Anda di halaman 1dari 9

Praktikal 2 : When is it a Species? Taxonomy and Keeping Track of Biological Diversity.

Pengenalan : "Kepelbagaian biologi" di dunia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.Yang pertama dan yang paling asas termasuklah semua spesies di bumi. Di peringkat yang lebih halus termasuklah kepelbagaian genetik dan pada skala yang lebih luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Suatu spesies boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua pendekatan yang agak berbeza: (1) spesies biologi di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama (2) spesies morfologi mana individu-individu yang kelihatan sama (morfologi yang serupa atau biokimia make-up) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah kedua ini memberikan individu kepada spesis sering digunakan apabila kita tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai tabiat pembiakan individu - tumbuhan dan invertebrata berada dalam kategori ini. Saintis yang pakar dalam mengenalpasti dan perkumpulan spesies dikenali sebagai ahli taksonomi. Taksonomi adalah amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti, sebagai ketidakupayaan untuk membezakan antara spesies, atau kekeliruan mengenai namanama spesies, boleh melambatkan atau menghalang usaha kami di perlindungan. Taksonomi hanya kemudahan supaya kita boleh memberi nama kepada segala macam 'perkara' yang berbeza atau taksa di bumi. Sering ada variasi yang besar antara

individu spesies yang berbeza, dan ia mungkin sukar untuk membuat keputusan secara tepat bagaimana untuk mengasingkan kumpulan individu menjadi spesies berasingan. Ini terutamanya benar apabila kita mempunyai hanya ciri-ciri morfologi untuk membantu kami. Sebagai contoh, bagaimana serupa individu perlu berada di dalam kelas yang mereka dianggap spesies yang sama?

Walau bagaimanapun, cara kita kelaskan organisma di bumi (biodiversiti) akan memberi pengaruh besar terhadap bagaimana kita mengiktiraf taksa yang bertujuan untuk memelihara. Konsep taksonomi Taksonomi ( sistematik ) merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian pengelasan, pengecaman, tatanama organisma hidup yang wujud di dunia ini. Pengelasan merujuk kepada aktiviti mengkategorikan pelbagai jenis organisma dalam dunia berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan di kalangan organisma hidup. Di dalam dunia kita, berjuta-juta jenis organisma telah diketahui atau telah bahan, ditemui. Taksonomi dan bertujuan yang

menguruskan

maklumat,

data

dikumpulkan dengan menggunakan satu pendekatan yang sistematik dan teratur supaya bahan, maklumat dan data tersebut boleh disimpan, difailkan dan dikelaskan secara sistematik dan teratur untuk memudahkan rujukan. Taksonomi menggunakan sistem pengkelasan semula jadi. Maka taksonomi menyediakan satu pendekatan untuk ahli biologi mengkaji kepelbagaian hidupan dan mencari

perhubungan semula jadi di antara organisma dalam jaringan hidupan. Taksonomi juga membolehkan ahli biologi mengkaji bdang-bidang biologi yang lain seperti morfologi, anatomi dan fisiologi dengan lebih mudah. Taksonomi menyediakan satu kaedah yang sistematik untuk menghuraikan flora dan fauna di kawasan yang berbeza dalam dunia.

Konsep spesies Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk

pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya ialah Homo sapiens, Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis. Jenis-jenis spesies

Ekologikal spesies Satu set haiwan yang mempunyai peranan (niche) ekologi yang sama di dalam sesebuah persekitaran Cth: katak pisang dan katak puru

Morfologikal spesies Sesuatu populasi berbeza daripada cirri-ciri fizikal namun tetap dikategorikan sebagai satu spesies Cth: ayam dan itik

Mikro spesies Spesies yang membiak tanpa proses meiosis dan persenyawaan dan setiap generasi adalah serupa dari segi genetik dengan generasi sebelumnya Cth: yeast dan hydra

SPESIES

Genetic spesies Satu set haiwan yang berpotensi membiak secara semulajadi melalui genetik yang sesuai Cth: ikan boleh mengalami polyploidy dan membentuk spesies baru

Biological spesies Satu set haiwan yang berpotensi untuk membiak sesama mereka Cth: anjing Chihuahua dan poodle

Objektif : Mengklasifikasikan spesies mengikut kaedah morfologikal Bahan-bahan : 1 set spesies moon morph, gunting, gam, sekeping kertas Prosedur : 1. Kelas telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Satu set spesies moon morph telah digunting dan di kategorikan kepada beberapa spesies. 2. Spesies moon morph tersebut telah disusun mengikut sistem pengkelasan pelbagai tingkat (Multilevel System Classification). Keputusan :

Perbincangan : Soalan 1 Apakah ciri-ciri yang ditekankan oleh ahli kumpulan anda apabila mula-mula meletakkan haiwan di dalam kumpulan? Mengapakah anda menggunakan ciri-ciri tersebut? Mengapa bukan ciri-ciri yang lain? Ciri yang kumpulan saya tekankan semasa pertama kali menghimpunkan haiwan adalah adalah dari segi corak fizikal Moon Morphs , iaitu badan kosong, badan berbintik dan badan bercorak. Hal ini kerana corak fizikal ini amat jelas kelihatan dan amat ketara perbezaannya antara Moon Morphs tersebut. Apabila kami melihat perbezaan antara Moon Morph tersebut, ciri corak yang ada pada badan Moon Morphs ini amat mudah dikenalpasti sedangkan ciri-ciri lain perlu diperhati dengan lebih teliti lagi. Contohnya seperti ciri berekor atau ciri berkuku yang tidak jelas perbezaannya. Soalan 2 Perlukah semua individu di dalam sesuatu spesies serupa? Berapa banyakkah variasi yang boleh diterima di dalam sesuatu spesies? Tidak perlu, sesuatu spesies itu perlu nampak seperti sama tapi tidak perlu serupa. Hal ini kerana di dalam sesuatu spesies itu terdapat variasi. Beberapa variasi boleh diterima di dalam suatu spesies namun apabila haiwan daripada spesies yang sama kelihatan berbeza, ahli taxonomi akan mengkelaskan mereka sebagai subspesies yang berbeza atau kaum yang berbeza tetapi mereka tetap boleh membiak sesama mereka. Contohnya seperti anjing adalah satu spesies tetapi subspesies anjing adalah seperti Labrador, Poodle atau Chihuahua. Begitu juga seperti spesies gajah dan subspesies gajah pula adalah gajah Afrika dan juga gajah India. Walaupun begitu spesies anjing dan spesies gajah tersebut tetap boleh membiak sesama mereka. Soalan 3 Apakah yang akan berlaku pada spesies anda jika anda menerima variasi individu aras tinggi? Apakah yang akan berlaku pada spesies anda jika anda menerima variasi individu aras paling rendah?

Jika variasi individu spesies Moon Morph ini tinggi, maka saya boleh memecahkan lagi spesies Moon Morph ini kepada banyak sub-spesies manakala jika variasi individu spesies Moon Morph ini rendah, maka saya hanya boleh memecahkan spesies tersebut hanya kepada beberapa sub-spesies. Soalan 4 Jelaskan bagaimana ahli taxonomi boleh membahagikan spesies kepada dua atau lebih spesies? Ahli taxonomi boleh membahagikan sesuatu spesies kepada dua atau lebih spesies dengan pelbagai cara antaranya adalah dengan cara konsep spesies biologikal yang merujuk kepada sekumpulan populasi yang berpotensi untuk membiak secara semulajadi sesama mereka untuk menghasilkan zuriat yang pelbagai dan subur . Selain itu, kaedah lain yang digunakan adalah kaedah konsep spesies morfologikal di mana individu dikategorikan dengan melihat persamaan dari segi ciri-ciri fizikal yang ketara. Terdapat juga kaedah-kaedah lain seperti typologikal spesies, recognition spesies, evolutionary spesies, ekologikal, genetic dan juga mikrospesies. Soalan 5 Apakah faktor yang menyebabkan variasi individu dalam sesuatu spesies? Age-group (ontogenetic) : Perbezaan kumpulan umur adalah perbezaan yang dihasilkan oleh kehadiran individu yang mempunyai umur yang berbeza di dalam sesuatu populasi contohnya seperti kanak-kanak dan orang dewasa di Terengganu berbeza daripada segi ketinggian namun kanak- kanak yang berumur 6 tahun di Terengganu dan kanak-kanak berumur 6 tahun di Perak tidak banyak beza secara keseluruhannya. Begitu juga jika diaplikasikan kepada spesies haiwan. Genetik : Individu yang berbeza biasanya memiliki set gen yang berbeza. Perbezaan yang nyata seperti warna kulit, warna mata atau bilangan jari adalah ciri-ciri genetik manusia yang berbeza-beza. Begitu juga pada haiwan, contohnya rama-rama mempunyai set gen

yang berbeza menyebabkan wujudnya variasi seperti corak, warna sayap, bentuk abdomen dan juga bentuk sayap yang berbeza-beza. Persekitaran : Persekitaran yang berbeza juga mewujudkan variasi di dalam sesuatu spesies contohnya seperti persekitaran di Jepun yang sejuk menyebabkan manusia yang tinggal di tempat tersebut berkulit cerah namun lain pula dengan persekitaran di Afrika di mana cuacanya panas dan kering dan manusia yang tinggal di tempat tersebut pula mempunyai warna kulit yang gelap. Mutasi : Perubahan di dalam struktur genetik pada DNA menyebabkan variasi didalam spesies tersebut. Soalan 6 Mengapakah Moon Morphs ini dipanggil Morphospesies? Moon Morph dipanggil morphospesies kerana Moon Morph dikategorikan kepada spesies mengikut ciri-ciri fizikal yang terdapat pada Moon Morph tersebut. Ciri-ciri fizikal yang sama menyebabkan Moon Morph itu dikategorikan sebagai satu spesies namun mungkin terdapat variasi di dalam spesies tertentu seperti Moon Morph 4 dan 3 yang mempunyai badan yang panjang dan bercorak dikategorikan sebagai satu spesies tetapi mempunyai variasi seperti berkuku dan tidak berkuku (rujuk keputusan). Soalan 7 Jelaskan mengapakah spesies anda bukan reproduktif / biologikal spesies? Spesies Moon Morph adalah Morphospesies kerana ianya dikategorikan kepada spesies mengikut ciri-ciri fizikal yang sama. Rupa yang hampir sama diletakkan dibawah satu spesies. Moon Morph bukan spesies reproduktif/ biologikal kerana tiada maklumat tentang pembiakan Moon Morph tersebut, jika tiada maklumat tentang pembiakan mereka maka kita tidak boleh mengkategorikan mereka kepada spesies. Ini adalah kerana biologikal spesies dikategorikan mengikut spesies apabila sesuatu hidupan itu berjaya membiak secara semulajadi sesama mereka, apabila mereka

berjaya membiak dan menghasilkan individu yang subur maka hidupan itu dikira sebagai satu spesies. Kesimpulan : Setelah mencuba untuk mengkategorikan Moon Morph ini kepada beberapa spesies lain, kami mendapati Moon Morph ini boleh dikategorikan kepada 12 sub spesies (rujuk keputusan). 1. Spesies berbadan kosong, berbadan panjang, berekor 29 2. Spesies berbadan kosong, berbadan panjang, tidak berekor 19,20,26 3. Spesies berbadan kosong, berbadan pendek, bersungut 1, berekor bulat 13,14,28 4. Spesies berbadan kosong, berbadan pendek, bersungut 1, berekor panjang 8,15 5. Spesies berbadan kosong, berbadan pendek, bersungut 2, bersekor bulat 7,25 6. Spesies berbadan kosong, berbadan pendek, bersungut 2, berekor anak panah 6,9,10,11,21 7. Spesies berbadan bintik, bermata 1 1,16 8. Spesies berbadan bintik, bermata 2 17,24,27 9. Spesies berbadan corak, berkuku, bertangan lurus 3 10. Spesies berbadan corak, berkuku, bertangan bengkok 12 11. Spesies berbadan corak, tidak berkuku, berkaki lurus 4,18,23 12. Spesies berbadan corak, tidak berkuku, berkaki bengkok 2,5,22

Anda mungkin juga menyukai