Anda di halaman 1dari 4

Laporan Kerja Amal

Bidang : Kekeluargaan

Tajuk : Membuat Persiapan Bersama Ahli Keluarga untuk Sambutan


Tahun Baru Cina 2019

Penganjur: Ibu (tulis nama ibu anda)

Matlamat: Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga

Objektif:

I. Mewujudkan keluarga bahagia


II. Mewujudkan persefahaman dalam kalangan anggota keluarga
III. Memupuk semangat kerjasama yang erat dalam kalangan
anggota keluarga
IV. Mewujudkan komunikasi yang erat sesama ahli keluarga

Perjalanan projek:

Pada hari ( Sabtu ). ( 2 Februari 2019), saya


bersama ibu dan ayah iaitu ( Puan Ong Lai Li dan Encik Chong Ming
Yue ) telah membuat persiapan sambutan Tahun Baru Cina.
Aktiviti ini dijalankan dari pukul ( 9.00pagi sehingga 11.00pagi
). Sebelum aktiviti ini dilaksanakan, kami sekeluarga telah meluangkan masa
untuk mengadakan perbincangan pada hari sebelum aktiviti dijalankan bagi
membuat persiapan bersama-sama. Saya telah menyumbangkan idea iaitu
memulakan aktiviti mengemas dahulu sebelum memulakan aktiviti memasang
langsir dan menghias rumah supaya aktiviti yang kami rancang dapat dijalankan
dengan lancar.

Semasa aktiviti dijalankan, saya dengan rela hati dan telah


menyumbangkan tenaga dalam aktiviti itu bagi menghias rumah dengan
pelbagai hiasan sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-
sama ibu saya. Sebagai anak yang bertanggungjawab saya telah menemani ibu
pergi membeli barangan yang diperlukan dan memasukkan barangan ke dalam
kereta. Sikap toleransi telah saya tunjukkan ketika menolong ibu mengangkat
barang yang dibeli. Sikap kepimpinan juga telah saya tunjukkan ketika saya
memberikan arahan kepada adik saya untuk membawa barang yang dibeli ke
dapur. Saya juga rajin tanpa disuruh bergilir-gilir dengan adik saya
membersihkan tingkap rumah. Sikap prihatin yang ada dalam diri saya
membolehkan saya bersedia membantu bapa saya memasang langsir baharu.
Saya juga menunjukkan sikap bekerjasama apabila membantu ibu
menyediakan juadah makan malam sempena Tahun Baru Cina serta makanan
tradisional yang lain seperti kuih bakul ataupun dikenali sebagai “Nian Gao”.
Arahan yang diberikan oleh ibu telah kami patuhi bagi membolehkan kami
menyiapkan semua aktiviti dalam keadaan terkawal supaya tidak menimbulkan
sebarang kecederaan pada kami semua.

Selepas aktiviti tersebut dijalankan, saya dan adik saya telah


membersihkan semua peralatan yang telah kami gunakan. Kemudian, kami
mengemas dan menyimpan semula peralatan yang kami gunakan ke tempat
asal. Hal ini untuk memudahkan kami mencari peralatan tersebut pada masa
akan datang.

Peranan saya:

Dalam menyiapkan aktiviti ini, saya telah sanggup dan rela hati dengan
menyumbangkan masa, idea dan tenaga saya bagi bersama-sama menjayakan
aktiviti ini dengan membincangkan perkara yang akan kami lakukan dan
menyediakan peralatan yang kami perlukan. Sepanjang aktiviti dijalankan, saya
telah bekerjasama dengan ibu saya bagi memastikan segala kerja yang kami
rancang berjalan dengan baik. Saya juga menunjukkan sikap
bertanggungjawab dan toleransi sepanjang melaksanakan aktiviti ini seperti
menemani ibu pergi membeli barangan yang diperlukan memasukkannya ke
dalam kereta. Sikap kepimpinan dan kerajinan saya tunjukkan sepanjang
melaksanakan aktiviti ini supaya dapat mengurangkan beban ibu bapa
membuat persiapan. Sikap keprihatinan juga saya tunjukkan dengan membantu
bapa saya mencuci kereta. Kemampuan kami menyiapkan segala kerja telah
memberikan kami keseronokan kerana aktiviti ini disiapkan dalam keadaan
terkawal walaupun dilaksanakan dalam masa singkat.
Kesan:

I. Aktiviti ini membolehkan saya berubah menjadi rajin setelah merasai


sendiri beban tugas yang dilakukan oleh ibu bapa.
II. Saya menjadi insaf dan sedar bahawa pentingnya peranan saya sabagai
seorang anggota keluarga untuk meringankan beban keluarga.
III. Saya menjadi lebih peka terhadap hal-hal yang berkaitan dengan
keluarga saya.
IV. Saya memperoleh ikhtibar bahawa tolong-menolong antara
ahli keluarga adalah satu perkara utama yang perlu
dititikberatkan.

Nilai dan Pengajaran:

Melalui aktiviti ini, saya telah dapati wujudnya


nilai___________ dalam diri saya. Hal ini supaya saya memupuk cinta
yang mendalam dan berkekalan bagi mengekalkan keluarga bahagia.
Selain itu, nilai____________________ turut lahir dalam diri saya.
Saya telah memberikan layanan secara bersopan dengan menghias
rumah bersama-sama dengan ahli keluarga. Terakhir,
nilai____________ juga wujud dalam diri saya setelah aktiviti ini
dilaksanakan. Saya telah melakukan kewajipan individu terhadap
keluarga dengan menghias rumah bersama-sama. Seterusnya,
nilai_________________ turut wujud dalam diri saya. Hal ini penting
supaya saya dapat menerima sesuatu kebiasaan agar adat
menyambut Tahun Baru Cina tidak hilang.

Komen saya:

Saya berasa sangat gembira kerana dapat melakukan aktiviti


seperti ini bersama keluarga yang saya sayangi. Saya berharap pada
masa akan datang, kami dapat melaksanakan lagi aktiviti seperti ini
walaupun memenatkan tetapi aktiviti ini Berjaya merapatkan lagi
hubungan kami satu keluarga.
Laporan disediakan: Tarikh: 2019

(LEE SUE ANN)

Anda mungkin juga menyukai