Kesalahan Biasa Tatabahasa Melayu
Kesalahan Biasa Tatabahasa Melayu
Isi kandungan
1 Kesalahan biasa
o 1.1 Kesalahan ayat
o 1.2 Kesalahan frasa dan kata
2 Rujukan
Kesalahan biasa
Kesalahan ayat
1. Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di :
o Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu itu.
o Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan.
o Semuanya dia kenal.
o Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana
puncanya.
2. Jawapan sepatutnya:
o Tidak ada apa yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan juga
betul)'waktu ini.
o Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'.
o Perpustakaan mini
o Restoran Zaleha
o Klinik Jaya
o paling indah
o amat menakutkan /amat menakutkan sekali / sangat menakutkan sekali / sungguh
menakutkan sekali
Kata adjektif dan imbuhan ter tanpa penguat
1.
o Salah:
o Sani mendapat markah yang tertinggi sekali / tersungguh tinggi.
o Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
o Betul:
o Sani mendapat markah yang tertinggi .
o Hassan ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat muda dalam
pertandingan itu.
Kesalahan umum dari segi Kata hubung
1.
o Salah:
o Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
o Badannya besar kecuali kakinya kecil.
o Betul:
o Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
o Badannya besar tetapi kakinya kecil.
Kesalahan umum dari segi Kata bilangan
1.
o Salah:
o Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa Minggu Penyayang.
o Salah:
o Setiap orang pelajar.
o Sesetengah orang rakyat.
o Seluruh buah negeri.
o Semua ekor binatang.
o Beberapa pelajar.
o Betul:
o Setiap pelajar.
o Sesetengah rakyat.
o Seluruh negeri.
o Semua binatang.
o Beberapa orang pelajar.
Kesalahan umum dari segi Kata ganti diri
1.
o Salah:
o Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
o Kau tinggal di mana ? tanya Siva kepada gurunya.
o Betul:
o Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
o Cikgu tinggal di mana ? tanya Siva kepada gurunya.
Kesalahan umum dari segi Kata adjektif
1.
o Salah:
o Salah:
o Kamu berasal dari manakah ?
o Apa nama pengawas itu ?
o Bila ayah akan pulang ?
o Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
o Betul:
o Kamu berasal dari mana ?
o Siapakah nama pengawas itu ?
o Bilakah ayah akan pulang ?
o Binatang peliharaan awak bernama apa ?
Kesalahan umum dari segi Ejaan
1.
o Salah:
o Kucing itu tidur dibawah meja.
o Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
o Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
o Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
o Orangtua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
o Betul:
o Kucing itu tidur di bawah meja.
o Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
o Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
o Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
o Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.
Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri
1.
o Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
o Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
o Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
o Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
o Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,
guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
o Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
o Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
o Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, andaanda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
o Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
o Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
o Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya. Misalnya:
o Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
o Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
o Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan
dengan kerabat diraja saja.
Kesalahan umum dari segi Kata Bilangan
1.
o Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung
benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
o Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata
bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan
sewenangwenangnya. Lihatlah contoh #* Kesalahan dan pembetulan yang
berikut:
(a)*Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)
1.
o Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah
contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
1.
o Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan
sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan
pembetulan yang berikut:
(a) Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
1.
o Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan
*dan) (c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik.
(bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari) (f) Pada waktu petang,
saya membantu ayah. (bukan * di) (g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan) (h) Pasu itu
terhempas ke tanah. (bukan *di) (i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di) (j)
Buku itu sudah saya pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke) (k) Isa tertarik oleh kejelitaan
gadis itu. (bukan * dengan) (l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudarasaudari berikan. (bukan * diatas)