Anda di halaman 1dari 1

Contoh Laporan Kerja Amal Pendidikan Moral

Bidang 1 berkaitan dengan nilai Perkembangan diri


Tajuk: Penglibatan diri dalam tugasan harian di rumah
Penganjuran: Ibu saya ,Yap Mei Ling
Matlamat: Dapat Melaksanakan Tanggungjawab diri sebagai seorang anak dalam keluarga/
Untuk menyumbangkan tenaga kepada keluarga
Objektif: 1. mewujudkan keadaan rumah yang sentiasa bersih dan kemas
2. meringankan beban ibu bapa
3. memupuk sikap tanggungjawab dan berdikari dalam diri sendiri terhadap orang lain
Tarikh: 23 september
Masa : 9.00am~3.00pm
Orang Yang Terlibat: saya dan ahli keluarga saya
Peranan saya:
a) Saya telah melibatkan diri dalm membuat kerja seharian yang biasanya akan dilaksanakan oleh ibu
saya di rumah.
b)Saya menyumbangkan tenaga saya dengan mencuci dan menyidai pakaian pakaian ahli keluarga saya
dengan kemas apabila matahari bersinar terik.
c) Saya juga membersihkan rumah menggunakan penyapu dan mop.
d)Pada wakltu senja, saya akan melipat dan menyimpankan baju-baju yang telah disidai ke dalam
almari dengan kemas.
e) Apabila pada waktu malam selepas makan malam, saya juga akan mencuci semua pinggan sehingga
bersih dan mengaturkannya ke rak pinggan dengan kemas.
Nilai yang dipelajari:
1.Berdikari
2.Bertanggungjawab
3.Kasih sayang terhadap anggota keluarga
Pengajaran:1.Saya telah insaf bahawa sebagai salah seorang ahli dalam sesebuah keluarga, kita seharusnya
melaksanakan tanggungjawab kita terhadap keluarga dengan sempurna.
2.Selain itu, saya juga sedar tentang kepentingan sikap berdikari dalam diri seseorang.
3.Saya telah mengambil pengajaran iaitu keluarga yang harmoni akan dapat terbina jika semua anggota
keluarga rela untuk berkorban dan mempunyai hubungan yang erat.

Anda mungkin juga menyukai