Anda di halaman 1dari 3

ANALISIS BUKU TEKS PERDAGANGAN TINGKATAN 4.

SUBJEK
PENULIS

: PERDAGANGAN

TINGKATAN :

4__

: HENG SEAI KIE, CHIAM CHEE SIANG, ZAKIYAH BINTI ___


JALUN DAN SHARINI BINTI HAJI RAMLI______________

PENERBIT

: PUSTAKA SERI KANCIL______

TEMPAT TERBIT: 479A, MELAKA PLAZA, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA
TAHUN TERBIT

: 2002

Buku teks merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang penting
untuk membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Abdul Rahim Mohd Saad (1997), terdapat lima fungsi penting sesuatu teks
iaitu untuk mendapat maklumat, sebagai sumber rujukan, untuk membina
sikap, untuk memberi bimbingan dan mengajar. Berdasarkan analisis buku
teks yang dilakukan mendapati buku ini dilengkapi dengan kelima-lima
fungsi tersebut. Walau bagaimanapun penggunaan elemen-elemen tersebut
tidak secara mendalam.Ini kerana guru dan pelajar perlu membuat rujukan
yang lebih mendalam melalui sumber rujukan lain yang lain di pasaran.
Keadaan ini menyebabkan pelajar dan guru tidak tidak berminat untuk
menggunakan buku teks ini sebaik mungkin.
Merujuk kepada Stewart (1998), menyatakan bahawa kebolehbacaan
teks adalah

kesanggupan untuk membaca dan bukan kebolehan untuk

kefahaman. Ini bermakna sesebuah buku teks perlu menarik dan lengkap
agar menggalakkan pelajar membaca serta memahami isi kandungan
sesuatu topik pembelajaran dengan lebih berkesan. Antaranya ialah melalui
penggunaan gambar dan warna yang menarik serta paparan halaman yang
teratur dan dilengkapi dengan maklumat-maklumat terkini yang akan
menjadikan buku ini lebih berkualiti pada pandangan pelajar khasnya. Jika
dilihat pada buku teks perdagangan tingkatan 4 ini, ia mengandungi juga
beberapa elemen yang

menarik seperti penggunaan gambar berwarna

tetapi tidak diaplikasikan pada keseluruhan buku tersebut. Hanya pada


bahagian bab 3 iaitu Perniagaan Dalam Negeri diwarnakan. Ini mungkin
kerana isi kandungan bab ini yang terlalu panjang dan untuk mengelakkan
pelajar bosan mempelajari bab ini terlalu lama.
Selain daripada itu paparan awal buku ini juga kurang menarik dari
segi penggunaan warna yang agak malap tidak menampakkan keceriaan
untuk membacanya. Ia sekaligus memberi kesan kepada pengamatan awal
pelajar terhadap keseronokan membaca dan menggunakan buku ini. Selain
daripada itu, terdapat juga penggunaan gambar yang tidak releven seperti
penggunaan Pasaraya Makro sebagai contoh kerana pada masa kini
pasaraya tersebut telah diambil alih oleh syarikat lain dan telah bertukar
nama. Dari aspek ejaan agak memuaskan, namun masih terdapat kesalahan
ejaan yang perlu diperhatikan oleh penulis atau penerbit kerana ini boleh
mengelirukan pelajar.Ini kerana buku teks adalah salah satu contoh terbaik
dan paling hamper dengan pelajar. Laras bahasa yang digunakan juga
mudah difahami dan tidak terlalu tinggi serta penggunaan istilah dalam
perdagangan manambahkan dan memperkayakan tatabahasa baru dalam
diri pelajar.
Secara keseluruhannya penyediaan buku teks perdagangan tingkatan
4 ini adalah terancang dan tersusun. Terdapat juga latihan pada setiap akhir
isi kandungan yang guru menilai tahap pamahaman pelajar serta sebagai
latihan pelajar di rumah dan sebagai contoh bentuk soalan bagi pelajar
untuk menghadapi peperiksaan. Ia juga merangkumi kesemua sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Walaubagaimanapun

paparan

awal

dan

pada

setiap

halaman

perlu

dipertingkatkan melalui penggunaan warna sama ada pada bahagian


gambar ataupun jadual. Kesalahan ejaan juga perlu diteliti supaya tidak
wujud sebarang kesalahan ejaan di dalam buku teks. Penyediaan ruangan
sumber rujukan, indeks dan glosari banyak membantu untuk membolehkan
pelajar dan guru mendapatkan maklumat lanjut serta mencari makna

sesuatu istilah. Oleh yang demikian penghasilan sesebuah buku teks perlu di
lakukan

dengan

sebaik

mungkin

agar

hasilnya

dapat

dimanfaatkan

sepenuhnya serta semata-mata untuk memenuhi syarat buku teks sahaja


dan secara tidak langsung mengelakkan pembaziran.

Rujukan :
Abdul Rahim Mohd Saad(1997)Mereka Bentuk Teks Pengajaran : Secara
efisien dan Efektif,Fajar Bakti Sdn Bhd Shah Alam.

Anda mungkin juga menyukai