Anda di halaman 1dari 23

TXEA: 1319- BAHASA DAN GENDER Pensyarah: Profesor Madya Dr. Hajjah Jariah Mohd.

Jan Semester 1 Sesi: 2011/2012 Gender dan Pendidikan

PROJEK

_____ 25%

Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan

: Parimala A/P Gunasekaran : Kaithree A/P Yarakeya : Moganah A/P Venogopal

NoMatrik:TEA090074 No Matrik: TEA090031 No Matrik: TEA090048

Pengenalan
Dalam bidang gender dan pendidikan, gaya pembelajaran adalah satu cabang yang menarik untuk mengkaji cara belajar seseorang dalam dunia pendidikan. Juga didapati, perbezaan gender dalam penerbitan buku teks, pertuturan dan perlakuan di bilik darjah ada juga kaitan dengan pendidikan. Apakah yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran? Sebenarnya gaya pembelajaran adalah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh serta memperolehi maklumat , ilmu dan pengalaman baru. Seseorang pelajar yang berada di pelbagai tahap pendidikan seharusnya mempunyai gaya pendidikan yang berlainan bagi memastikan pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan. Manakala istilah gender pula membawa maksud kontrusi sosial atau attribut yang dikenakan pada manusia yang dibangun oleh kebudayaan manusia. Ringkas kata, gender adalah dua golongan yang mempunyai sifat dan ciriciri yang berlainan iaitu lelaki dan perempuan. Kajian gender dalam buku teks dan di dalam kelas adalah satu faktor yang penting dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana kita boleh melihat perbezaan gender nyata dalam buku teks mahupun dalam situasi kelas. Menurut Jariah (2002) beliau berkata terdapat perbezaan gender dalam penerbitan buku teks. Dalam kelas, kedua- dua pengajar dan juga pelajar mempunyai peranan yang penting. Maka tidak boleh menafikan bahawa pertuturan dan perlakuan antara pengajar dan pelajar mewujudkan situasi belajar dalam kelas. Objektif kajian bahasa dan pendidikan adalah untuk melihat perbezaan unsur gender dalam bidang pendidikan. Secara umumnya, wujud pelbagai stereotaip apabila mengkaji unsur seksism. Maka, melalui kajian dalam bidang ini kita akan mendapat pengetahuan tentang adakah terdapat unsur perbezaan gender atau unsur seksism dalam bidang pendidikan? Secara ringkasnya, hubungan gender dan pendidikan boleh dilihat melalui gaya pembelajaran, dalam conteks buku teks dan juga di bilik darjah.

Perkembangan literature
1. Pembelajaran
Pembelajaran pula dilihat sebagai suatu proses memperoleh dan mengekalkan pengetahuan, dan tidak kurang yang melihatnya sebagai proses memperoleh kemahiran, malah ada yang berpendapat pembelajaran ialah proses memahami dan bertindak balas terhadap persekitaran Sharifah Alwiah (1987), Pembelajaran menunjukkan perubahan tingkah laku. Dengan kata lain, hasil pembelajaran setiap kali mesti merupakan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat. Shahabuddin dan Rohizani (2004), Pembelajaran merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk kemajuan diri. Woolfolk (2001) Pembelajaran ialah suatu proses di mana pengalaman yang dilalui membawa kepada perubahan yang kekal kepada pengetahuan atau tingkah laku. Atan (1986) Beliau mendefinisikan pembelajaran sebagai proses kegiatan belajar di bilik darjah.

Tenku Iskandar (1995) dan Crow (1983) Mentakrifkan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu bertindak balas kepada sesuatu atau pelbagai situasi dalam usaha menyesuaikan tingkah laku dengan berkesan. Kesimpulanya, Pembelajaran pula ialah proses perubahan tingkah laku yang agak tetap dari berlaku melalui pengalaman atau latihan yang diteguhkan.

2. Gaya pembelajaran

Kamus Dewan (2000), Gaya bermaksud sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri-ciri seseorang. Shahabuddin dan Rohizani (2004), Gaya pembelajaran merujuk kepada proses seseorang itu belajar atau menyimpan maklumat. Dunn dan Dunn (1978) Gaya pembelajaran sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatian, memproses maklumat dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. Dunn & Dunn(1980) Gaya pembelajaran adalah cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau menguasai kemahiran baru

Dunn & Dunn (1981) Gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murid belajar dengan cara yang paling optima. Hunt (1981) Gaya pembelajaran merujuk kepada syarat- syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran boleh berkesan. Peterson(1979) dan Stewart (1981) Gaya pembelajaran ialah pendekatan pelajaran yang paling digemari oleh seseorang murid. Slavin(1994) Mengaitkan gaya pembelajaran dengan personaliti dimana beliau mengatakan bahawa jika

dikatakan pelajar-pelajaryang menpunyai personality yang berbeza-beza, begitu juga mereka mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza Entwistle (1981) Gaya pembelajaran merujuk kepada tingkah laku konsisten seorang pelajar dalam cara ia belajar Dunn, Beaudry & Klaus (1989) Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri- ciri peribadi yang dikembangkan secara biologi yang membuat sesuatu cara pengajaran berkesan untuk sesetengah pelajar dari tidak berkesan untuk yang lain. Gaya pembelajaran juga merujuk kepada cara- cara bagaimana seseorang memproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru dan mencabar.

Modal Myers- Briggs Type indicator (MBTI) telah membahagikan gaya Pembelajaran kepada empat dimensi; iatu:
I.

Cara individu berinteraksi dengan orang lain (ekstrovent melawan introvent).

II. Fungsi perceptual (intuitive melawan sensing) III. Cara individu membuat pertimbangan (thinking melawan feeling) IV. Cara individu menginterpretasi maklumat (perceptive melawan judging)

Trigwell, Prosser, dan taylor (1994) Mengenal pasti lima gaya Pembelajaran berdasarkan strategi dan tujuan.
I.

Gaya pembelajaran yang berfokuskan kepada guru dan bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Gaya pembelajaran yang berfokuskan kepada guru dengan tujuan penguasaan konsep oleh pelajar. Gaya pembelajaran yang member focus kepada interaksi antara guru dan pelajar dengan tujuan penguasaan konsep. Gaya pembelajaran yang berfokus kepada pelajar dengan tujuan untuk membentuk konsepsi sendiri dan yang gaya pengajaran terakhir, yang member focus kepada pelajar dengan tujuan untuk mengubah konsepsi pelajar.

II.

III.

IV.

Gaya pembelajaran MBTI yang berasaskan kepada teori Carl Jung pula terdiri daripada 4 dimensi;
I.

Pertama, berkaitan dengan minat, sikap, dan sumber motivasi

II. Kedua, merujuk kepada Kecenderungan dalam pengumpulan maklumat. III. Ketiga, berkaitan dengan tatacara penilaian dan membuat keputusaan IV. Keempat, ialah Orientasi kehidupan tenaga pengajar.

Secara kesimpulan, gaya bermaksud cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada cara pembelajarannya. Di bawah konteks psikologi pendidikan gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh serta memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru

Konsep gender
Ann Oakley (1972) Gender bererti konstruksi soaial atau atribut yang dikenakan pada manusia yang dibangunkan oleh kebudayaan manusia

Jenis- jenis gaya pembelajaran


Dunn( 2000) Kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk menguasai sesuatu bahan pembelajaran yang sukar. Terdapat gaya- gaya pembelajaran yang berbeza seperti visual, audio, kinestetik, aktivis, reflektor, teoritis dan pragmatis. Murid- murid dan pelajar menggunakan gaya pembelajaran yang visual belajar dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf, isyarat badan, imej-imej dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri. Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid audio. Murid- murid seperti ini suka mendengar, dengan cara membaca, menyebut mendengar kuliah dan perbincangan. Terdapat juga gaya pembelajaran kinestetik di mana murid- murid belajar melalui pergerakan seperti sentuhan, merasa dan meraba secara aktif persekitarannya. Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara konvergen dan divergen.Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan pelbagai jawapan

atau alternatif kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat. Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan pelbagai jawapan atau alternatif kepada satu soalan terbuka.

Hubungan antara gaya pembelajaran dan gender


Munzil (2001) Mahasiswa yang memiliki self-efficacy tinggi mempunyai kecenderungan interaksi yang lebih tinggi bila dibandingkan dengan mahasiswa yang memiliki self-efficacy sedang. Kecenderungan tersebut berlaku untuk gender, gaya belajar dan interaksi pada semua fitur pembelajaran online. Mahasiswa yang memiliki gaya belajar accommodating dengan self-efficacy tinggi memiliki tingkat frekuensi yang lebih tinggi dari mahasiswa dengan gaya belajar yang lain

Kajian kajian lepas mengenai gaya pembelajaran


Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak dan Rashidi (1997) adalah untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Sains dan Matematik sekolah menengah rendah. Dalam kajian berkenaan, tiga gaya pembelajaran telah dikemukakan iaitu gaya motivasi, gaya mendalam dan gaya permukaan dari Inventori Gaya Pembelajaran Selmes (1987). Sampel kajian terdiri daripada 539 orang pelajar Tingkatan 4 di 20 buah sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga gaya pembelajaran. Gaya motivasi mendalam mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian Sains dan Matematik, sementara gaya permukaan mempunyai hubungan yang negatif. Ini bermakna gaya motivasi dan gaya mendalam dapat meningkatkan pencapaian akademik. Asiah (1999) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap pencapaian akademik dan gaya pembelajaran di kalangan pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Instrumen yang digunakan ialah Learning Style Inventory Dunn, Dunn and Price (1985). Sampel kajian seramai 97 orang pelajar Tingkatan 4 dari aliran teknik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada korelasi antara pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran pelajar. Kajian Tumerah (1996) menggunakan Grasha-Reichman Learning Style Inventory menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan etnik. Etnik Melayu menunjukkan kecenderungan memilih gaya pembelajaran yang melibatkan aktiviti kumpulan. Sementara, etnik Cina menunjukkan kecenderungan yang tidak dominan dalam semua gaya pembelajaraan. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang pelajar Semester 5 kursus Diploma Perguruan Malaysia di sebuah maktab perguruan di Sarawak.

Misnan (1999) dalam kajiannya untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Arab telah menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah (Selmes 1987). Misnan telah mengubah suai inventori tersebut kepada empat gaya pembelajaran. Keempatempat gaya pembelajaran itu ialah gaya hafalan, gaya perbincangan, gaya latihan dan gaya motivasi. Sampel kajian terdiri daripada 200 pelajar Tingkatan 4 di enam buah sekolah di negeri Perak. Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar cemerlang adalah gaya motivasi dan gaya hafalan. Sementara, pelajar lemah mengamalkan gaya motivasi dan perbincangan semasa mempelajari Bahasa Arab. Dapatan kajian oleh Norihan (2001) mendapati tidak wujud perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar pandai, sederhana dan lemah dalam matematik. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kesan positif gaya pembelajaran adalah sama ke atas semua pelajar, walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza. Selain dalam negara, kajian gaya pembelajaran juga banyak dilakukan di luar negara. Misalnya, Geiser-William (1999) telah membuat kajian terhadap pelajar-pelajar pinggir bandar gred 18 matematik. Beliau mendapati pelajar yang mengamalkan learning- styleresponsive dalam strategi pembelajaran Matematik telah menunjukkan kesignifikan yang tinggi dalam pencapaian dan sikap mereka berbanding dengan pelajar yang menggunakan gaya tradisional. Kajian Mcgowan (1998) terhadap 68 orang pelajar Afrika Amerika dari Fakulti Teknologi Perindustrian di Universiti Mississippi menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Cavanagh dan Stephen (1995) dalam kajiannya ke atas 192 pelajar jururawat menggunakan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb. Beliau mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan

antara gaya pembelajaran dengan pencapaian. Kajian yang dijalankan oleh Sadler-Smith (1996) menunjukkan terdapat perbezaan dalam gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan jantina, umur dan program belajar dalam pendekatan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Revised Approaches to Studying Inventory (RASI). Hasil kajian ini mendapati pelajar lelaki mengamalkan gaya mendalam berbanding pelajar perempuan yang lebih suka kepada gaya pembelajaran permukaan. Kajian tentang gaya pembelajaran dengan jantina juga telah dijalankan oleh Watson (1997) terhadap 147 orang pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina. Pelajar lelaki dan perempuan sama-sama cenderung kepada gaya pembelajaran konkrit dan juga kombinasi gaya pembelajaran konkrit dan abstrak. Kajian oleh Engelbrecht dan Natzel (1997) menunjukkan terdapat perbezaan gaya kognitif antara pelajar kulit hitam Afrika-Amerika dan Afrika Selatan. Instrumen yang digunakan ialah Childrens Embedded Figures Test (GEFT) untuk menentukan gaya kognitif bagi 100 orang pelajar kulit hitam Afrika-Amerika dan 100 orang pelajar kulit hitam Afrika Selatan Gred 4 dan 5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kulit hitam Afrika-Amerika lebih suka menggunakan gaya field independent manakala pelajar Afrika Selatan pula lebih suka kepada gaya field dependent. Richardson dan Fergus (1993) telah menjalankan kajian di dua buah sekolah menengah di Monstserrat, Caribbean untuk mengenal pasti gaya pembelajaran bagi dua kumpulan yang berbeza kebolehan, iaitu A dan B. Sampel kajian terdiri daripada 114 orang pelajar Gred 9 yang berumur 14 tahun. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik Inventory of Processes yang merangkumi empat skala gaya pembelajaran, iaitu proses mendalam, proses menghuraikan,

mempertahankan fakta dan belajar secara tersusun. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar dari kumpulan A yang berkebolehan tinggi memperolehi skor yang tinggi dalam proses belajar secara mendalam, belajar secara tersusun dan mempertahankan fakta berbanding dengan pelajar kumpulan B yang kurang berkebolehan. Kajian-kajian awal tentang strategi pembelajaran bahasa dalam pendidikan BM seperti yang dijalankan oleh Abu Talib (1998), Mohd. Nazali (1999) dan Supian (2003) menunjukkan bahawa pelajar yang berjaya dalam pelajaran BM menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa yang berkaitan dengan strategi kognitif dan metakognitif. Mereka bukan sahaja cemerlang dalam mata pelajaran BM, bahkan juga mencapai keputusan yang cemerlang dalam kebanyakan mata pelajaran yang diambil semasa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

Secara keseluruhan, kajian lepas melaporkan bahawa tidak ada perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina. Pada masa yang sama, hubungan positif antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik juga tidak konsisten.

Wacana Pertuturan Pelajar di dalam Bilik Darjah

Pertuturan

Pertuturan pula ialah perbentukan dan membunyi bahasa oral. Komunikasi yang tidak menggunakan bahasa pertuturan dikenali sebagai komunikasi augmentatif (bahasa isyarat). Kemahiran Bertutur Menurut Kamarudin Hj. Husin,(1978). Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia. Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Rujuk Kajian Swann (1988) Kajian Swann memberi satu illustrasi masalah bilik darjah dalam analisa dominan lelaki dalam perbualan. Ramai ahli pendidikan mengatakan bahawa percakapan merupakan satu faktor yang penting bagi pembelajaran. Kanak-kanak mempelajari peranan sosial di dalam bilik darjah dan ini termasuk perlakuan yang sesuai bagi gender misalnya bagaimanakah tingkah laku wanita dan lelaki sebenarnya. (Pendapat kajian Swann ini diperolehi daripada nota kuliah 12).

Sherzer (1987, hlm. 96-100) Beliau telah memperkenalkan tujuh jenis atau bentuk perbezaan dalam pertuturan lelaki dan perempuan. Ketujuh-tujuh bentuk perbezaan tersebut mengikut beliau, boleh bertindah (dua atau lebih bentuk perbezaan tersebut boleh hadir serentak di dalam suatu pertuturan lelaki atau perempuan).
1) Bentuk pertama adalah perbezaan dari segi nahu (kebiasaannya adalah fonologi dan/atau

morfologi). Mengikut beliau, bentuk ini bukan sahaja boleh dilihat dalam pertuturan sebenar tetapi juga pertuturan berbentuk laporan (reported speech). Ianya, melibatkan pola nahu dan hubungannya dengan peranan gender secara rambang dan konvensional.

2) Bentuk kedua pula adalah perbezaan bahasa. Ini menurut Sherzer (ibid), berlaku dalam situasi multilingual apabila lelaki dan perempuan sama ada memiliki repertoir yang berbeza atau mempunyai repertoir yang sama tetapi dengan cara yang berbeza.

3) Bentuk seterusnya adalah perbezaan gaya atau stail. Gaya atau stail ini dilihat dari segi komponen linguistik iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, dan juga leksikal. Komponen linguistik ini mengikut Sherzer (ibid), boleh dikaitkan dengan perbezaan lelaki dan perempuan.

4) Bentuk keempat pula adalah perbezaan pemboleh ubah atau frekuensi dalam set komponen linguistik yang kecil. Mengikut beliau lagi, dalam mana-mana masyarakat, sesetengah komponen fonologi, morfologi, dan sintaksis mempunyai perbezaan yang signifikan dengan komponen sosial seperti kelas, etnik, pendidikan, tahap formaliti dan juga gender. Ini menunjukkan bahawa gender tidak boleh dipisahkan sebagai dimensi yang berdiri sendiri sepenuhnya.

5) Bentuk yang kelima melibatkan perbezaan di dalam aspek interaksi dan organisasi pertuturan yang dilihat secara kualitatif atau kuantitatif. Ini termasuklah komponenkomponen analisis pertuturan yang diperkenalkan oleh Sacks dan Schegloff seperti giliran dalam bertutur, pertindihan, dan juga menyampuk.

6) Bentuk keenam pula adalah perbezaan dari segi genre verbal dan peranan pertuturan. Genre verbal merupakan sesuatu yang mempunyai unsur budaya, rutin, dan kadang-kala jelas dan formal bagi sesuatu komuniti atau masyarakat. Sesetengah genre verbal mempunyai kaitan dengan peranan sosial di mana ia (genre verbal) lambing kepada peranan sosial tersebut.

7) Bentuk yang terakhir yang dikemukan oleh Sherzer adalah perbezaan pola pertuturan yang berhubungkait dengan situasi tutur dan genre verbal. Ia juga melihat sama ada masyarakat secara amnya menjadi penentu kepada prinsip-prinsip penggunaan bahasa. Bentuk ini perlu dilihat dari segi sosiobudaya yang lebih besar. Kesimpulanya, terdapat perbezaan ketara dalam pertuturan pelajar perempuan dan pelajar lelaki.

Perlakuan guru dan pelajar di bilik darjah

Perlakuan guru dalam bilik darjah

Jariah(2002) Corak perlakuan pandangan atau 'gaze' guru yang sering memberikan kepada pelajar lelaki memberi 'feedback' atau rangsangan yang positif. Aspek male dominance dimana guru memberi tumpuan lebih terhadap pelajar lelaki menggalakkan mereka memberi sumbangan yang lebih.

Macdonald, Saunders dan Benfield(1999) Mereka menyatakan bahawa peranan guru adalah sangat dititik beratkan dalam mempengaruhi pelajar lelaki membaca dan memilih bahan bacaan di kelas. Menurut mereka, sikap guru secara umumnya boleh menghapus atau meningkatkan masalah pencapaian rendah pelajar lelaki di sekolah.

Klem dan Connell (2004) Mereka mengatakan bahawa guru cuba untuk menjadikan P&P menarik, pelajar mereka bertutur, menunjukkan sifat mengambil berat, jujur serta melayan mereka secara adil, pelajar akan membalasnya dengan menunjukkan tingkah laku yang lebih positif di dalam bilik darjah. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru dalam menangani perkembangan diri remaja khasnya pelajar lelaki, akan menyebabkan sebahagian guru lebih cenderung menggunakan katakata negatif, menyindir atau memndang rendah, pelajar mereka.

Arrends (1994) Menurut beliau guru yang berkesan berupaya mewujudkan hubungan dengan pelajar di samping memupuk suasana penyayang untuk memupuk minat pelajar belajar di dalam kelas.

Perlakuan pelajar di dalam kelas Jariah (2002) Pelajar yang mempunyai keyakinan diri (majoriti lelaki) mengangkat tangan lebih cepat dari pelajar perempuan, lebih yakin dengan keputusan, mereka dan ini menarik perhatian guru.

Stanworth (1981) Beliau mengatakan bahawa pelajar lelaki lebih kerap menyoal, memberi maklumat dan idea secara sukarela dan menuntut perhatian guru lebih daripada pelajar perempuan.

Rowe (2002) Beliau pula mendapati bahawa pelajar perempuan secara signifikannya lebih memberikan tumpuan berbanding pelajar lelaki. Sebaliknya, pelajar lelaki kurang berminat dengan sekolah dan lebih berisiko untuk berada di bawah tahap pendapaian akademik yang ditetapkan khususnya dalam bidang literasi. Juga didapati, komitmen pelajar yang meningkat akan mengurangkan masalah yang dihadapi guru di dalam bilik darjah.

Brophy and Good (1970:73) Pelajar lelaki lebih banyak berinteraksi dengan guru di dalam kelas berbanding pelajar perempuan.

Spender (1982: 54) Pelajar lelaki mendapat lebih banyak perhatian dari pelajar perempuan dan tidak ada kajian yang memberi penjelasan mengenai fenomena ini.

RUJUKAN
1. R & Dunn, K (1978). Teaching Students through Their Individual Learning Styles:

A Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.


2. A.Jessica Mosikon. (2004) . Kajian Mengenai Gaya Pembelajaran berdasarkan

Teori kepelbagaian Kecerdasan (M.) Gardener di kalangan pelajar aliran bukan sains Tingkatan 4, Universiyi Teknologi Malaya, Malaysia.
3. Mohd. Nor bin hkasan. (2007). Gaya pembelajaran di kalangan pelajar- pelajar

sarjana muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia (artikel)
4. Noraini Idris Shuki Osman.(2007).Pengajaran dan Pembelajaran (Teori dan

Praktis), Malaysia. 5. Abdul Razak Habib & Rashidi Azizan,(1997). Hubungan antara stail pembelajaran dengan pencapaian sains dan matematik sekolah menengah rendah. Jurnal Pendidikan 22: 39-49. 6. Asiah Hj. Panekutty,(1999). Gaya pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Darul Khusus. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 7. Misnan Jemali.(1999). Hubungan antara Gaya pembelajaran dengan pencapaian Bahasa Arab Komunikasi sekolah menengah rendah di negeri Perak. Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 8. Norihan Abu Hassan,(2001). Perkaitan antara pencapaian awal, kaedah pengajaran, gaya pembeiajaran dan kesukaran subjek terhadap pencapaian matematik di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 9. S.A.Watson,(1997). Learning style preferences: A comparison of traditional and nontraditional interior design students. Disertasi Education Doctor. University of Arkansas. Dissertation Abstracts International 59 (01): 2999A.
10. Norlia. Abd Aziz, Subarham.T., Meerah.M. , Lilia Halim, Kamisah Osman,

Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 4 (The Relationship Between Motivation, Learning Style and Achievement in Additional Mathematics of Form Four Students)
11. Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid,.(2011). Hubungan Antara Budaya Formal

Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah, Journal of Educational Psychology and Counseling, Pages 78112, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia 12. Englebrecht, P. & Natzel, S.G. 1997. Cultural variation in cognitive style: Fielddependence vs field-independence. School Psychology International 18: 155-164 13. Geiser - William - F. 1999. Effects of learning style responsive versus

traditional study strategies on achievement, study and attitudes of suburban eighth grade Mathematics students. Research in Middle Level Education Quarterly 22: 1941. 14. Mcgowan. B.W. 1998. An investigation of student and faculty learning style

congruency and academic achievement in an undergraduate industrial technology program (African-Americans). Disertasi Ph.D. Mississipi State University.

Dissertation Abstracts International 58 (12): 4555A. 15. Richardson. A.G. & Fergus. E. 1993. Learning style and ability grouping in the

high school system: Some Carribean findings. Educational Research 35 (1): 69 -74. 16. Sadler - Smith. E. 1996. Approaches to studying: Age, gender and academic

performance. Educational Studies 22 (3): 367 - 379. 17. Tumerah Rosmin. 1996. Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran

dan kesannya terhadap pencapaian akademik. Projek Sarjana Sains (Pengurusan). Universiti Utara Malaysia, Sintok. 18. Jariah Mohd Jan. 2002. Gender Stereotyped Images in Academic Texts: An Analysis of the Portrayal of Male and Female Activities in a selection of Textbooks, Sarjana Jurnal of the Faculty of Arts and Social Sciences University of Malaya, Vol 19/20, 4552.
19. Klem,A.M. Dan Connell, J.P. 2002. Engaging Youth in School. Www.irre.org/

publications/pdfs/ Engaging_Youth_9-8-04.pdf. 12 Januari 2009.


20. MacDonald,A., Saunders, L. dan Benfield, P.1999. Boys 21. MacDonald, A., Saunders, L. dan Benfield, P. 1999. Boys Achievement Progress,

Motivation and Participation: Issues Raised by the Recent Literature. Slough. Nation Faundation for Educational Research. 22. www.wikipedia.com 23. www.goohle.com 24. http://www.scribd.com/doc/33683544/Gaya-Pembelajaran-Pelajar http://www.scribd.com/doc/14585387/pemikiran-Dan-Gaya Pembelajaran.bhasahabubakar.blogspot.com/2009/05/Satu-Pemerhatian-terhadapgaya.html

Anda mungkin juga menyukai