USIM seperti pengarah Sukan USIM.


Menambah bilangan walkie talkie pada masa hadapan supaya dapat memudahkan

penyampaian maklumat yang penting.


Pentas grand stand tempat duduk VVIP terlalu panas boleh diatas dengan meletakkan

payung dan kipas kaki dekat dengan VVIP agar beliau selesa, tidak panas dan tidak silau.
Memeriksa peralatan yang digunakan atau yang dipinjam terlebih dahulu sebelum
menggunakannya. Contohnya seperti meja kopi. Kami tidak memeriksanya terlebih dahulu
menyebabkan pihak GERKO terpaksa menanggung kerugian menggantikan meja kopi yang

pecah sedangkan meja tersebut sudah retak sebelum kami pinjam.


Pihak USIM tidak membenarkan AJK protokol menggunakan bilik menunggu VIP sepanjang
hari kemncak KOT pada awalnya kerana khuatir kami tidak menjaga kebersihan bilik
berkenaan. Tetapi dengan budi bicara, mereka membenarkan kami menggunakan bilik
menunggu tetapi dengan syarat untuk kemudahan VVIP dan VIP untuk menggunakan
tandas dan dijadikan tempat menyimpan barang sahaja. Selesai menggunakan bilik
menunggu tersebut, kami periksa beberapa kali agar bilik tersebut kemas seperti sedia kala.

REFLEKSI
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menghadiri dan
menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2015

yang merupakan modul yang

terdapat dalam matapelajaran Olahraga (WAJ 3121) dan wajib dipenuhi oleh setiap guru pelatih
semester 5 yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di semua Institut
Pendidikan Guru. Kejohanan olahraga ini telah berlansung bermula pada 24 Februari 2015 iaitu
acara tarik tali dan 27 Februari 2015 iaitu acara Fitness Dance serta acara kemuncaknya
adalah pada 3 hingga 5 Mac 2015 di Stadium USIM, Nilai. Penganjur yang terlibat adalah dari
semua semester 5 dan DPLI yang terdiri daripada kelas Reka Bentuk dan Teknologi, TESL,
dan Matematik. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk
mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran,
dan pensyarah akan memberi bimbingan dan menilai sejauh mana kerjasama dan
keberkesanan pengurusan para bakal guru ini.
Sepanjang perjalanan KOT ini banyak input dan ilmu yang berguna sebagai kekuatan
dalam KOT yang kami perolehi antaranya adalah mengenai ketepatan masa. Ketepatan masa
sangat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Melalui KOT ini ketepatan masa dititik
beratkan bermula dari saat perancangan sebelum KOT, semasa dan selepas KOT. Sebagai
pihak penganjur, kami cuba untuk tidak melengahkan masa dan disebabkan perkara inilah
segala urusan dan aktiviti berjalan dengan lancar. Bagi kami program ini mengajar kami untuk
lebih menghargai masa.
Bagi ahli jawatankuasa Protokol, kami banyak berhubung dengan AJK-AJK lain seperti
AJK pengacaraan majlis, AJK hadiah, AJK siaraya, AJK perasmian penutupan dan sebagainya.
AJK protokol merupakan penghubung kepada hampir semua AJK sepanjang pelaksanaan
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) ini. Sebelum berlangsungnya KOT pada tahun ini, kami
telah beberapa kali membuat perjumpaan AJK untuk memaklumkan tugas dan mengagihkan
semua tugas yang disenaraikan kepada setiap AJK. Kesemua tugas yang disenaraikan telah
dibahagikan secara sama rata. Tugas kami secara umumnya banyak berinteraksi dengan VIP
dan VVIP serta memastikan perjalanan majlis berjalan lancar.
Sebagai penganjur juga kami dapat merapatkan hubungan antara pelajar dengan
tenaga pengajar iaitu pensyarah terutamanya pensyarah dari unit GERKO seperti ..
Pensyarah yang banyak membantu kami dalam etiket di meja makan ialah Cik Rohaiza. Beliau
banyak memberi idea tentang pengurusan dari segi hiasan, penyusunan meja, penyediaan

makanan dan sebagainya. Selain itu, En. Mohammad dan En. Arsyad juga banyak memberi
tunjuk ajar kepada kami tentang susun atur perjalanan majlis yang sepatutnya. Mereka tidak
lekang memberi dan mencurahkan idea kepada kami bagaimana untuk menyusun atur majlis
dan pergerakan VIP dan VVIP di dalam majlis. Puan Rashida juga tidak kedekut ilmu dan
sentiasa membuatkan kami berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Beliau juga sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami untuk membaut sesuatu perkara dengan
betul agar tidak timbul sebarang masalah di masa akan datang. Hal ini secara tidak langsung,
bukan sahaja dapat kami dapat mengelolakan kejohanan ini dengan baik,mendapat ilmu yang
banyak dan berharga tetapi juga merapatkan hubungan baik antara kami dengan pensyarah.
Sebagai seorang guru di sekolah satu hari nanti, KOT ini memberi pengalaman yang
bermakna.

saya memang akan sentiasa terlibat dengan sukan tahunan sekolah. Oleh itu,

melalui pengalaman yang sudah saya ada pada penganjuran KOT ini, saya boleh aplikasikan
semasa menguruskan sukan tahunan di sekolah. Keadaan di sekolah adalah sedikit berbeza,
tetapi dari aspek pengurusan sukan sekolah keadaannya akan hampir sama. Oleh itu, saya
boleh menggunakan kemahiran sedia ada dalam pengurusan sukan ini di samping
menambahkan ilmu untuk menjadi lebih baik dan berpengalaman lagi.
Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang terpaksa kami hadapi, tetapi kelemahan
ini masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Penganjuran KOT ini telah memberi lebih
banyak faedah dan input yang sangat berguna pada masa akan datang. Selain itu, ia juga
dapat menguji mental dan fizikal seseorang siswa dan siswi pendidik yang dapat membantu
dalam membina jati diri sebagai seorang pendidik. Segala ilmu yang dikutip pada hari ini
diharapkan agar berguna semasa kami berada di sekolah nanti.

Anda mungkin juga menyukai