Anda di halaman 1dari 5

1.0 PENGENALAN - SIAPA REMAJA DAN APA ITU DADAH? 1.

1 Remaja Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah". Pemikiran golongan remaja juga sangat berbeza dan biasanya mereka banyak memikirkan mengenai keseronokkan hidup. Keinginan untuk merasa perkara yang menyeronokkan seperti bermain video game, lepak dengan kawan-kawan, gangsterisme dan lain-lain lagi. Perkataan remaja ataupunadoles cene berasal dari perkataan Latin iaituadols cer e yang bermaksud membesar atau membesar menjadi matang (Rogers, 1981). Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), remaja merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islam pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap kehidupannya. Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan seperti "Siapakah saya?", "Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904), zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress). Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat.
1

Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan

disebaliknya. De Brun (1990) pula, mendefinisikan remaja sebagai tempoh pertumbuhan antara masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang pada umumnya bermula pada usia 12 tahun atau 13 tahun dan berakhir pada usia awal dua puluhan. Manakala menurut Adams & Gullota (1997), masa remaja meliputi usia antara 11 tahun hingga 20 tahun. Havighurst dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) pula, membahagikan masa remaja kepada dua iaitu awal remaja (12 hingga 18 tahun) dan akhir remaja (18 hingga 22 tahun). Anna Freud (1990) pula berpendapat, pada masa remaja berlaku proses perkembangan yang meliputi perubahan-perubahan yang berhubung dengan perkembangan psikoseksual dan merupakan proses pembentukan orientasi masa depan. Daripada definisi remaja yang telah diberikan, secara keseluruhannya menyatakan bahawa remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada peringkat ini berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalam mencari identiti diri. Oleh itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika diteliti secara mendalam zaman remaja sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Kerana pada tahap ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. 1.1.1 Ciri-ciri manusia remaja Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa. Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
2

Suka berangan-angan Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan. Namun begitu, tidak dinafikan mereka juga mempunyai angan-angan yang kurang sihat dan sangat negatif. Misalnya

mereka suka memikirkan hal-hal mengenai seks dan juga hal-hal lain yang menyeronokkan mereka. Angan-angan mereka kadangkala menjadi kenyataan sekiranya mereka bertekad untuk melakukannya untuk keseronokkan dan kepuasan mereka sendiri tanpa memikirkan akibatnya nanti. Senang Terpengaruh oleh Emosi Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap. Emosi mereka juga masih tidak stabil dan amat mudah berubah dengan mendadak. Jika emosi mereka berubah, mereka sukar mengawalnya kerana fikiran mereka masih belum matang dan hampir tidak berupaya untuk mengawal diri sendiri. Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu masa yang amat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dengan gejala sosial akan bermula. Memahami siapa remaja adalah penting bagi mengetahui mengapa mereka terlibat dengan gejala sosial ini. Ini kerana faktor personaliti individu itu sendiri serta faktor perkembangannya mempengaruhi tingkahlaku yang dilakukan olehnya. 1.1.2 Perkembangan fizikal remaja Perkembangan fizikal remaja boleh dirujuk kepada perkembangan remaja dari aspek biologi. Ketika ini remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh dan emosi. Perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon. Kadar pembesaran dan perubahan remaja lelaki dan perempuan juga adalah berbeza dan begitu juga dengan seorang individu dengan individu yang lain. Antara perkembangan fizikal yang dilalui oleh remaja seperti kematangan biologi, tingkahlaku heteroseksual dan akil baligh. Dari segi kematangan biologi, pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan
3

pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah. Hal ini akan memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah remaja akan lebih prihatin dengan keadaan tubuhnya. Mereka akan sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil

tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja. Dari segi tingkahlaku heteroseksual pula, remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang, terutamanya remaja perempuan. Baligh pula merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Perkara yang paling ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan. Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal, mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, dan mereka mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain. Manakala menurut Sigmund Freud dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa tersebut. Zon genital, khasnya didorong tenaga seksual yang hebat, dan remaja ini sekali lagi dilanda fantasi. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa apabila berada di kalangan ibu bapanya. Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan.
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, 12 pt, Font color: Blue, Hidden Formatted: Font: (Default) Times New Roman, 12 pt, Hidden

Penyalahgunaan Methamphetamine (Syabu) Methamphetamine atau syabu adalah dadah perangsang, pertama kalinya dicipta pada tahun 1893 di Jepun. Pada perang dunia kedua telah digunakan secara umum oleh tentera tentera Jerman, Amerika dan Jepun sebagai penggalak tenaga dan ketahanan fizikal di dalam peperangan. Selepas perang dunia kedua ,tentera Jepun telah secara berleluasa mengedar jenis dadah ini kepada orang awam. Justeru mencetuskan permulaan

penyalahgunaannya di kalangan penduduk awam .

Negara bebas dadah 2015


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan ffarlin@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berazam membebaskan negara ini daripada gejala penagihan dan penyalahgunaan dadah menjelang tahun 2015, melalui operasi berterusan dan gerakan penguatkuasaan 24 jam. Penolong Pegawai Anti Dadah (Pencegahan) AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Asmah Wan Nik, berkata pada masa sama pihaknya meletakkan sasaran dua tahun lagi untuk menjayakan matlamat membebaskan kawasan serta pelajar sekolah seluruh negara dari najis dadah.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius masalah penyalahgunaan dadah kerana musuh utama negara itu mampu menghancurkan masa depan golongan muda apabila ia menyebabkan kehidupan penagihnya tidak terurus selain memberi kesan buruk pada fizikal dan tingkah laku mereka. Semua usaha pencegahan dan penangkapan yang kita jalankan bukan sekadar untuk menghukum, tetapi memberi kesedaran supaya golongan muda tidak mudah terpedaya seterusnya hanyut dalam dunia yang tiada masa depan untuk mereka.

Daripada pengalaman menjalankan tugas pencegahan gejala dadah, kami dapat melihat kesan yang dadah pada manusia di mana mereka langsung tidak terurus hingga makan pun tidak, katanya pada majlis Kolej Breyer Kuala Lumpur Bebas Dadah 2010 anjuran Perwakilan Pelajar Breyer dengan kerjasama AADK, semalam.

Majlis yang dijalankan itu turut dihadiri Pengarah Urusan Kolej Breyer, Dr Tankaraju Muthusamy dan kira-kira 100 pelajar kolej berkenaan. Siti Asmah berkata, AADK berazam menghapuskan gejala dadah dalam tempoh lima tahun memandangkan statistik terkini tahun ini menunjukkan jumlah penagih berulang 1,163 orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saja selain penagih baru seramai 493 orang.

Anda mungkin juga menyukai