Anda di halaman 1dari 16

H.I.D.S.

UNDANG-UNDANG WANG KERTAS NEGERI-NEGERI SELAT DIUMUMKAN


Sejarah

03 Disember 1896 Pada hari ini dalam tahun 1896, Undang-Undang mengenai nilai
wang kertas di Negeri-negeri Selat telah diumumkan. Sebelum undang-undang itu
diumumkan, terdapat pelbagai masalah mengenai penggunaan unit kewangan, nilai
matawang dan penawaran wang yang dikawal oleh nilai sterling. Pada tahun 1867,
dolar secara rasminya telah diterima sebagai unit kewangan di Negeri-negeri Selat dan
Tanah Jajahan British yang lain.
Berikut itu, disyor supaya kerajaan mengeluarkan wang kertas dan cadangan itu dibuat
oleh Perbendaharaan British. Bagaimanapun, apabila cadangan tersebut dimajukan
kepada Majlis Perundangan, ianya ditentang oleh bank-bank yang juga diberi hak
mengeluarkan wang. Oleh itu, memandangkan berbagai masalah dan bantahan
diterima, Majlis Perundangan akhirnya mengambil keputusan supaya pengeluaran wang
di Negeri-negeri Selat dikawal oleh kerajaan.
Dengan itu pada tahun 1893, wang kertas bernilai 5, 10. 50 dan 100 dolar telah
dikeluarkan. Cadangan mengeluarkan wang kertas bernilai satu dolar, ditentang oleh

Dewan Perniagaan Pulau Pinang. Berikutan dengan itu juga, Setiausaha Tanah Jajahan
mengumumkan Oridinan Nilai Matawang 1894 (Currency Note Ordinance). Undangundang Nilai Wang Kertas Negeri-negeri Selat telah diumumkan pada 1896, tetapi
undang-undang itu hanya dikuatkuasakan pada awal tahun 1899, iaitu setelah dibuat
beberapa pindaan berikutan bantahan yang dibuat oleh bank-bank perdagangan.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

27 November 1826 Pada hari ini dalam tahun 1826, melalui satu piagam yang dipanggil
Charter of Incaporation, negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah tadbirkan di
bawah satu pentadbiran yang disebut sebagai Negeri-negeri Selat.
Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh Gabenor dengan dibantu oleh sebuah majlis
(council) dan sejumlah besar kakitangan awam. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura masingmasing ditadbir oleh Resident Councillor selaku pembantu kepada Gabenor.
Pentadbiran Negeri-Negeri Selat mengamalkan polisi perdagangan bebas dan ini menyebabkan
timbulnya masalah kewangan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran kerana sebahagian
besar sumber pendapatan negara hanya bergantung kepada cukai ke atas candu, judi dan arak.
Akibatnya Kerajaan Inggeris di India terpaksa membantu menampung perbelanjaan pentadbiran
Negeri-Negeri Selat tersebut.
Oleh itu dalam tahun 1830 Kerajaan Inggeris mengambil keputusan untuk menjadikan NegeriNegeri Selat sebagai Residensi yang ditadbir oleh Kerajaan Inggeris di Bengal. Akibat dari
pertubuhan taraf ini jawatan Gabenor telah diturunkan kepada jawatan Residen, manakala jumlah
kakitangan awam telah dikurangkan untuk mengurangkan perbelanjaan pentadbiran. Walau
bagaimanapun jawatan Gabenor diwujudkan semula dalam tahun 1832. Pada tahun ini juga pusat
pentadbiran Negeri-Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura.
Pada tahun 1851, Negeri-Negeri Sleat ditadbirkan pula oleh Gabenor General di India. Dalam
tahun 1858, pentadbirannya diubah pula di mana Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah
pemerintahan Viceroy di Culcutta. Akhirnya dalam tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dijadikan tanah
jajahan British apabila pentadbirannya diambil alih oleh Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office) di
London.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

PEMINDAHAN KUASA NEGERI-NEGERI SELAT DARI INDIA KE PEJABAT TANAH JAJAHAN DI LONDON

Pada hari ini dalam tahun 1867, Pejabat Tanah Jajahan London telah mengambil alih
pentadbiran Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada negeri Melaka, Singapura dan Pulau
Pinang. Pemindahan kuasa ini adalah lanjutan daripada permintaan dan rayuan yang telah
dikemukakan di Parlimen London oleh saudagar-saudagar Negeri Selat yang tidak berpuas hati
dengan sistem pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpusat di Calcutta,
India. Laporan Mills mendakwa mengenai kelemahan pihak pentadbir dan kekurangan wakil
pihak pemerintah yang boleh berhubung dengan orang-orang tempatan serta ketidakcekapan
Kerajaan di India yang tidak menitikberatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Negerinegeri Selat. Pedagang-pedagang di Negeri-negeri Selat tidak berpuas hati dengan tindakan
Kerajaan India yang telah menguatkuasakan undang-undang mata wang dan menghantar
orang-orang dari India ke Negeri-negeri Selat . Ketidakpuasan ini semakin meluas apabila
Kerajaan India berhasrat untuk mengenakan cukai ke atas pelabuhan bebas yang diamalkan
oleh Negeri-negeri Selat untuk mengatasi masalah ekonomi yang buruk. Mereka mendakwa
perkhidmatan yang dirancangkan bagi Negeri-negeri Selat tidak memuaskan dan mendapati
satu pengabaian dan penyelewengan telah berlaku. Setiap undang-undang yang diluluskan oleh
Kerajaan India tidak bersesuaian dengan keadaan Negeri-negeri Selat manakala pegawaipegawai untuk menguruskan hal pentadbiran Negeri-negeri Selat tidak berpengalaman. Pada
tahun 1857, satu pemberontakan (Indian Mutiny) telah berlaku di India dan mengakibatkan
Syarikat Hindia Timur Inggeris menjadi muflis. Keadaan ini memberi kesempatan kepada
golongan saudagar untuk membuktikan kelemahan pentadbiran India. Kelemahan dan masalah
mereka telah dibawa ke Parlimen Inggeris oleh Lord Bury pada 13 April 1858. Memorandum
mengenainya diserahkan kepada Lord Stanley, Setiausaha Kerajaan India. Pada 10 Ogos 1866,
Akta bagi memindahkan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke Pejabat Tanah Jajahan diluluskan
dan ini meletakkan Negeri-negeri Selat secara langsung di bawah pentadbiran Pejabat Tanah
jajahan Inggeris di London. Upacara rasmi penubuhan Negeri-negeri Selat sebagai Koloni
Inggeris yang baru berlangsung pada hari ini dalam tahun 1867, di Dewan Bandaraya Singapura
dengan Sir Harry St. George Ord dilantik sebagai Gabenornya yang pertama dan berpejabat di
Pulau Pinang. Dengan pemindahan kuasa ini maka tamatlah pentadbiran Syarikat Hindia Timur
Inggeris ke atas Negeri-negeri Selat yang telah bermula sejak tahun 1826.

H. I. D. S. PEMINDAHAN KUASA NEGERI-NEGERI SELAT DARI


INDIA KE PEJABAT TANAH JAJAHAN DI LONDON
Sejarah

01 April 1867 Pada hari ini dalam tahun 1867, Pejabat Tanah Jajahan London telah
mengambil alih pentadbiran Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada negeri Melaka,
Singapura dan Pulau Pinang. Pemindahan kuasa ini adalah lanjutan daripada
permintaan dan rayuan yang telah dikemukakan di Parlimen London oleh saudagarsaudagar Negeri Selat yang tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran Syarikat
Hindia Timur Inggeris yang berpusat di Calcutta, India.
Laporan Mills mendakwa mengenai kelemahan pihak pentadbir dan kekurangan wakil
pihak pemerintah yang boleh berhubung dengan orang-orang tempatan serta
ketidakcekapan Kerajaan di India yang tidak menitikberatkan masalah-masalah yang
dihadapi oleh Negeri-negeri Selat.
Pedagang-pedagang di Negeri-negeri Selat tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan
India yang telah menguatkuasakan undang-undang mata wang dan menghantar orangorang dari India ke Negeri-negeri Selat . Ketidakpuasan ini semakin meluas apabila
Kerajaan India berhasrat untuk mengenakan cukai ke atas pelabuhan bebas yang
diamalkan oleh Negeri-negeri Selat untuk mengatasi masalah ekonomi yang buruk.
Mereka mendakwa perkhidmatan yang dirancangkan bagi Negeri-negeri Selat tidak
memuaskan dan mendapati satu pengabaian dan penyelewengan telah berlaku. Setiap
undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan India tidak bersesuaian dengan keadaan
Negeri-negeri Selat manakala pegawai-pegawai untuk menguruskan hal pentadbiran
Negeri-negeri Selat tidak berpengalaman.

Pada tahun 1857, satu pemberontakan (Indian Mutiny) telah berlaku di India dan
mengakibatkan Syarikat Hindia Timur Inggeris menjadi muflis. Keadaan ini memberi
kesempatan kepada golongan saudagar untuk membuktikan kelemahan pentadbiran
India. Kelemahan dan masalah mereka telah dibawa ke Parlimen Inggeris oleh Lord Bury
pada 13 April 1858. Memorandum mengenainya diserahkan kepada Lord Stanley,
Setiausaha Kerajaan India.
Pada 10 Ogos 1866, Akta bagi memindahkan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke Pejabat
Tanah Jajahan diluluskan dan ini meletakkan Negeri-negeri Selat secara langsung di
bawah pentadbiran Pejabat Tanah jajahan Inggeris di London. Upacara rasmi penubuhan
Negeri-negeri Selat sebagai Koloni Inggeris yang baru berlangsung pada hari ini dalam
tahun 1867, di Dewan Bandaraya Singapura dengan Sir Harry St. George Ord dilantik
sebagai Gabenornya yang pertama dan berpejabat di Pulau Pinang.
Dengan pemindahan kuasa ini maka tamatlah pentadbiran Syarikat Hindia Timur
Inggeris ke atas Negeri-negeri Selat yang telah bermula sejak tahun 1826.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

30 Jun 1830 Pada hari ini dalam tahun 1830, pentadbiran Inggeris di Pulau Pinang yang
bertaraf Presidensi telah dibubarkan. Pembubaran ini adalah merupakan satu peristiwa bersejarah
dalam sistem pentadbiran Inggeris khasnya di Pulau Pinang ekoran dari perkembangan politik dan
ekonomi yang merosot.

Semenjak Pulau Pinang di buka dalam tahun 1786, satu sistem


pentadbiran bertaraf Residen telah dimulakan oleh Francis Light
selaku Residen yang pertama di bawah pengawasan Gabenor
Inggeris di Benggala. Dasar-dasar pentadbiran adalah mengikut
dasar pentadbiran syarikat perdagangannya dan dibantu oleh
beberapa orang kakitangan.
Selepas kematiannya pada tahun 1794, taraf Residen diturunkan
kepada taraf Superintendent dan pada tahun 1800 kepada taraf
Lieutenant-Governor. Sepanjang tahun 1800 hingga 1805,
perkembangan ekonomi dan perdagangan Pulau Pinang bertambah
baik dan maju dengan sistem pentadbiran yang lebih teratur.
Dengan itu, kerajaan Inggeris yakin Pulau Pinang akan memberi

faedah yang besar sesuai dengan tujuan untuk menjadikannya


pengkalan tentera laut dan pusat perdagangan Inggeris di timur.
Berikutan dari itu, taraf pentadbiran Pulau Pinang dinaikkan ke taraf
Presidensi iaitu setaraf dengan Presidensi Inggeris di India, seperti
Benggala, Bombay dan Madras pada tahun 1805. Urusan
pentadbirannya adalah di bawah pengawasan terus dari London.
Oleh itu, beberapa jawatan baru telah ditambah untuk melicinkan
pentadbiran sesuai dengan taraf Presidensi. Presidensi Pulau Pinang
bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal dalam dan luar negeri
serta menjalankan arahan dari Kerajaan Inggeris di
London. Presidensi itu menghadapi berbagai masalah terutamanya
kewangan dan undang-undang manakala rancangan perkapalan dan
perdagangan gagal kerana tidak sesuai.
Pada tahun 1826, Negeri-Negeri Selat ditubuhkan dan Pulau Pinang
telah dijadikan ibu negeri. Hal itu telah membebankan lagi
Presidensi Pulau Pinang dan seterusnya kerajaan Inggeris kerana
perbelanjaan pentadbirannya terus bertambah melebihi
pendapatannya yang kian merosot. Akhirnya pada hari ini dalam
tahun 1830, Presidensi Pulau Pinang terpaksa dibubarkan dan taraf
pentadbirannya diturunkan kepada Residensi di bawah pengawasan
Gabenor Benggala.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

H.I.D.S PENGIRIMAN HADIAH SULTAN KEDAH KEPADA GABENOR PULAU PINANG


Sejarah

Bunga Mas

02 Julai 1818 Pada hari ini dalam tahun 1818, Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin
telah menghantar hadiah berupa 4 ekor burung kepada Kolonel Bannerman, Gabenor
Pulau Pinang. Pengiriman ini dibuat oleh baginda sebagai tanda terima kasih kepada
Kolonel Bannerman di atas segala pertolongan beliau membebaskan negeri Kedah dari
ancaman dan serangan Siam.
Sebelum ini pada bulan November 1816, Raja Siam telah mengarahkan Sultan Kedah
memerangi dan memaksa Sultan Perak, Sultan Abdul Malik Mansur Shah menghantar
bunga emas kepada Raja Siam. Sultan Kedah enggan mematuhi perintah ini kerana
baginda tidak mahu memusuhi Sultan Perak. Oleh itu baginda telah meminta
pertolongan Gabenor Pulau Pinang untuk mengatasi masalah tersebut.
Perak telah diserang oleh Siam tetapi Mr. Cracroft yang diutus oleh Kolonel Bannerman
telah berjaya membuat peijanjian melindungi perdagangan bebas di Perak. Malah beliau
juga telah berjaya memujuk Sultan Perak supaya bersetuju menghantar bunga emas
kepada Siam. Kejayaan utusan Cracroft ini amat disenangi oleh Sultan Kedah. Ia bukan
sahaja dapat mengekalkan hubungan baik antara Kedah dengan Perak malah ia juga
dapat menjamin sebarang kemungkinan serangan Siam terhadap negeri Kedah.
Siam amat ditakuti pada waktu ini kerana ia bergiat berusaha meluaskan pengaruhnya
ke atas negeri-negeri Melayu Utara. Dengan kejayaan Cracroft dan persetujuan Sultan
Perak mengirim bunga emas pada Siam, maka keselamatan Kedah adalah terjamin.
Oleh itu pada hari ini dalam tahun 1818, Sultan Kedah telah mengirimkan hadiah
kepada Gabenor Pulau Pinang sebagai tanda kesyukuran.

24 Disember 1810 Pada hari ini dalam tahun 1810, Baginda Sultan Kedah, Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Shah telah meminta bantuan pihak kerajaan England bagi melindungi Kedah dari
serangan Siam. Bantuan perlindungan tersebut dipinta menerusi sepucuk surat yang ditulis oleh
Baginda Sultan dan ditujukan kepada Lord Minto, Gabenor Jeneral India.
Melalui surat tersebut baginda Sultan menuntut agar pihak Kompeni Hindia Timur Inggeris
menunaikan janji untuk melindungi baginda (Sultan Abdullah) dengan pihak Inggeris dalam tahun
1785, pihak Inggeris akan memberi pelindungan dan apa sahaja permintaan Sultan Kedah. Sebagai
balasan Sultan Kedah membenarkan pihak Inggeris menduduki Pulau Pinang iaitu sebagai
pengkalan tentera Inggeris. Pihak Inggeris juga berjanji membayar sewa sebanyak $30,000 setahun
kerana mengambil alih Pulau Pinang dari Kedah.
Setelah satu tahun berlalu Sultan tidak mendapat sebarang jawapan persetujuan dan bantuan
England, namun Francis Light telah pun menduduki Pulau Pinang. Pihak England juga tidak
menunaikan sebarang janjinya terhadap Kedah. Dalam tempoh itu Sultan Kedah hanya menerima
bayaran sewa sebanyak 10,000 ringgit sahaja.
Setelah enam tahun lamanya pihak England juga tidak memberi sebarang perlindungan
sepertimana yang dijanjikan itu, maka pada hari ini dalam tahun 1810, Sultan Ahmad Tajuddin
Halim Shah pula memohon bantuan perlindungan dari General India, dan menuntut agar syaratsyarat perjanjian tahun 1785 dipatuhi.
Walau bagaimanapun Gabenor Jeneral India, tidak dapat memberi perlindungan dan tidak berjaya
mendamaikan persengketaan antara Siam dan Kedah. Namun begitu bagi mengelakkan serangan
Siam tersebut kerajaan Kedah telah menghantar Bunga Emas dan Perak kepada Siam.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

H.I.D.S. PERJANJIAN PENYERAHAN KUASA KE ATAS TELUK BELANGA KEPADA


TEMENGGUNG ABU BAKAR, JOHOR
Sejarah

19 Disember 1862 Pada hari ini dalam tahun 1862, satu perjanjian
penyerahan kuasa ke atas Teluk Belanga oleh Kerajaan Inggeris kepada Temenggung
Abu Bakar, Johor telah berlangsung di Singapura. Perjanjian ini harus dibuat berikutan
dengan persetujuan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Blundell bagi pihak Kerajaan Inggeris
untuk menyerahkan kawasan tanah di Teluk Belanga kepada Temenggung Abu Bakar.
Kawasan itu menjadi hak milik baginda turun temurun.
Kawasan tanah di Teluk Belanga dikuasai Inggeris berikutan dengan perjanjian diantara
Residen Inggeris di Singapura, J.Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman pada 2hb Ogos 1824. Mengikut perjanjian tersebut, Pulau Singapura dan
pulau-pulau yang berhampiran diserahkan kepada pihak Inggeris. Sultan Hussein dan
Temenggung Abdul Rahman tidak lagi mempunyai kuasa keatas Pulau Singapura. Wang
saguhati sebanyak $15000 dibayar oleh Kerajaan Inggeris kepada Temenggung Abdul
Rahman apabila kawasan tanah di Teluk Belanga diserahkan kepada Inggeris.
Semasa Johor di bawah pemerintahan Temenggung Ibrahim, baginda telah berusaha
untuk menguasai semula Teluk Belanga. Temenggung Ibrahim berpendapat bahawa
dalam masa 30 tahun akan datang, nilai tanah di Teluk Belanga akan berlipat ganda.
Menyedari keadaan tersebut, dalam tahun 1857, Temenggung Ibrahim telah
membantah usaha membuka sebuah pangkalan arang batu berhampiran dengan Teluk
Belanga. Bantahan baginda itu tidak dihiraukan oleh pihak Inggeris.
Semasa pemerintahan Temenggung Abu Bakar, baginda telah berusaha memajukan
negeri Johor. Baginda telah membuat banyak perubahan di dalam sistem pemerintahan,
menggalakkan perdagangan di Tanjung Puteri dan mengukuhkan hubungan
persahabatan dengan negeri Pahang. Cara pemerintahan Temengung Abu Bakar amat
disenangi oleh pihak Inggeris. Hubungan baginda dengan Pihak Inggeris dan pembesarpembesar negeri berjalan dengan baik dan lancar.
Apabila baginda menyuarakan hasrat supaya Teluk Belanga dijadikan hak milik baginda,
pihak Inggeris telah memberi persetujuan. Hasil daripada persetujuan tersebut, satu

perjanjian telah ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1862 di mana teluk Belanga
diserahkan semula kepada Kerajaan Johor.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

02 Ogos 1824 Pada hari ini dalam tahun 1824 satu perjanjian telah
ditandatangani di antara John Crawfurd, Residen Inggeris di Singapura bagi
pihak Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan Sultan Hussain Shah dan
Temenggung Abdul Rahman. Perjanjian ini dibuat di Singapura dan telah
disahkan oleh Gabenor Jeneral Inggeris di Fort William, India pada 19hb.
November tahun 1824.
Mengikut perjanjian yang mengandungi 14 perkara ini, Sultan Hussain dan
Temenggung Abdul Rahman bersetuju menyerahkan Pulau Singapura serta
pulau-pulau dalam lingkungan sepuluh batu dari pantainya kepada pihak
Inggeris. Sebagai gantinya Sultan menerima wang hadiah sebanyak 33,200
Ringgit Sepanyol dan gaji bulanan sebanyak 1,300 ringgit, selama hayat
baginda. Temenggung pula menerima wang hadiah sebanyak 26,800 ringgit
dan gaji bulanan sebanyak 700 ringgit selagi ada hayatnya. Selain dari itu,
jika Sultan Hussain dan Temenggung mahu pindah keluar dari Singapura,
Kompeni Inggeris akan membayar 20,000 ringgit dan kepada Temenggung
atau penggantinya sebanyak 5,000 ringgit. Perjanjian ini juga telah
membatalkan persetiaan-persetiaan dan persetujuan-persetujuan yang telah
pernah dibuat di antara Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan
Temenggung. Akibat dari perjanjian ini Sultan Hussain telah kehilangan kuasa
dan kedaulatannya ke atas Singapura.
Perjanjian yang menjadikan Singapura hak milik Inggeris ini adalah lanjutan
daripada usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Thomas Stamford Raffles
pada awal tahun 1819 bagi menjamin kepentingan Inggeris. Dengan tujuan
untuk memperkudakan keadaan politik kerajaan Johor masa itu, terutama
sekali mengenai kedudukan kesultanannya yang sedang dipertikaikan,
Raffles telah mengangkat Tengku Long menjadi Sultan dengan gelaran Sultan
Hussain Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud, Sultan Johor dalam
satu istiadat di Padang Singapura pada 6hb. Februari 1819. Pada hari itu juga
Raffles, bagi pihak Kompeni Inggeris telah membuat perjanjian dengan
Sultan Hussain dan Temenggung. Peristiwa ini telah mengubah perjalanan
sejarah Kerajaan Johor yang dahulunya meliputi Johor, Riau, Lingga,

Singapura, Pahang dan pulau-pulau disekitarnya. Bendahara Tun Ali di


Pahang mensifatkan perbuatan orang-orang Inggeris di Singapura itu
sebagai suatu perbuatan yang telah menceraikan orang adek-beradek,
anak beranak dan sahabat handai.
Pada tahun 1823 satu lagi perjanjian telah dibuat oleh Raffles dengan Sultan
Hussain dan Temenggung Abdul Rahman yang menjadikan kuasa Inggeris di
Singapura lebih kukuh daripada tahun 1819, tetapi kekuasaan dan hak-hak
Inggeris di pulau itu masih dalam keadaan yang kurang baik. Apabila John
Crawfurd menjadi Residen Singapura beliau telah mencadangkan pula
supaya Singapura diambil langsung oleh Kompeni Inggeris dari tangan Sultan
Hussain dan Temenggung Abdul Rahman. Secara kebetulan pula perjanjian
Inggeris- Belanda pada 17hb. Mac, 1824 telah memisahkan politik
kenegaraan rumpun bangsa Melayu, maka Residen Crawfurd pun berusaha
menjadikan Singapura hak milik Inggeris.
Akhirnya pada hari ini dalam tahun 1824 satu perjanjian di antara John
Crawfurd dengan Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman telah
ditandatangani. Dengan itu Singapura telah diambil langsung oleh Inggeris
daripada raja-raja Melayu yang telah turun temurun mempunyai hak kuasa
pertuanan di pulau itu, bukan dengan perang, melainkan dengan kepandaian
tipu daya menggunakan wang ringgit pada ketika orang-orang yang
diperdayakan itu benar-benar dalam kesempitan dan hendak menjaga taraf
kedudukan mereka pula sebagai raja dalam negeri.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
BERKAITAN

07 Jun 1823 Pada hari ini dalam tahun 1823, satu perjanjian telah ditandatangani di antara
Stamford Raffles, Temenggong Abdul Rahman dan Sultan Hussain (Sultan Singapura) yang diangkat
oleh Inggeris. Perjanjian tersebut ditandatangani setelah Inggeris yang mencari bandar pelabuhan
di Selatan Tanah Melayu untuk kepentingan perdagangannya, mendarat di Pulau Singapura dan
menawarkan perlindungan kepada Temenggong pada 30 Januari 1819 sebagai balasan untuk
mendirikan loji di pulau itu.
Temenggong terpaksa menerima tawaran Inggeris, kerana bimbang diserang apabila mendapati
Inggeris mendarat dengan segala kelengkapan perang. Raffles juga bertindak mengangkat Tengku
Long dari Riau menjadi Sultan Singapura, bergelar Sultan Hussain dan mengadakan persetujuan

tanpa pengetahuan Sultan Abdul Rahman di Lingga yang memegang tampuk pemerintahan Johor
Riau ketika itu.Perjanjian dan perlantikan Sultan Hussain ini telah menimbulkan kemarahan Sultan
Johor Riau dan juga Belanda. Ia dianggap tidak sah dan Inggeris dituduh menceroboh.
Perjanjian itu telah ditandatangani bagi tujuan mendapatkan kebebasan penuh di Pulau Singapura.
Antara syarat-syarat perjanjian itu ialah:

Sultan menerima bayaran sebanyak satu ribu lima ratus ringgit setiap bulan dan
Temenggong pula menerima lapan ratus ringgit setiap bulan;

Sultan dan Temenggong tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari
tongkang-tongkang Cina yang keluar masuk pelabuhan;

Inggeris berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali


kawasan atau pulau tempat kediaman Sultan dan Temenggong;

Sultan hanya boleh menghakimkan hukum-hukum agama dan adat; Inggeris


tidak akan campur tangan dalam urusan pemerintahan Sultan dalam jajahan
takluknya;

Inggeris diberi kuasa memonopoli perusahaan kayu balak.

Perjanjian dirancang oleh Inggeris bagi mengukuhkan lagi kedudukannya di Singapura di samping
menghadapi pengaruh Belanda.
9 November 1824 Pada hari ini dalam tahun 1824, perjanjian antara Kompeni Inggeris atau
yang disebut sebagai East India Company (E.I.C.) dengan Sultan Hussain Mohamed Shah dan
Temenggong Abdul Rahman telah disahkan oleh Gabenor General Inggeris di Fort William, India.
Dalam perjanjian ini pihak Kompeni Inggeris telah diwakili oleh John Crawford iaitu Residen
Inggeris di Singapura. Mengikut perjanjian yang mengandungi 14 perkara ini, Sultan Hussain dan
Temenggong Abdul Rahman bersetuju menyerahkan Pulau Singapura serta pulau-pulau yang di
dalam lingkungan sepuluh batu dari pantainya kepada pihak Inggeris. Sebagai gantinya Sultan
Johor itu menerima wang hadiah sebanyak 33, 200 dollar Sepanyol dan gaji bulanan selagi ada
hayat baginda sebanyak 1,300 dollar. Manakala Temenggong Abdul Rahman Sri Maharaja
menerima wang hadiah sebanyak 26, 800 dollar Sepanyol dengan gaji bulanan sebanyak 700 dollar
sepanjang hayatnya.
Selain daripada itu, jika Sultan Hussain dan Temenggong mahu berpindah keluar dari Singapura,
Kompeni Inggeris akan membayar lagi kepada Sultan atau penggantinya sebanyak 20,000 dollar
dan kepada Temenggong atau penggantinya 15,000 dollar Sepanyol. Terdahulu yang telah dibuat di
antara Kompeni Inggeris dengan Sultan Hussain dan Temenggong Abdul Rahman adalah dianggap
batal.

Akibat dari perjanjian ini Sultan Hussain telah kehilangan kuasa dan kedaulatan baginda ke atas
Singapura.
17 Mac 1824 Pada hari ini dalam tahun 1824, satu perjanjian ditandatangani di antara pihak
Inggeris dengan Belanda. Perjanjian yang lebih dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda tahun
1824 ini meliputi pembahagian tanah- tanah jajahan dan pusat-pusat perniagaan.
Mengenai tanah jajahan, pihak Belanda menyerahkan Melaka serta jajahan takluknya kepada
Inggeris. la mengaku tidak akan membuka sebarang tempat di Semenanjung Tanah Melayu
ataupun menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana raja, pembesar ataupun
sebarang negeri di Tanah Melayu dan memansuhkan segala tuntutan ke atas Semenanjung Tanah
Melayu.
Pihak Belanda juga mengesahkan pendudukan Inggeris di Singapura dan menarik semula semua
bantahan mengenainya. Belanda juga dikehendaki menyerahkan kilang-kilangnya di India dan
menarik semula semua tuntutannya mengenai kemudahan dan pengecualian.
Pihak Inggeris pula berundur dari Sumatera dan menyerahkan Bangkahulu serta segala hak
miliknya di Sumatera kepada Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka, dan tidak akan
membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pemerintah atau pembesar atau membuka
penempatan di Sumatera. Pihak Inggeris juga tidak dibenarkan membuka sebarang penempatan
atau membuat perjanjian dengan mana-mana pihak di Kepulauan Karimon, Semenanjung RhioLingga dan mana-mana pulau di Selatan Selat Singapura.
Kedua-dua kuasa mengaku tidak akan membuka sebarang tempat baharu tanpa pengetahuan
pihak yang lain dan jika mana-mana pihak hendak berundur daripada salah satu kawasannya,
pihak itu hendaklah memberi peluang kepada pihak yang lagi satu memilikinya.
Mengenai perniagaan pula pihak Belanda diberi hak monopoli di Kepulauan Rempah tetapi tidak
sama sekali di Semenanjung Tanah Melayu; perjanjian-perjanjian monopoli tidak boleh dibuat
dengan mana-mana pihak. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memberi layanan negara istimewa
(most favoured nation treatment) di Ceylon, India dan Semenanjung Tanah Melayu.
Pihak Belanda hendaklah menamatkan perjanjian monopoli bijih timah dengan Perak dan
Selangor. Pedagang -pedagang tempatan hendaklah dibenarkan berdagang di pelabuhan
-pelabuhan kedua-dua pihak dan juga pelabuhan-pelabuhan tempatan. Kedua-dua pihak juga
hendaklah sama-sama membasmi kegiatan-kegiatan lanun.

Hasil daripada Perjanjian ini seluruh kawasan Nusantara telah dikuasai sepenuhnya oleh keduadua kuasa itu dan membahagi-bahagikan nya kepada kawasan pengaruh masing-masing. Keduadua pihak menentukan Selat Singapura sebagai sempadan kawasan pengaruh mereka Kawasan
sebelah utara Selat Singapura diletakkan di bawah pengaruh Inggeris manakala sebelah selatannya
pula di bawah pengaruh Belanda.
Kawasan yang banyak terlibat ialah tanah jajahan Johor di mana ia dengan sewenang-wenangnya
telah dibahagikan sama ada kepada Belanda atau Inggeris. Dalam hal ini Pemerintah Johor tidak
ada suara terhadap satu-satu keputusan yang dibuat mengenai negerinya.
Akibat dari Perjanjian ini Inggeris telah dapat menguasai satu pusat perniagaan bebas yang
makmur di tengah-tengah kawasan yang dulunya begitu lama dikuasai Belanda. Dengan
menguasai Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura itu maka jalan perniagaan Timur-Barat
terbuka seluas-luasnya kepada pihak Inggeris.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

4 November 1873 Pada hari ini dalam tahun 1873, kerajaan Inggeris telah melantik Sir
Andrew Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat bagi menggantikan Sir Harry Ord. Perlantikan
Sir Andrew Clarke dicatatkan sebagai sejarah penting dalam siri penjajahan Inggeris di Tanah
Melayu.
Ini kerana melalui tindakan dan dasar-dasar beliau, sebahagian dari cita-cita penjajahan Inggeris di
Tanah Melayu. Ini kerana melalui tindakan dan dasar-dasar beliau, sebahagian dari cita-cita
penjajahan Inggeris di negeri ini telah dapat disempurnakan.
Dilahirkan dalam tahun 1924, Andrew Clarke telah ditauliahkan sebagai seorang pegawai dalam
Pasukan Kejuruteraan Diraja England dan pernah berkhidmat di Australia dan New Zealand. Beliau
juga pernah menjadi Menteri Kabinet dalam Parlimen Inggeris dan ini menjadikan beliau mahir
dengan percaturan politik dan dasar penjajahan Inggeris. Perlantikan beliau sebagai Gabenor
Negeri-Negeri Selat pada hari ini dalam tahun 1973, memberi peluang kepadanya untuk
mempraktikkan segala pengalaman dan kemahiran tersebut. Beliau mendapat kepercayaan
sepenuhnya dari kerajaan Inggeris malah beliau dikenali sebagai Imperialis Unggul.
Ketokohan sebagai Imperialis di Tanah Melayu bermula dengan penglibatan dalam Perang Larut
dan dalam perebutan takhta kerajaan Perak. Hasilnya dalam masa dua bulan, Clarke berjaya
memujuk Raja Abdullah dan penyokong-penyokongnya untuk menandatangani Perjanjian Pangkor,
yang memberikan Inggeris kuasa mentadbir negeri itu melalui perlantikan Residen.

Di Selangor, Clarke telah mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam Perang Saudara
antara anak-anak Raja dan pembesar-pembesar Selangor. Beliau akhirnya berjaya memujuk Sultan
Abdul Samad untuk menyerahkan Selangor kepada pentadbiran Inggeris dan menempatkan
seorang Residen.
Clarke juga bertanggungjawab membawa Negeri Sembilan di bawah pengaruh Inggeris.
Penglibatannya dalam persengketaan merebut kuasa di Sungai Ujung dan Rembau telah memberi
peluang kepada Inggeris untuk berkuasa di negeri itu.
Kebanyakkan tindakan yang dilakukan oleh Andrew Clarke, adalah merupakan keputusan peribadi
beliau. Sebagai contoh, Clarke hanya memberitahu Pejabat Tanah Jajahan di London mengenai
campur tangannya di Perak selepas seminggu beliau bertindak. Meskipun begitu tindakan Clarke
itu mendapat restu sepenuhnya dari Inggeris dan adalah keputusan yang bijak bagi Inggeris
melantik Sir Andres Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat, pada hari dalam tahun 1873.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

27 November 1826 Pada hari ini dalam tahun 1826, melalui satu piagam yang dipanggil
Charter of Incaporation, negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah tadbirkan di
bawah satu pentadbiran yang disebut sebagai Negeri-negeri Selat.
Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh Gabenor dengan dibantu oleh sebuah majlis
(council) dan sejumlah besar kakitangan awam. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura masingmasing ditadbir oleh Resident Councillor selaku pembantu kepada Gabenor.
Pentadbiran Negeri-Negeri Selat mengamalkan polisi perdagangan bebas dan ini menyebabkan
timbulnya masalah kewangan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran kerana sebahagian
besar sumber pendapatan negara hanya bergantung kepada cukai ke atas candu, judi dan arak.
Akibatnya Kerajaan Inggeris di India terpaksa membantu menampung perbelanjaan pentadbiran
Negeri-Negeri Selat tersebut.
Oleh itu dalam tahun 1830 Kerajaan Inggeris mengambil keputusan untuk menjadikan NegeriNegeri Selat sebagai Residensi yang ditadbir oleh Kerajaan Inggeris di Bengal. Akibat dari
pertubuhan taraf ini jawatan Gabenor telah diturunkan kepada jawatan Residen, manakala jumlah
kakitangan awam telah dikurangkan untuk mengurangkan perbelanjaan pentadbiran. Walau
bagaimanapun jawatan Gabenor diwujudkan semula dalam tahun 1832. Pada tahun ini juga pusat
pentadbiran Negeri-Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura.

Pada tahun 1851, Negeri-Negeri Sleat ditadbirkan pula oleh Gabenor General di India. Dalam
tahun 1858, pentadbirannya diubah pula di mana Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah
pemerintahan Viceroy di Culcutta. Akhirnya dalam tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dijadikan tanah
jajahan British apabila pentadbirannya diambil alih oleh Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office) di
London.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai