Anda di halaman 1dari 10

PENERIMA TV WARNA

E4121/UNIT 5/ 1

UNIT 5

OBJEKTIF OBJEKTIF AM Menerangkan bahagian-bahagian yang penting dalam sesebuah penerima tv.

OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini nanti anda sepatutnya dapat:

Menerangkan bagaimana isyarat masuk ke penerima TV melalui antena. Menerangkan bagaimana isyarat diproses dan pemilihan saluran. Menerangkan fungsi frekuensi pembawa dan sub-pembawa. Menerangkan bagaimana isyarat warna dibawa dan pisahkan kepada isyarat warna Merah Hijau dan Biru(RGB).

Menerangkan maksud penyegerakan ufuk dan pugak.

E4121

PENERIMA TV WARNA

E4121/UNIT 5/ 2

INPUT PENGENALAN Isyarat Frekuensi Radio(RF) yang diterima melalui antena TV kemudiannya dikuatkan serta dipilih salurannya. Saluran yang telah dipilih akan diasingkan kepada bahagian gambar dan suara untuk ditayangkan dan diperdengarkan. 5.1.0 Antena

Antena merupakan salah satu komponen terpenting bagi mendapatkan penerimaan isyarat yang lebih baik. Antena akan memerangkap dan menggandakan isyarat yang diterimanya dan diberikan kepada bahagian RF. Bahagian RF sekali lagi akan menguatkan isyarat yang diterima dengan menggunakan penguat RF sebelum dihantar ke bahagian IF. 5.1.1 Jalur VHF dan UHF

Dua jalur diperuntukkan bagi sistem siaran TV di Malaysia. Kedua-dua jalur tersebut ialah Jalur VHF iaitu saluran 2 hingga 12 dan jalur UHF saluran 21 hingga 69. Keduadua jalur tersebut diproses di dalam bahagian yang sama iaitu penala. Kebanyakan penerima TV disediakan dengan satu punca sambungan antena yang bergalagan 75 dan menggunakan kabel antena jenis sepaksi. Pada peringkat awal TV dikeluarkan, terdapat 2 punca sambungan pada kabel antena. Ini adalah kerana kabel jenis pipih berkembar (twin-lead wire) digunakan yang mempunyai galangan 300.

E4121

PENERIMA TV WARNA 5.1.2 Pemilihan saluran

E4121/UNIT 5/ 3

Pemilihan saluran menggunakan kaedah Frekuensi Radio Tertala(TRF). Litarnya sentiasa bertukar setiap kali saluran ditukar. Gandaan pada penguat RF bertukar bersama paras masukan dan biasanya distabilkan oleh litar Kawalan Gandaan Automatik. Ketika paras isyarat rendah, penguat RF berfungsi pada gandaan yang maksimum. Gandaan ini sangat penting untuk menentukan nisbah isyarat kepada hingar lebih tinggi untuk dihantar ke pencampur. Ketika isyarat di antena terlalu kuat, bahagian ini bertindak sebagai perosot bagi memastikan isyarat keluaran tidak berlebihan. Litar Kawalan Gandaan Automatik berfungsi untuk mengawal gandaan penguat Frekuensi (RF) dan Frekuensi Pertengahan (IF). 5.2 Bahagian Frekuensi Pertengahan Penguat Frekuensi Pertengahan hanya menerima frekuensi pertengahan dari pencampur kerana ianya telah ditala terlebih dahulu untuk dikuatkan dan disambungkan ke Bahagian Frekuensi Pertengahan. Fungsi utamanya ialah untuk meningkatkan paras isyarat ke tahap sehingga sampul AM boleh dikesan. Diod semikonduktor seperti litar penerus gelombang separuh digunakan sebagai pengesan isyarat Frekuensi Pertengahan. Biasanya terdapat dua atau tiga peringkat penguat IF dalam sesebuah penerima TV. Tujuannya adalah bagi mendapatkan gandaan sehingga lebih kurang 10,000 kali. Contohnya:Jika masukan hanya 0.2mV maka keluaran pada pengesan video ialah 2V. Setelah isyarat digandakan, isyarat sub-pembawa audio dan video akan dipisahkan dengan lebih mudah.
5.3

Pengesanan isyarat audio dan video berlaku selepas Peringkat Frekuensi Pertengahan(IF).

5.3.1

Pengesan Video

E4121

PENERIMA TV WARNA

E4121/UNIT 5/ 4

Isyarat dari keluaran Peringkat Frekuensi Pertengahan akan dimasukkan ke bahagian Pengesan Video. Diod semikonduktor frekuensi tinggi dijadikan sebagai litar pengesan bersama litar penapis terdapat di bahagian keluaran. Litar ini membenarkan hanya riak komponen frekuensi pertengahan melaluinya. Keluaran dari bahagian ini merupakan titik permulaan jalur dasar isyarat video komposit. Isyarat video komposit ini dapat dilihat dan seterusnya dikuatkan di bahagian Penguat Video bagi disesesuaikan dengan tiub gambar. 5.4 Warna Isyarat warna bergerak bersama isyarat video komposit dan frekuensi sub-pembawanya ialah 4.43MHz. Isyarat warna juga dikenali sebagai isyarat kroma. Isyarat warna adalah dalam bentuk isyarat u dan isyarat v.

Rajah 5.4: Bentuk Gelombang Krominans U dan V Isyarat u adalah isyarat Beza Warna Biru yang telah digabungkan dengan frekuensi subpembawa warna 4.43MHz dengan arah vektor mendatar. Isyarat v adalah isyarat Beza Warna Merah yang digabungkan dengan frekuensi subpembawa warna 4.43MHz dengan arah vektor bersudut tepat menegak.

E4121

PENERIMA TV WARNA

E4121/UNIT 5/ 5

u Rajah 5.5: Rajah Vektor Sudut Warna U dan V 5.4.1 Oleh kerana isyarat warna yang dipancarkan hanya isyarat v(merah) dan u(biru)

maka warna hijau perlu didapatkan melalui proses yang melibatkan isyarat luminans(Y) dalam litar pemproses kroma. Isyarat v dan u perlu ditulenkan dengan membuang isyarat sub-pembawanya menjadikan isyarat R-Y dan B-Y. Warna asas yang diperlukan ialah warna merah, hijau dan biru. Warna Merah R = (R-Y) + Y Warna Biru B = (B-Y) + Y Warna Hijau G = Y-R-B 5.4.2 Gambar berwarna bagi paparan video adalah gambar monokrom(Y) dan

diwarnakan dengan gabungan warna-warna asas atau warna-warna primer iaitu merah, hijau dan biru. Oleh kerana isyarat warna (C) tiba lebih lewat berbanding dengan isyarat gambar, iaitu bersamaan masa untuk 1 garis ufuk (64s) maka isyarat gambar perlu dilewatkan dengan tempoh masa yang sama supaya isyarat Y dan isyarat C akan sampai ke skrin secara serentak.
5.5

Pada Bahagian Pengesan Video, perbezaan frekuensi antara isyarat pembawa

E4121

PENERIMA TV WARNA

E4121/UNIT 5/ 6

audio 33.4MHz dan isyarat pembawa video 38.9MHz yang telah dikuatkan akan diambil. Satu litar perangkap suara digunakan untuk tujuan ini dan frekuensinya ialah 5.5MHz. Frekuensi 5.5MHz ini kemudiannya akan disambungkan ke bahagian Pengesan FM.

5.5 MHz PenguatPenghad

Pengesan FM

Penguat Keluaran Audio

Kawalan Bahana

Ke Penguat Video
Pengesan Video

Rajah 5.6: Sistem Bunyi Antara-Pembawa 5.5MHz Bahagian Pengesan FM berfungsi untuk mengesan isyarat FM dan kemudiannya mengasingkan isyarat bunyi dari isyarat FM berkenaan untuk dikeluarkan. Isyarat audio yang terhasil adalah kecil. Penguat audio diperlukan untuk menguatkan isyarat tersebut supaya bersesuaian dengan pembesar suara untuk diperdengarkan. 5.6 Isyarat Segerak

Isyarat segerak terdapat pada bahagian anjung hadapan pada isyarat video komposit. Dua jenis isyarat segerak iaitu isyarat segerak ufuk berfrekuensi 15625Hz dan isyarat segerak pugak 50Hz. Isyarat video komposit dari penguat video disalurkan ke skrin dan ke peringkat pemisah penyegerak. Tujuannya adalah untuk mengasingkan isyarat segerak dari isyarat video komposit dan untuk diasingkan kepada dua kumpulan, ufuk dan pugak. Isyarat pesongan tempatan yang juga mempunyai frekuensi yang sama akan disegerakkan dengan isyarat segerak dari isyarat video komposit. Dengan adanya isyarat segerak gambar(dari isyarat video komposit) dan isyarat pesongan tempatan dapat disegerakkan maka gambar yang sempurna dapat dihasilkan tanpa sebarang kesan.

E4121

PENERIMA TV WARNA

E4121/UNIT 5/ 7

5.7

Diagnosis Kerosakan Berdasarkan Simptom.

Bil 1 2 3 4 5

Simptom Gambar tidak jelas. Terdapat gangguan pada gambar Ada suara tiada gambar. Raster normal. Tiada suara atau suara perlahan. Gambar berputar ke atas atau ke bawah. Bunyi normal. Gambar berkoyak. Bunyi normal.

Peringkat Yang Disyaki Rosak 1. Frekuensi Pertengahan 2. Antena 1. Penguat Video 2. Paparan 1. Pembesar suara 2. Penguat Keluaran Audio 1. Penyegerakan pugak 2. Pelaras kelelurusan pugak tak tepat 1. Penyegerakan ufuk 2. Pelaras kelelurusan ufuk tak tepat

E4121

PENERIMA TV WARNA

E4121/UNIT 5/ 8

AKTIVITI

Sila jawab semua soalan yang diberi. 1. Nyatakan fungsi antena. 2. Namakan sistem dan jalur yang digunakan oleh sistem TV di Malaysia. 3. Berapakah gandaan yang dikuatkan oleh Bahagian Frekuensi Pertengahan sesebuah penerima TV?

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI 1. Bahagian Pengesan berfungsi untuk mengesan isyarat video. Nyatakan SATU lagi fungsi bahagian pengesan. 2. Nyatakan SATU fungsi bahagian penguat segerak?

E4121

PENERIMA TV WARNA

E4121/UNIT 5/ 9

MAKLUM BALAS Jawapan 1. Antena berfungsi sebagai penerima isyarat dan sebagai pengganda isyarat sebelum dimasukkan ke bahagian RF. 2. Sistem TV di Malaysia:i. ii. 3. Sistem B VHF PAL Sistem G UHF PAL

Bahagian Frekuensi Pertengahan TV biasanya menggandakan sehingga lebih kurang 10,000.

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI 1. Bahagian Pengesan Video berfungsi untuk mengesan dan mengasingkan isyarat video. Isyarat tersebut akan disalurkan ke Bahagian Penguat Video dan Bahagian Kroma serta Bahagian Pemisah Penyegerak. Bahagian ini juga adalah satu-satunya bahagian di mana isyarat audio diasingkan. 2. Bahagian Penguat Segerak berfungsi untuk menguatkan keluaran dengan memberi lebih arus kepada gelung pesongan. Bahagian yang paling kuat menggunakan kuasa dalam sesebuah penerima TV.

E4121

PENERIMA TV WARNA

E4121/UNIT 5/ 10

E4121

Anda mungkin juga menyukai