Anda di halaman 1dari 13

HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP, KESEDARAN DENGAN KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN PENGETUA

DI NEGERI KEDAH DAN PULAU PINANG. Azizi Muda Masitah Mohd.Yusof Nazifah Shaikh Ismail Khaidir Alias Noriati A.Rashid Abstrak Pendidikan Alam Sekitar bermatlamat untuk membantu generasi yang akan datang mengawal kehidupan dan memakmurkan masa hadapan mereka. Satu cara untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar ialah dengan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dengan mata pelajaran lain dalam pengajaran di bilik darjah. Walaupun nilai-nilai alam sekitar yang perlu diterapkan telah disenaraikan mengikut mata pelajaran, namun kualiti pelaksanaan amat bergantung kepada kesedaran dan komitmen Pengetua sebagai pemimpin tertinggi di sekolah. Amalan kepemimpinan Pengetua merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi komuniti sekolah bagi menentukan kejayaan melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar. Satu kajian mengenai hubungan tahap pengetahuan, sikap dan kesedaraan dengan amalan kepemimpinan instruksional Pengetua sekolah menengah telah dijalankan ke atas 60 Pengetua di daerah Kota Setar, Kedah dan daerah Pulau, Pulau Pinang. Responden kajian dipilih melalui kaedah persampelan rawak strata dengan responden menjawab soal selidik yang telah dikirim melalui pos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan Pengetua adalah sederhana (jumlah peratus purata 54.85%), sikap Pengetua terhadap alam sekitar adalah positif (min purata keseluruhan 4.15), tahap kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar adalah tinggi (jumlah peratus purata 71.15%, min purata keseluruhan 4.45 dan 4.37) serta tahap amalan kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua adalah sederhana (min purata fungsi kepemimpinan 3.37). Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan sikap, kesedaran dan amalan kepemimpinan instruksional terhadap alam sekitar. Namun, dapatan kajian mendapati wujud hubungan yang positif dan signifikan pada kekuatan tahap tinggi, r = 0.723 antara sikap dengan tahap kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar. Sehubungan dengan itu beberapa cadangan diutarakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan amalan kepemimpinan instruksional Pengetua sekolah terhadap Pendidikan Alam Sekitar. Abstract Environmental Education aims to help future generations to control the life and future they inhabit. One way to implement Environmental Education is to integrate environmental education with other subjects teaching in the classroom. Although the environmental values that need to be applied have been listed according to subjects, but the quality is highly dependent on the implementation of awareness and commitment of the Principal as a leader in high school. Principal leadership practices are important factors that affect the school community to determine the success of implementing environmental education. A study on the relationship level of knowledge, attitudes and awareness with principals instructional leadership practices has been conducted on 60 Principals in district of Kota Setar, Kedah and district of Pulau in Penang Island. Survey respondents selected through strated random sampling method with the respondents answered the questionnaire sent by post. Research findings indicate that the level of knowledge is medium (average 54.85% per cent of the total), level of environmental attitudes

2
are positive (min overall average 4.15), level of environmental awareness is high (average 71.15% per cent of the total, average total 4:45 min and 4.37) and level of instructional leadership practices is moderate (min average leadership functions 3.37). Results also found that there exists a significant relationship between level of knowledge and attitudes, awareness and practice of instructional leadership on the environment. However, the findings present study found a positive relationship and significant strength in the high-level, r = 0723 with the attitude of the Principal level environmental awareness. In this regard several proposals raised to increase the level of knowledge and practice of instructional leadership of Principal Environmental Education. Pendahuluan Pendidikan merupakan satu alat asas yang telah diterima untuk mengawal alam sekitar. Ia juga bagi mencapai pembangunan lestari sejak dari Deklarasi Tbilisi 1978. Deklarasi Tbilisi telah mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai proses pembelajaran yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai berkaitan alam sekitar dan cabarancabaran yang perlu ditangani dalam mengatasi masalah alam sekitar (Tunku Khalkausar, 2006). Sekolah pula menjadi salah satu cara utama untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar (Moroye, 2005). Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaraan tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). Salah satu cara untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar ialah dengan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dengan mata pelajaran-mata pelajaran lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah (1998) oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi peringkat prasekolah pula buku berkenaan telah diterbitkan pada tahun 2005. Namun begitu, menurut Susan Pudin, Koji Tagi, Ambigavathi Periasamy (2005), keberkesanan pelaksanaannya masih terbatas dan tahap pelaksanaannya tidak sama antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Mereka menyatakan bahawa; .many strategies and programmed have been initiated to integrate environmental education into the national education curriculum. Although the Ministry of Education provides a guidebook on environmental education to all schools, the implementation has been limited and uneven. (m.s 5) Kajian oleh Aini, Nurizan dan Fakhrul-Razi (2007), mendapati bahawa antara beberapa masalah yang dikenal pasti dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar di sekolahsekolah di Malaysia ialah; tidak semua guru menggunakan buku panduan yang telah disediakan untuk mengajar Pendidikan Alam Sekitar; buku panduan yang disediakan tidak membantu guru secara sepenuhnya dalam melaksanakan aktiviti Pendidikan Alam Sekitar; kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran; masalah peruntukan untuk menjalankan aktiviti alam sekitar.

3
Dalam hal ini, walaupun isu-isu alam sekitar yang perlu diajar telah disenaraikan mengikut mata pelajaran (Hotinli, 2004) dan melalui ketetapan yang telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran, namun kualiti pelaksanaan amat bergantung kepada kesedaran, komitmen dan kepemimpinan instruksional Pengetua sekolah. Menurut Abdul Ghani, Abd. Rahman & Zohir (2008), kepemimpinan instruksional atau dikenali juga sebagai kepemimpinan pengajaran didefinisikan sebagai satu proses merekabentuk dan menterjemahkan wawasan ke dalam kurikulum formal dengan cara mengoptimumkan segala sumber yang ada melalui strategi pendidikan berserta pemerolehan segala pengalaman pengajaran-pembelajaran dan memastikan bahawa rancangan pendidikan dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan wawasan yang dibina. Dalam konteks sekolah, kepemimpinan instruksional ialah kebolehan pemimpin atau pemimpin pengajaran memberi tumpuan kepemimpinan, galakan dan sokongan kepada guru dan pelajar dengan tujuan mengatasi masalah dan memperbaiki serta mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pemimpin instruksional juga harus memiliki keterampilan berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Manakala, perlakuan kepemimpinan instruksional pula adalah usaha-usaha, tindakan dan proses amalan yang berupa komitmen seorang pemimpin atau pemimpin instruksional dalam proses menambah baik instruksional dan pembelajaran di sekolah. Dengan melaksanakan program berbentuk Pendidikan Alam Sekitar di sekolah, diharapkan Pengetua memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran serta mengubah sikap para pelajar bagi menangani isu-isu alam sekitar agar mereka dapat mengambil bahagian dalam usaha melindungi alam sekitar secara aktif selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tinjauan Literatur Pengetahuan tentang alam sekitar perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat khususnya para pelajar di sekolah. Menurut Ahmad Badri Mohammad (1987), punca utama dalam masalah berkaitan dengan isu-isu alam sekitar adalah akibat kurangnya pengetahuan akibat daripada kejahilan manusia terhadap proses-proses di atas buminya sendiri. Kajian oleh Susan Pudin, Koji Tagi, Ambigavathi Periasamy, (2005), mendapati bahawa guru-guru tidak mempunyai kemampuan yang penuh dalam melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar serta tidak berkeyakinan dan tidak kreatif dalam membangunkan program atau aktiviti alam sekitar. Kajian oleh Krantz (2002) pula mendapati bahawa guru hanya mengajar tajuk atau kandungan alam sekitar yang diketahui oleh mereka sahaja sedangkan tajuk yang sukar atau bersifat saintifik kurang diberi perhatian. Ini disebabkan guru-guru tidak cukup ilmu pengetahuan dan keyakinan untuk mengajar Pendidikan Alam Sekitar. Manakala kajian oleh United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (2003), mendapati bahawa tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat Malaysia masih ditahap awal (early level). Kajian oleh Lim Siaw Fong (2005) pula mendapati bahawa tahap kesedaran alam sekitar pelajar kita masih di tahap rendah. Begitu juga dengan guru-guru, walaupun mereka bersetuju akan kepentingan penerapan Pendidikan Alam Sekitar tetapi masih belum bersedia untuk melaksanakan dan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam mata pelajaran opsyen mereka (Petegem, 2005; Periasamy, 2000; Meredith, Coughlin, Fortner, Danville, Mc Claughherty, Ramey, Somers & Todt, 2002; Kunz & Ham, 1997; Pan Khang Aun, 1996; Ham & Sewing, 1987; & Wilke, 1980). Kajian oleh Skanavis & Sarri pula (2002) mendapati bahawa sebilangan kecil sahaja guru yang mengetahui tentang Pendidikan Alam Sekitar dan proses pengajarannya secara formal di dalam bilik darjah.

4
Kajian-kajian ini jelas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman terhadap isu alam sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan pelajar dan guru sekolah di Malaysia masih di tahap rendah atau sederhana. Justeru itu, jika inilah keadaannya, apakah peranan yang dimainkan oleh Pengetua sekolah selaku pemimpin tertinggi dan pengurus kurikulum dalam pengajaran Pendidikan Alam Sekitar? Menurut Aini, Nurizan & Fakhrul-Razi (2007); successful implementation of environmental education depends greatly on the commitment, efforts and the level of enthusiasm of the school principals and teachers. (m.s 22) Sebagai pemimpin sekolah, kajian mengenai tahap pengetahuan terhadap alam sekitar perlu dijalankan ke atas Pengetua untuk menilai peranannya sebagai pemimpin instruksional bagi meningkatkan pengetahuan dan menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Hal ini adalah kerana Pengetua merupakan pemimpin organisasi (Mohd. Suhaimi, Sharifah & Zaidatol, 2007) dan menjadi role model serta mastermind kepada organisasi sekolahnya (Abdul Ghani & Aziah Ismail, 2005). Kepemimpinan Pengetua boleh membawa implikasi terhadap prestasi pencapaian akademik pelajar termasuklah pencapaian dalam menerapkan nilai-nilai alam sekitar. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah (1982) menyatakan bahawa Pengetua memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian akademik pelajar di sekolah. Pengetua yang banyak mengelola aktiviti pembelajaran, mengekalkan penyeliaan sekolah dengan berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan penyelaras bagi programprogram pengajaran dan dapat meningkatkan pencapaian. Dengan kata lain, Pengetua mesti mengamalkan peranan sebagai pemimpin instruksional dan bukan hanya bertumpu kepada pentadbiran sahaja. Masalah yang sering dihadapi ialah kepemimpinan dan pengurusan Pengetua dalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran masih belum mantap. Kebanyakan Pengetua di Malaysia memberi keutamaan kepada tugas-tugas pentadbiran sehingga menyebabkan tidak cukup masa untuk mengadakan inovasi pengajaran terhadap sekolahnya (Mohd. Salleh, 1999) . Begitulah tabiat seseorang individu yang telah memperoleh sesuatu pengalaman atau tanggungjawab yang baru maka beliau akan melupakan pengalaman atau tanggungjawab yang lama. Menurut Mohd. Salleh (1999) lagi apabila seseorang guru telah menjadi Pengetua, beliau mula mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pengajar. Demi mencapai penambahbaikan yang mapan, Pengetua sekolah harus berubah pandangan daripada pemikiran kapitalistik dan materialistik kepada jalinan pemikiran yang berhubungkait antara kemanusiaan dan alam sekitar (Khair, 2007). Pandangan ini turut disokong oleh Hargreaves & Fink, (2006);

sustainable educational leaders promote and practice sustaining learning. Sustainable leaders sustain others as they pursue this course together. Sustainable leaders also sustain themselves; attending to their own renewal and not sacrificing themselves too much as they serve their community. Sustainable leaders stay the course, stay together, stays around, and stay aliveSustainability is the first and final challenge of leadership. (m.s 97) Bagi menjadi pemimpin yang mapan (sustainable leaders), Pengetua haruslah memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai alam sekitar, menunjukkan sikap yang positif terhadap

5
alam sekitar dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam usaha memelihara alam sekitar. Justeru, melalui mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar yang terdapat di sekolah maka kepemimpinan yang mapan ini dapat dilahirkan. Pendidikan Alam Sekitar adalah merujuk kepada pembelajaran yang diperlukan untuk mengekal dan memperbaiki kualiti hidup untuk generasi masa depan. Pendidikan Alam Sekitar adalah suatu cara untuk memastikan taraf kehidupan yang lebih baik untuk semua generasi masa kini dan masa hadapan. Ia adalah proses dinamik yang membolehkan semua orang menyedari akan potensi mereka dan meningkatkan kualiti hidup tetapi dalam masa yang sama melindungi dan memelihara alam ini (Rohaty, 2005). Misi Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk mencari keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi. Misi ini selaras dengan kenyataan oleh United Nations (2006) yang menyatakan bahawa Pendidikan Alam Sekitar adalah merujuk kepada satu proses pembelajaran seumur hidup yang dapat menghasilkan masyarakat dalam penyelesaian masalah, berliterasi saintifik dan sosial serta mempunyai komitmen dan tanggungjawab individu dan kumpulan. Sehubungan dengan itu, kejayaan dalam menerapkan Pendidikan Alam Sekitar di peringkat sekolah bukan hanya terletak pada kecekapan dari segi teknikal sahaja tetapi turut memerlukan perubahan dalam amalan dan sikap modal insan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaannya. Penglibatan secara total dan anjakan paradigma dari segi pemikiran, sikap, nilai dan amalan dalam kalangan warga sekolah terutamanya pemimpin sekolah dalam merealisasikan Pendidikan Alam Sekitar amat diperlukan (Abdul Ghani & Aziah Ismail, 2005). Dalam konteks ini, Pengetua sekolah sebagai pemimpin instruksional merupakan penggerak utama kepada pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar. Pengetua sekolah juga harus mempunyai kemahiran keilmuan dan keberanian intelektual yang kreatif bagi menjana perubahan dan menerapkannya dalam pelbagai bentuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

Kaedah kajian Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan terhadap Pengetua-pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Menurut Mohd Majid Konting (2005), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Manakala kaedah tinjauan pula merupakan salah satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan populasi (Blake & Champion, 1976). Pemilihan responden adalah berdasarkan pendapat Frankel dan Wallen (1993), populasi sasaran dalam kajian ini adalah Pengetua sekolah di negeri Kedah dan Pulau Pinang. Kajian ini memilih Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di daerah Kota Setar di negeri Kedah dan daerah Pulau di Pulau Pinang sebagai subjek kajian. Pemilihan sampel adalah berdasarkan jadual untuk menentukan bilangan sampel daripada jumlah populasi (Krejcie & Morgan, 1970) iaitu jika populasi (N) = 70, saiz sampel (S) = 59. Dalam kajian ini penyelidik telah mengenapkan saiz sampel kepada 60. Kaedah penyelidikan ini adalah berbentuk kuantitatif dengan pengumpulan maklumat daripada saiz sampel. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran Pengetua sekolah terhadap Pendidikan Alam Sekitar serta tahap kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua sekolah. Kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar. Seterusnya kajian turut meninjau hubungan signifikan antara tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran dengan kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua. Instrumen untuk tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran adalah menggunakan soal selidik New

6
Ecological Paradigm (NEP) yang dibangunkan oleh Riley Dunlap, Kent Van Liere, Angela Mertig and Robert Jones dalam Valarie (2005) dan instrumen kepemimpinan instruksional alam sekitar adalah diadaptasi dan diubah suai dari model Hallinger & Murphy (1985) iaitu Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS). PIMRS adalah soalan berkaitan amalan kepemimpinan instruksional Pengetua secara umum tetapi dalam kajian ini penyelidik telah mengubahsuai amalan kepemimpinan tersebut secara khusus dalam bidang Pendidikan Alam Sekitar. Soalan ini telah mencapai tahap kebolehpercayaan dan bersifat normal. Dapatan Kajian a. Tahap pengetahuan mengenai pendidikan dan isu alam sekitar

10 8 6 4 2 0 Amat rendah Rendah Sederhana Tinggi Bil. Item

Rajah 1: Graf bar menunjukan bilangan item pengetahuan mengikut tahap. Daripada hasil analisis menunjukkan tahap pengetahuan mengenai pendidikan dan isu alam sekitar ada yang tinggi (tahap 4), ada yang sederhana (tahap 3), ada yang rendah (tahap 2) dan ada yang lemah (tahap 1) mengikut tahap kesukaran soalan tersebut. Berdasarkan Rajah 2, adalah sesuatu yang membanggakan kerana daripada keseluruhan 20 item 9 item terletak pada tahap tinggi, 3 item pada tahap sederhana, 5 item terletak pada tahap rendah dan 3 item berada pada tahap lemah. Namun begitu, secara keseluruhannya walaupun terdapat 9 item terletak di tahap tinggi tetapi rumusan yang boleh dibuat di sini ialah tahap pengetahuan mengenai pendidikan dan isu alam sekitar dalam kalangan Pengetua-pengetua sekolah menengah di negeri Kedah dan Pulau Pinang adalah sederhana kerana jumlah peratus puratanya ialah 54.85%. b. Sikap terhadap alam sekitar

20 15 10 5 0 Negatif Neutral Positif

Bil. Item

Rajah 2: Graf bar menunjukkan bilangan item sikap mengikut tahap.

7
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa terdapat dua aspek sahaja yang menunjukkan sikap responden yang neutral terhadap alam sekitar manakala yang selebihnya adalah bersikap positif. Hal ini bermakna sikap Pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang terhadap alam sekitar adalah positif. c. Tahap kesedaran alam sekitar

7 6 5 4 3 2 1 0 Lemah Rendah Sederhana Tinggi Bil. Item

Rajah 3: Graf bar menunjukkan bilangan item kesedaran mengikut tahap. Rumusan yang boleh dibuat ialah tahap kesedaran Pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang terhadap alam sekitar adalah tinggi (jumlah peratus purata 71.1%). d. Tahap kepemimpinan instruksional alam sekitar

10 8 6 4 2 0 Lemah Sederhana baik Bil.Fungsi

Rajah 4: Graf bar menunjukkan bilangan fungsi kepemimpinan mengikut tahap. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, dapat dirumuskan bahawa tahap amalan kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang adalah sederhana (purata min fungsi kepemimpinan ialah 3.37). Hubungan antara tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran dengan tahap kepemimpinan Ujian Korelasi Pearson dan Spearman`s Rho telah digunakan untuk melihat hubungan atau perkaitan antara dua variabel. Ujian ini hanya menerangkan kekuatan hubungan dan juga sama ada ia signifikan atau tidak iaitu untuk mengenal pasti hubungan antara tahap tahap

8
pengetahuan, sikap dan kesedaran Pengetua dengan tahap kepemimpinan instruksional. Aras signifikan yang digunakan ialah pada aras keyakinan p 0.05. Jika nilai p 0.05 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan sebaliknya jika nilai p > 0.05 bermaksud tidak wujud hubungan yang signifikan. Manakala tahap hubungan kekuatan kolerasi adalah berdasarkan skala Alias (1977) seperti Jadual 10. Tahap hubungan kekuatan kolerasi berdasarkan skala Alias (1977) ini pernah juga digunakan oleh pengkaji-pegkaji lain saperti Andi (2007), Zulkafli (2000) dan Mohd. Rosli (2000). Jadual 1 : Skala Tahap Kekuatan Korelasi Antara Dua Pemboleh Ubah ______________________________________________________________________ Pekali Korelasi Pengertian Deskriptif ______________________________________________________________________ 0.00 hingga 0.20 Kekuatan pada tahap sangat rendah dan boleh diabaikan 0.21 hingga 0.40 Kekuatan pada tahap rendah 0.41 hingga 0.60 Kekuatan pada tahap sederhana 0.61 hingga 0.80 Kekuatan pada tahap tinggi 0.81 hingga 1.00 Kekuatan pada tahap sangat tinggi _____________________________________________________________________________ Sumber : Alias (1977) Berikut adalah ujian untuk mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar dan kepemimpinan instruksional Pengetua. Secara khususnya enam hubungan yang telah dikaji iaitu hubungan antara tahap pengetahuan dengan sikap; hubungan antara tahap pengetahuan dengan kesedaran; hubungan antara tahap pengetahuan dengan kepemimpinan; hubungan antara sikap dengan kesedaran, hubungan antara sikap dengan kepemimpinan, serta hubungan antara kesedaran dengan kepemimpinan. Analisis inferensi korelasi ini adalah untuk mengukur kekuatan hubungan; positif atau negatif, diikuti dengan kekuatan tahap hubungan; tinggi atau rendah antara dua variabel. Model korelasi Pearson dan Spearmans Rho telah dipilih untuk menentukan korelasi tersebut. Jadual 2 menunjukkan keputusan hubungan antara tahap pengetahuan, sikap, kesedaran dan kepemimpinan Pengetua. Jadual 2: Hubungan antara tahap pengetahuan, sikap, kesedaran dan kepemimpinan Pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. _____________________________________________________________________________ Bil. Hubungan Indeks p-value Keputusan kolerasi, r _____________________________________________________________________________ 1. Pengetahuan dan Sikap -0.153 0.420 (p>0.05) 2. Pengetahuan dan Kesedaran -0.130 0.492 (p>0.05) 3. Pengetahaun dan Kepemimpinan 0.083 0.663 (p>0.05) 4. Sikap dan Kesedaran 0.723 0.001** (p<0.05) 5. Sikap dan Kepemimpinan 0.203 0.281 (p>0.05) 6. Kesedaran dan Kepemimpinan 0.122 0.522 (p>0.05) _____________________________________________________________________________ Berdasarkan dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di atas, jelas menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan sikap, kesedaran dengan kepemimpinan instruksional terhadap alam sekitar dalam kalangan Pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Namun begitu, wujud hubungan yang signifikan antara sikap dengan tahap kesedaran Pengetua sekolah terhadap alam sekitar.

9
Analisis inferensi korelasi menunjukkan nilai pekali korelasi r adalah tinggi bagi hubungan antara sikap dan tahap kesedaran iaitu 0.723 dan nilai p lebih kecil dari 0.05. Nilai ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara sikap dengan kesedaran iaitu korelasi pada tahap tinggi.Sementara itu dapatan turut menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan sikap, tahap pengetahuan dengan kesedaran, tahap pengetahuan dengan kepemimpinan, sikap dengan kepemimpinan serta kesedaran dengan kepemimpinan. Rumusan dapatan kajian Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap pengetahuan Pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang adalah sederhana (jumlah peratus purata = 54.85%), sikap Pengetua terhadap alam sekitar adalah positif (min purata keseluruhan = 4.15), tahap kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar adalah tinggi (jumlah peratus purata = 71.15, min purata keseluruhan = 4.45 dan = 4.37) dan tahap amalan kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua adalah sederhana (min purata fungsi kepemimpinan = 3.37). Ini bermakna sikap dan kesedaran tidak mempengaruhi tahap pengetahuan Pengetua sekolah. Dapatan ini menjelaskan bahawa walaupun Pengetua bersikap positif terhadap alam sekitar dan memiliki tahap kesedaran yang tinggi namun tahap pengetahuan mereka mengenai beberapa isu alam sekitar hanyalah sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran dengan amalan kepimpinan instruksional alam sekitar Pengetua sekolah. Walaupun faktor kepemimpinan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku Pengetua melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar namun hasil daripada kajian ini, Pengetua tidak menunjukkan amalan yang sewajarnya dalam melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah. Namun demikian wujud hubungan yang signifikan antara sikap dengan tahap kesedaran Pengetua sekolah terhadap alam sekitar. Hasil daripada kajian ini jelas menunjukkan bahawa Pengetua memiliki sikap yang positif terhadap alam sekitar selari dengan tahap kesedaran mereka yang tinggi. Kesimpulan dan Cadangan Pemimpin sekolah merupakan orang yang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia (Shahril & Yahya, 2007a). Hasil kajian yang terdahulu jelas membuktikan bahawa amalan kepemimpinan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu program di sekolah (Hussein, 2008; Shahril, 2007b; Sergiovanni, 1995; Glassman, 1986). Namun hasil daripada dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa amalan kepemimpinan Pengetua terutamanya kepemimpinan instruksional Pengetua tidak mempunyai kaitan dengan keberkesanan pelaksanaan program Pendidikan Alam Sekitar. Bermakna Pengetua sekolah masih tidak mengambil kira faktor atau elemen persekitaran alam semulajadi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebelas fungsi atau amalan dalam kepemimpinan instruksional boleh dikatakan kurang diamalkan oleh Pengetua. Misalnya Pengetua kurang memperjelaskan matlamat sekolah dan matlamat alam sekitar yang hendak dicapai bagi mencapai tahap Sekolah Lestari sebagai memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengetua mungkin kurang mengamalkan budaya mencerap dan menilai pengajaran guru berkaitan dengan nilai-nilai alam sekitar yang perlu diterapkan dalam bilik darjah. Pengetua juga kurang menyelaras kurikulum mengenai Pendidikan Alam Sekitar serta memantau kemajuan penerapan nilai alam sekitar ke atas para pelajar. Pengetua turut kurang memberi sokongan dalam aktiviti pengajaran Pendidikan Alam Sekitar serta Pengetua kurang memberi tumpuan terhadap program pembangunan staf mengenai Pendidikan

10
Alam Sekitar di sekolah. Besar kemungkinan Pengetua merasakan tumpuan yang lebih harus diberikan kepada bidang-bidang yang lain dalam program perkembangan staf. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah dicadangkan untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan Pengetua-pengetua sekolah di Malaysia. Pengetua perlulah banyak membaca dan mempunyai perasaan untuk meneroka bidang alam sekitar selain daripada minat yang mendalam tentang isu-isu alam sekitar dan berkeupayaan serta berkemahiran dalam menerapkan nilai-nilai alam sekitar. Selaku pemimpin, mereka perlu meningkatkan pengetahuan bukan sahaja tentang isu alam sekitar dalam negara atau bersifat local tetapi juga isu luar negara yang bersifat global dan saintifik dengan menggunakan segala kemudahan teknologi maklumat yang ada. Selain daripada itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan kemudahan untuk mengakses maklumat berkaitan dengan alam sekitar serta memperbanyakkan bahan rujukan tentang alam sekitar di pusat sumber sekolah. Bahan sumber seperti buku, majalah, poster, risalah, cakera padat dan sebagainya bukan sahaja menarik perhatian dan minat para pelajar dan guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu alam sekitar tetapi juga amat berguna kepada Pengetua untuk membuat rujukan ketika perlu. Isu-isu alam sekitar seperti pemanasan global, penipisan lapisan ozon, hujan asid, kesan rumah hijau, pencairan glasier di kutub utara serta isu-isu yang lain perlu diketahui oleh pemimpin sekolah supaya memudahkan mereka untuk menyampaikan kesan akibat daripada masalah alam sekitar tersebut ke atas manusia. Pihak kementerian atau Jabatan Pelajaran Negeri pula boleh bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengadakan ceramah, seminar atau kursus alam sekitar khusus untuk Pengetua sekolah supaya Pengetua tersebut apabila kembali ke sekolah masingmasing boleh menyebarkan segala pengetahuan yang diperolehi untuk warga sekolahnya. Seterusnya dengan pengetahuan yang dimiliki oleh para Pengetua maka mudahlah bagi pihaknya untuk menjalankan aktiviti bertemakan alam sekitar seperti minggu alam sekitar, kempen kitar semula, pertandingan melukis poster, menulis esei dan melukis mural. Usahausaha seperti ini harus digerakkan dan diperluaskan oleh Pengetua sekolah bagi memastikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai mata pelajaran merentas kurikulum mencapai matlamat dan terjamin keberkesanan perlaksanaannya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. RUJUKAN Abdul Ghani Abdullah & Aziah Ismail. (2005). Kesediaan Memperkasa Pendidikan Pembangunan Lestari oleh Pengurus Pendidikan Sekolah: Satu Kajian Kes, Pusat Pengajian Imu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Available online. http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/Lestari.pdf. (accessed 2 Mei 2009). Abdul Ghani, Abd. Rahman & Zohir Ahmad. (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. PTS Professional, Kuala Lumpur. Ahmad Badri Mohammad. (1987). Perspektif Persekitaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Aini Mat Said, Nurizan Yahaya and Fakhrul-Razi Ahmadun. (2007). Environmental comprehension and participation of Malaysian secondary school students. Environmental Education Research, Vol. 13, No. 1, February 2007, pp. 1731. Alias Baba (1977). Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial. Bangi: Penerbitan UKM.

11 Andi Audryanah. (2007). Kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri Pengetua sekolah menengah dan hubungannya dengan pencapaian akademik sekolah. Tesis Master Pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Blake, J. A. & Champion, D. J. (1976). Method and Issues in Social Research. New York: John Willey and Sons.

Fraenkel, J.R. and Wallen, N.E. (1993). How to design and evaluate research in education. Second edition. New York: McGraw-Hill Inc
Glasman, N. S. (1986). "Evaluation-Based Leadership: School Administration In Contemporary Perspective." Albany, NY: State University of New York Press.

Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Instructional leadership and school socio-economic status: A preliminary investigation. Administrators Notebook. 31(5): 1-4.
Ham, S.M. & D. Sewing. (1987). Barriers to environmental education. Journal of Environmental Education. 19(2): 17 24. Hargeaves, A., and Fink, D., (2006), Sustainable Leadership, Jossey-Bass, San Francisco. Hotinli, G. (2004). Environmental Education in Turkey. The status of environmental education in the Mediterranean countries within the formal and non formal educational systems. Dec.,Issues: 34. Hussein Mahmood. (2008). Kepemimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Edisi Kedua Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolahsekolah, 1982. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, Kuala Lumpur. Khair bin Mohamad Yusof. (2007). Amalan-amalan kepimpinan untuk penambahbaikan sekolah yang mapan. Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-V, 13-15 Mac 2007, Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Krantz, P.D. (2002). A study of the impact of environmental education workshops on teachers attitude and efficacy. Disertasi Ph.D. University of Missouri-Columbia.Umi ProQuest Digital Dissertations.

Krejcie, R., & Morgan, D. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610.
Kunz, D & Ham, S.H. (1997). Toward a Theory of Commitment to Environmental Education Teaching. The Journal of Environmental Education. Vol. 28 (2): 25 32.

12
Lim Siaw Fong. (2005). Environment Management and Environmental Education in four schools in the Klang Valley. Unpublished Master of Environmental Technology. Faculty of Science: University of Malaya. Meredith, J., Coughlin, D., Fortner, R., Danville, D.G., Mc Claughherty, C., Ramey, L., Somers,L & Todt, D. (2002). Environmental Education in Ohio Pre-Service Teacher Education: A Research Report. A Project of Environmental Education Ohio, The Centre for Environmental in Ohio. Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Edisi Ketujuh. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Rosli Mohd. Othman (2000). Hubungan kepimpinan instruksional dengan iklim sekolah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Salleh Lebar. (1999). Kepimpinan pengajaran dalam Isu Kepengetuaan: Antara Dilema dan Kekeliruan, Seminar Kebangsaan Pembangunan Pendidikan, 15- 17 Mac 1999, Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Mohd Suhaimi Mohamed Ali, Sharifah Md Nor & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2007). Amalan kepimpinan pengajaran pengetua sekolah menengah luar bandar. Kertas kerja Seminar Nasional Bidang dan Kepimpinan Pendidikan Ke-14, 2007, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Moroye. C.M. (2005). Common ground: an ecological perpective on teaching and learning. Curriclum and Teaching dialogue 7 (1/2): 123-129. Pan Khang Aun. (1996). Strengthening Development of Environmental Education in Malaysia. Proceeding First National Workshop on Environmental Education. Kuala Lumpur: Department of Wildlife and National Park Peninsular Malaysia., United Nations Development Programmed an Institute of Strategic and International Studies Malaysia. Periasamy, A. (2000). Integration as a form of curriculum reform: The teaching of environmental education in KBSM Geography in a Malaysian context. Unpublished PhD Disseratation, University of Queensland, Australia. Perikleous. (2004). The Status of Environmental Education in Cyprus Today. Mediterranean Information for Environment Culture and Sustainable Development. http://www.mio-ecsde.org/ (accesed 2 April 2009). Petegem, P.V., Blieck, .A, Imbrecht, I & Van Haut, T. (2005). Implementing environmental education in pre-service teacher training. Environmental Education Research. Vol. 11, No. 2: 161 171. Rohaty Mohd. Mazjub. (2005). Strategic Planning of Education for World Peace: Proceeding 5thComparative Education Society of Asia Biennial Conference 2005 (CESA 2005) organized by Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi, Selangor. Sergiovanni, T. J. (1995). The Principalship: A Reflective Practice Perspective. Boston: Allyn and Bacon Inc.

13
Shahril @ Charil Marzuki & Yahya Bin Don. (2007a). Kecerdasan emosi dan kepemimpinan pendidikan dalam pembentukan sekolah berkesan. Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Shahril @Charil bin H], Marzuki. (2007b). Pembentukan Sekolah Cemerlang. Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Skanavis, C., & Sarri, E. (2002). The role of environmental education as a tool for environmental management in Cyprus: strategies and activities. Environmental Management and Health. 13(5): 529-544. Susan P., Tagi Koji., & Periasamy A., (2005) Environmental education in Malaysia and Japan: a comparative assessment. Available online http://www.ceeindia.org/esf/download/paper20.pdf. (accessed 3 Ogos 2009). Tunku Khalkausar Tunku Fathali. (2006). Environmnetal education and awareness. Majalah IMPAK. Issue: 4, Departrment Of Environment Malaysia, Putrajaya.

United Nations. (2006). Agenda 21. htttp://www.un.org.htm.(accesed 21 Mei 2009).


United Nation Economic and Social Commission for Asia and the Pacific. (2003). CSD-12 Regional Implementation Meeting for the Asia. Bangkok, Thailand, 27-28 October 2003. http://www.iisd.ca/csd/rim/escap/. (accesed 21 Mei 2009).

Valerie Idette Stein. (2005). Relationships between Decision-Making Styles & Environmental attitudes among Military Leaders. Unpublished Doctoral Dissertation University of Phoenix.
Wilke, R.J. (1980). An analysis of three strategies designed to influence teacher use of, knowledge of, and attitudes toward educational resource use in environmental education. Unpublished Doctoral Dissertation. Southern Illinois University of Carbondale. Zulkafli Arifin, (2000).Pengaruh kepimpinan prestasi pengetua terhadap prestasi akademik pelajar: Satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai