Anda di halaman 1dari 2

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SK. ST.

JOHN, TUARAN (M) Nama : Kelas : Jawab soalan berdasarkan petikan yang diberikan di bawah. SOALAN 1 MENCARI ITIK Dalam sebuah kampung terdapat seorang penternak itik yang bernama Hassan. Hassan mempunyai 2 reban itik yang berjumlah 1,111 ekor itik, di mana 505 ekor adalah itik jantan dan 606 ekor lagi adalah itik betina. Hassan mempunyai isteri bernama Atikah yang selalu membantunya dalam menguruskan itik-itiknya itu. Dalam beribu-ribu itik peliharaannya itu, terdapat seekor itik kesayangan mereka. Itik itu ditempatkan dalam satu reban khas. Pada suatu pagi, itik kesayangan mereka itu didapati hilang. Mereka berdua berfikir bagaimana mencari itik itu. Adakah itik itu hilang ataupun bercampur dengan ribuan itik-itik peliharaan mereka itu. Bolehkah anda mencari berapakah bilangan sebutan itik yang terdapat dalam cerita ini?

SOALAN 2 Suatu hari, terdapat sebuah lori membawa beberapa ekor rusa dalam perjalanan dari Perlis ke Johor. Bermula di negeri Perlis, lori itu membawa 15 ekor rusa. Semasa lori berkenaan singgah di negeri Perak, 5 ekor rusa melompat dan 5 ekor rusa yang baru di tambah ke dalam lori itu. Lalu, lori berkenaan meneruskan perjalanannya. Hal yang sama juga berlaku di negeri Melaka di mana 5 ekor rusa di dalam lori itu melompat dan 5 ekor rusa yang baru ditambah. Akhirnya, setibanya lori itu di negeri Johor. Berapakah ekor rusa yang berada di lori berkenaan setibanya di Johor?

SOALAN 3 Bagaimanakah anda Menangani Rakan Bermasalah (MRB) ini? BIL MASALAH 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Selalu datang lambat Bercakap banyak tapi tiada isi Suka mengkritik yang bersifat negatif Berdiam diri Minta puji Ponteng kelas Suka bergaduh Tidak menyiapkan kerja rumah Malas Suka menyampuk CARA MENGATASI

Anda mungkin juga menyukai