Anda di halaman 1dari 6

Kami ingin menjadi insan yang berakhlak mulia.

Pada waktu rehat, aku hendak ke tandas. Sewaktu dalam perjalanan ke situ, aku ternampak
beberapa murid sedang menconteng dinding sekolah.

Aku menghampiri murid-murid tersebut. Rupa-rupanya mereka ialah rakan-rakan


sekelas iaitu Aizat, Farid dan Azwan. Aku terus menegur perbuatan mereka.

Aku dimarahi oleh Aizat kerana teguranku itu. Tiba-tiba Aizat cuba menumbuk aku
tetapi dihalang oleh Farid. Mereka memberi amaran supaya aku tidak memberitahu guru.

Aku terus beredar dari situ. Aku memberitahu guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah tentang
perbuatan mereka itu. Cikgu Nadirah memanggil ketiga-tiga budak itu ke pejabat. Mereka datang
ke pejabat dalam keadaan ketakutan.

Cikgu Nadirah memberi nasihat kepada Aizat, Farid dan Azwan supaya tidak mengulangi
perbuatan itu lagi. Mereka juga dikehendaki memadam semula tulisan di dinding. Nasihat Cikgu
Nadirah menyebabkan mereka insaf atas perbuatan itu.

Azwan, Aizat dan Farid meminta maaf kepadaku. Sejak hari itu aku dan mereka menjadi
kawan baik.

.
. . .

. .
.

. .
. .

. .
.

Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang Di Bank


Menyimpan wang di bank mempunyai banyak kebaikannya. Antara bank-bank yang terdapat di
Malaysia ialah Bank Simpanan Nasional, MayBank, Tabung Haji, dan lain-lain lagi.
Menyimpan wang di bank dijamin selamat. Wang yang di simpan di sini selamat daripada hilang
atau musnah apabila berlakunya bencana seperti kecurian, kebakaran, banjir dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, kita tidak perlu berasa bimbang untuk meninggalkan rumah.
Menyimpan wang di bank boleh menjamin masa depan. Apabila kita ingin melanjutkan
pelajaran, kita boleh membiayai pengajian itu dengan mengeluarkan wang yang kita simpan di
bank. Oleh itu, kita mestilah menyimpan secara tetap supaya wang kita akan sentiasa bertambah
dan dapat digunakan untuk masa hadapan.
Di samping itu, kita dapat berjimat-cermat apabila kita menyimpan wang di bank. Kita akan
berbelanja untuk keperluan sahaja. Oleh itu, ia dapat mengelakkan kita daripada bersikap boros.
Menyimpan wang di bank mempunyai banyak kebaikkan. Oleh itu, tanamkan sikap untuk
menyimpan wang di bank demi keharmonian hidup kita.


. .

.
. .

.
. .

. .
.

. .

Kebaikan-kebaikan membaca
Membaca mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, ibu bapa haruslah memupuk minat membaca
di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Antara bahan bacaan yang boleh kita baca adalah
.seperti surat khabar, majalah, buku cerita dan lain-lain lagi
Kebaikan membaca adalah dapat menambah ilmu pengetahuan. Apabila kita membaca surat
khabar, kita akan dapat tahu berita semasa di dalam dan di luar negara seperti ekonomi, politik
.dan sosial
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Oleh itu, kita dapat
membuat karangan dengan lebih baik. Oleh yang demikian, kita juga akan menjadi pelajar yang
.cemerlang dan menjadi kebanggaan guru-guru di sekolah dan ibu bapa kita
Di samping itu, kebaikan membaca juga adalah dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa
penat setelah mengulang kaji pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang lucu yang boleh
menghiburkan kita seperti komik, kartun dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat
.menghilangkan rasa penat
Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Oleh itu, kita tidaklah terjebak dengan
.gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi
Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah tanamkan
.sikap suka membaca


. .
.
.
.
. .
.
.
. .
.
.
. .

Anda mungkin juga menyukai