Anda di halaman 1dari 24

1.

Ada gula adalah semut


Maksud: Di mana ada rezeki di situlah ramai orang
Penerangan : Gula ialah makanan yang sangat disukai semut. Tempat yang ada
gula akan dihurungi semut kerana ingin mendapatkan makanan atau keperluannya
itu.

2. Ada kerak, adalah nasi


Maksud : Tiap perbuatan tentu meninggalkan kesannya
Penerangan : Kerak ialah bahagian nasi yang setelah dimasak menjadi keras atau
hangit. Sekiranya ada kerak pastilah akan ada nasi kerana kedua-duanya sangat
berkaitan.

3. Air pun ada pasang surutnya


Maksud: Keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanya senang ada kalanya
susah
Penerangan: Air sama ada di laut atau di sungai dikatakan parasnya sentiasa
berubah. Kadang-kadang pasang dan kemudian surut. Selepas itu pasang semula
dan surut lagi. Hal ini bermakna paras air laut atau sungai tidak pernah kekal pada
takat atau paras yang sama.

4. Alah bisa tegal biasa


Maksud : Perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya
Penerangan: Seorang penangkap ular itu biasanya tidak terlepas daripada dipatuk
ular. Pada mulanya, bisa ular itu akan memberi masalah kepadanya. Namun,
setelah dia biasa dengan bisa ular kerana dipatuk semasa menangkap ular, lamakelamaan dia tidak akan terjejas dengan bisa itu lagi.

5. Bagai hujan jatuh ke pasir


Maksud: Kebaikan (seperti pertolongan) yang sia-sia atau tidak berbalas
Penerangan: Pasir terlalu poros (mudah ditembusi air) sehingga tidak ada air yang
dapat bertakung di atasnya. Apabila hujan jatuh ke pasir, air hujan itu serta-merta
akan diserap tanpa meninggalkan kesan.

6. Bagai menelan mestika embun

Maksud: Mendengar nasihat yang baik


Penerangan: Mestika ialah sejenis batu sakti. Mestika embun ialah sejenis
penawar sakti yang sangat mujarab dan dapat dijadikan penawar. Segala penyakit
dikatakan sembuh dengan serta-merta apabila menelan mestika embun.

7. Bagaimana acuan begitulah kuihnya


Maksud: Seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya
Keadaan sesuatu itu menurut asalnya
Penerangan: Acuan ialah bekas yang mempunyai bentuk tertentu untuk dituangkan
adunan kuih. Setelah masak, kuih yang terbentuk akan serupa dengan bentuk
acuannya.

8. Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam


Maksud: Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi
pandai
Penerangan: Bahagian belakang sebilah parang adalah tebal. Walau
bagaimanapun, jika diasah berkali-kali tanpa mengenal jemu, belakang parang yang
tebal itu akan tajam juga.

9. Berani kerana benar, takut kerana salah


Maksud: Bertindak kerana berada di pihak yang benar atau untuk menegakkan
kebenaran
Penerangan: Jika seseorang itu tidak melakukan sebarang kesalahan, tentulah dia
berani untuk menegakkan kebenaran. Sebaliknya orang yang bersalah atau
berdosa akan berasa takut.

10. Biar putih tulang, jangan putih mata


Maksud: Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa
kita terancam. Lebih baik mati daripada menanggung malu
Penerangan: Berputih tulang bermaksud daging yang menyalut tulang sudah tiada
lagi. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu sudah mati dan yang tinggal hanya
rangka. Berputih mata ialah mata terbuka merenung sesuatu dengan rasa kecewa
kerana sesuatu yang diidam atau disayangi diambil orang. Seseorang itu dikatakan
rela mati daripada berputih mata.

11. Burung terbang dipipiskan lada


Maksud
Merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh
Penerangan
Ada orang apabila melihat burung dia berasa terliur dan menganggap burung itu
mudah sahaja untuk ditangkap lantas terus masuk ke dapur dan menggiling lada
untuk menggulai burung tersebut sedangkan pada waktu itu burung masih bebas di
angkasa.

12. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Maksud
apabila kita menetap di sesebuah negeri (seperti kampung, masyarakat) kita
perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat tersebut
segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati
Penerangan
Ke mana-mana sahaja kita pergi pastinya akan memijak bumi dan di mana-mana
jua kita berada tentunya langit akan sentiasa berada di atas. Oleh itu, jika memijak
bumi di sesuatu tempat, kita mestilah rela berada di bawah langit tempat itu.
Jangan masih mengimpikan langit di kawasan lain.

13. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat


Maksud
Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu
sia-sia sahaja
Penerangan

Ubi terletak di dalam tanah dan tanpa disedari semakin lama semakin berisi
sedangkan besi semakin diam atau dibiarkan semakin berkarat dan tidak berguna.
Pengaratan berlaku apabila besi bereaksi dengan gas oksigen dan air. Oleh yang
demikian, besi yang disimpan dalam udara yang kering tidak akan mudah berkarat
berbanding besi yang diletakkan di tempat yang lembab. Permukaan besi
yang tidak dilindungi apa-apapun mudah bereaksi dengan oksigen dan membentuk
lapisan yang semakin menebal dengan peredaran waktu. Lapisan ini yang
kita kenali sebagai karat. Proses pengaratan ini dianggap sebagai suatu proses
yang merugikan kerana merosakkan besi tersebut. Semakin lama didiamkan,
semakin berkarat dan rosaklah besi tersebut sehingga menjadi tidak berguna lagi.

14. Ditatang bagai minyak yang penuh


Maksud
Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
Penerangan
Tatang bermaksud membawa sesuatu di atas tapak tangan. Minyak merupakan
sesuatu yang berguna serta berharga dan akan dijaga dengan rapi. Minyak di
dalam bekas yang penuh mestilah ditatang dengan cermat agar tidak tumpah.

15. Garam jatuh ke air


Maksud
Seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat
atau pengajaran yang diberikan kepadanya
Penerangan
Garam sangat mudah larut dan sebati dengan air apabila jatuh ke dalam air lalu
menjadikan air itu masin.

16. Hilang adat tegal muafakat


Maksud
adat lama itu boleh diubah dengan muafakat
Penerangan

Sesuatu adat dikatakan boleh hilang atau diubah jika ada persepakatan dalam
kalangan orang ramai.

17. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis


Maksud
Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta
Penerangan
Kita perlu beringat-ingat sebelum terkena atau ditimpa sesuatu kesusahan. Kita
juga hendaklah berhemat atau berjimat cermat sebelum harta habis sia-sia.
Beringat-ingat perlu supaya tidak ditimpa penyesalan.

18. Kusut di hujung, bawa ke pangkal


Maksud
Apabila perundingan menemui jalan buntu, haruslah segera balik ke punca masalah
Penerangan
Kusut bermaksud bersimpul-simpul pada tali atau benang dengan tidak tentu
puncanya. Kusut di hujung, hendaklah dibawa balik ke pangkalnya, iaitu bahagian
permulaannya supaya segera selesai.

19. Malu berkayuh perahu hanyut


Maksud
kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya akan membuat
kesilapan
kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan
Penerangan

Jika malu atau enggan berusaha untuk berkayuh, perahu yang dinaiki pasti akan
hanyut dibawa arus. Dengan demikian, kita tidak akan sampai ke tempat yang
dituju.

20. Ringan tulang, berat perut


Maksud
Jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah
rezeki
Penerangan
Tulang yang ringan menyebabkan seseorang itu mudah bergerak ke sana ke mari.
Orang sebegini menunjukkan bahawa dia rajin bekerja dan tidak suka bermalasmalas. Dengan kerajinan itu, tentulah perutnya berat atau sentiasa berisi dengan
makanan.

21. Seperti anak ayam kehilangan ibu


Maksud
Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah-pecah akibat kehilangan
pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan
Penerangan
Anak-anak ayam mengharapkan ibunya semata-mata untuk memberikan
perlindungan dan makanan. Apabila kehilangan ibu, anak-anak ayam itu akan
berkeliaran tidak tentu arah dan menciap tanpa henti dalam keadaan tidak keruan.

22. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan


Maksud

Jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki
kembali pokok persoalannya
Penerangan
Jika sesat dalam perjalanan hingga ke hujung jalan, maka hendaklah kembali
semula ke pangkal jalan dan seterusnya mencari jalan baru yang lebih baik. Jika
diteruskan dengan jalan lama tentulah semakin jauh kesesatannya.

23. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya


Maksud
Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti
Bagaimana perbuatan/ perkataan demikianlah balas dan jawapannya
Penerangan
Tarian yang dibuat tentulah mengikut rentak paluan gendang. Pantas paluan
gendang, pantas jugalah corak tarian dan begitulah sebaliknya.

24. Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di


belakang kerbau juga
Maksud
Walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga
Walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga
Penerangan
Bangau memerlukan kerbau kerana lumpur di badan kerbau itu terdapat anak ikan,
lintah, siput, cacing serta kutu yang boleh dijadikan makanan. Oleh sebab itulah
walau seberapa tinggi bangau terbang, pasti akan kembali juga ke belakang kerbau
untuk mendapatkan makanan itu.

25. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi


masak
Maksud
Sementara menunggu apa yang baik, lakukanlah kegiatan/ perkara-perkara yang
berfaedah
Penerangan
Sementara menunggu padi masak dan boleh dituai, masa menunggu itu boleh
digunakan untuk menanam jagung. Apabila padi masak nanti, pada masa itu
jagung juga akan masak. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat padi tetapi
dapat jagung juga.

26. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi


Maksud
Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya
Penerangan
Bertepuk merupakan perbuatan menamparkan tapak tangan kanan kepada tapak
tangan kiri. Perbuatan bertepuk tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi kalau
hanya sebelah tangan yang melakukan, iaitu tangan yang sebelah lagi tidak
menyambut.

27. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengardengar


maksud
Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan
boleh membawa akibat yang buruk
Penerangan
Kalau bercakap tentang sesuatu rahsia pada waktu siang hendaklah pandangpandang, manalah tahu kalau ada orang lain yang akan turut mendengarnya. Kalau
bercakap malam pula kenalah dengar-dengar, mungkin ada bunyi orang berdekatan
dengan tempat kita bercakap, nanti rahsia bocor pula.

28. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga


Maksud
Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik
semula
Penerangan
Bulu ayam berupa pelepah. Setiap pelepah banyak mempunyai helai bulu. Setiap
helai bulu tersebut pula mempunyai bulu-bulu halus. Apabila bulu besar dicarikcarikkan bulu itu akan bercantum semula dengan mudah kerana bulu-bulu halus itu
akan menarik antara satu sama lain.

29. Cubit paha kanan, kiri pun terasa juga


Maksud
Penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain
Penerangan
Kalau paha sebelah kanan dicubit, dikatakan bahawa paha sebelah kiri turut
merasai kesakitannya.

30. Genggam bara api biar sampai jadi arang


Maksud
Membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga
mencapai kejayaan
Penerangan
Bara api ialah api yang masih ada pada kayu tetapi tidak bernyala. Meskipun bara
api sangat panas dan menyakitkan, namun jika bersungguh-sungguh, bara itu akan
berjaya digenggam sehingga menjadi arang, iaitu benda hitam yang terhasil
daripada sesuatu yang terbakar.

31. Harapkan (mendengar) guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Maksud
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan
Penerangan
Apabila seseorang terdengar akan guruh di langit, terus mencurahkan semua air
yang terdapat di dalam tempayan dengan harapan hujan yang bakal turun dapat
memenuhkan tempayannya itu semula.

32. Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa


Maksud
Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga
berjasa kepada orang lain
Penerangan
Pokok dapat memberikan faedah kepada makhluk lain dengan mengeluarkan buah
yang dapat dimakan. Manusia pula sekiranya ingin memberikan sumbangan
kepada seseorang hendaklah berbuat jasa.

33. Jauhari juga yang mengenal manikam


Maksud
Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang
mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang
Penerangan
Jauhari ialah tukang atau saudagar permata. Manikam ialah batu permata atau
intan. Dikatakan hanya jauhari, iaitu orang yang mahir sahaja yang akan mengenal
betapa tingginya nilai manikam itu. Orang yang tidak mahir pula tidak akan
mengenali dan mungkin tidak menyangka manikam yang seperti batu biasa itu
sebenarnya batu berharga.

34. Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud
Orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada
Penerangan

Kalau benih tumbuhan itu jenis yang baik, amat sukar rosak walaupun tercampak ke
tengah laut. Benih itu akan terlekat pada tunggul atau batu karang dan lamakelamaan bercambah serta hidup di situ dengan bantuan pasir dan sampah sarap
yang terkumpul. Jika dibiarkan, tempat itu akan bertambah besar kerana banyak
tanah atau sampah tersangkut dan berlaku mendapan. Tidak mustahil tempat yang
tumbuh benih itu akan menjadi sebuah pulau di tengah lautan, tempat hidupan lain
menumpang hidup.

35. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni


Maksud
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai
(sepakat)
Penerangan
Bukit ialah tanah tinggi dan lurah ialah lembah yang merupakan suatu kawasan
rendah. Meskipun dikatakan sukar, bukit yang tinggi itu sama-samalah didaki.
Apabila tiba di lurah yang rendah itu pula, sama-samalah dituruni dan merasai
kesenangan.

36. Jika kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya
Maksud
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkin
janji
Penerangan
Kerbau tidak akan lari apabila dipegang pada talinya. Manusia pula dipegang pada
mulutnya, iaitu janji yang telah dilafazkannya.

37. Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya


Maksud
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya
Penerangan
Tempat yang berumput banyak belalang. Padang yang berlainan akan berbezalah
belalang yang menghuninya. Begitu juga dengan lubuk, lain lubuk maka lainlah
ikan yang menghuninya.

38. Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Maksud
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan
Penerangan
Laut yang luas tidak pernah berhenti daripada berombak. Tidak ada laut di dunia
ini yang tidak berombak. Begitu juga, tiada suatu kawasan pun di permukaan bumi
ini yang tidak pernah menerima hujan. Meskipun kawasan itu sebuah gurun yang
paling panas, namun pada suatu zaman yang lampau kawasan tersebut mungkin
bukan gurun dan pernah menerima hujan. Kawasan kutub sekalipun menerima
hujan juga, iaitu dalam bentuk salji.

39. Sekali air bah, sekali pasir berubah


Maksud
Apabila bertukar ketua atau pemerintah dalam sesebuah negara, maka cara hidup
pun berubah juga
Penerangan
Air bah atau banjir mampu mengubah kedudukan pasir di pantai. Bah kali pertama
mungkin pasir berada di tepi laut tetapi bah kali kedua pasir telah dihanyutkan ke
tengah-tengah laut.

40. Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin
lama makin tinggi
Maksud
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
Penerangan
Mengikut resmi padi, apabila buahnya semakin berisi, padi akan semakin menunduk
ke bawah kerana berat. Manakala lalang pula tidak begitu kerana lalang
mempunyai daun yang lurus ke atas. Lalang tidak mempunyai cabang atau dahan.
Justeru, makin tua, lalang akan menjadi semakin meninggi.

41. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Maksud
Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan
apa yang dinasihatkannya itu
Penerangan
Ketam berjalan mengiring atau menyerong, iaitu menuju ke sisi, bukan ke hadapan.
Kalau ketam mengajar anaknya berjalan betul tentulah tidak patut kerana dia
sendiri tidak betul jalannya.

42. Seperti tikus jatuh ke beras


Maksud
Orang yang dapat kedudukan yang mewah
Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu
menceritakannya kepada orang lain
Penerangan
Tikus yang jatuh ke beras tentulah akan berasa sangat gembira kerana sudah
menjadi mewah dengan makanan, beras. Namun tikus tersebut tidak akan berbuat
bising kerana nanti akan ditangkap dan tidaklah dapat tikus itu menikmati
kemewahannya itu lagi.

43. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan


Maksud
Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa
Penerangan
Sesuatu benda itu dikatakan tidak lekang atau rosak disebabkan oleh panas dan
tidak lapuk atau berkulat disebabkan terdedah oleh hujan. Hal ini menunjukkan
benda itu tahan meskipun cuaca berubah-ubah.

44. Takut titik lalu tumpah


Maksud
Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar
Penerangan

Oleh sebab hendak mengelakkan setitik minyak yang berharga dari

MENENGAH 3
45. Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
Maksud
Perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang
marah
Penerangan
Api yang sedang membakar tidak mungkin akan padam dengan mencampakkan
pelbagai benda yang keras kerana hal ini akan menjadikannya lebih marak.
Sebaliknya, hanya air yang lembut dan sejuk dapat melemahkan dan memadamkan
api tersebut.

46. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang


Maksud
Cerdik dan rajin
Penerangan
Seseorang itu belum diperintah atau disuruh pergi, dia sudah pergi. Begitu juga
sebelum diminta datang, dia telah datang.

47. Baik membawa resmi ayam betina


Maksud
Seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbualan
supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup
Penerangan
Resmi ialah sifat semula jadi atau resam. Ayam betina tidak sebagaimana ayam
jantan kerana tidak suka bergaduh atau sengaja mencari musuh. Oleh itu,
hidupnya lebih selamat dan aman berbanding dengan ayam jantan.

48. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul

Maksud
Sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama
dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri
Penerangan
Orang yang memandang orang lain memikul beban yang berat turut terasa
beratnya beban itu. Walau bagaimanapun, orang yang sedang memikul beban itu
terasa lebih beratnya lagi.

49. Besar kapal, besarlah gelombang


Maksud
Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, maka makin besar pula
tanggungjawabnya
Penerangan
Semakin besar kapal yang bergerak, semakin besar pula gelombang yang
dihasilkan.

50. Biduk lalu kiambang bertaut


Maksud
Perselisihan faham yang berlaku antara saudara-mara tetapi kemudiannya dapat
berbaik semula
Penerangan
Biduk ialah sejenis perahu yang biasa digunakan di sungai. Kiambang ialah sejenis
tumbuhan yang terapung di atas sungai. Apabila perahu lalu di kawasan yang
banyak kiambang, kiambang akan berpecah. Tetapi apabila perahu sudah lepas,
kiambang kembali bertaut (berkumpul).

51. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah


Maksud
pembahagian yang sama rata dan adil
sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan
Penerangan

Gajah ialah binatang yang sangat besar, oleh itu hatinya pun besar juga. Hati yang
besar dan lebar itu dapat dilapah atau dipotong-potong bersama-sama dan
diagihkan sama rata. Kuman ialah haiwan yang terkecil dan sudah tentunya
hatinya juga kecil. Hati kuman meskipun kecil, namun masih dapat dirasa bersamasama, iaitu dengan mencolek menggunakan jari.

52. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri
sendiri
Maksud
Walau bagaiman mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga
yang lebih baik
Penerangan
Hujan yang turun di negeri orang terdiri daripada emas manakala di negeri sendiri
hujan batu yang turun. Walau bagaimanapun, negeri sendiri juga yang dianggap
lebih baik kerana banyak kelebihannya.

53. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya


Maksud
Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih
Penerangan
Ruyung ialah kulit atau kayu yang keras pada batang sagu atau rumbia. Sekiranya
seseorang itu dikatakan mahukan sagu, iaitu pati yang boleh dijadikan makanan di
dalam batang rumbia, ruyung yang keras itu hendaklah dipecahkan. Hal ini
demikian kerana jika tidak dipecahkan ruyung tersebut, sagu tidak mungkin akan
diperoleh.

54. Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya


Maksud
Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya
sekalipun
Penerangan
Kebanyakan ular mempunyai bisa. Badannya yang panjang dan berbelit-belit itu
serupa dengan akar atau batang pokok yang memanjat. Jika ular yang bisa itu

menyusur akar dan kelihatan sama seperti akar, binatang ini tetap digelar ular dan
bisanya tidak mungkin hilang.

55. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga


Maksud
Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau
berbuat sesuatu yang besar
Penerangan
Kail digunakan untuk menangkap ikan. Kalau mempunyai kail yang panjangnya
sejengkal (jarak antara hujung ibu jari dengan hujung jari yang lain), usahlah
berhasrat untuk mengail di lautan kerana peralatan yang ada tidak sesuai
digunakan di lautan.

56. Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan


Maksud
Dalam percakapan dan tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya
Penerangan
Dalam kejadian kilat ketika hujan sebenarnya ada cahaya kilauan yang
menyebabkannya bercahaya terang. Dalam hujan yang sedang turun ada kabus
pula.

57. Melentur buluh biarlah dari rebung


Maksud
Mengajar atau mendidik anak biarlah daripada kecilnya kerana apabila telah besar,
keras hatinya dan perangainya susah dibentuk
Penerangan
Kalau mahu melentur atau membengkokkan pohon buluh hendaklah ketika masih
rebung. Kalau sudah menjadi buluh yang tua, tidak akan dapat dilentur lagi sudah
keras.

58. Membuang garam ke laut

Maksud
Membuat sesuatu yang tidak memberikan faedah
Penerangan

59. Meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga


Maksud
Seseorang yang berbudi baik itu sekalipun dalam melarat tetap berbudi dan berhati
mulia
Meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga
Penerangan
Teras ialah bahagian paling keras di dalam batang kayu. Meskipun batang kayu itu
tertimbus di dalam tanah, teras tidak akan reput. Apabila tanah terhakis, teras itu
akan timbul semula.

60. Nasi tak dingin pinggan tak retak


Maksud
Orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang
rosak
Penerangan
Nasi jika disimpan dengan baik, tidak akan dingin dengan cepat, begitu juga kalau
digunakan dengan berhati-hati, pinggan tidak akan menjadi retak.

61. Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar


Maksud
Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
Penerangan
Pagi merupakan permulaan hari. Pada waktu itu kehadiran matahari yang
menerangi bumi memudahkan kita untuk membuat kerja. Senja pula ialah waktu
petang menjelang malam. Suasana yang samar-samar pada waktu itu
menyukarkan kita untuk membuat sebarang kerja. Oleh itu masa senja itu tidak

perlu dikejar. Gunakanlah waktu pagi (siang) untuk melakukan kerja dengan sebaikbaiknya sebelum senja.

62. Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak


Maksud
Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda ataupun anakanak kecil
Penerangan
Pelepah ialah tulang daun palma seperti kelapa. Apabila pelepah tua di bahagian
bawah luruh, pelepah di atas yang masih muda janganlah pula gelak kerana suatu
ketika nanti pelepah muda juga akan menjadi pelepah di bawah dan menerima
nasib yang sama lalu gugur ke bumi.

63. Sebab buah dikenal pohonnya


Maksud
Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak
dan asalnya
Penerangan
Apabila kita melihat rupa buah epal, kita akan tahu buah itu berasal dari pokok epal
dan bukan pokok pisang. Begitu juga apabila kita melihat rupa buah pisang, kita
boleh membuat kesimpulan buah tersebut berasal dari pokok pisang dan bukan
pokok epal.

64. Seperti harimau menyembunyikan kukunya


Maksud
Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya
Penerangan
Dalam keadaan biasa kuku harimau tersembunyi di dalam kulit jarinya. Kukunya itu
lambang kekuasaannya kerana dengan kukunya yang tajam dan kuat mencengkam
itulah harimau dapat menangkap mangsanya. Maka apabila kukunya tidak
diperlihatkan, orang dan haiwan lain akan menyangka harimau itu binatang yang
tidak berbahaya.

65. Seperti labah-labah cinta kepada telurnya


Maksud
Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar dipisahkan
Penerangan
Labah-labah yang bertelur akan menggantungkan kantung telur itu di perutnya.
Walau ke mana-mana sahaja, telur itu akan dibawa bersama-sama. Hal ini
menunjukkan betapa cintanya labah-labah itu akan telurnya.

MENENGAH 4 & 5
66. Belayar sampai ke pulau
Maksud
Membuat pekerjaan sehingga sempurna
Penerangan

67. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati


Maksud
Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur
hidup
Penerangan
Emas ialah suatu benda yang amat berharga. Budi ialah pekerti atau tingkah laku
yang baik. Jika seseorang itu berhutang dalam bentuk benda seperti emas, hutang
itu harus dibayar dengan emas juga. Akan tetapi jika terhutang budi, iaitu sesuatu
yang tidak nampak, hutang tersebut tidak mampu dibayar tetapi akan dikenang
sehingga mati.

68. Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah


dipandang belangnya
Maksud
Sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak boleh setakat
mendengar cakap-cakap orang sahaja

Penerangan
Jika ada orang memberitahu kita bahawa sesuatu binatang itu gajah, kita tidak
harus menerima sahaja kata-katanya tetapi harus memastikan binatang itu benarbenar gajah dengan melihaat sama ada binatang itu mempunyai gading. Begitu
juga dengan harimau, dapat dipastikan dengan melihat sama ada binatang itu
mempunyai belang.

69. Kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau


Maksud
Tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja
Penerangan

70. kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit


Maksud
Kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya
Penerangan
Burung mampu terbang kerana mempunyai sayap. Oleh itu, kekuatannya terletak
pada sayapnya.

71. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta
Maksud
Orang yang mengikutkan hawa nafsunya akhirnya akan binasa
Penerangan
Jika mengikut hati dapat menyebabkan kematian. Jika mengikut rasa atau perasaan
tentu diri akan binasa dan jika diikutkan mata akan mendatangkan malu atau aib.

72. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri


Maksud
Menceritakan cacat cela kaum keluarga makan diri sendiri juga yang mendapat
malu

Penerangan
Air yang ada di dalam dulang jika ditepuk akan terpercik dan membasahi muka
orang yang menepuknya.

73. Pisang tidak berbuah dua kali


Maksud
Manusia harus beringat-ingat supaya perkara yang tidak baik yang dialaminya tidak
berulang lagi
Penerangan
Pokok pisang biasanya akan berbuah sekali sahaja. Setelah buahnya masak, pokok
itu akan mati. Tidak ada pokok pisang yang berbuah dua kali.

74. Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku


Maksud
Penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga
kelakuan yang keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita
Penerangan

75. Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan
berserak
Maksud
bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah
menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak
berasa puas
Penerangan
Terlalu sukar untuk membuang rambut yang terlekat di dalam tepung yang telah
diuli atau sudah dibentuk menjadi kuih. Rambut tersebut perlu dihela atau ditarik
dengan cermat agar tidak putus di dalam tepung sehingga bertambah sukar untuk
dibuang, manakala tepung pula tidak berserak sehingga merosakkan bentuk
kuihnya.

76. Tangan mencencang bahu memikul


Maksud
Kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya
Penerangan

77. Tiada rotan akar berguna


Maksud
Kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga
Penerangan
Rotan ialah sejenis pokok palma yang tumbuh memanjat. Rotan mempunyai
pelbagai kegunaannya seperti dijadikan tali yang kukuh. Walau bagaimanapun, jika
tiada rotan, akar atau batang pokok memanjat yang lain boleh dijadikan tali untuk
menggantikan rotan itu.

78. Tukang tidak membuang kayu


Maksud
Orang yang cerdik, sayang kepada segala macam orang kerana masing-masing ada
gunanya
Penerangan
Tukang ialah orang yang mahir dalam bidang yang dikerjakannya. Tukang kayu
tentulah tidak akan membuang kayu dengan sia-sia. Reja atau kayu lebihan akan
dibuat perabot atau sesuatu yang sesuai.

79. Umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau


Maksud
Pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar
Penerangan
Jika duduk, seseorang itu dikatakan menjadi seperti kucing, iaitu diam, sopan serta
lemah lembut. Walau bagaimanapun, jika dia melompat akan terserlah
ketangkasan dan kegagahannya, iaitu seperti harimau.

80. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran


Maksud
Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan yang di dalam
tangan habis hilang
Penerangan
Sesuatu yang dikejar atau sangat diingini itu tidak dapat sedangkan yang sudah
dikendong atau tersimpan di dalam bungkusan itu jatuh berciciran di jalan. Hal ini
bermakna yang dikejar terlepas dan yang sudah dimiliki hilang begitu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai