Anda di halaman 1dari 4

Gotong royong

Perjalanan aktiviti
Pada 15 Mei 2017, saya telah mencadangkan idea untuk melaksanakan aktiviti gotong royong di
rumah saya. Kami telah memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam perbincangan gotong royong
tersebut. Saya telah meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti gotong royong pada hari yang
seterusnya.

Semasa menjalankan aktiviti gotong royong, saya telah mengajar adik saya untuk mengelap kipas..
Selepas itu, saya juga bersikap prihatin. Tangan kakak saya telah dicederakan semasa dia mengelap
tingkap kaca yang berhabuk. Saya membalut luka tangannya dengan berhati hati.

Adik saya menyusun buku di rak ruang tamu. Tiba-tiba, buku-buku telah terjatuh kerana adik cuai
semasa menyusun buku. Saya telah mengawal keadaan dengan mengutip buku yang terjatuh di atas
lantai. Saya juga rajin menyapu lantai dengan bersungguh-sungguh. Saya juga bertanggungjawab
untuk membersihkan longkang yang tersumbat di tepi rumah saya. Hal ini dapat mengelakkan
pembiakan nyamuk aedes kerana botol-botol yang bertakung air telah dibuang.

Di samping itu, saya telah bertengkar dengan kakak kerana dia menganggu saya semasa saya
mengemop lantai. Saya telah bertoleransi dengan mengawal diri supaya tidak berlakunya perselisihan
faham antara ahli keluarga. Selepas itu, saya telah menyumbangkan tenaga dengan mengumput
sampah sarap di merata-rata tempat berhampiran dengan rumah saya.

Akhirnya, saya telah berasa sangat letih and banyak berpeluh selepas gotong royong. Walaupun
letih, saya berasa sangat gembira kerana telah melakukan kerja yang baik terhadap alam sekitar.
Kesan yang diperoleh
Selepas menjalankan aktiviti gotong-royong ini, saya berasa insaf tentang kepentingan memelihara
dan memulihara alam sekitar. Mulai hari ini, saya akan menyokong segala aktiviti alam sekitar, seperti
gotong royong, menanam semula pokok.

Selain itu, saya telah mengubah sikap saya. Saya juga berjanji tidak akan membuang sampah sarap
di merata-rata tempat lagi.Hal ini akan menyebabkan banyak kesan, seperti pencemaran air, penyakit
demam denggi dan sebagainya.

Saya juga memperoleh beberapa iktibar bahawa sebagai insan, kita wajarlah mengamalkan nilai
menyayangi dan menghargai alam sekitar. Seterusnya, saya juga sedar akan kepentingan alam sekitar.
Kita perlu sentiasa memelihara alam sekitar yang dicipta oleh tuhan.
Membuat kerja rumah
Perjalanan aktiviti
Pada 6 Mei 2017, saya dan dua adik saya telah meluangkan masa saya untuk menolong ibu
membuat kerja rumah. Hal ini dapat mengurangkan beban ibu. Semasa perbincangan, saya telah
memberi cadangan dan idea. Kami telah membuat keputusan untuk mengemas buku di rak buku kami.

Setelah perbincangan tamat, saya memulakan kerja. Rumah saya mempunyai dua rak buku. Kedua-
dua rak buku tersebut berhabuk dan banyak buku berselerak. Saya telah mewujudkan sifat kepimpinan
saya dengan mengatur kedua-dua adik mengemas rak buku yang lebih kecil. Sebagai abang, saya juga
menyumbangkan tenaga dalam mengemas and bersihkan rak buku yang lebih besar.

Semasa kerja ini dijalankan, saya bertoleransi dengan kedua-dua adik saya dengan membahagikan
bahagian untuk mengemas buku agar dapat menjimatkan masa. Selepas mengelap rak buku yang
berhabuk, saya letak balik buku-buku mengikut ketinggian dan kategorinya. Kami telah bekerja
sebanyak 3 jam dengan bersungguh-sungguh.

Kami bertiga telah bekerjasama sepenuhnya dalam kerja pembersihan ini. Semasa adik menyusun
buku, buku-buku telah terjatuh ke lantai. Keadaan itu menjadi kelam-kabut. Untuk mengawal keadaan,
saya menggunakan bookends untuk menjadikan buku teratur dan kemas. Kami sibuk membersihkan
rak buku dan melakukan dengan penuh tanggungjawab.

Akhirnya, dalam aktiviti ini, saya berasa sangat letih. Walaupun begitu, saya berasa puas hati
kerana buku dikemas dengan teratur.
Kesan yang diperoleh

Anda mungkin juga menyukai