Anda di halaman 1dari 20

Nota BM Kontekstual - Menyampaikan pengumuman

Definisi Pengumuman
Pengumuman berasal daripada kata umum yang membawa maksud secara
keseluruhan, bersifat menyeluruh atau mengenai keseluruhan sesuatu. Kata
pengumuman pula bermaksud perihal (perbuatan dan sebagainya) mengumumkan,
pemberitahuan kepada orang ramai atau pemakluman. Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid
& Yap, (2002) pengumuman ialah pemberitahuan atau pemakluman yang ditujukan
kepada orang ramai. Manakala Arbak Othman (1995) pula menyatakan bahawa
pengumuman ialah hal yang disebarkan atau makluman. Pengumuman ini bertujuan
menyampaikan atau memberitahu maklumat tentang sesuatu perkara kepada orang
banyak. Walaupun pengumuman dibuat dan ditujukan kepada pendengar secara
keseluruhan tetapi kebiasaannya bukan semua orang terlibat atau menjadi kumpulan
sasaran berkenaan dengan perkara yang diumumkan itu.

Pengumuman kerap dibuat secara lisan menggunakan pembesar suara atau disiarkan
melalui media massa seperti radio atau televisyen. Namun bukan semua pengumuman
berbentuk lisan. Ada juga pengumuman yang dibuat dalam bentuk teks dan disiarkan
dalam akhbar, majalah dan lain-lain media. Dalam perkembangan teknologi maklumat,
pengumuman juga boleh disebarkan melalui internet. Yang penting, pengumuman dapat
disebarkan kepada sebanyak mungkin orang agar lebih banyak individu yang menjadi
sasaran pengumuman itu dapat menerima maklumat yang hendak disampaikan.

1.0 Jenis-Jenis Pengumuman

a. Pengumuman Lisan
Pengumuman lisan ialah pengumuman secara langsung daripada penyampai sama ada
menggunakan alat pembesar suara atau tidak. Pengumuman lisan ini juga boleh
dirakam terlebih dahulu. Dalam pengumuman lisan, telinga mendengar gelombang
bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi
memahami mesej atau maklumat yang hendak disampaikan. Sebagai salah satu bentuk
komunikasi, pengumuman lisan perlu dibuat menggunakan perkataan dan ayat ringkas,
padat dan sejelas mungkin. Ayat yang terlalu panjang menyukarkan pendengar
memahami mesejnya. Dalam komunikasi berbentuk lisan, setiap kata yang telah
diucapkan akan hilang dan tidak dapat diulang dengar. Jika ayat terlalu panjang, ingatan
terhadap perkataan yang telah diucapkan terlebih dahulu mungkin menyukarkan
pendengar memahami ayat itu secara keseluruhannya.

b.

Pengumuman Bertulis

Selain secara lisan, pengumuman juga disampaikan kepada khalayak secara bertulis.
Ini bermaksud maklumat yang ingin disampaikan hanya dapat diperoleh dan difahami
oleh khalayak melalui pembacaan. Seperti pengumuman lisan, pengumuan bertulis juga
perlu dibuat dalam bentuk yang padat, ringkas dan mudah difahami. Teks pengumuman
boleh ditampal di tempat-tempat yang dijangkakan sering dikunjungi oleh kumpulan
sasaran. Selain itu, teks pengumuman juga boleh disiarkan dalam media massa seperti
akhbar, majalah atau media elektronik seperti televisyen, paparan matriks, paparan
kristal cecair (LCD), dan sebaginya. Penggunaan media massa sebagai alat
menyampaikan pengumuman dibuat jika pengumuman itu melibatkan lebih banyak
khalayak yang menjadi kumpulan sasaran atau kedudukan kumpulan sasaran memang
tidak diketahui langsung. Pengumuman bertulis perlu dengan cara yang dapat menarik
perhatian pembaca. Jika tidak pengumuman itu mungkin tidak akan dibaca oleh orang
ramai.

1.1 Format Menulis Pengumuman

a. Format Umum
Sama seperti penulisan karangan biasa, pengumuman juga tidak akan lengkap jika tidak
mengandungi bahagian-bahagian pengenalan, isi dan penutup.

Pendahuluan

Maklumat yang terkandung dalam bahagian pendahuluan biasanya maklumat umum.


Maklumat ini mungkin berguna sebagai pengetahuan am sahaja kepada semua
pendengar. Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam bahagian ini, kumpulan
sasaran mungkin belum dapat bertindak balas atau mengambil tindakan tertentu.
Bahagian pendahuluan ini penting kerana semasa penyampaian bahagian ini, orang
ramai akan mula memberi perhatian atau tumpuan untuk mendengar pengumuman
seterusnya. Bahagian pengenalan biasanya menggunakan ayat-ayat pembuka seperti
contoh berikut:
a) Dengan ini kami umumkan...
b) Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di....
c) Berdasarkan .... Dengan ini kami umumkan bahawa...

Selain itu, ucapan bertatasusila untuk menunjukkan kesantunan berbahasa seperti


ucapan Selamat pagi, Asalammulaikum, Salam sejahtera dan kata-kata sapaan atau

panggilan kepada orang ramai seperti Tuan-tuan dan puan-puan atau pengenalan
kumpulan sasaran pengumuman tersebut seperti Kepada semua pelajar Semester 1
PISMP, Kepada semua penumpang Bas Ekspres Sinaran, dan lain-lain juga termasuk
dalam bahagian pengenalan pengumuman.

Isi

Bahagian ini merupakan bahagian yang penting dalam sesuatu pengumuman. Dalam
bahagian inilah maklumat sebenar yang ingin disampaikan kepada kumpulan sasaran.
Setelah mendengar dan memahami pengumuman itu, kumpulan sasaran diharap akan
mendapat maklumat penting pengumuman itu. Bahagian isi perlu mengandungi
maklumat yang cukup untuk jika pengumuman bertujuan agar kumpulan sasaran
bertindak balas. Jika maklumat yang diberi tidak lengkap, sukarlah mereka yang terlibat
mengambil tindakan yang sewajarnya. Berikut ialah contoh ayat bahagian isi:
a) Kepada para pemenang, diharapkan dapat mengambil hadiah masing-masing
pada ....
b) Para pelajar yang berminat diminta segera mendaftar di....
c) Orang ramai yang ingin mendapatkan borang permohonan bolehlan mendaftar di...

Penutup

Bahagian penutup menandakan berakhirnya sesuatu pengumuman itu. Biasanya


ucapan terima kasih digunakan.
a) Terima kasih atas perhatian tuan-tuan dan puan-puan.
b) Demikian yang dapat kami sampaikan.
c) Harap maklum. Terima kasih.

b) Format Khusus Pengumuman Lisan


Pengumuman lisan, secara umumnya perlu mengandungi maklumat berikut:
-

Kumpulan sasaran

Tujuan atau agenda

Tarikh

Masa

Lokasi / Tempat

Walau bagaimanapun, kandungan maklumat dalam sesuatu pengumuman juga


bergantung kepada tujuan pengumuman. Mungkin ada maklumat tambahan yang perlu
dimaklumkan dalam pengumuman tersebut.

Contoh: Pengumuman Pemberitahuan


Perhatian kepada Saudara Abd Rahim bin Ismail dari Unit PISMP Semester 2 (kumpulan
sasaran). Anda dikehendaki berjumpa En. Izan Yusof (tujuan), pada 11 Januari 2011
(tarikh) pada pukul 3 petang (masa) di Pejabat HEP (lokasi).

Perhatian kepada pemilik kenderaan bernombor NCJ 996 (kumpulan sasaran). Sila
alihkan kenderaan anda (tujuan) sekarang (masa) kerana mengganggu lalu lintas.
Terima kasih.

Contoh : Pengumuman Sebaran


Perhatian kepada orang ramai (kumpulan sasaran). Anda dijemput hadir beramai-ramai
ke pusat jualan peralatan komputer tahunan (tujuan) pada 31 Disember 2010 (tarikh),
dari jam 9 pagi hingga 10.30 malam (masa) bertempat di perkarangan Kompleks Beli
Belah Centre Points, Seremban (lokasi).

c.

Format Khusus untuk Pengumuman Bertulis

Sama seperti pengumuman lisan, pengumuman bertulis juga secara umumnya perlu
mengandungi maklumat berikut:
-

Tajuk

Kumpulan sasaran

Tujuan atau agenda

Tarikh

Masa

Lokasi / Tempat

Sumber pengumuman

Oleh sebab mesej daripada pengumuman bertulis diperoleh melalui pembacaan maka
lebih banyak maklumat tambahan/terperinci dapat dimasukkan dalam teks pengumuman
berbanding pengumuman lisan. Isi kandungan pengumuman bertulis juga bergantung
kepada tujuan pengumuman itu dibuat.

SYARAHAN

1.0 Pengenalan
Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan satu daripada aspek komunikasi
lisan iaitu syarahan.

2.0 Hasil Pembelajaran


Pada akhir pengajian ini, pelajar akan:
2.1 Memahami maksud komunikasi lisan.
2.2 Memahami bentuk-bentuk pengucapan.
2.3 Mampu memberikan ucapan secara praktikal.
2.4 Kemahiran melahirkan pendapat

3.0 Senarai Tajuk


3.1 Syarahan
3.2 Tujuan syarahan
3.3 Binaan sesuatu teks syarahan
3.4 Kemahiran memulakan syarahan

4.0 Istilah
4.1 Syarahan

Syarahan ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai
tentang sesuatu tajuk

4.2 Intonasi
Nada naik turun suara dalam berturut atau berbahasa.

5.0 Tajuk

5.1 Persembahan

Maksud Syarahan
Apakah maksud syarahan? Syarahan ialah pengucapan yang disampaikan secara
individu kepada khalayak ramai tentang sesuatu tajuk. Seperti juga dengan ucapan,
syarahan adalah aktiviti komunikasi sehala. Maknanya, maklumat disampaikan secara
sehala daripada penceramah kepada pendengar di hadapannya. Tujuan syarahan
adalah untuk meyakinkan pendengarnya tentang apa yang ingin disampaikan.

Tujuan Syarahan
Jika ucapan lebih bersifat umum, syarahan pula lebih fokus pada matlamatnya. Antara
tujuan syarahan adalah:

a) Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk, isu atau persoalan yang telah diketahui
sebelumnya.
b) Memberi tahu tentang sesuatu yang baru tapi menarik seperti peristiwa atau hal
ehwal semasa yang menarik atau penting untuk diketahui.
c)

Memberi keyakinan kepada pendengar tentang isu yang ingin disampaikan.

d) Mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian serius terhadap isu-isu yang


disampaikan.

Binaan/Format Sesuatu Teks Syarahan


Binaan sesuatu teks syarahan adalah seperti berikut:

a)

Pembuka kata

Oleh kerana syarahan selalunya berlaku dalam suatu majlis, maka pada bahagian awal
syarahan, penyampai syarahan akan memulakan dengan pembuka kata. Ini
termasuklah kata-kata aluan kepada pendengar atau penonton. Penyampai syarahan
akan menyatakan rasa terima kasihnya kepada semua yang hadir dan kepada pihak
yang mengundangnya atau yang menganjurkan majlis tersebut.

b)

Pendahuluan

Pada bahagian ini, penyampai syarahan akan memberi pengenalan kepada tajuk atau
isu yang ingin disampaikan. Biasanya, penceramah akan memberi definisi, takrif atau
penjelasan awal tentang tajuk. Ini bertujuan untuk membuka kefahaman awal pendengar
tentang isi-isi tajuk yang bakal dihuraikan kemudiannya.

c)

Isi atau amanat

Bahagian isi adalah bahagian paling penting kerana di sinilah penceramah


menghuraikan semua mesej yang ingin disampaikan.

d)

Penutup kepada isi

Bahagian ini ialah bahagian untuk memberi ringkasan umum terhadap tajuk yang
disampaikan tadi. Penyampai syarahan membuat rumusan terhadap semua hujahannya
sebelum itu.

e)

Penutup kepada syarahan

Ini adalah bahagian terakhir dalam sesuatu syarahan. Penceramah akan merakamkan
penghargaannya kepada pihak pendengar dan penganjur majlis.

Kemahiran Memulakan Syarahan


Ada dua aspek penting dalam kemahiran memulakan sesuatu syarahan iaitu peringkat
persediaan sebelum syarahan, dan peringkat permulaan ucapan.

a)

Peringkat persediaan

Antara langkah yang perlu dibuat pada peringkat ini adalah:

i) Mengetahui tujuan sebenar syarahan itu sama ada untuk menyampaikan maklumat,
memberi kesedaran, atau percubaan untuk mempengaruhi pendengar.

ii) Menganalisa para pendengar dan majlis tersebut. Ini termasuklah memahami tujuan
majlis tersebut diadakan; golongan yang bakal mendengar syarahan; jumlah pendengar
sama ada ramai atau sedikit; tahap ilmu yang mereka ada iaitu sama ada tahap
pengetahuan atau tahap pendidikan; jantina pendengar sama ada keseluruhannya
lelaki; atau keseluruhannya perempuan, atau lebih ramai perempuan dari lelaki; dan
umur pendengar, sama ada ramai yang tua, atau ramai yang muda.

iii) Mengumpulkan maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis.

iv) Menganggarkan jangka masa yang telah ditetapkan untuk menyampaikan


syarahan.

b)

Peringkat permulaan ucapan:

Peringkat permulaan ucapan amat penting untuk menarik minat para pendengar.
Kemahiran berikut perlu dimiliki oleh penyampai syarahan:

i)

Menyampaikan salam terlebih dahulu mengikut kesesuaian kelompok pendengar.

ii) Menyampaikan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, barisan jawatankuasa,


pihak penganjur majlis, dif-dif kehormat (jika ada) dan para hadirin mengikut protokol.

iii) Menarik minat pendengar melalui: pernyataan fakta yang memberangsangkan;


kenyataan yang provokatif; persoalan-persoalan yang membangkitkan minat dan
perasaan ingin tahu pendengar; petikan atau data yang memeranjatkan pendengar.

iv) Menyatakan tajuk syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan dengan


mengetengahkan beberapa idea utama yang akan dihuraikan.

Kemahiran Melahirkan Pendapat


Antara perkara penting dalam syarahan ialah melahirkan pendapat atau pandangan
yang dapat diterima oleh pendengar. Keberkesanan syarahan bergantung kepada
kemampuan pensyarah menyampaikan pendapat atau pandangannya. Beberapa
perkara perlu diambil kira untuk menjamin kemahiran melahirkan pendapat ini.

a)

Pemilihan kata

Pemilihan kata-kata yang tepat dan sesuai akan menjamin ekspresi yang berkesan di
samping mampu melahirkan pendapat dengan jelas dan terang. Kata-kata yang sesuai
diperlukan untuk menggambarkan idea penceramah. Pemilihan kata-kata yang tidak
sesuai akan menyebabkan pendengar kurang memahami idea-idea yang ingin
disampaikan.

b)

Penyusunan fakta

Fakta perlu disusun dengan teratur supaya idea keseluruhan dapat diterima dan
difahami oleh pendengar.

c)

Pemilihan ayat

Selain dari pemilihan kata-kata yang sesuai, pemilihan ayat juga penting dalam sesuatu
syarahan. Ayat yang terlalu panjang, atau berbelit-belit akan menjadikan pendengar
keliru. Ayat yang salah dari segi tatabahasa juga akan menyebabkan pendengar kurang
yakin dengan syarahan tersebut.

d)

Ringkas dan tepat

Hujahan yang berkesan ialah yang ringkas dan padat. Hujahan yang kurang berkesan
ialah hujahan yang terlalu panjang dan meleret-leret. Hujahan yang terlalu luas skopnya
juga akan menyebabkan pendengar hilang tumpuan pada tajuk yang ingin disyarahkan.

Gaya Penyampaian Yang Menarik


Isi dan idea yang baik perlu disampaikan pula dengan gaya yang menarik. Aspek gaya
lebih bersifat visual, iaitu pendengar dapat melihat dan memahaminya. Gaya yang
menarik akan menyebabkan pendengar semakin tertarik dengan apa yang ingin
disampaikan. Gaya yang menarik termasuklah mempunyai kelancaran, nada dan
intonasi, kecekapan berbahasa dan gaya badan.

a)

Kelancaran

Syarahan tidak boleh tersekat-sekat. Penceramah wajar menyampaikan ideanya


dengan lancar dan menarik.

b)

Nada dan intonasi

Nada dan intonasi yang beralun, iaitu mempunyai nada naik dan nada turun, akan lebih
memikat pendengar. Tanpa nada dan intonasi, penceramah akan bersyarah seperti
robot. Bunyi syarahan akan membosankan. Nada tinggi digunakan untuk menegaskan
pendapat. Nada perlahan digunakan untuk merayu atau meminta simpati. Nada
sederhana atau mesra digunakan untuk memujuk. Nada tinggi dan lantang untuk
membakar emosi dan semangat pendengar.

c)

Kecekapan berbahasa

Penggunaan bahasa yang baik dan menarik akan menambah kemantapan gaya.
Bahasa yang digunakan perlu sesuai dengan isi kandungan syarahan. Bahasa yang
sesuai akan menarik hati pendengar.

d)

Garak badan

Penceramah yang berdiri tegak seperti tiang telefon sudah pasti tidak dapat menarik
perhatian pendengar. Gerak badan perlu disusun sesuai dengan isi kandungan

syarahan. Gerak badan yang dimaksudkan di sini termasuklah gerak tangan, gerak
mata, dan gerak badan. Namun, gerak badan yang keterlaluan juga boleh
mengurangkan minat pendengar.

PENGACARA
Pengacara merupakan orang penting dalam sesebuah majlis. Ini kerana tanpa
pengacara, sesuatu majlis tidak boleh berlangsung. Bilangan pengacara boleh
terdiri daripada seorang atau dua (pengacara bersama). Pengacara juga mesti
arif dengan latar majlis (rasmi, separa rasmi dan juga tidak rasmi), objektif
(tujuan sesuatu majlis itu diadakan) dan hal ehwal program majlis (atur cara
majlis). Skrip pengacaraan sesuatu majlis perlu mengikut atur cara kerana ia
telah ditetapkan dan para tetamu telah diberikan kad mengenai ataur cara
tersebut.
Pengacara juga mesti mempunyai ketrampilan dalam penggunaan bahasa sama
ada
dalam lisan atau tulisan. Ketrampilan ini penting memandangkan focus majlis
tertumpu kepada pengacara. Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka,
pengacara itu dapat mengatasi masalah dengan baik. Mereka juga perlu
mengetahui protokol, etiket sosial, cara berpakaian dan sebagainya.Pengacara
juga dikenali sebagai juruacara @ Master Of Ceremony (mc).
2.0 PERATURAN BERLISAN, SALUTASI, DAN PROTOKOL
Salutasi bermaksud cara mengamalatkan seseorang. Perkataan mengamalatkan
menunjukkan cara kita menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama
seseorang dengan betul. Taraf hadirin penting dalam konteks budaya di
Malaysia. Justeru, skrip pengaracaraan dapat membantu pengacara
menyediakan salutasi dengan menggunakan protokol yang betul. Adalah salah
jika pengacara itu tersilap menyebut nama tetamunya betul.
Pengacara boleh mulakan salutasi dengan salam dan seterusnya kata-kata
aluan kepada jemputan kehormat, penganjur majlis, dan para hadirin mengikut
kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol. Cara menulis juga perlu
diperhatikan.
Contoh Salutasi Satu Taraf Hadirin:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Yang Berhormat Dato' Ismail Tan Sri Shafie
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
Yang Berbahagia Dato' Haji Yusof Nayan,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Setar,

Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kota Setar,


Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri
dan Persekutuan,
Tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang
dihormati sekalian.
Contoh Salutasi Dua Taraf Hadirin
1. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia XIII
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku
Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Raja Permaisuri Agong
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin
Idris Syah Alhaj Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
2. Yang Amat Berhormat
Dato'Seri Dr Mohd Khir bin Toyo
Menteri Besar Selangor
Yang Berbahagia
Dato'Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah
Naib Canselor, UiTM

3.0 JENIS MAJLIS


Skrip pengacaraan akan berbeza mengikut majlis:
A. Majlis rasmi- Majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis
penganugerahan, dan melibatkan kedua-dua taraf hadirin.
B. Majlis tidak rasmi -gabungan formal dan tidak formal- majlis sosial, majlis
perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan, dan hanya melibatkan satu
taraf hadirin (tetamu hanya golongan biasa sahaja).

4.0 FORMAT PENULISAN


Bahagian 1: Tajuk majlis
Tajuk majlis terletak bahagian atas skrip pengacaraan.
Nama majlis

Tempat
Tarikh
Masa

Bahagian 2: Kandungan
(perlu mengikut atur cara majlis-Contoh 1 taraf hadirin)
1. pengumuman umum
2. ketibaan tetamu kehormat
3. kata alu-aluan
4. bacaan doa (lihat kesesuaian majlis)
4. ucapan penganjur/perasmi
5. penyampaian hadiah/cenderamata

Bahagian 3 : Penutup
salam penutup/perpisahan
jamuan
(Berbeza mengikut taraf peringkat hadirin)
5.0 TATACARA PENYAMPAIAN
Pengumuman masa-anggaran sahaja. (15 minit sebelum majlis bermula) ia juga
sebagai panduan kepada pengacara.Teks pengumuman perlu dibuat bagi
pengacara.
Contoh:
Hadirin diminta bangun apabila pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

Gaya penyampaian:
Nada yang sesuai.
Gerak laku ketika bertutur.
Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan.
Membina ayat dengan ayat aktif.
Gunakan bahasa kiasan.
Amalkan bahasa yang mudah.
Membuat penutup dengan menyatakan harapan.
Kesalahan yang perlu dielakkan
Elakkan pembaziran perkataan.
Elakkan klise.

Elakkan ulangan yang tidak perlu.


Terlalu merendah diri.
Berpura-pura.
Pujian melambung.
Terlalu banyak menggunakan badan
Sindiran
Penggunaan tatabahasa yang tidak betul.
Kurang membuat hubungan dengan jemputan- memandang ke bawah.
Elakkan daripada cuba mengawal ketenangan.

CERAMAH

DEFINISI
Ceramah ialah perbicaraan di depan umum dalam situasi tertentu untuk tujuan
tertentu dan kepada pendengar tertentu. Dalam setiap ceramah penceramah harus
menyesuaikan dengan situasi dan keadaanyang dihadapi sehingga ceramah dapat
berjalan dengan lancar.Suara, intonasi, gaya bahasa, sikap dan gerakgerik penceramah tersebut juga perlu di tekankan agar pendengar dapat tertarik dengan
apa yang diungkapkan

Hal yang perlu diberi perhatian semasa member ceramah

PEMBUKAAN CERAMAH/ PERMULAAN CERAMAH


Hindarkan penampilan yang menampakan anda tidak bersedia untuk
berceramah.
Arahkan pandangan ke seluruh hadirin agar dapat mengenal semua pendengar.
Mulailah berbicara dengan tenang dan ucapkan kata pembukaan
PENYAMPAIAN
Ketika memberikan ucapan huraian penceramah hendaklah disampaikan secara
mantap ,logik cermat dan ayat yang mudah difahami oleh audien.Ayat
hendaklah disusun dengan baik dan intonasi hendaklah jelas.

TRANSISI

} Dalam peyampaian ceramah, pemindahan topik hendaknya dilakukanmelalui


perbuatan secara jeda.

MENJAWAB PERTANYAAN
} Pertanyaan yang dijawab hendaklah berkait dengan soalan yang
ditanya.Penceramah hendaklah memberi jawapan yang wajar kepada
pertanyaan tersebut.

MENANGANI PENDAPAT

} Dalam menanggapi pendapat penceramah hendaklah memberikan tanggapan


yang sewajarnya, baik untuk menyatakan persetujuan atau penolakan

KESIMPULAN DAN PENUTUP

} Kesimpulan hendaklah disampaikan pada akhir ceramah. Dan bukan pada akhir
pembahasan masalah. Pastikan bahwa kesimpulan yang dikemukkan difahami oleh
audien
Membuat kesimpulan akhir bagi menggulung tajuk ceramah yang disampaikan
} Ceramah dengan ucapan mempunyai banyak persamaan.
} Dari segi konteks didapati ucapan lebih formal berbanding ceramah.
} Dalam majlis perasmian disampaikan ucapan dan bukan ceramah.
} Dalam majlis yang sama iaitu selepas majlis perasmian mungkin dijemput seorang
penceramah menyampaikan sebuah tajuk yang berkaitan dengan majlis.
} Dari segi penyampaian, segala prinsip komunikasi khalayak masih perlu diaplikasikan
dalam penyampaian ceramah.
Terdapat beberapa jenis ceramah seperti ceramah agama, ceramah motivasi, ceramah
politik,ceramah kesihatan dan sebagainya.
} Seorang penceramah perlu mahir bukan sahaja daripada segi subjek yang
diperkatakan tetapi juga harus mahir daripada segi penyampaian.
} Penceramah perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh audien
disamping menggunakan unsur-unsur humor.

FORMAT CERAMAH
Tajuk ceramah.
Rujukan hormat/salutasi mengikut protokol, iaitu peringkat tetamu atau hadirin.
Isi kandungan ceramah yang ingin disampaikan kepada audien.
Penutup ataupun kesimpulan akhir.

UCAPAN
Definisi ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-bagai
harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan juga merupakan kegiatan
melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terimah kasih, tahniah, takziah, dan
sebagainya. Ucapan dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan, sama ada,
berbentuk nasihat, atau pernyataan atau pemberitahuan secara terbuka kepada
sekumpulan khalayak.

TEKS UCAPAN
Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar
perkara yang disampaikan perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap, Ucapan
biasanya digunakan dalam majlis perasmian, perhimpunan, perkahwinan, perpisahan,
kerian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu , kandungan ucapan adalah berbeza-beza
bergantung pada jenis majlis itu. Sebagai contoh, ucapan dalam majlis perasmian
tentulah tidak sama dengan ucapan perkahwinan.
Contoh Teks Ucapan
Pengarah Institut Perguruan Persekutuan
Pulau Pinang
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Bersyukur kita kepada Tuhan kerana pada hari yang berbahagia dan penuh bersejarah
ini, kita dapat bersama-sama meraikan majlis konvokesyen dan penyampaian diploma
Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang kali yang ke 36 pada tahun ini. Di
kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan
ke majlis yang meriah dan penuh tradisi yang saban tahun kita raikan ini. Semoga
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bakal meninggalkan kenangan yang manis untuk
dibawa pulang ke tempat masing-masing.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada seluruh
warga Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang yang telah bertungkus-lumus
menjayakan majlis yang besar seumpama ini. Sesungguhnya majlis seumpama ini
dianjurkan khusus untuk memperingati, mengiktiraf dan menghargai kejayaan para
pelatih yang pernah bernaung dan berpayung di bawah bumbung Institut ini. Sebagai
sebuah institusi yang bertanggungjawab melahirkan modal insan yang bermutu tinggi,
kami telah berusaha untuk memastikan para lulusan yang dilahirkan berkualiti dan
mempunyai nilai tambah seperti kemampuan berkomunikasi, kompetitif atau berdaya
saing, berpengetahuan global, kreatif, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi,
berketerampilan, idealistik dan dinamik.

Lantaran itu, latihan pedagogi yang diterima oleh guru pelatih serta sesi praktikum
dengan guru pembimbing di sekolah telah dimantapkan kerana selepas pentauliahan ini,
guru-guru akan bersendirian dengan murid mereka dalam kelas masing-masing.
Sebagai guru pelatih yang dilatih menerusi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan
Kursus Diploma Perguruan Malaysia, seharusnya anda semua dapat memanfaatkan
segala pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang diperoleh bagi menjana satu
pembaharuan dan perubahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah. Oleh yang demikian , seorang
guru mesti berkemahiran mengajar sambil menerapkan etika, nilai dan moral dari
semasa ke semasa dalam menangani masalah pengajaran dan pembelajaran masa kini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sesungguhnya, profesion perguruan yang amat murni ini tidak pernah gagal
menyumbang khidmat dan baktinya. Sebagai ahli kepada keluarga besar warga
pendidik, setiap daripada kita yang bergelar guru pada hari ini perlu bermuhasabah diri
untuk menilai apakah tahap komitmen kita dalam melaksanakan tanggungjawab. Perlu
juga ditanya sejauh manakah iltizam kita dalam menjunjung imej dan kedudukan
profesion ini, dan seterusnya adakah sumbangan kita memadai untuk menjadi
sebahagian daripada sejarah yang sedang dan akan dicipta oleh profesion keguruan
pada era ini. Hal ini menuntut anjakan paradigma warga pendidik dalam bidang
penerokaan ilmu dalam usaha mengarusperdanakan dunia pendidikan.
Perkembangan dalam dunia globalisasi mutakhir ini, secara tidak langsung
memperlihatkan betapa cepatnya perubahan setiap detik masa iaitu masa sekarang dan
seterusnya masa akan datang. Kecekapan dan keberkesanan penggunaan pendekatan
yang inovatif perlu dikaitkan dengan kesedaran kos, masa, tenaga pengajar dan
penggunanya.Para pendidik hari ini seharusnya bersedia melengkapkan diri dengan
segala ilmu dan maklumat yang ada agar seiring dengan kemajuan yang dicapai. Oleh
itu, para pendidik juga perlu mempunyai daya tahan yang kental untuk berhadapan
dengan segala cabaran agar berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang
diberikan dengan berkesan. Sekiranya apa yang dinyatakan ini dapat diimplimentasikan
oleh para lulusan sekalian, maka barulah dapat kita nyatakan bahawa inovasi dalam
pendidikan sudah berlaku.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebagai warga pendidik, kita harus sedar bahawa agenda untuk membangunkan
negara menjadi mercu tanda yang semestinya kita julang setiap masa dan ketika.
Peredaran masa membawa bersama-sama pelbagai tuntutan dan cabaran baru yang
perlu sentiasa dipastikan kesediaannya memenuhi tuntutan zaman dan mendepani
cabaran masa depan. Sesungguhnya, kerajaan dan seluruh anggota masyarakat
meletakkan harapan yang tinggi kepada kita untuk memastikan anak-anak bangsa didik
sehabis baik untuk menyediakan generasi masa depan yang akan memimpin negara
menuju kegemilangan.

Akhir kata, saya menyeru para lulusan sekalian untuk bersama-sama menghadapi
cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab di sekolah. Tahniah sekali lagi saya
ucapkan di atas kecemerlangan yang telah anda pamerkan sewaktu berada di Institut
yang penuh nostalgia ini. Selamat bertugas dengan penuh komited dan selamat maju
jaya walau di mana pun anda berada.

Sekian, terima kasih.

Rijeng Jahet
Pengarah
Institut Perguruan Persekutuan
Pulau Pinang

JENIS JENIS UCAPAN

1.

Ucapan Impromptu

Disampaikan secara spontan , maksudnya tanpa sebarang persediaan


khusus.
Pengucap hanya membicarakan perkara-perkara yang lalu, isu-isu semasa
dan harapan atau ramalan untuk masa depan .
- Isi ucapan kebanyakannya berdasarkan pengalaman ,pengetahuan dan
kemahiran yang telah sedia ada pada seseorang pengucap .
dielakkan.

2.
-

Hanya

diperlukan dalam keadaan terdesak dan sebaik-baiknya

Ucapan yang dihafal


Disediakan dengan lengkap terlebih dahulu .

- pengucap akan menghafal keselyruhan teks ucapan tadi ,perkataan demi


perkataan .

Ucapan jenis ini sukar dibuat ,terutamanya oleh orang yang kurang baik
daya ingatannya .
Ia juga sukar diubahsuai sekiranya terdapat perubahan situasi atau reaksi
audiens.

3. Ucapan yang dibaca daripada teks


-

Merupakan pembacaan sebuah manuskrip atau teks .

biasanya digunakan apabila terdapat fakta dan data yang amat


mustahak dan
setiap apa yang tercatat perlu dibaca kerana
mempunyai erti yang tersendiri.
- Ucapan jenis ini juga agak kaku kerana pandangan mata pengucap
lebih banyak terpaku kepada teks daripada memandang audiens.
- Ia juga sukar diubahsuai dengan situasi kerana pengucap akan
membaca perkara perkara yang tercatat dalam teks sahaja.

4.Ucapan dengan cukup persediaan (extemporaneous)


- Pengucap akan hanya menghafal bahagian-bahagian tertentu ucapan
dan mencatat perkara-perkara mustahak sahaja,idea-idea utama dan petikan
petikan yang memerlukan ketepatan .Yang lainnya disampaikan secara
impromptu tetapi setelah melalui beberapa kali latihan .
- Ucapan jenis ini adalah yang paling baik kerana tidak kaku dan mudah
diubahsuai mengikut situasi.
- Pengucap juga akan kelihatan lebih sensitif kepada keadaan sekitar
dan
boleh mewujudkan perhubungan dengan audiens. Ini boleh
meningkatkan keberkesanan mesej yang disampaikan .

5.Ucapan pidato
-

Dalam bidang kesusasteraan pidato merupakan ucapan rasmi di


khalayak
ramai bertujuan untuk membangkitkan semangat ke atas sesuatu
reaksi atau isu tertentu .

6.Ucapan E-kad
Kad ucapan dalam bentuk elektronik dan biasanya dikirimkan oleh sahabat
atau ahli keluarga melalui e-mel.
kad ucapan elektronik ini biasanya perlu diakses dari tapak jaringan tertentu
sinomin e-kad ucapan.

7.Ucapan demagog
Pemimpin atau pemidato zaman silam yang member ucapan untuk
membangkitkan perasaan orang ramai dan dianggap pejuang kepentingan
umum berdasarkan ucapannya yang berapi-api , biasanya golongan plebeian
atau marhaen.

8.Ucapan Hormatan
Ucapan ,gelaran , sebutan kehormatan yang diberikan kepada sesuatu
tokoh .
Contohnya :dalam sastera lama gelaran Shah Alam di Rimba untuk Sang
Kancil dan gelaran-geralan orang-orang besar seperti Tun Perak bergelar
Bendahara Paduka Raja.

9.Ucapan Deklamasi
Ucapan yang disampaikan dengan penuh perasaan di hadapan khalayak
ramai seperti penyampaian puisi.

10.Ucapan pidato gesaan


- ` Ucapan yang dilakukan oleh orang-orang yang berpengaruh yang bernada
rayuan ,gesaan ,nasihat dan berapi-api untuk menarik perhatian khalayak.

Anda mungkin juga menyukai