Anda di halaman 1dari 11

Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua dengan Efikasi Kendiri Guru Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Teng Lung Kiu

Foo Say Fooi Zakaria Kasa Jegak Uli

Abstract : The aim of this study was to determine the relationship between principals transformational leadership with teachers self-efficacy. This study was conducted in Kuching / Samarahan division that involved 420 teachers from 18 secondary schools. Nevertheless, the analysis of this study was based on 376 sets of complete questionnaires. Descriptive statistics such as mean, standard deviation, frequency and percentages as well inferential statistic such as correlation Pearson r were utilized to analyzed the data. Overall, the findings showed that the level of teachers self-efficacy was high. According to teachers perceptions, the principals highly practiced transformational leadership behaviour. The findings also showed that there is a significant and positive relationship between teachers self-efficacy and teachers perception on principals transformational leadership practices. Several suggestions were made to improve teachers self-efficacy in the aspect of students participation and principals transformational leadership practices in the dimension of intellectual stimulation and individual consideration.

PENGENALAN Kepemimpinan transformational cuba mengangkat efikasi-kendiri subordinat ke arah pengeluaran hasil di luar jangkaan (Bass dan Arolio, 1990). Hubungan ini telah disahkan dalam kajian Hipp (1996), Hipp dan Bredeson (1990), serta Reames dan Spencer (1998). Kepemimpinan transformational mungkin merupakan antara teori kepemimpinan yang berkemungkinan besar boleh menceritakan watak kepemimpinan pengetua pada masa akan datang. Jenis kepemimpinan ini memiliki ciri-ciri seperti berkarismatik, berupaya memberikan inspirasi kepada orang lain, memiliki pertimbangan individu dan rangsangan intelektual (Zawawi, 1999). Kepimpinan transformational dapat merangsangkan orang lain supaya yakin kepada kebolehan dan potensi yang ada pada dirinya. Pengetua yang mengamalkan kepemimpinan transformational dapat meningkatkan efikasi-kendiri guru. Penggunaan kebolehan tersebut secara tidak langsung dapat membawa sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Walaupun kepimpinan pengetua penting di sekolah, namun sekolah tidak lagi sesuai ditadbir dengan kaedah lama atau one man show, sebaliknya, organisasi

ini perlu ditadbir dengan lebih berkesan dan dinamik sebagai sebuah syarikat kerajaan yang berdaya saing dan berpotensi besar dengan melibatkan semua warga di dalam organisasi tersebut. Kebanyakan masalah sekolah akan timbul apabila pihak pentadbir sekolah tidak memberikan peluang kepada guru untuk bersama-sama membuat keputusan tetapi hanya mengarahkan guru melaksanakan rancangan atau keputusan yang mereka tidak terlibat bersama. Guru dianggap tidak layak kerana tidak dilibatkan dalam proses membuat keputusan (Mohd. Nor Ariff, 1999). Keadaan ini secara tidak langsung akan melemahkan semangat mereka. Mereka mungkin akan mencurigai keupayaan mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah. Justeru, kepemimpinan pengetua perlu berubah kerana terdapat bukti melalui kajian lepas bahawa kepemimpinan transformational pengetua dapat meningkatkan efikasi kendiri guru. Tschannen-Moran, et.al (1998) turut mencadangkan satu model baru yang meramalkan kepepimpinan pengetua akan dapat mempengaruhi efikasi-kendiri guru. Objektif kajian Kajian ini bertujuan untuk: 1. Mengenalpasti tahap efikasi-kendiri guru. 2. Mengenalpasti persepsi guru terhadap tahap kepemimpian transformational pengetua. 3. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua dengan efikasi-kendiri guru. Soalan kajian 1. Apakah tahap efikasi-kendiri guru? 2. Apakah persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi guru terhadap tahap amalan kepemimpinan transformational pengetua dengan efikasi-kendiri guru? Kepentingan kajian Dapatan kajian ini dapat membantu guru mengetahui tahap efikasi-kendiri mereka. Dapatan kajian ini juga dapat menjadikan pedoman kepada pengetua untuk mengetahui apakah corak atau jenis kepemimpinan yang perlu dipraktikkan untuk mengelakkan gurunya kehilangan efikasi-kendiri disebabkan mereka. Kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada bakal pengetua kerana daripada hasil kajian ini, mereka dapat mengetahui corak kepemimpinan yang unggul serta aspek-aspek yang perlu diberi perhatian untuk meningkatkan efikasi-kendiri guru. Apabila mereka dilantik menjadi pengetua sekolah, mereka dapat menerajui pucuk pimpinan dengan lebih berkesan dan bermakna lagi.

Definisi operasional Efikasi kendiri guru dirujuk sebagai kepercayaan guru terhadap kebolehannya sebagai guru. Kepercayaan ini termasuk keyakinan mereka untuk memastikan pelajar mematuhi peraturan dalam kelas, menjaga disiplin pelajar dalam pembelajaran mereka. Secara spesifiknya, efikasi-kendiri guru dalam kajian ini merujuk kepada tiga faktor (Tschannen-Moran and Woolfolk Hoy, 2001) iaitu efikasi terhadap strategi pengajaran, efikasi terhadap pengurusan bilik darjah dan efikasi terhadap penglibatan pelajar. Efikasi terhadap strategi pengajaran merujuk kepada cara pengajaran guru. Efikasi terhadap pengurusan bilik darjah adalah mengenai efikasi-kendiri guru mengurus kelas dan mengatasi masalah disiplin pelajar. Efikasi terhadap penglibatan pelajar pula adalah mengenai efikasi guru meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Efikasi kendiri guru dalam kajian ini diukur dengan menggunakan Teacher Sense of Efficacy Scale (Tschannen-Moran and Woolfolk Hoy, 2001). Kepemimpinan transformational merujuk kepada pemimpin yang berusaha mempengaruhi perlakuan orang bawahan melalui penggunaan sifat-sifat peribadinya dan tingkahlakunya, serta keupayaan pemimpin mengubah sikap, motivasi, moral dan komitmen terhadap organisasi melalui interaksi dengan orang-orang bawahan. Kepimpinan transformational alam konteks kajian ini didefinisikan sebagai pemimpin yang menunjukkan sifat kebijaksanaan, inspirasi dan bertimbang rasa dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan guru dalam tugas mereka. Kepimpinan transformational pengetua diukur dengan soal selidik Multifactor-Leadership Questionnaire (Bass and Avolio, 1997). METODOLOGI Kajian ini berbentuk deskriptif-korelasi. Kajian deskriptif digunakan supaya dapatan dapat dibentangkan dalam bentuk yang lebih ringkas, terperinci dan bermakna untuk memudahkan pemahaman. Korelasi pula aalah contoh yang baik untuk menerangkan perhubungan di antara dua pembolehubah. Pekali korelasi menunjukkan darjah sekutuan di antara dua pemboleh ubah. Berdasarkan pendapat Frankel dan Wallen (1993), populasi sasaran dalam kajian ini adalah semua guru yang mengajar di sekolah menengah di bahagian Kuching / Samarahan, Sarawak. Kajian ini memilih guru sekolah menegah di Bahagian Kuching / Samaran sebagai subjek kajian. Bilangan subjek yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini ditentukan dengan menggunakan formula yang dikemukakan Yamane (1967). Berdasarkan formula tersebut, bilangan subjek yang diperlukan adalah sebanyak 343 orang dan memenuhi ralat persampelan pada sela keyakinan .05. Bilangan subjek ini juga memenuhi ralat persampelan dengan tahap keyakinan 95% bagi populasi kajian sebanyak 2399 orang berdasarkan Jadual Wunsch (1986).

Instrumentasi Satu set borang soal selidik ditadbirkan kepada subjek guru. Bahagian soal selidik guru ini digunakan untuk memperolehi maklum balas subjek kajian terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua dan efikasi kendiri guru. Amalan kepemimpinan transformational diukur dengan menggunakan soal selidik Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) oleh Bass dan Avolio (1997). Soal selidik ini mengandungi lima dimensi: ciri-ciri unggul, tingkahlaku unggul, inspirasi motivasi, simulasi intelek dan pertimbangan individu. Soal selidik ini mengandungi 20 item untuk mengukur lima sub komponen kepemimpinan transformational seperti diterangkan di atas. Efikasi kendiri guru diukur dengan menggunakan Teacher Sense of Efficacy Scale. Tiga aspek yang diukur ialah efikasi terhadap strategi pengajaran, efikasi terhadap pengurusan kelas dan efikasi terhadap penglibatan pelajar. Kedua-dua instrument mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .89 untuk efikasi kendiri guru dan .91 untuk kepemimpinan transformational pengetua. Dapatan kajian Responden mempunyai tahap efikasi-kendiri guru yang tinggi (M=3.89, s.p=.37). Responden juga mempunyai tahap yang tinggi dalam ketiga-tiga subskala, Efikasi kendiri iaitu efikasi terhadap strategi pengajaran (M=3.88, s.p.=.38), efikasi terhadap pengurusan kelas (M=4.02, s.p.=.45) dan efikasi terhadap penglibatan pelajar (M=3.76, s.p.=.47). Sisihan piawai bagi pembolehubah efikasi-kendiri guru dan subskalanya adalah kecil (s.p<.50). Nilai sisihan piawai ini menunjukkan taburan data efikasi-kendiri guru dan subskalanya adalah tidak jauh berbeza dan lebih homogeneous atau seragam. Dapatan ini dapat dilihat seperti dalam Jadual 1 berikut ini.

Jadual 1: Tahap Efikasi Kendiri Guru Pembolehubah Tahap Frekuensi

Peratusan

Min

S.P.

Keseluruhan

Rendah Sederhana Tinggi

0 21 325

0 13.6 86.4

3.89

.37

Efikasi guru terhadap strategi pengajaran

Rendah Sederhana Tinggi

0 72 304

0 19.1 80.0

3.88

.38

Efikasi guru terhadap pengurusan kelas

Rendah Sederhana tinggi

2 48 326

5 12.8 86.7

4.02

.45

Efikasi guru terhadap penglibatan pelajar

Rendah Sederhana tinggi

4 123 249

1.1 32.7 66.2

3.70

.47

Persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua menunjukkan persepsi responden adalah tinggi (M=3.71, s.p.=.60). Pengetua juga dipersepsikan responden mempunyai amalan yang tinggi dalam keempatempat dimensi: ciri-ciri unggul (M=3.74, s.p.=.71), tingkahlaku unggul (M=4.03, s.p.=.62) dan inspirasi motivasi (M=4.08, s.p.=.57). Namun, tahap amalan pengetua dalam dimensi pertimbangan individu adalah sederhana tinggi menurut persepsi responden seperti ditunjukkan dalam jadual 2 berikut ini. Jadual 2: Persepsi Guru Terhadap Amalan KepemImpinan Transformational Pengetua Pembolehubah Tahap Frekuensi Peratusan Min S.P. Keseluruhan Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi 15 109 252 21 120 235 4.0 29.0 67.0 5.6 31.9 62.5 3.71 .60

Dimensi ciri-ciri unggul

3.74

.71

Dimensi tingkah Rendah laku unggul Sederhana Tinggi Dimensi inspirasi motivasi Dimensi stimulasi intelek Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi

9 63 304 5 53 318 34 121 221 109 165 106

2.4 16.8 80.9 1.3 14.1 84.6 9.0 32.2 58.8 29.0 43.9 27.1

4.03

.62

4.08

.57

3.66

.71

Dimensi pertimbangan individu

3.07

.84

Hubungan Efikasi-Kendiri Guru Dengan Persepsi Guru Terhadap Amalan Kepemimpinan Transformational Pengetua. Terdapat hubungan positif dan signifikan di antara persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua dengan efikasi-kendiri guru (r=.282, p<.01). Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa semakin tinggi pengalaman kepemimpinan transformational pengetua, semakin tinggi efikasi kendiri guru seperti dalam Jadual 3 ini. Jadual 3: Korelasi Pearson r di antara Efikasi-Kendiri Guru dan Subskalanya dengan Dimensi Kepemimpinan Transformational. Pemboleh ubah Efikasi Efikasi Efikasi Efikasi kendiri guru terhadap terhadap terhadap strategi pengurusan penglibatan pengajaran kelas pelajar Amalan .282** .250** .200** .274** kepemimpinan transformational Ciri-ciri unggul Tingkahlaku unggul Inspirasi motivasi Simulasi intelek Pertimbangan individu .244** .231** .282** .277** .208** .208** .215** .253** .251** .179** .174** .175** .202** .190** .143** .243** .207** .270** .272** .211**

Jelas kelihatan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara amalam kepemimpinan transformational pengetua dengan setiap dimensi efikasi kendiri iaitu efikasi terhadap strategi pengajaran (r=.250), efikasi terhadap pengurusan kelas (r=.200) dan efikasi terhadap penglibatan pelajar (r=.274). walaupun terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara dimensi kepemimpinan transformational dan setiap dimensi efikasi kendiri, tetapi hubungannya adalah lemah. PERBINCANGAN Didapati guru sekolah menengah di bahagian Kuching / Samarahan, negeri Sarawak mempunyai efikasi-kendiri yang tinggi. Secara khususnya, guru didapati mempunyai efikasi terhadap strategi pengajaran dan pengurusan kelas yang tinggi tetapi untuk efikasi terhadap penglibatan pelajar hanya di tahap sederhana tinggi. Dapatan ini tidak menyokong kajian Ishak (2001) kerana dengan menggunakan skala Gibson dan Dembo (1994) untuk mengukur efikasi kendiri guru di Kedah, beliau mendapati efikasi kendiri guru hanya pada tahap sederhana. Perbezaan ini juga mengimplikasikan bahawa guru di Sarawak khasnya di bahagian Kuching / Samarahan mempunyai efikasi-kendiri yang lebih tinggi berbanding guru di Kedah. Dapatan kajian Hipp (1996) juga tidak selari dengan dapatan kajian ini kerana mereka mendapati guru mempunyai efikasi kendiri di tahap sederhana sahaja. Walau bagaimanapun, kajian ini telah menyokong dapatan Lim dan Poon (1997) dan Milson (2001) yang mendapati guru mempamerkan tahap efikasi kendiri yang tinggi. Jika dibandingkan dengan dapatan kajian Tschannen-Moran dan Hoy (2001) dan (2002), kajian ini yang menggunakan instrumen Teacher Sense of Efficacy Scale yang digunakan juga dalam kajian-kajian tersebut, didapati efikasi kendiri guru berada di tahap tinggi. Ini bermakna kajian ini menyokong kedua dua dapatan kajian Tschannen-Moran dan Hoy (2001) dan (2002). Sesungguhnya guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi amat diperlukan. Jelas kelihatan guru-guru yang dikaji adalah cenderung untuk lebih komited dalam pengajaran, lebih bermotivasi serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik. Guru dapat memberi penjelasan atau contoh alternatif apabila pelajar berasa keliru. Mereka juga dapat membina soalan yang baik atau menjawab soalan susah kepada pelajar serta mengukur pemahaman pelajar terhadap pengajaran mereka. Guru juga dapat mengurus kelas dengan baik, terutama sekali memastikan pelajar mematuhi peraturan kelas. Guru perlu percaya kepada kebolehan mereka sebagai guru. Kepercayaan ini penting supaya pelajar juga dapat mencontohi sikap positif ini. Justeru itu, dapat dianggap bahawa guru yang dikaji mempunyai prestasi yang tinggi dan komited terhadap profesion keguruan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

pengetua menampilkan cirri-ciri kewibawaan dan keyakinan pada tahap yang tinggi menurut persepsi guru. Dapatan ini mempertikaikan dakwaan Lee (2001) yang pengetua kurang berwibawa. Secara keseluruhan, menurut persepsi guru pengetua didapati mengamalkan kepemimpinan transformational pada tahap tinggi. Pengetua dipersepsikan mengamalkan dimensi inspirasi motivasi, dimensi tingkahlaku unggul, dimensi cirri-ciri unggul pada tahap tinggi. Namun, dimensi stimulasi intelek dan pertimbangan individu pada tahap sederhana tinggi sahaja. Dapatan kajian ini menyokong dapatan Leithwood dan Jantzi (2000) serta Jung dan Avolio (2000). Dapatan Leithwood dan Jantzi mendapati skor min kepemimpinan pengetua yang dipersepsikan seramai 1,762 orang guru daripada 110 buah sekolah rendah dan menengah ialah 3.76 (s.p.=.48). dapatan kajian ini tidak menyokong dapatan kajian Zainab (1998) serta Yu, Leithwood dan Jantzi (2002). Zainab mendapati pengetua hanya kadang kala mengamalkan cirri-ciri unggul, tingkahlaku unggul, inspirasi motivasi, stimulasi intelek dan jarang-jarang mengamalkan pertimbangan individu. Sedangkan kajian ini menunjukkan guru di Sarawak mempersepsikan bahawa pengetua kerap atau sangat kerap mengamalkan kesemua tingkahlaku kecuali stimulasi intelek dan pertimbangan individu. Selain itu, skor min kepemimpinan transformational pengetua yang dipersepsikan oleh 2,092 guru di Hong Kong dalam kajian Yu, Leithwood dan Jantzi (2002) ialah 3.74 (s.p.=.88, julat skala 1-6) berbanding dengan min kepemimpinan transformational yang diperolehi dalam kajian ini ialah 3.74 (s.p.=.71, julat skala 1-5). Perbandingan di atas menunjukkan amalan transformational pengetua dalam kajian ini adalah lebih tinggi. Menurut Goldring (1992) dan Mohd Salleh (2002), pengetua perlu mengaplikasikan kepemimpinan transformational di sekolah. Jenis kepemimpinan ini telah dianggap sebagai sesuatu yang boleh menjayakan sekolah. Dapatan kajian ini telah menunjukkan amalan kepemimpinan transformational pengetua mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan efikasi kendiri guru. Ini menunjukkan apabila pengetua mengamalkan kepemimpinan transformational, akan mempengaruhi dan meningkatkan efikasi kendiri guru. Dengan dapatan ini, kepimpinan transformational disarankan untuk diaplikasikan di sekolah, kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan para guru ke arah yang lebih cemerlang dan secara langsung menyokong kajian Bass dan Avolio (1990) dan Zainab (1998) yang mendapati kepemimpinan transformational pengetua dapat meningkatkan keberkesanan guru dan komitmen guru. Dapatan kajian ini juga menyokong pandangan Zaidatol (2003) iaitu pemimpin transformational adalah mereka yang memberi semangat kepada kakitangan untuk terus meningkatkan usaha dan mencapai potensi prestasi secara maksimum. Melihat kepada dapatan kajian ini, pengetua perlu meneruskan amalan kepemimpinan transformational tetapi perlu mempelajari ilmu kepemimpinan tersebut untuk meningkatkan keupayaan dalam aspek stimulasi intelek dan pertimbangan individu kerana skor min untuk kedua-dua dimensi ini masih tidak memberangsangkan lagi. Di samping itu walaupun efikasi kendiri guru secara

keseluruhan adalah tinggi, namun min skor untuk efikasi terhadap penglibatan pelajar perlu ditingkatkan kerana aspek ini amat penting untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dalam dimensi komunikasi, penyelesaian masalah dan hubungan kemanusiaan yang boleh ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran aktif berpusatkan pelajar. Jadi, guru-guru di sekolah yang terlibat, perlu diberi latihan sewajarnya.

RUJUKAN Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a Unifying Theory of Behavioral Change. Psycological Review, 84(2), 191-215. Bandura, A. (1986). Social Foundations of Thought and Active: A social Cognitive Theory. New Jersey: Prentice Hall, Inc. Bass, B.M. (1985). Leadership and Performance Beyond Expectation. New York: The Free Press. Bass, B.M. and Avolio, B.J. (1990). Transformational Leadership Development: Manual for Multifactor Leadership Questionnaire. Palo Alto: California: Consulting Psychologist Press Inc. Burns, J.M. (1978). Leadership. New York: Harper and Row. Dembo, M.H. and Gibson, S. (1985). Teachers sense of efficacy: An important factor in school. Elementary School Journal, 86, 173-184. Fraenkel, J.R. and Wallen, N.E. (1993). How to design and evaluate research in education, second edition. New York: McGraw Hill. Goldring, E.B. (1992). System wide diversity in Israel: Principals as transformational and environmental leaders. Journal of Educational Administration, 30(3), 49-62. Hipp, K.A. (1996). Teacher efficacy: Influence of principal leadership behavior. Paper presented at the annual Meeting of the American Educational Research Association, New York ED396409. Hipp, K.A. and Bredeson, P.V. (1995). Exploring connections between teacher efficacy and principals leadership behaviour. Journal of School Leadership, 5(2), 136-150. Jung, D.I. and Avolio, B.J. (2000). Opening the black box: An experimental investigation of the mediating effects of trust and value congruence on transformational and transactional leadership. Journal of Organizational Behaviour, 21, 949-964. Koh, W.L. (1991). An empirical validation of the theory of transformational leadership in secondary schools in Singapore, Doctoral Dissertation, University of Oregon 1990). Dissertation Abstracts International 52(2): 602A.

10

Lee Gek Hoi (2001). Hubungan antara tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru: Satu kajian di sekolah-sekolah menengah daerah Kluang-Johor. Projek Sarjana Pendidikan, UKM, Bangi. Lim, B.L. dan Poon, M.L. (1997). Kesan efikasi kendiri terhadap komitmen, daya usaha dan prestasi kerja di kalangan guru sekolah. Journal Pendidikan, 18, 37-55. Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd. Tschannen Moran, M. and Hoy, A.W. (2001). Teacher efficacy: Capturing an elusive construct. Teaching and Teacher Education. 17, 783-805.

Wunsch, D. R. (1986). Action Research in Business Educations. Business Education Forum xxxx number 5, 31-33. Yamane, T. (1967). Elementary Sampling Theory. Englewood Cliffs: N.J. Prentice Hall, Inc. Yu, H. Leithwood, K. and Jantzi, D. (2002). The effects of transformational leadership on teachers commitment to change in Hong Kong. Journal of Educational Administration, 40(4), 368-389. Zainab Bibi Hamid (1998). Perception of Secondary Schools Teachers towards the Transformational Leadership for Teachers Effectiveness. Projek Master yang tidak diterbitkan, Serdang, UPM. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2005). Asas Kepemimpinan Transformational dalam Pendidikan: Satu bab dalam Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Foo Say Fooi. Pengurusan dan Kepemimpinan: Satu Langkah Ke hadapan. UPM Serdang. Zawawi Yahya (1999). Kepemimpinan Transformational dan Kegemilangan Sekolah. Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan, 9(2), 80-97.

11

Anda mungkin juga menyukai