Anda di halaman 1dari 5

TALI ALLAH

Hubunganku dengan Tuhan-ku yang selama ini terputus, dengan kebebasanku, Aku telah dapat
langsung menghubungi-Nya kembali dan begitulah dalam perjalananku mencari-Nya dan hendak
menemui-Nya seperti yang telah kuhuraikan di atas, aku telah mendapat tali peganganku dan
ditambah dengan Anak Kunci wasiat (yang kunamakan akan dia) yang telah berada di tanganku.
Itulah dia tali peganganku yang tak akan kulepas-lepaskan lagi; tali pusat dari segala pusat yang
mana telah kukaitkan dan hubungkan kembali dengan tali pusatku. Dan yang satu lagi, iaitu Anak
Kunci wasiat yang banyak mengandungi wasiat dan merupakan bentuk kalau digambarkan dalam
huruf Alif-Lam-Miim yang banyak mengandungi rahsia.

Tali pusat dari segala pusat ialah nafas dari pernafasan perut (seperti yang berlaku kepada bayi iaitu
semasa kita menarik nafas perut dan pusat kita mengembang, (BBM mengatakan Itulah dia tali
peganganku yang tak akan kulepas-lepaskan lagi; tali pusat dari segala pusat yang mana telah
kukaitkan dan hubungkan kembali dengan tali pusatku..

semasa menghembuskan nafas perut kita mengempes seolah-olah pusat kita bertemu dengan
tulang belakang kita)..

Apa yang perlu kita lakukan ialah kita mula menarik nafas kita dengan menggunakan pernafasan
perut,,

Tarik nafas perlahan-lahan, semasa perut kita mengembang, dubur kita akan turut menguncup
(kemut), sehingga nafas itu terhenti sendiri.. ( pertemuan dua lautan iaitu lautan zahir (badan atau
jasad) dengan lautan batin (diri arau roh).... Seperti yang diceritakan didalam Al-Quran iaitu
pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Khidir diantara pertemuan dua lautan dan yang dikatakan oleh
BBM, pertemuan diantara kiri dan kanan...

Setelah nafas itu terhenti dengan sendiri, tahanlah nafas itu seberapa lama yang boleh ( disinilah
berlaku pertemuan diantara diri dengan yang empunya diri)...

Oleh kerana nafas atau nyawa tadi tidak dapat keluar melalui jalan biasa iaitu hidung dan mulut dia
akan menembusi kulit dan bulu kita, maka akan hadzirlah rasa-rasa yang terasa... Diri telah dapat
menembusi badan)

Setelah tidak tahan lagi, lepaslah nafas itu dengan kalimah "Laa khaulawala khuwatailla billah" -
kalau pun kita tidak membacanya itulah maksudnya dengan melepaskan nafas secara perlahan-
lalahan sehingga ianya terhenti sendiri...

Perlakuan melepaskan nafas secara perlahan-lahan ini telah dikiaskan oleh Allah didalam Al-Quran
dimana Nabi Khidzir telah menebuk lubang pada perahu yang dinaiki oleh Nabi Musa dan Nabi
Khidir..

Perbuatan berhenti nafas setelah tidak dapat menghembuskan keluar lagi diibaratkan dengan Nabi
Khidzir membunuh seorang kanak-kanak.... Maksudnya kita hendaklah menghilangkan
berkesedaran kepada jasad..

Inilah apa yang dikatakan oleh Bapak Bagindo Muchtar didalam bukunya 'BatinKu'

"Pintu telah terbuka bagiku dan ini dapat aku merasakannya. Alamku sendiri telah tembus dan Aku
telah bebas, tetapi tak lepas (yang tadinya terkurung dan terkongkong). Tabir atau dinding yang
membatasi Aku dengan alam di luar dari alamku sendiri selama ini telah tembus. Hubunganku yang
selama ini terputus sejak Aku keluar dari rahim ibuku (sejak Aku dilahirkan dan dihadirkan ke dunia
ini sebagai seorang manusia, sejak tali pusatku diputus), dengan telah aku temui itu kembali jalanku
sendiri iaitu jalan kebebasanku (dengan telah tembusnya dinding atau tabir yang membatasi Aku
dengan alam akbar), Aku telah dapat keluar dengan memancar."

Pada pertemuanku yang pertama dengannya, yang mana dengan perantaraan rasa yang terasa,
kiranya Aku telah berada di muka pintu dan setelahnya Aku dalam perjalanan dari titik ke titik dan
sampai pada titik pertemuan yang penghabisan (di mana tiada titik yang lain daripadanya itu lagi)
dan setelahnya aku mengadakan perjalanan rekonstruksi dengan berulang-ulang dari luar ke dalam
dan dari dalam ke luar, (keluar masuknya nafas),

maka dapatlah aku mengatakan bahawa perbuatanku itu sesuai dengan firman Tuhan,
Memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidup daripada
yang mati dan yang mati daripada yang hidup. (al-Quran: Surat Ali-Imran; Ayat 27.)

Zikir itu INGAT. Setiap aliran TAREQAT ada kaedah zikirnya yg diamalkan turun temurun. Jadi pd
yang ikut tareqat ikutlah cara zikir yg diajar murshid. Allah merujuk DiriNya sbg HU ( DIA ) pada
peringkat Ghaib Mutlak dan memperkenalkan DiriNya sbg Allah pada Peringkat TITIK AWAL atau
Ketuhanan...pada org bukan dr aliran Tareqat ..cukuplah Ingat Allah atau HU ..boleh belaka ..pada
amalan Zikir Nafas Allah Hu Rabbul Alamin Yang Meliputi Seluruh Alam itu adalah pada peringkat
Ghaib Mutlak ..maka HU lah yang sesuai bagi Nafas MASUK manakala Zat Yg Meliputi Diri kita itu
adalah Allah...rumusan yag mana dulu yg mana kemudian tak menjadi masaalah sebab bila diulang
ulang ianya jadi Hu Allah dan Allah Hu juga.

Barangkali hanya anak anak BBM yg familiar dgn istilah KUNCI WASIAT yakni Kunci ALIF LAM MIM
...permulaan Surah Al-Baqarah....memang ramai ulamak memberi tafsiran masing masing tentang
pengertian huruf huruf itu..mengikut bidang ilmu masing masing...saya belum berjumpa mana mana
ulamak pun yg merujuk Alif Lam Mim itu sebagai KUNCI apatah lagi Kunci Pelbagai Rahsia. Hanya
Bapak Bagindo Muchtar sahaja yg menyebut Alif Lam Mim sebagai KUNCI pelbagai Rahsia yakni
kunci yg DIWASIATKAN...sape yg mengwasiatkan ? Tentulah Allah. Maka elok sangat bagi kita
semua khasnya anak anak BBM memahami apa yg bapak maksudkan sbg KUNCI Wasiat itu .

sesungguhnya pertemuan aku dan dia tak terucap dgn kata2.. tak tergambar dgn apa jua lukisan...
pertemuan dua lautan itu adalah di dada... perjalanan dia dari pusat ke dada.. perjalanan aku dari
halkum ke dada... di padang mahsyar... berombak lautan d perut, berombak lautan d halkum..
bertemu pd satu titik d dada.. d kanan kiri... terhenti nafasku terhenti degupannya.. lantas yg ada, yg
wujud, yg hidup, yg qidam dan yg baqa hnya Yg Maha Esa.. aku fana'billah... inilah hakikat tali yg di
maksudkan.. tiada huruf tiada suara... Amin... mg kita d berkati..

Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan yang di luar badan
dirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.

Yang ada padamu itu ialah rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari kita.

Dan jadikanlah apa yang ada padamu itu ( rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung
jari ) menjadi suatu amalan dengan kenyataan Sehingga kita dapat mengatakan
rasa yang mengandungi rahsia.

Titik berat dalam pengetahuan yang kami latih sehingga terlatih sampai lincah diseluruh
pergerakkan kaki tangan badan keseluruhannya.

Gunakannya sewaktu bila perlu, dia automatik jalan Ini gerak Qudratullah

Mengenal bukan memikirkannya. Ini soal mengingat.

Kita berlatih memperlancarkan jalannya. Seluruh gerak dengan pergerakkan badan diri
kita keluar dan kedalam

Kenalilah dirimu sendiri, Tanya, cari sampai dapat jawapannya,

Tanya yang mana AKU ? Siapa AKU, Siapa AKU, Siapa AKU......... Siapa AKU?, Aku
siapa?

Bukannya kepalaku, mataku, telingaku, badanku, suaraku. Tetapi AKUNYA

20.Surah h (Verse 14)



"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah
akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

AKU = Allah ( tiada yang lain selain Allah )

Diriku = ruh = Muhammad

Badanku = jasad = Adam

Sebab bagi kita dengan cara bawaan gerak menggerakkan itu berlaku pula ayat :

3.Surah 'li `Imrn (Verse 27)



"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang,
dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga
yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan

Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau
jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,

dengan tiada hitungan hisabnya".

Selama ini memang dua keadaan, dua kejadian, tetapi satu pasif, satu aktif, ye
tak?

Bahkan satu sama lain tidak kenal mengenal.

- yang didalam tak mengenal yang diluar

- yang diluar tak mengenal yang didalam

Itu maknanya waktu bergerak, tangan bergerak terus, sampai kehujung jari kaki,
terus, terus, terus.

Ini ertinya yang diluar itu diajar mengenal akan badan dirinya sendiri.

Berjalanlah pada jalannya,

MANA JALANNYA ?

- Itu yang dihujung-hujung jari yang terasa

- Jalan telunjuk itulah, sebab telunjuk yang paling lurus, itu yang akan
diturutkan

- ikhdinas sirotol mustakhim kata orang

Ingat saja kepadanya, Turut saja

Keluar dari garis-garis jalan pancaran ini bererti kita tergelincir pula,
keluar dari garis kebenaran.

Ada pula masanya nanti bila sudah meningkat

Tempuh-tempuh ini tidak ada erti

Perubahan akan terjadi di badan diri kita Sehingga KITA BUKAN KITA Lagi Kalau
kita bukan kita, siapa pula kita?

Itu pulalah letaknya rahsia pula dibalik rahsia. Tapi kita bergerak dibidang
rahsianya, oleh Yang Maha Kuasa tadi.

Apakah
sebenarnya rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ?

Rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ialah rahsia yang telah
dipecahkan oleh BBM

Apakah rahsia yang BBM pecahkan itu ?

...

Rahsianya ialah Yang didalam (ruhku - huwal batinu = dialah yang tersembunyi)
dan yang diluar (badanku - huwazzohiru = dialah yang nyata) sedang saling kenal
mengenal.

Telah menjadi satu, (AKU) ketika ini tanyalah siapa AKU ?

Yang sedang bertanya itu juga yang akan menjawab.....

Kita bukan kita lagi = hilang kesedaran pada badan diri ku, yang tinggal
kesedaran kepada AKU Allah...

Kata BBM perbaikilah ke-ADA-an mu dengan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung
jari. Maksudnya jangan kita lupa untuk merasai rasa-rasa yang terasa
dihujung-hujung jari itu.

Jika kita lupa nak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu
bermakna terputus hubungan diantara badan diriku dengan AKU...

Lakukan saja jangan banyak memikirkan, ingat saja (rasa saja) pada rasa-rasa
yang terasa dihujung-hujung jari itu, jangan banyak soal.....

Tidak hilang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu maknanya ingat
kepadanya....

Kalau kita tidak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ,
bermakna kita sedang tergelincir dari jalan yang lurus.