Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

MELAKA

PISMP ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI JUN 2015

LOMPAT KUADRAN

TARIKH:
12 OGOS 2016

1.0 PENGENALAN
Alat inovasi ini diwujudkan kerana berdasarkan soal selidik yang dijalankan keatas
pembantu Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) menyatakan bahawa lompat kuadran
sememangnya sukar dalam kelancaran proses dan pengelolaannya. Hal ini demikian kerana
berdasarkan item-item soalan (Rujuk Lampiran A) tersebut hampir semua responden
menyatakan bahawa lompat kuadran mempunyai masalah dari segi aspek pengurusan dan
pengelolaan.

Pengurusan dan Pengelolaan Lompat Kuadran

Setuju

Tidak Setuju

Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, 75% responden tidak bersetuju bahawa
penyediaan lompat kuadran adalah tidak menjimatkan masa dan tidak tahan lama. Hal ini
demikian kerana setiap kali UKCG dijalankan lompat kuadran tidak mempunyai alat yang
khusus. Penyediaan lompat kuadran hanya menggunakan soletap sahaja. Hal ini
menyebabkan penggunaan bahan tersebut tidak tahan lama dan mudah tertanggal.
Seterusnya, 85% responden tidak bersetuju bahawa ukuran lompat kuadran adalah tekal
dan tepat semasa penyediaan tapak lompat kuadran tersebut. Ini disebabkan lompat
kuadran tidak mempunyai alat yang khusus, jadi ada kemungkinan kesalahan di dalam
pengukuran tapak lompat kuadran akan berlaku jika dibuat berulang kali dan dilakukan oleh
individu yang berbeza.
Akhir sekali, item 4 menunjukkan bahawa responden mempunyai masalah yang serius
dalam pengiraan lompatan yang dilakukan oleh calon guru. Hal ini demikian kerana
lompatan yang dilakukan dalam jangka masa yang pendek iaitu 10 saat maka calon guru

akan melakukannya dengan pantas maka disini akan memberi kesukaran kepada pembantu
UKCG untuk melihat dan mencatat kesalahan lompatan yang pantas. Ini menyebabkan data
yang diambil adalah tidak tepat dan telus. Oleh itu, inovasi lompat kuadran ini dilakukan
untuk membantu pengurusan dan pengelolaan UKCG.
2.0 MATLAMAT
Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu kelancaran proses
pengurusan dan pengelolaan UKCG terutamanya semasa menjalani ujian lompat kuadran.
3.0 OBJEKTIF
Dapat membantu kelancaran ujian lompat kuadran semasa Ujian Kelayakan Calon
Guru.
Dapat mengurangkan masalah-masalah dalam mencatat data dan rekod calon
semasa menjalani ujian lompat kuadran.
Dapat membantu mengumpul data kebolehan calon dalam membuat lompatan
kuadran dengan lebih tepat.
Dapat menguji koordinasi para murid disekolah.
Mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi dengan cepat berdasarkan arahan
lompatan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah,

semua calon guru bagi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) di seluruh Malaysia.
boleh digunakan untuk menguji koordinasi murid-murid di sekolah.

5.0 GAMBAR RAJAH / SPESIFIKASI ALAT (UKURAN, BAHAN, KOS DAN LAIN-LAIN)

Gambar Rajah 1
BAHAN
Gym Rubber Mat
Car Rubber Mat
Whistle sound
Plastisin

RM x UNIT
10 x 2
9x1
1x4
4x2

Jumlah

ANGGARAN JUMLAH KOS


(RM)
20
9
4
8
41

Jadual 1

6.0 LANGKAH-LANGKAH MEMBINA ALAT INOVASI


1. Potong Gym Rubber Mat (GRM) mengikut ukuran 3 feet x 3 feet (Layer 1 & Layer 2).

Rajah 2

2. Lekatkan Whistle sound diantara GRM Layer 1 dan Layer 2 pada 4 bahagian.

Rajah 3

3. Cantumkan GRM Layer 1 dan Layer 2.

Rajah 4

4. Seterusnya, potong Car Rubber Mat (CRM) kepada 4 bahagian dengan ukuran 1 feet x
1 feet.

Rajah 5

5. Lekatkan CRM tersebut di bahagian bawah penjuru GRM.

Rajah 6

6. Kemudian, gentel plastisin dengan ukuran 3 feet x 2.

Rajah 7

7. Akhir sekali, ekatkan plastisin tersebut diatas GRM menjadi bentuk T.

Rajah 8

7.0 PENGGUNAAN ALAT INOVASI DALAM SATU UJIAN PENDIDIKAN JASMANI


Ujian ini menilai kebolehan seseorang menukar posisi badannya dengan pantas dengan
melompat ke arah yang berlainan.
Prosedur:
1. Peserta mula di belakang garisan permulaan. (Rujuk Rajah 9 )
2. Peserta dikehendaki lompat dengan kedua kaki ke kuadran 1, kemudian ke kuadran 2,
kuadran 3 dan kuadran 4 sebelum kembali ke kuadran 1.
3. Lompatan yang berjaya dikira sebagai 1 mata setiap zon.
4. Mata tidak dikira sekiranya peserta lompat pada salah zon dan memijak garisan.
5. Jumlah lompatan yang berjaya ditolak dengan jumlah kesalahan sebelum jumlah
sebenar diambil.
6. Urutan ini diulangi sebanyak mungkin dalam masa 10 saat.
7. Dua percubaan diberikan dengan masa rehat antara setiap percubaan.
8. Dua orang penguji diperlukan, seorang pembantu mengira skor dan seorang lagi
mengira bilangan kesalahan subjek.

9.Dua
diperlukan,
orangmengira
seorang
penguji skor
pembantu
dan
seor

Justeru, diharap agar inovasi dalam ujian lompat kuadran ini dapat membantu proses

Ujian Kelayakan Guru berjalan dengan lebih lancar.

Rajah 9

Alat Lompat Kuadran ini juga boleh digunakan untuk aktiviti PdP Pendidikan Jasmani.
Di mana dengan menggunakan alat inovasi ini guru dapat menguji tahap koordinasi murid.
Alat ini juga sesuai untuk murid-murid masalah pembelajaran terutama murid yang
menghidapi masalah Lembam. Prosedur yang dijalankan adalah sama seperti peserta
UKCG bagi murid-murid aliran perdana. Namun, bagi murid masalah pembelajaran
prosedurnya agak berubah dari segi masa. Masa yang tetapkan mungkin lebih lama
berbanding murid normal. Hal ini demikian kerana murid masalah pembelajaran ini sukar
untuk mendapat apa yang diajar dengan cepat maka untuk melakukan aktiviti ini guru perlu
memberi masa yang lama. Justeru, ini dapat melatih murid-murid masalah pembelajaran ini
untuk membetulkan koordinasi badan mereka.

8.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK


Skop projek Lompat Kuadran ini adalah untuk kegunaan semasa Ujian Kelayakan Calon
Guru (UKCG) dan juga dapat menguji koordinasi murid-murid. Namun, terdapat juga
beberapa perkara yang telah membataskan projek Lompat Kuadran ini ialah perlu
digunakan ditempat yang rata sahaja dan tidak boleh digunakan di padang.

9.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, projek inovasi Lompat Kuadran ini memerlukan kerjasama
berpasukan dalam kalangan guru pelatih. Guru-guru pelatih dapat berbincang dan
mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan projek ini. Perbincangan dengan
pensyarah penasihat memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Bantuan
daripada semua pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya.
Sesungguhnya, untuk menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu
memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak.

Hal ini demikian kerana dengan

melibatkan pelbagai pihak kita dapat melihat masalah serta idea dari sudut pandang yang
berbeza. Hasil daripada percambahan idea yang pelbagai dapat membina satu
penyelesaian yang jitu bagi sesuatu masalah.
Inovasi ini diwujudkan kerana untuk membantu kelancaran proses pengurusan dan
pengelolaan UKCG dan juga untuk membantu memperbaiki koordinasi murid terutama bagi
murid berkeperluan khas. Saya berharap agar inovasi yang bakal dibina ini sedikit sebanyak
dapat membantu kelancaran proses pengurusan dan pengelolaan UKCG dan juga untuk
membantu memperbaiki koordinasi murid berkeperluan khas.

10.0

BIBLIOGRAFI

Asyraf Yusoff. (2015). Ujian Lompat Kuadran. Diakses pada 6 Ogos 2016, daripada
http://documents.tips/documents/ujian-lompat-kuadran.html#
Kok Mong Lin, Lim Siew Geck & Teng Siew Lian. (2014). Siri Pendidikan Guru Pergerakan
Asas. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. Sdn. Bhd.
Zaireey Khairuddin. (2013). Ujian Lompat Kuadran - Quadrant Jump Test. Diakses pada 6
Ogos
2016,
daripada
http://www.zairedin.com/2013/01/ujian-lompat-kuadranquadrant-jump-test.html

Anda mungkin juga menyukai