Anda di halaman 1dari 52

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU BMM 3117

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU MELAYU SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN

Muka Surat MUKA S

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Kandungan Panduan Pembelajaran Pengenalan Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul) Teori Huraian Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengaplikasi Pendekatan Pengajaran Bahasa Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara konstruktivisme dan kontekstual Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Secara Masteri Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul

ii U iii R A v T vi - vii viii xi - xi 1 7 9 13 20 25

28 34 40 41 42 42

ii

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda maknamakna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tips untuk membantu anda melalui kursus ini.

ii

1. 2.

Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

3. 4. 5. 6. 7.

iii

Pengenalan Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami tentang kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul ini memperkenalkan kepada anda, teori huraian dan pemerolehan bahasa. Terdapat juga maklumat berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu secara umum. Ia juga memberi pendedahan kepada anda tentang pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa melalui Pendekatan Induktif, Deduktif, Eklektik dan Komunikatif. Ia turut dilengkapi dengan pengaplikasian pendekatan dimasukkan. Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut: Tajuk Pembelajaran 1: Tajuk Pembelajaran 2: Tajuk Pembelajaran 3: Tajuk Pembelajaran 4: Tajuk Pembelajaran 5: Tajuk Pembelajaran 6: Teori Huraian Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa pembelajaran bahasa yang merangkumi pemusatan murid dan bahan. Pembelajaran berasaskan projek, masalah, aktiviti, situasional/senario dan permainan juga

Latihan berbentuk latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman anda. Modul ini diharap dapat membantu para pelajar menerangkan tentang teori huraian dan pemerolehan bahasa dan konsep asas pedagogi bahasa. Para pelajar juga diharapkan akan lebih jelas dengan konsep pengaplikasian pendekatan pengajaran mahupun pembelajaran bahasa.

ii

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul. Modul (Jam) Jumlah (Jam) Bil Kandungan

Komponen Pengajaran Kemahiran Induksi Penerangan Penyoalan Variasi Rangsangan Komponen Pengajaran Penggunaan papan Tulis Penggunaan Bilik Darjah Penutupan dan Membuat Kesimpulan

Teori Huraian Bahasa Nahu Tradisional Struktural Transfomasi Generatif Teori Fungsional Teori Pemerolehan Bahasa Behaviorisme Kognitif Mentalis Intraksionalisme Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Definisi Membanding beza strategi/pendekatan/kaedah/teknik Membuat Rumusan

ii

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan Pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu secara Konstruktivisme Kontekstual Masteri Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kaedah Natural Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah Terus Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah Linguistik Kaedah Kod-Kognitif Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah Oral Aural Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon) Teknik Permainan Bahasa Teknik Latih Tubi Teknik Bercerita Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kemahiran Belajar Kemahiran Kajian Masa Depan Kemahiran Berfikir

10

11

iii

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

12

Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kemahiran TMK Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

13

Pengaplikasian Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Huraian Garis Panduan PKJR - Kemahiran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

14

Penyediaan Rancangan Pelajaran Semester dan Harian Meneliti spesifikasi kurikulum Membuat pemetaan Hasil Pembelajaran Membina aktiviti dan bahan sokongan Penyediaan Rancangan Pengajaran dan pembelajaran Harian (RPH)

15

Jumlah

30

iv

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 1

Teori Huraian Bahasa Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini: Teori Tatabahasa Tradisional Teori Struktural Teori Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Tatabahasa Tradisional ini menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula merupakan pegangan Teori Fungsional.

Hasil Pembelajaran 1.1 3.4 Menjelaskan dan membandingkan konsep, pendekatan, kaedah dan teknik Mengaplikasi kemahiran set induksi dalam aktiviti pengajaran mikro

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Fikirkan: Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa di sekolah rendah.

Teori Huraian Bahasa Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa mengenai konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat. Pemahaman guru bahasa mengenainya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.

Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu : Teori Tatabahasa Tradisional. Teori Struktural Teori Tranformasi Generatif Teori Fungsional

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.1

Teori Tatabahasa Tradisional (Panini) Teori paling tua Antara Ahli Linguistik membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendita Zaba dan Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu) Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap

1.2

Teori Struktural (Bloomfield) Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfen dan ayat. Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang boleh diperhati Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat.

1.3

Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky) Bahasa ialah satu sistem mengenai rumus bahasa. Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran. Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental. Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

1.4

Teori Fungsional (Haliday) Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa. Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika

berkomunikasi dan mementingkan semantik. Kajian menekan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi. Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal dan fungsi tekstual. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa.
4

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Arahan: Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa. Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini.

Tajuk 2

Teori Pemerolehan Bahasa Behaviorisme Kognitif Mentalis Intraksionalisme

Sinopsis Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui bagaimana kanakkanak mempelajari bahasa. Ia penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang selaras dengan teori pemerolehan bahasa. Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincang dalam tajuk ini ialah: Teori Behaviorisme Teori Kognitif Teori Mentalis Teori Interaksionalisme

Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan proses pembelajaran bahasa memerlukan penekanan kepada latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana ia cuba menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis pula merujuk kepada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak.
5

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran 1.1 3.4 Menjelaskan ciri-ciri penulisan langkah pengajaran Mengaplikasi kemahiran menggunakan contoh dalam aktiviti pengajaran mikro

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Teori Pemerolehan Bahasa

Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa. Anda perlu memilih dan menentukan strategi, pendekatan, Nota ringkas : kaedah dan teknik yang sesuai dengan tatacara kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuai bahasa.

2.1

Teori Behaviorisme Dipelopori oleh oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas dan Brooks. Proses pembelajaran bahasa menekan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta. Latih tubi amat digalakkan Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta suasana dalam bilik darjah.

2.2

Teori Kognitif Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaran merupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata), melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada alam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya mengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) dan deria kanak-kanak.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.3

Teori Mentalis Dipelopori oleh Chomsky Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis Pengajaran tatabahasa diajar secara formal

2.3

Teori Interaksionalis Mementingkan aktiviti komunikasi. Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa.

Arahan: Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan bahasa. Setelah itu anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tugasan Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda ialah supaya murid menguasai pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Teori Behaviorisme. Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan mental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran memberi teguran secara bertatasusila. Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan oleh murid-murid. Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid dengan perkembangan mental.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 3

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Definisi Membanding beza Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik Membuat rumusan

Sinopsis Tajuk ini mendedahi anda dengan empat konsep penting.Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Strategi merujuk kepada cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pula, merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa kaedah yang diperkenalkan dalam tajuk ini (Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus dan lain-lain lagi) memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan sistematik bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini melibatkan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama untuk mencapai sesuatu objektif. Hasil Pembelajaran 1.1 3.4 Menjelaskan dan membandingkan konsep, pendekatan, kaedah dan teknik Mengaplikasi kemahiran Set Induksi dalam aktiviti pengajaran mikro

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa sudah difahami sebaik-baiknya. Sekarang bolehlah saya memilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk membantu murid-murid saya mempelajari bahasa dengan berkesan!

10

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik sebagaimana berikut: STRATEGI Pendekatan Kaedah Teknik

3.1

Strategi Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.

3.2

Pendekatan Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan induktif Pendekatan deduktif Pendekatan eklektik Pendekatan komunikatif Pendekatan oral

3.3

Kaedah Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah11

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sesuai bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti berikut: 3.4 Teknik Teknik adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di antara teknik yang dicadangkan adalah seperti berikut: Teknik drama Teknik permainan bahasa Teknik perbincangan Teknik bercerita Kaedah natural Kaedah tatabahasa terjemahan Kaedah terus Kaedah ajuk hafaz Kaedah linguistik Kaedah kod kognitif Kaedah situasional Kaedah bahasa komuniti Kaedah oral Aural

12

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 4

Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif

Sinopsis Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah: Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman. Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi kandungan. Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik. Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran 1.2 3.4 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro

13

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Pendekatan

Pendekatan induktif tentu lebih baik kerana murid tidak diajar secara langsung! Murid diajar menaakul /berfikir tinggi.

Mana boleh! pendekatan deduktif tentu lebih baik kerana murid digalakkan berfikir untuk membuktikan teori/fakta tertentu!

Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana menggabungkan segala yang baik-baik daripada pendekatan induktif dan deduktif!
14

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu murid bertutur sesama sendiri, mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta dan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan pengetahuan sedia ada mengenainya.

4.1

Pendekatan induktif Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka. Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada data-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki: a. b. c. d. memberi definisi kepada sesuatu konsep menerangkan peraturan-peraturan menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran

Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati, mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan tertentu mengenainya. Prosedur pengajaran induktif Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif. Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:

15

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Peringkat pendedahan Pada peringkat ini, guru: a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada murid-murid secara tidak langsung; b. c. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa; membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi pada bahagian permulaan pengajaran; d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya; dan e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

Peringkat pembentukan konsep Pada peringkat ini, guru a. b. c. d. e. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan; mendengar ayat yang dibina oleh murid; mendengar ayat yang dibina oleh guru; melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran; memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.

Peringkat membuat generalisasi a. b. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis; Murid diberikan latihan dalam kumpulan.

Peringkat penutup a. b. c. Guru menutup pengajarannya; Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya; Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.

16

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

4.2

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif memerlukan seseorang guru menegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya sebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebih khusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang murid menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.

Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut: Peringkat awal generalisasi Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan, menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar seluruh idea. Peringkat mengemukakan generalisasi Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran. Peringkat menganalisis konsep Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru perlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.
17

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Peringkat membuat generalisasi Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari. Peringkat penutup Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan sebagai aktiviti pengukuhan.

4.3

Pendekatan Eklektik

Barulah saya faham, pendekatan eklektik itu menggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakan pendekatan ini. Sifat luwesnya membolehkan seseorang guru mengubahsuai aktivitinya dengan mudah.

Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain: merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja; guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri; guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya. Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;
18

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;

pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

4.4

Pendekatan komunikatif Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi untuk keperluan dan kehendaknya. emosi, Antara lain manusia imaginasi, berkomunikasi menyatakan perasaan dan mencipta

memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat. Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar. Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif: makna sangat dipentingkan; dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan hafalan; konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan; pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi; latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan; pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja; bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran muridmurid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar; murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur); terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat daripadanya;
19

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka, kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.

Tajuk 5

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pemebelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi: Pendekatan Berpusatkan Murid Pendekatan Berpusatkan Bahan Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah murid yang

Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran

menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid dalam menyelesaikan masalah. Hasil Pembelajaran 1.3 3.4 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro
20

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Nota Ringkas: 5.1 Pendekatan berpusatkan murid Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid

memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

21

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.

Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

5.2

Pendekatan berpusatkan bahan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

5.3

Pendekatan berasaskan projek Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Arahan: Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid anda. Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan). Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu kumpulan.

22

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk tajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.

Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalam folio anda.

5.3

Pendekatan berasaskan masalah Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.

a.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Encik Kamal?

b. c.

Apakah puncanya? Apakah kesan masalah itu kepada: Encik Kamal? Tugasnya? Keluarga?

d.

Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?

Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan pendekatan pengajaran berasaskan masalah: i. Kenal pasti masalah

23

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan. ii. Penentuan masalah Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah. Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. masalah. iii. Cadangan penyelesaian Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah. iv. Penelitian penyelesaian Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah. v. Pemeriksaan kesimpulan Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu hendaklah diusahakn. Guru membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu

Tugasan: 1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai

penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.

24

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.

Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk projek tersebut. keberkesanannya. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai

Tajuk 6

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan

Sinopsis Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk mempastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Di antara pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah: Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan

Pembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam pembelajaran bahasa kerana murid akan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang dijalankan secara sistematik. Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan objek secara konkrit, gambargambar dan bahan-bahan maujud yang disertai aksi-aksi yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendekatan berasaskan permainan pula akan menghidupkan proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Hasil Pembelajaran 2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.

25

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.4

Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mikro.

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Nota ringkas: 6.1 Pembelajaran berasaskan aktiviti

Kita hendak buat apa ini?

Itulah, semasa cikgu beri penerangan tidak mahu dengar. Sekarang bukankah susah!

26

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang terancang secara sistematik.

Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

6.2

Pembelajaran berasaskan situasional Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contohcontoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

6.3

Pembelajaran berasaskan permainan Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan. Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan dan berkesan. melahirkan Murid-murid perasaan dapat dengan berkomunikasi dengan berkesan

menggunakan bahasa dan aksi.

Tugasan: Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu, pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran sesuatu tajuk Bahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru.
27

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 7

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayu secara konstruktivisme kontekstual

Sinopsis Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

28

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklah cikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajar secara berterusan. Terima kasih, cikgu!

Nota Ringkas: 7.1 Prinsip Konstruktivisme

Ya! Saya tahu kamu mesti seronok belajar.

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.

7.2

Pembelajaran dilihat sebagai: Pengubahan idea, Pembinaan & penerimaan idea baru, Penstrukturan semula idea sedia ada

7.3

Pandangan konstruktivisme Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.

29

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

7.4

Amalan pengajaran konstruktivisme Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif, interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur semula konsep alternatif mereka. Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas & meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada. Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka. Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam sekeliling. Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada interaksi murid dengan alam sekeliling. Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia ada. Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada. Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri.

30

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

7.5

Pendekatan Kontekstual

Cikgu hendak bawa kamu melawat Zoo Negara. Kita akan lihat pelbagai jenis binatang dan jangan lupa kamu mesti membuat catatan dan buat folio

Ini haiwankah? Bukankah ini monyet?

Semua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan di Malaysia. Haiwan ini dilindungi jika tidak spesis haiwan ini mungkin akan pupus!

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya

31

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri (memori, pengalaman dan tindak balas sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran

pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut; R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

32

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(experiencing/mengalami),

iaitu

murid

belajar

dalam

konteks

penerokaan, penemuan dan reka cipta. A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks

bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks

bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks

pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui. Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik; meningkatkan minat; pembelajaran realistik, praktikal; pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan menyuburkan pemikiran kreatif.

Kelemahan pendekatan kontekstual

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

tahap kefahaman dan kesediaan guru kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item pengajaran dan pembelajaran; kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks; hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi

33

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tugasan Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkan langkah-langkah pengajaran karangan tajuk Sukan di sekolah anda.

Tajuk 8

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Secara Masteri

Sinopsis Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 1. 2. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran Modul ini mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.

34

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran i. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; ii. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Nota Ringkas Tahukah anda bahawa ditetapkan. pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikan

semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telah

35

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

8.1

Model Pembelajaran Masteri Penentuan Hasil Pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan

Sudahkah murid menguasai

Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

Unit Pembelajaran 2

8.2

Kriteria penentuan hasil pembelajaran: Berdasarkan Sukatan Pelajaran Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur Secara eksplisit, jelas dan terperinci Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor

8.3

Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran: Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran Kemudahan yang sedia ada Masa yang diperuntukkan

8.4

Penilaian terhadap murid:


36

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

8.5

Mengesan pencapaian murid Mengenalpasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai Mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran. Menentukan pengayaan dan pemulihan Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Mengadakan tindakan susulan: Pengayaan Pemulihan Pengukuhan

8.6

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri (a) (b) Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat. (c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah: Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri; Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari; Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik; Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah: (d) Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.
37

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(e)

Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.

(f) (g)

Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu. Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.

8.7

Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri (a) (b) Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus: (d) tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

(c)

Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

Arahan: Sila baca dan fahami konsep pembelajaran Masteri Pastikan anda boleh mengaplikasi pembelajaran Masteri kepada murid dalam kelas anda. Anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

38

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tugasan:

Kepentingan pembelajaran Masteri dalam pengajaran Bahasa Melayu

Pembelajaran murid

Pengajaran guru

39

Bibliografi

Brown G.(1975) . Micro Teaching: A Programme of Teaching Skills. London: Metheun & Co. Ltd Belle Wallace(ed) 2001. Teaching Thinking Skills Across the Primary Curriculum: A Practical Approach for Abilities. London: David Fulton Hayes Lisa, Nikolic Vesna, Cabaj Hanna (2001). Am I Teaching Well?: Self Evaluation for Affective Teachers. Exeter: Learning Matters Payne Elaine, Whittaker Lesley (2000). Developing Essenyial Study Skills. Harlow: Englewood Cliffs. Forsyth lan, Jollife Alan, Stevens David. (1999). Delivering a Course: Practical Strategies for Teachers, Lecturers, and Trainers (2nd ed). London: Kogan Page Caroll Paul, Hasting Nigel. (1996). Effective Primary Teaching: Research-Based Classroom Strategies. London: David Fulton. Caroll Paul, Hastings Nigel. (1996). Effective Primary Teaching: Research-Based Classroom Strategies. London: David Fulton.

NAMA

PANEL PENGGUBALAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (PENDIDIKAN RENDAH)

KELAYAKAN

PUAN AMINAH BINTI OTHMAN Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Ilmu Khas Cheras Kuala Lumpur

Kelulusan: M.Ed B.Ed Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (25 Tahun) Kelulusan: M.Ed B.Ed Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (25 Tahun) Kelulusan: M.Ed B.Ed Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (25 Tahun) Kelulusan: Ph.D (Kesusasteraan Melayu, UPSI) M.Ed (Pengajian Kurikulum, USM) Cert.Ed (Pengajian Melayu, MPSP) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun)

PUAN FAIZAH BINTI ABU Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang Gelugor Pulau Pinang

ENCIK NORDIN BIN SHAARI Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato Razali Ismail Kuala Terengganu Terengganu

Dr. ISMAIL BIN ABD. RAHMAN Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang (iar_mail@yahoo.com.my)

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat