Anda di halaman 1dari 5

Getah atau nama saintifiknya Hevea bransiliensis adalah dari kelas dikotiledon dan

family Euphorbiaceae. Getah berasal dari Brazil iaitu Amazon Basin. Hibrid getah
teriri daripada Hevea lutea, Hevea microphylla, Hevea nitida dan Hevea pauciflora.
Industri getah Malaysia bermula apabila 22 anak getah telah dibawah masuk ke
Singapura dan Kuala Kangsar pada tahun 1877. Pada tahun 1902-1903, penanaman
secara estate pertama di Melaka. Industri getah terus berkembang dan mencapai
kemuncaknya pada 1979 (2,060,000 hektar) dan 1988 (1,661,600 hektar).
MORFOLOGI
Akar:
Tunjang
Batang:
Jenis pejal dan bulat. Kulit mengandungi lapisan luar yang bergabus dan lapisan dalam
yang berwarna hijau. Saluran lateks (latex vessel) berada berdekatan cambium. Tiub
penapis yang terubahsuai terbentuk dari cambium. Batang tumbuh keatas dan terus
memanjang.
Daun:
Tersusun dalam bentuk spiral, trifoliate dan glabrous. Mempunyai tiga anak daun
(trifoliate). Petiol 2-70 cm panjang, dan bentuk daun adalah tangkai pendek, bentuk
iliptik atau entire pangkal acute dan hujung acuminate, sebelah atas warna hijau tua
dan sebelah bawah hijau muda.
Bunga:
Banyak bunga, axilari, panikel yang pendek atas daun yang muda. Bunga adalah
unisek, berwangi dan tangkai pendek. Bunga betina pada hujung tangkai utama atau
pada cabang tangkai dengan bunga jantan yang lebih banyak.
Buah:
Sedikit bunga akan menjadi buah, banyak akan gugur. Buah akan terhasil selepas 3
bulan, dan matang dalam masa 5-6 bulan. Buah yang matang pula adalah besar dan
mempunyai 3 cuping kapsul, 3-5cm garis pusat dengan 1 biji setiap karpel. Buah
adalah jenis dehiscent dan meletup apabila matang dengan bahagian endocarp pecah
pada 6 bahagian dan biji dikeluarkan sejauh 5 meter dari pokok itu.
CIRI KESEMPURNAAN POKOK GETAH
1.
Tumbesaran baik supaya pokok boleh cepat ditoreh & mengeluarkan hasil.
2.
Pertambahan pembesaran lilitan batang pokok yang baik.
3.
Daunya lebar, berwarna hijau & bersinar supaya cekap mencanai makanan
pokok.
4.
Mempunyai dahan utama yang menjular ke kemuncak pokok untuk
mengimbangkan jemala.
5.
Pokoknya rendang supaya tidak mudah digoyang oleh angin.
6.
Batangnya lurus, tegak, licin, tebal & cepat memulih supaya cepat boleh
ditoreh balik
EKOLOGI DAN PENGARUH SEKITAR
Getah asalnya dari Kawasan hujan tropika.
Boleh menyesuaikan pada iklim yang berbeza
150 N dan 100 S

Suhu: 74 - 950 F (270 C 320 C).


Hujan: 75-100 inci
Perlu cahaya cukup.
Tanah:
Kebanyak tanah adalah sesuai untuk getah, kecuali tanah gambut, tanah asid sulfat
dan tanah bris. Tanah yang dalamnya hingga 100cm atau lebih tanpa batu-batuan.
Mempunyai saliran baik .Mempunyai pH 4.5 dan tidak masin atau berasid sulfat.
Kecuraman tidak melebihi 160.Cukup kelembapan dan Pengudaraan yang baik untuk
pertumbuhan akar.
Kawasan dan penanaman bagi tanaman getah sentiasa berkurangan disebabkan oleh
perubahan ketanaman lain seperti kelapa sawit, kawasan penanaman digunakan untuk
kawasan perumahan, kawasan getah dijadikan sebgai kawasan perindustrian dan
kawasan getah digunakan untuk pembangunan infra-jalan raya, lapangan terbang dan
lain-lain.
Pengeluaran getah juga menurun disebabkan kurang kawasan getah, penggunaan
teknologi torehan baru dikalangan pekebun kecil kurang memuaskan, kurang buruh
serta harga getah yang semakin menurun.
Bagi penggunaan getah Asli, Malaysia giat membangunkan industry perkilangan dan
pembuatanya dan satu daripadanya adalah pengeluaran barangan getah bagi
meningkatkan penggunaan getah dalam Negara. Penggunaan getah asli di Malaysia
akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.
PEMBIAKAN GETAH
Biji benih:
Biji benih dikutip dari buah yang matang lima bulan selepas pendebungaan yang
dilakukan secara tangan. Biji benih yang dihasilkan melalui pendebungan semulajadi
menghasilkan benih yang berbeza-beza dan mempunyai keupayaan dan tabiat pokok
yang tidak dapat dipastikan.
Tampang atau vegetative:
Dapat menjamin keseragaman sifat benih yang diturunkan. Secar amnya dibahagikan
kepada 3 kumpulan iaitu melalui keratin, cantuman tunas dan didikan tisu. Cantuman
tunas adalah yang paling mudah.
Biji getah yang akan digunakan mempunyai sifat-sifat seperti mengandungi kandungan
lembapan yang tinggi, mempunyai hayat yang pendek dan mudah rosak. Oleh itu
mesti disemai dengan segera.
Musim pokok Getah Berbunga dan Luruh
Musim pokok berbunga dan luruh adalah dua kali setahun iaitu pada Ogos-Oktober
(Utama/banyak) dan pada Mac-April (Kedua/sedikit).
Ciri-ciri biji getah yang baik:
Segar.
Tidak bergoncang.
Berkilat warnanya.
Dari klon-klon yang disyorkan.
Berat 220 biji kg.
Cara-cara mengutip biji benih getah.

Gunakan biji getah yang segar sahaja, berkilat, cerah tidak lutsinar bijinya dan tidak
cacat di mana-mana bahagian kulitnya. Biji getah yang jatuh dikutip setiap hari serta
dicambah segera.
Mencambah biji getah:
Gunakan batas untuk percambahan. Batas di bentuk dari tanah gembur, pasir sungai
atau habuk kayu lama. Saiz batas adalah 15cm tinggi, 100cm lebar dan panjangnya
mengikut kuantiti bii benih yang hendak disemai. Setiap 1m persegi permukaan batas
boleh muat 1000 biji. Biji benih boleh bercambah sepuluh hari selepas ditanam. Masa
terbaik mencabut biji benih yang telah bercambah ialah apabila akar ulung telah
terbit.
Semaian dan pengeluaran Benih
Objektif bagi semaian adalah untuk mendapatkan benih yang baik serta bermutu
tinggi, Untuk menyediakan benih lanjutan umur, untuk memastikan benih yang di
ubah ke ladang mendapat kejayaan permulaan yang tinggi, untuk mendapatkan pokok
di ladang yang boleh ditoreh dalam jangka masa yang pendek.
Media untuk percambahan:
1.
Pasir sungai
2.
Abuk papan
3.
Tanah Campuran
4.
Polibeg
Tapak semaian untuk getah terdiri daripada semaian tanah dan semaian polibeg
.Pemilihan tapak semaian adalah berdasarkan ciri-ciri berikut:
Tanah berstrukturdan bertekstur baik,
Mempunyai sumber bekalan air yang cukup,
Tanah pamah atau curam sedikit,
Paras air tanahnya tidak kurang 75cm dari permukaan,
Bebas dari punca penyakit serta
Mempunyai kemudahan jalan yang baik.
Jenis-jenis semaian:
1.
Semaian pembiakan ranting tunas (semaian tanah)
2.
Semaian tunggul cantuman (semaian tanah)
3.
Semaian tungul cantuman polibeg
4.
Semaian benih cantuman muda polibeg
5.
Semaian benih cantuman tiggi polibeg
6.
Semaian tunggul teras (semaian tanah)
Pembiakan getah secara tampang atau vegetative.
Mula di temui di Sumatra pada 1917. Dipanggil sebagai cantuman perang (Brown
Budding). Teknik ini diperbaiki pada tahun 1960 dan dinamakan sebagai cantuman
hijau. Kini cantuman muda diperkenalkan pada tahun 1968. Pembiakan secara
tampang dapat menjamin keseragaman sifat benih yang diturunkan. Cantuman tunas
adalah paling mudah diamalkan.
Budded stump (Cantuman Tunggal)

Biji benih yang bercambah ditanam dalam nursery (60cm X 30cm), kemudian dipilih
menjadi 60cm x 60cm. Kaedah ini sama seperti kaedah mata tunas perang. Pokok
penanti ini dipotong selepas digunakan, dan ditanam di nursery 12-18 bulan.
Kemudian dipotong balik pada 180cm-210cm.
Cantuman Tunas Hijau.
Cantuman ini memerlukan benih pokok penanti yang dihasilkan dari biji benih jenis
PB5/51 atau RRIM623. Pokok penanti ini ditanam di semaian tanah atau dalam polibeg
serta berumur tidak kurang 5 bulan dan batang bagi pokok penanti adalah
berdiameter 1.25cm. Bagi mata tunas hijau pula, ia seharusnya berumur lebih 5
minggu dan dari klon yang terpilih.
Kaedah cantuman Tunas Hijau:
Bersihkan pangkal batang pokok penanti . Kelar dua garisan menegak, 7.5 cm panjang
dan 1 cm lebar.
Lekangkan kulit pokok penanti, potong dan tinggalkan 1 cm untuk mengepit tempek
tunas. Hiris kepingan mata tunas serta sedikit kayu sepanjang 10 cm dari ranting
tunasnya. Lekangkan kulit tunas dari kayunya.Selitkan tempek tunas ke celah kulit
pokok penanti yang dilekang tadi. Balut cantuman dengan peta politen.Selepas tiga
minggu, Sekiranya tunas adalah berwarna hijau pada bahagian yang ditempel,
cantuman itu berjaya.Politen ditanggalkan, bahagian atas batang pokok penanti
dicantas dan tunas baka dijangka muncul dalam masa tiga minggu.
Faktor kejayaan cantuman Tunas Hijau:
Elakkan mencantum tunas dimusim kemarau, elakkan menggunakan pokok penanti
yang berpucuk muda dan yang paling penting adalah kebersihan peralatan semasa
mencantum bagi mendapatkan kejayaan cantuman yang tinggi. Cantuman pokok
penanti sebanyak 200-250 pokok sehari boleh dilakukan oleh seorang.
Cantuman Tunas Muda
Benih Pokok Penanti: Ditanam dalam polibeg 18 x 38 cm, berumur 10 minggu dan
batang berdiameter 6mm.
Ranting Tunas Hijau: Muda dan berdiameter 6mm.
Kaedah mencantum:
Bersihkan bahagian pangkal pokok penanti
Kelar dua garisan menegak dipangkalnya 6 cm panjang dan 0.6 cm lebar.
Lekangkan kulit itu serta dipotong buang dan tinggalkan 1 cm untuk mengepit
tempek tunas.
Hiris kepingan mata tunasserta sedikit kayunya sepanjang 8 cm dari ranting
tunasnya.
Lekangkan kulit tunas dari kayunya.
Selitkan tempek tunas itu ke celah kulit pokok penanti dan balut dengan pita
politen lutsinar.
Selepas 4 minggu jika masih hijau tempek tunasnya cantuman itu berjaya.
Tanggalkan pita politena.
Cantas batang pokok penanti pada paras tiunggi meninggalkan dua tangkai
daun.

Teknik ini membolehkan pokok penanti yang lebih muda dicantumkan serta
memberi beberapa kelebihan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai