Anda di halaman 1dari 7

PENERIMA TV WARNA

E 4121/UNIT 8/ 1

UNIT 8

OBJEKTIF OBJEKTIF AM o Membincangkan bahagian pemesongan OBJEKTIF KHUSUS. Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:o Mengaitkan isyarat segerak dengan pengayun ufuk/pugak o Melukiskan gambarajah blok pemesongan ufuk/pugak o Menerangkan fungsi setiap blok o Menerangkan kawalan-kawalan ufuk /pugak o Pegang o Lebar o Pincushion o Lelurus o Tinggi

E_ 4121

PENERIMA TV WARNA

E 4121/UNIT 8/ 2

INPUT

8.0 PENGENALAN Terdapat dua peringkat pengayun pesongan dalam penerima TV, iaitu pesongan ufuk dan pugak. 8.1 KAITAN ISYARAT SEGERAK DENGAN PENGAYUN UFUK DAN PUGAK 8.1.1 Pengayun akan hanya berayun dan menghasilkan isyarat keluaran apabila menerima isyarat segerak daripada isyarat video komposit. Isyarat video komposit mempunyai isyarat segerak negatif akan memicu penguat dan mengeluarkan isyarat positif.Rajah 8.0a. menunjukkan isyarat segerak dipisahkan dari isyarat video komposit. Isyarat segerak tersebut dihantar ke pengayun pesongan ufuk dan pugak untuk menggelakkan gambar koyak kiri dan kanan dan bergulung atas ke bawah atau sebaliknya.

E_ 4121

PENERIMA TV WARNA

E 4121/UNIT 8/ 3

8.1a: Rajah Isyarat segerak dipisahkan

Rajah 8.2: 8.3

Gambarajah blok pesongan ufuk dan pugak

FUNGSI-FUNGSI SETIAP BLOK 8.3.1 Peringkat pengayun pugak menjanakan voltan gerigi pesongan pugak pada 50Hz digandingkan ke penguat pesongan pugak. 8.3.2 Peringkat pengayun ufuk menjanakan voltan gerigi ufuk pada 15625 Hz yang diperlukan oleh peringkat penguat pesongan ufuk. Litar Kawalan

E_ 4121

PENERIMA TV WARNA

E 4121/UNIT 8/ 4

Frekuensi Automatik digunakan untuk menentukan frekuensi ufuk sentiasa pada 15625 Hz. 8.3.3 Peringkat penguat pesongan pugak menyediakan pembesaran isyarat voltan gerigi guna untuk memicu gelung pesongan pugak. 8.3.4 Peringkat penguat pesongan ufuk membekalkan arus imbasan yang diperlukan dalam gegelung pesongan ufuk untuk memenuhi raster.dan menjanakan denyut-denyut terbang balik bernilai 20kv-30kv untuk anod tiub gambar. 8.4 . KAWALAN-KAWALAN UFUK DAN PUGAK 8.4.1 Kawalan pegang ufuk melaraskan frekuensi osilator ufuk berada pada 15625 Hz supaya gambar tidak koyak. 8.4.2 Kawalan pegang pugak melaraskan frekuensi osilator pugak berada pada 50Hz supaya gambar tidak bergulung atas ke bawah atau sebaliknya. 8.4.3 Kawalan Pincushion digunakan untuk menentukan raster yang dihasilkan tidak bererut. 8.4.4 Kawalan ketinggian pugak befungsi mengawal amplitud voltan gerigi pugak supaya gambar terhasil cukup ketinggiannya. 8.4.5 Kawalan lebar ufuk digunakan untuk mengubah amplitud isyarat gerigi pesongan ufuk. 8.4.6 (a) Kawalan lelelurusan pugak berfungsi mengubah keluaran gerigi

pugak supaya tiada pengumpulan dan pemisahan garisan surihan atas dan bawah skrin. (b) Kawalan kelelurusan ufuk berfungsi mengubah keluaran gerigi ufuk

E_ 4121

PENERIMA TV WARNA

E 4121/UNIT 8/ 5

supaya alur elektron bergerak pada satu kadar yang seragam merentasi layar. 8.5 MENDIAGNOS JENIS KEROSAKAN BERDASARKAN SIMPTOM Bil 1 2 3 4 5 Simptom Gambar bergulung atas ke bawah. Gambar koyak kiri dan kanan. Keluaran raster akan bererut Gambar/raster tidak cukup tinggi atau satu garisan putih melintang ditengah skrin tv. Gambar atau raster tidak cukup lebar atau satu garisan putih tegak ditengah layar tv. Peringkat Yang Rosak Kawalan pegang pugak Kawalan pegang ufuk Kawalan pincushion Penguat pesongan pugak Penguat pesongan ufuk

E_ 4121

PENERIMA TV WARNA

E 4121/UNIT 8/ 6

AKTIVITI Sila jawab semua soalan 1. 2. 3. Namakan kawalan yang memberhentikan gambar bergulung dari atas ke bawah atau sebaliknya. Namakan nilai frekuensi pengayun ufuk dan pengayun pugak. Berikan jawapan sama ada salah atau betul bagi kenyataan berikut:Satu garisan putih mengufuk merentasi layar disebabkan oleh frekuensi salah pada pengayun pugak.

PENILAIAN KENDIRI 1. 2. 3. 4. Huraikan dengan ringkas fungsi peringkat penguat pesongan ufuk. Nyatakan simptom kerosakan bagi kawalan pegang ufuk Apakah kesan pada gambar sekiranya tiada isyarat segerak? Nyatakan fungsi pengayun pesongan pugak

E_ 4121

PENERIMA TV WARNA

E 4121/UNIT 8/ 7

MAKLUM BALAS 1. 2. 3. Kawalan pegang ufuk. Frekuensi pengayun ufuk ialah 15625Hz dan frekuensi pengayun pugak 50Hz. Betul

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI . 1. Peringkat penguat pesongan ufuk membekalkan arus imbasan perlu bagi gelung pesongan ufuk untuk mengimbas lebar raster. 2. 3. 4. Satu garisan putih menegak di tengah skrin tv. Gambar akan berkoyak kiri ke kanan dan bergulung atas ke bawah. Peringkat pengayun pesongan ufuk menjanakan voltan gerigi ufuk pada 15625Hz guna untuk penguat pesongan ufuk.

E_ 4121

Anda mungkin juga menyukai