Anda di halaman 1dari 3

Ucapan VIP

Terima kasih kepada pengurusi majlis, Auzubillahi minasyaitanirrajim bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam mahabbah. Setinggi-tinggi kesyukuruan ke hadrat illahi kerana dengan izinnya dapatlah kita berhimpun dengan meriahnya pada malam yang indah ini. Sebelum saya melanjutkan butir bicara saya pada malam ini, izinkan saya membacakan serangkap pantun.

Sang tompok makan ikan bilis Makanan pemberian Pak Muhari, Majlis bukan sebarang majlis Sekali bertandang sentiasa ingat di hati.

Bagi pihak saya secara peribadi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk menghadiri majlis pada malam ini.

Terima kasih daun keladi, Tahun depan buatlah lagi, Jagan lupa jemput saya sekali.

Baiklah, tanpa membuang masa adalah lebih elok jika saya terus membentangkan mukadimah butir bicara saya pada malam ini terlebih dahulu. Anak-anak sekalian, kita sering mendengar orang bernyanyi seperti ini: Pertemuan sekali ini Bagi diriku amat bererti Tetapi ku bimbang untuk menyatakan Bimbang kan berulang kesilapan

Nah.... indah sungguh suatu pertemuan itu

yang telah direncanakan oleh Yang Maha Esa hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita menjadi semakin akrab dan semakin akrab kita tidak peduli siapa kita berada atau pun yang tidak berada kerana yang utama kita tempuh segala-galanya dengan lapang dada kita seperti aur dengan tebing cubit peha kanan, peha kiri terasa juga.

memetik kata-kata William Shakespear, seorang sahabat ialah seseorang yang amat mengenali diri kamu dengan cara kamu sendiri, memahami dimana kamu berdiri, menerima kamu seadanya dan sentiasa menjadi tulang belakang untuk kamu terus bangun.

Atau kata-kata Bernard Meltzer, sahabat yang baik ialah seseorang yang memikirkan kamu seumpama sebutir telur yang sangat cantik, walaupun dia sendiri tahu terdapat banyak kesan retakan dan rekahan yang ada pada kamu.

Tetapi bagi saya sendiri, secara perbadi, Sahabat merupakan kekuatan di saat kamu jatuh, ketabahan di saat kamu ditimpa musibah, ketenangan di saat kamu terasa gundah, keriangan di saat hati kamu menangis dan yang teramat penting sekali, kehadirannya membawa pergi segala duka yang berselirat di lubuk hati.

Saya percaya bahawa setiap anda di sini, mempunyai sahabat sebagai teman segala suka dan suka. Namun anak-anak, sedangkan lidah lagi tergigit. Tidak semua dalam sesuatu perhubungan yang dibina itu selamanya bersulamkan madu. Nelayan di laut pun belum tentu selamat di lambung ombak walaupun ilmu pelayarannya penuh di dada. Bermasam muka dan perselisihan faham menjadi asam garam dalam sesebuah persahabatan. Suka saya mengingatkan kepada anak-anak sekalian, kita di sini umpama sebuah keluarga. Cubit peha kanan, peha kiri juga terasa. Jatuh bangun kita hadapi bersama.

Janganlah ada di antara anak-anak di hadapan saya ini bertoleh muka sesama sendiri. Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita singkirkan dan dinyah terus daripada menjadi virus yang kemudiannya merebak dan merosakkan hubungan silaturrahim sesama anak-anak sekalian. Biarlah kita membiarkan perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga itu membuncah subur di

dalam hati dan seterusnya menjadikan ia sebagai sebuah memorabilia kepada anak-anak sepanjang satu tahun di Kolej Matrikulasi Johor ini.

Saya difahamkan bahawa ada salah seorang daripada ahli praktikum MS25 ini bakal melanjutkan pelajarannya ke Mesir dan meninggalkan kita semua di sini. Kepada anakanda Nur Syahirah Abdul Fatah, ayahanda mengucapkan tahniah atas tawaran yang telah anakanda peroleh. Ragutlah peluang ini kerana peluang hanya datang sekali, kelak jangan menyesal diri. Sesungguhnya rezeki itu sebahagian daripada nikmat Allah. Nasihat ayahanda walau udara manapun anakanda bernafas, walau tanah manapun anakanda pijak, walau langit manapun anakanda nampak, sentiasalah anakanda ingat Dia yang Esa kerana tanpa Dia kita tidak terdaya melakukan apa-apa dan takkan terdaya meraih apa-apa. Jika anakanda telah mewujudkan sebuah ukhuwah yang baru di sana kelak, janganlah dilupakan ukhuwah yang telah terbina di sini. Ukhuwafillah abadan abada.

Anak-anak sekalian yang saya sayangi, Peganglah kata-kata saya ini, We will be friends, As long as stars twinkle in the sky, As long as angles are there up high, til oceans run dry, And til the day I die

Baiklah anak-anak, Saya tidak mahu mengambil masa yang begitu lama untuk berucap di dalam majlis ini. Cukuplah sempat untuk saya memberikan sedikit nasihat kepada anak-anak sekalian mengenai erti persahabatan. Persahabatan umpama bawang, tiada penghujungnya and once you cut it you will cry. Segala yang baik datang daripada Lillahitaala, dan segala yang buruk datangnya daripada kekurangan saya sendiri.

Saya sudahi ucapan saya dengan wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai