Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN

JANUARI 2015 SEMESTER 8

KOD KURSUS

: EPM 414

NAMA KURSUS

: PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

PROGRAM

: SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

: SITI ZUBAIDAH BINTI MOHAMAD YACKUB

NO. MATRIK

: E30209120756

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

: EN. KALONG ANAK MUNAP

PUSAT
PEMBELAJARAN

: INTI COLLEGE, KUCHING

ISI KANDUNGAN

PERKARA
BAHAGIAN A
BAHAGIAN B
BAHAGIAN C
BIBLIOGRAFI

MUKASURAT
3-6
7 - 11
12 16
17

BAHAGIAN A

Penilaian Tahap Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan:
Kebolehpercayaan Instrumen
A. APAKAH PANDANGAN UNESCO TENTANG KEMAHIRAN MENULIS?
Menurut UNESCO (1980), kemahiran menulis merupakan salah satu daripada
kemahiran literasi yang mana ianya adalah hak asasi individu yang menjadi
tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya.
Kemahiran menulis sebenarnya merupakan kemahiran berbahasa tertinggi
yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa
seseorang.Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah bertujuan untuk berkomunikasi
dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang
pendidikan,sosial, dan pekerjaan.
UNESCO berpendapat bahawa, Penekanan terhadap pengajaran kemahiran
menulis amat penting bukan sahaja untuk tujuan memperolehi dan mencari ilmu
pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan
harian. Bagi tujuan itu, murid sekolah haruslah mencapai suatu tahap literasi yang
sesuai untuk memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan.
B. TERANGKAN INSTRUMENT MENGUKUR KEMAHIRAN MENULIS YANG
DIGUNAKAN DALAM KAJIAN INI.
Kajian ini melibatkan aktiviti pengumpulan data tentang tahap penguasaan
kemahiran menulis mood sekolah rendah pada dua tahap persekolahan, iaitu Tahap I
(Tahun 1, 2, dan) dan Tahap II (Tahun 4, 5, dan 6). Pengumpulan data kajian ini
melibatkan pembinaan dua buah instrumen, iaitu skema analisis karangan versi Tahap
I dan versi Tahap II. Ia diuji dengan dua set soalan mengikut tahap.
Skema analisis karangan dibina dalam dua versi, iaitu untuk Tahap I dan
Tahap II sekolah rendah. Bagi Tahap I dan Tahap II yang mempunyai penekanan yang
berbeza, senarai kecekapan menulis dikelompokkan mengikut komponen yang
berbeza. Tahap I mengandungi komponen seperti berikut:
(a) Menulis Asas
(b) Wacana
(c) Tatabahasa
Sementara Tahap II pula mengandungi komponen seperti berikut:
(a) Sosiolinguistik
(b) Wacana
(c) Tatabahasa
Kandungan instrument versi Tahap 1 mengandungi komponen / subkomponen
dan kecekapan kemahiran menulis dalam bahasa melayu bagi Tahun 1, Tahun 2, dan
3

Tahun 3. Dalam komponen kemahiran menulis asas, terdapat subkomponen mekanis


dan tulisan awal, iaitu menyalin, menulis dan bina-lengkapkan.
Dalam komponen wacana pula terdapat subkomponen koheren dan kohesi.
Koheren adalah kemahiran menyusun idea dan membina makna. Kohesi pula adalah
kecekapan menyusun ayat secara padu dan padat untuk membina teks.
Dalam komponen tatabahasa pula merangkumi aspek mekanis, morfologi, dan
sintaksis yang merupakan kecekapan memilih dan menggunakan tanda baca dan
memilih struktur bahasa dengan betul untuk berkomunikasi. Sebanyak 33 item akan
digunakan untuk menganalisis karangan tahap 1 ini.
Kandungan instrumen versi Tahap II pula mengandungi komponen /
subkomponen, dan item kecekapan bagi Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6. Disebabkan
penekanan Tahap II ialah pengukuhan kemahiran menulis dan penggunaannya dalam
fungsi komunikasi, komponen menulis asas digantikan dengan komponen
sosiolinguistik.
Komponen sosiolinguistik meliputi subkomponen tujuan penulisan dan
khalayaknya (pembaca), komponen wacana meliputi pertalian dan pertautan, dan
komponen tatabahasa mengandungi subkomponen mekanis, morfologi, dan sintaksis.
Kedua-dua buah instrumen menggunakan skala Likert bagi menilai kecekapan
menulis dalam bahasa Melayu. Nilai mata dalam skala tersebut ialah 1 untuk Sangat
lemah, 2 untuk Lemah, 3 untuk Sederhana, 4 untuk Baik, dan 5 untuk Sangat baik.
Sebuah kajian rintis telah dilaksanakan bagi mencuba kedua-dua instrumen ini
dengan melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 3 dan 50 orang murid Tahun 6 di
sebuah sekolah. Keputusan kajian rintis menunjukkan kedua-dua buah instrumen ini
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu dengan nilai alfa keseluruhan .99
bagi instrumen versi Tahap I, dan nilai alfa keseluruhan .99 bagi versi Tahap II.
Terdapat dua bentuk kertas soalan yang digunakan dalam kajian ini iaitu kertas
soalan tahap 1 dan tahap 2. Kertas soalan Tahap I mengandungi soalan yang meminta
murid menyusun gambar mengikut urutan cerita, melengkapkan ayat berdasarkan
gambar, menyusun dan menyalin perenggan menjadi karangan lengkap, dan menulis
karangan berdasarkan satu tajuk pilihan yang panjangnya tidak kurang daripada 60
patah perkataan.
Kertas soalan Tahap II pula mengandungi soalan yang meminta murid menulis
dua buah karangan, iaitu jenis keperihalan dan imaginatif yang panjang setiap sebuah
karangan tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

C. JELASKAN SECARA RINGKAS DAPATAN UMUM KAJIAN INI.


Berdasarkan kebolehpercayaan jumlah item bagi skema analisis karangan
versi Tahap I yang ditunjukkan, didapati min skor item ialah antan 2.10 hingga 3.57,
sementara sisihan piawai ialah antara.69 hingga L0.
Nilai alfa skema ini didapati sangat tinggi, iaitu .99, sementara nilai alfa bagi
setiap komponen dan subkomponen-subkomponennya adalah sangat tinggi, iaitu
antara .97 dan .98 bagi komponen wacana, menulis asas, dan tatabahasa, dan antara .
91 hingga .97 bagi subkomponen skema.
Nilai alfa tertinggi dicatat dalam komponen menulis asas dan tatabahasa
dengan nilai alfanya .98, sementara semua subkomponen skema mencatat nilai alfa
antara.9l yang terendah bagi pertalian (koheren) hingga .97 yang tertinggi bagi
pertautan (kohesi) dalam komponen wacana, dan morfologi dalam komponen
tatabahasa.
Kehadiran kedua-dua item yang korelasinya agak rendah dan sederhana walau
bagaimanapun tidak begitu menjejaskan kebolehpercayaan subkomponen masingmasing yang sememangnya tinggi.
Bagi skema analisis karangan versi Tahap II (Tahun 6) pula, Min skor itemnya
ialah antara 3.1 8 hingga 4.02, sementara sisihan piawai ialah antara .93 hingga 1.17.
Kehadiran semua item yang korelasinya sangat tinggi ini telah menyumbang kepada
kebolehpercayaan yang sangat tinggi bagi setiap subkomponen skema.
Korelasi skema analisis karangan versi Tahap I (Tahun 3) dengan komponenkomponennya telah mendapat korelasi yang amat tinggi dan signifikan dengan
komponen-komponennya, iaitu menulis asas, wacana, dan tatabahasa dengan nilai alfa
melebihi .97. Korelasi antara komponen juga sangat tinggi dan signifikan, tetapi lebih
rendah berbanding dengan koefisien kebolehpercayaan, iaifu antara menulis asas
dengan wacana (.92), antua menulis asasdengan tatabahasa (.93), dan antara wacana
dengan tatabahasa (.94).
Korelasi skema analisis karangan versi Tahap II (Tahun 6) dengan komponenkomponennya mempunyai korelasi yang amat tinggi dan signifikan dengan
komponen-komponennya, iaitu sosiolinguistik, wacana dan tatabahasa dengan nilai
alfa melebihi .97. Kesimpulannya, skema mempunyai kesahan dalaman dan kesahan
pembezaan yang membuktikan kesatran gagasan instumen (Crocker dan Algina, 1986;
Anastasi, 1988).
Korelasi yang sangat tinggi antara komponen instumen bagi kedua-dua versi
menunjukkan hubungan yang kuat antara komponen serta mentaksir gagasan yang

sama, iaitu kemahiran menulis pada Tahap I dan Tahap II peringkat sekolah
kebangsaan.

BAHAGIAN B
LAPORAN PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
DALAM BAHASA MELAYU.
Pengenalan
Umumnya, semua mengetahui bahawa PBS ialah satu bentuk pentaksiran yang berifat
holistik iaitu menilai dari segi aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perlaksanaan PBS ini adalah seiring dengan
program transformasi negara untuk menghasilkan insan yang bertaraf dunia. Selain itu, PBS
yang telah dirangka bentuk pentaksirannya yang dilaksanakan di sekolah secara terancang
6

mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pihak sekolah dan guruguru matapelajaran merupakan agen penggerak bagi melaksanakan PBS ini secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Ramai guru yang beranggapan
bahawa PBS ini merupakan sesuatu yang baharu tetapi sebenarnya PBS ini merupakan
penambahbaikkan kepada PBS yang telah sedia ada dengan memperkenalkan pentaksiran
berdasarkan standard dan aplilaksi Sisten Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru
merekod pencapaian murid secara berterusan.
Persoalan yang sering dikemukakan oleh guru-guru semasa mula-mula PBS
diperkenalkan ialah perbezaan antara PBS dan pentaksiran yang sedia ada. Setelah difahami
lebih mendalam, PBS ini lebih bersifat holistik dan memberi penekanan kepada semua aspek
JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding pentaksiran yang sedia ada yang
lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan sahaja. PBS
akan mentaksir proses dan produk secara secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan
konsep assement for learning dan assesment of learning manakala fokus utama pentaksiran
yang sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran. Pentaksiran
Rujukan Standard telah diperkenalkan sebagai usaha untuk penambahbaikkan kepada
pentaksiran sekolah sedia ada. Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan pembelajaran dan pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan bahan
unutuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian pencapaian seperti yang terkandung di dalam dokumen
kurikulum. Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentng
pencapaian dan penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui
dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah
dikenalpasti. Standard Prestasi ini membantu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran dapat
dilakasnakan secara adil dan berfokus merujuk pada standard yang ditetapkan. Pentaksiran
Rujukan Standard merupakan laporan prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk kepada
pernyataan standard.
Dengan adanya PBS ini, dapat meningkatkan lagi intergriti dan kredbiliti profesion
perguruan kerana PBS ini telah memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Guru merupakan
orang yang paling layak mentaksir murid-murid mereka kerana:
7

a) Guru boleh memantau perkembangan murid secara berterusan.


b) Guru boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid.
c) Guru lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitan dan perkembangan
murid.
d) Guru boleh mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.
Saya telah menjalankan temubual terhadap dua orang guru yang mengajar Bahasa
Melayu di sekolah saya berkaitan dengan perlaksanaan PBS ini di sekolah saya. Dua orang
guru yang saya pilih ialah Ketua Panitia Bahasa Melayu dan juga guru yang mengajar
matapelajaran Bahasa Malaysia tahun 3.

Pandangan Guru A
Guru A merupakan seorang Ketua Panitia Bahasa Melayu dan telah terlibat secara
langsung dengan sistem PBS sejak mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011.
Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah
ditambahbaik.
Secara khususnya guru A menyokong sistem pendidikan yang berpaksikan PBS
sebagai salah satu elemen pentaksiran bagi menambahbaik sistem pentaksiran yang lama.
Katanya, guru-guru adalah golongan pelaksana dan apa jua agenda kerajaan untuk
menambahbaik sistem dalam pendidikan Negara perlu diikuti dan disokong penuh.
Dari sudut latihan berkenaan PBS pula buat masa sekarang bolehlah dikatakan
mengikut keperluan iaitu setiap kursus atau latihan dijalankan sebelum tahun pelaksanaannya
bagi setiap darjah/tingkatan di sekolah.
Buat masa sekarang, PBS telah dijalankan secara offline dan tidak lagi menggunakan
sistem fail pelajar. Jadi perkara-perkara yang melibatkan evidens tidak lagi menjadi keperluan
yang mana perlu ditunjukkan kepada pihak yang ingin membuat penilaian. Evidens hanya
disimpan oleh guru sendiri atau dikembalikan kepada murid sendiri. Namun demikian guru
harus telah membuat taksiran terhadap setiap evidens yang telah diberikan.
Guru A berpandangan bahawa setiap guru perlu diberi lebih penekanan terhadap
sistem PBS ini. Penekanan terhadap pemberian tahap penguasaan yang dulunya dipanggil

Band, mesti diketahui oleh guru-guru bahasa melayu. Penilaian hendaklah dibuat berdasarkan
kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Bagi guru A, pelaksanaan PBS ini pada mulanya dikatakan menambah tugas guru. Ini
kerana guru-guru terpaksa menyimpan fail murid beserta evidens dan dibawa setiap tahun
mengikut peralihan darjah/tingkatan murid itu. Sebelum ini juga PBS terpaksa diisi secara
atas talian oleh guru-guru mata pelajaran agar rekod disimpan secara berpusat. Namun begitu,
pada masa kini, PBS telah dipermudahkan dan tidak lagi diisi secara atas talian. Tambahan
pula kementerian telah memperkenalkan Sistem Perekodan Perkembangan Pembelajaran
Murid (PPPM) bermula tahun ini bagi merekod perkembangan murid dalam setiap kemahiran
dan rekod tersebut akan dibawa sehingga ke tahun 6 sekolah rendah. Dengan adanya sistem
ini, guru-guru akan lebih mudah memasukkan data pencapaian murid dengan mudah dan
keputusannya dapat dicetak untuk serahan kepada ibubapa atau penjaga.
Kini telah banyak modul yang berupa instrument bagi matapelajaran Bahasa Melayu
yang dijual dipasaran. Guru-guru Bahasa Melayu di sekolah akan berbincang untuk memilih
instrument yang sesuai bagi menilai murid tanpa perlu menggubal instrument baru.
Penetapan band untuk setiap murid dalam setiap kemahiran akan dibuat secara
holistik. Pada mulanya band / tahap penguasaan akan diberikan oleh guru matapelajaran itu
sendiri dan kemudian akan disemak semula oleh ketua panitia untuk pengesahan. Dalam soal
menentukan tahap penguasaan / band ini, buat masa sekarang tidak menjadi masalah yang
besar bagi guru-guru Bahasa Melayu.
Jika merujuk kepada bagaimana sistem PBS dilaksanakan, ianya sememangnya
mampu membatu murid dalam menguasai setiap kemahiran yang diajar kerana guru
matapelajaran akan membuat pentaksiran bagi setiap kemahiran untuk setiap murid. Dalam
Bahasa Melayu, kemahiran yang perlu dicapai adalah Mendengar dan bertutur (lisan),
membaca, dan menulis. Sekiranya murid mampu membuat latihan berkaitan membaca
dengan baik dan mampu memahami apa yang dibaca, ini bermakna murid mencapai tahap
penguasaan yang baik. Setiap tahap penguasaan akan dinilai berdasarkan modul / instrument
pentaksiran yang telah dipersetujui.
Di Sekolah ini, guru-guru bahasa Melayu ditegaskan supaya membuat pentaksiran
berdasarkan instrument yang telah dipersetujui. Sekiranya murid masih belum mencapai
tahap penguasaan yang dikehendaki, guru tidak boleh menaikkan tahap penguasaan murid
9

tersebut agar lebih telus dan berintegriti. Dengan itu, pencapaian sebenar murid dalam setiap
pentaksiran akan menunjukkan kemahiran sebenar telah dicapai. Murid yang belum mencapai
tahap penguasaan yang dikehendaki akan diberi bimbingan yang sepatutnya sehingga murid
tersebut mampu mencapai tahap penguasaan tersebut.
Secara kesimpulannya, guru A berpendapat bahawa sistem PBS ini sememangnya
baik dan memberi manfaat kepada murid-murid di sekolah. Ini kerana murid-murid masih
diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam setiap matapelajaran. Jika sebelum ini,
pentaksiran dibuat berdasarkan penilaian dan peperiksaan semata-mata. Kaedah ini dikatakan
masih kurang memberikan tumpuan kepada murid yang lemah. Dengan adanya PBS, muridmurid yang lemah akan terus dibimbing dan kelemahan mereka dalam setiap kemahiran juga
mudah dijejaki.

Pandangan Guru B
Guru B merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar Tahun 3 dan terlibat
secara langsung juga dengan sistem PBS. Guru ini telah mengikuti Latihan Dalaman KSSR
Tahun 3 peringkat sekolah pada tahun lepas dan mengajar matapelajaran tersebut pada tahun
2015. Secara khususnya, guru B juga menyokong konsep PBS kerana ianya merupakan
agenda kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan Negara. Namun demikian, guru B
berpendapat bahawa, latihan atau bengkel berterusan kepada semua guru di sekolah perlu
didedahkan dari semasa ke semasa setiap tahun untuk mengetahui perubahan yang berlaku.
Seperti guru A, guru B juga memahami konsep PBS yang dikatakan evidens,
standard, descriptor, dan instrument PBS. Ianya sentiasa dibincangkan di dalam mesyuarat
panitia di peringkat sekolah. Bagi guru B, pelaksanaan PBS di sekolah pada masa kini tidak
lagi menjadi beban yang terlalu berat bagi guru Bahasa Melayu kerana ianya tidak lagi
melibatkan pengumpulan fail evident, fail transit dan pengisian tahap penguasaan secara
online. Tambahan pula pada masa kini telah diperkenalkan dengan sistem PPPM yang lebih
memudahkan tugas guru terutama guru kelas mengumpul data pentaksiran murid.
Pendapat guru B hampir sama dengan pendapat guru A. mereka sama-sama
menyokong pelaksanaan sistem PBS di sekolah dan perpendapat bahawa ianya bermanfaat
kepada murid-murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Segala masalah yang melibatkan

10

sistem PBS akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia dan kerjasama ini akan menjadikan
masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah.

RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, dapat saya jelaskan di sini bahawa pelaksanaan sistem PBS di
sekolah pada masa kini merupakan satu penambahbaikan sistem lama yang berteraskan
peperiksaan. Ianya lebih memudahkan tugas guru kerana guru-guru tidak lagi perlu membuat
penilaian secara formatif setiap bulan untuk mengesan masalah murid. Ia ditinjau setiap hari
secara holistic tanpa peperiksaan formal atau penilaian formatif yang berkala. Guru yang
mengajar setiap kemahiran dalam setiap matapelajaran seharusnya tahu akan masalah yang
dihadapi pelajarnya. Oleh demikian, dengan adanya sistem pentaksiran PBS ini, murid-murid
akan yang lemah akan mudah dijejaki dan mudah bagi guru menjalankan program intervensi
di dalam bilik darjah.

BAHAGIAN C
Intrumen 1
INTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU
TAHUN 2
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN

Membaca
1
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis.

STANDARD
DESKRIPTOR

B1 DB1

EVIDENS

Membaca perkataan dengan sebutan yang betul.


B1 DB1 E1
Membaca perkataan secara mekanis
11

AKTIVITI

Bahan:

PENTAKSIRAN

1. Lembaran kerja
Langkah pentaksiran
1. Murid membaca perkatan secara mekanis.

INTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI (1)


BAHASA MELAYU TAHUN 2

NAMA: ________________________ KELAS: ___________ TARIKH: ____________


RUJUKAN: B1 DB1 E1
ARAHAN: Baca perkataan berdasarkan gambar

12

rumah

pokok

topi

surat khabar

basikal

bunga
parang

Intrumen 2
INTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU
TAHUN 2
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN

Membaca
3
B3 DB1

STANDARD

Mengetahui, memahami dan memberikan respon terhadap perkara

DESKRIPTOR

yang didengar tutur, dibaca dan ditulis.


B3 DB1 E1
13

Membaca, memahami dan mengenalpasti idea daripada pelbagai


bahan.
Menyatakan idea daripada bahan yang dibaca
Bahan:

EVIDENS
AKTIVITI
PENTAKSIRAN

2. Lembara kerja
Langkah pentaksiran
2. Murid membaca petikan yang diberi dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
3. Murid mejawab soalan pemahaman yang diberi.

INTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI (2)


BAHASA MELAYU TAHUN 2

NAMA: ________________________ KELAS: ___________ TARIKH: ____________


RUJUKAN: B3 DB1 E1
ARAHAN: Baca petikan dan jawab soalan di bawah.
Pak Long menanam pokok rambutan. Pokok rambutan Pak Long berbuah
lebat. Pak Long akan mengait buah rambutan itu setelah masak.
Biasanya, pokok rambutan akan berbuah sekali dalam setahun.
Selepas mengait buah rambutan, Pak Long akan memasukkan
14 anak Pak Long akan membantu Pak
buah itu ke dalam bakul. Isteri dan
Long melakukan kerja-kerja itu. Kemudian, Pak Long akan menjual buah
rambutannya itu di pasar.

1.

1. Buah apakah yang ditanam oleh Pak Long?


____________________________________________________________________
2. Bilakah Pak Long akan mengait buah rambutan itu?
________________________________________________________________
3. Siapakah yang membantu Pak Long memasukkan buah rambutan ke dalam bakul?
_________________________________________________________________
4. Di manakah Pak Long akan menjual buah rambutannya itu?
________________________________________________________________

Laporan Penggubalan Intrumen.


Guru akan menggunakan bahan instrumen untuk memastikan murid-murid memahami
dan menguasai pengajaran guru. Intrumen yang dipilih hendaklah bertepatan dengan
kemahiran serta isi pengajaran guru. Dalam pembentukan instrumen yang saya gubal,
saya telah mengambil kira perkara berikut untuk memastikan instrumen saya boleh
digunakan untuk mentaksir murid. Perkara-perkara yang saya titikberatkan ialah
arahan yang digunakan mestilah jelas dan tidak memberi soalan yang mengelirukan.
Dalam tugasan ini, saya telah memilih kemahiran membaca untuk digubal
intrumennya. Untuk Instrumen 1, kemahiran yang dipilih ialah kemahiran B1DB1E1.
Pernyataan standard untuk intrumen ini ialah mengetahui asas mendengar-bertutur,
membaca dan menulis. Desktiptornya pula membaca perkataan secara mekanis. Saya
telah menyediakan satu lembaran kerja yang berbentuk gambar yang mengandungi
perkataan pada objek yang terdapat di dalam gambar tersebut. Murid-murid diminta
membaca perkataan tersebut secara mekanis. Dalam penggubalan instrumen 1 ini,
saya telah membuat rujukan dari buku A Plus PBS Bahasa Melayu Tahun 2. Saya juga
merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi Tahun 2 untuk mendapatkan huraian
tentang pernyataan standard, deskriptor dan eviden.
15

Untuk Instrumen 2 pula, saya masih juga memilih kemahiran membaca. Kemahiran
yang di pilih ialah B3 DB1 E1. Band yang dipilih ialah band 3. Saya memilih band 3
kerana Instrumen yang pertama saya sudah menggubal Band 1. Pernyataan Standard
untuk B3 DB1 ialah mengetahui, memahami dan memberikan respon terhadap
perkara yang didengar-tutur, dibaca dan ditulis. Descriptor bagi B3DB1E1 ialah
membaca, memahami dan mengenalpasti idea daripada pelbagai bahan. Evidens
untuk kemahiran ini ialah menyatakan idea daripada bahan yang dibaca. Bahan yang
digunakan untuk aktiviti kemahiran ini ialah lembaran kerja. Saya telah menyediakan
satu lembaran kerja petikan dan soalan pemahaman. Murid-murid diminta membaca
petikan tersebut dan menjawab soalan pemahaman yang diberikan.

BIBLIOGRAFI
1. Hashim Othman. (2003). Kemahiran menulis: perspehif komunikatif. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum). (2003a).
Sukatan Pelajaran Kurihtlum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melryu. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum). (2003b).
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa
Melayu SK Tahun I-6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Pentaksiran Berasaskan Sekolah . http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?
id=147&cat=31&keyword=&page=1&
5. Rohaiza dan Norlia (2013), A Plus PBS Lembaran Kerja Bahasa Malaysia,
Selangor: Info Didik.

16

Anda mungkin juga menyukai