Anda di halaman 1dari 2

_________________________________________________________________________

Tarikh : 24 Mac 2014

Puan Tumerah binti Rosmin .


Pengarah .
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jln Maktab , Durian Daun,
75400 Melaka .

Puan,

JEMPUTAN MERASMIKAN MAJLIS PEMBUKAAN KARNIVAL PERMAINAN


TRADISIONAL PPG 2014

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa Karnival Permainan


Tradisional 2014 ingin menjemput puan merasmikan Majlis Pembukaan Karnival
Permainan Tradisional PPG 2014. Sehubungan itu , jawatankuasa sangat
berbesar hati agar puan dapat menghadiri karnival berkenaan yang akan
diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 April 2014 ( Ahad )


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Kandi
IPG Kampus Perempuan Melayu

3. Semoga dengan kehadiran puan akan dapat memeriahkan dan


menyemarakkan lagi semangat para pelajar PPG dalam menyempurnakan
karnival yang mereka sertai. Bersama surat ini dilampirkan kad jemputan dan
aturcara karnival tersebut.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

____________________________
(CIK NUR FARAH GAN ABDULLAH)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400, Melaka.
ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi Pendaftaran peserta

7.45 pagi Semua pelajar berkumpul di Dewan Seri Kandi

8.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat

8.15 pagi Perasmian Pembukaan

Nyanyian lagu-lagu patriotik

- Lagu Negaraku

- Lagu Melaka Maju Jaya

- Lagu IPG Kampus Perempuan Melayu

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Karnival Permainan Tradisional

Ucapan penyelaras Karnival Permainan Tradisional

Ucapan dan perasmian majlis pembukaan Karnival Permainan


Tradisional

Penyampaian cenderamata

Jamuan VIP

8.45 pagi Senamrobik

9.00 pagi Acara Pertandingan Tradisional Bermula

12.30 tgh Majlis Penyampaian Hadiah

Majlis bersurai dan jamuan

Anda mungkin juga menyukai