Anda di halaman 1dari 7

KATA NAMA-Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas

Kata Nama digunakan untuk menyebut nama orang, binatang,tumbuhan,


benda dan tempat.
Kata Nama terbahagi kepada: Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas.
Kata Nama Am
a) Kata Nama Am- Kata Nama Am digunakan untuk menyatakan nama
orang, binatang,tumbuhan, benda dan tempat secara umum. Kata Nama
Am ditulis dengan huruf kecil pada awal ayat.
b) Contoh:
1.
Orang
- guru, doktor,bayi,posmen,menteri......
2.
Binatang - beruang,arnab,kucing,tikus,katak......
3.
Tumbuhan-padi,rumput,kelapa,jagung,kacang......
4.
Benda
- komputer,cermin,televisyen,rantai,botol......
5.
Tempat
-masjid,dapur,bank,bilik,hospital......

Kata Nama Khas


a) Kata Nama Khas- Kata Nama Khas digunakan untuk menyatakan nama
orang, binatang,tumbuhan, benda dan tempat secara khusus. Kata
Nama Khas ditulis dengan huruf besar pada awal ayat.
b) Contoh:
1.
Orang
- Pak Ridzuan, Juliana,Kah Sing,Puan Sofiah......
2.
Binatang - Si Tompok,Sang Kancil, Sang Buaya, SiPutih......
3.
Benda
- Nokia, Samsung, Sony, Compaq, Casio......
4.
Tempat
-Kuala Lumpur,Petaling Jaya, Masjid Jamek......

Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menggabungkan kata, frasa,


klausa dan ayat.
a. Menggabungkan kata
Contoh: Ali dan Chin pergi ke Kuantan.
b. Menggabungkan frasa
Contoh: Chun Hing menonton wayang dan membeli-belah di
KLCC.
c. Menggabungkan klausa
Contoh: Setelah saya menyiapkan kerja ini, saya akan keluar
bermain.
d. Menghubungkan ayat
Contoh: Nenek menanak nasi manakala ibu menyiang ikan.
Kata
Hubung
1. dan
2. atau
3. kecuali
4. tetapi
5. supaya
6. jika
7. kerana
8. lalu
9. sambil
10. walaupun

Fungsi

Ayat Contoh

Menunjukkan gabungan
Ali, Muthu dan Siva
antara subjek, objek dan ayat. memancing ikan di sungai.
Menunjukkan pilihan
Kamu hendak minum
teh atau kopi?
Menunjukkan perbezaan
Semua murid hadir ke
tujuan atau perbuatan
sekolah kecuali Murni.
Menunjukkan perbandingan
Siti pendiam tetapi adiknya
makna tujuan yang
peramah.
berlawanan
Menyatakan tujuan
Kita mesti rajin membaca
buku supaya pandai.
Menunjukkan syarat
Jika hari tidak hujan, kami
akan pergi ke padang.
Menunjukkan sebab
Munir tidak datang ke
sekolah kerana demam.
Menunjukkan tindakan
Adik masuk ke
lanjutan
bilik lalu baring di atas katil.
Menunjukkan perbuatan yang Bapa
dilakukan serentak
makan sambil menonton
televisyen.
Menunjukkan suasana atau
Walaupun cuaca panas
peristiwa yang bertentangan. terik, bapa saya masih
berkebun.

Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama


orang. Kata Ganti Nama Diri terdiri daripada 3 jenis,iaitu:

Kata Ganti Nama Diri Pertama


Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama
1. Saya : digunakan dalam situasi rasmi,semasa bercakap
dengan orang yang lebih tua.
2. Aku : bercakap dengan orang yang rapat, doa kepada
tuhan.
3. Beta : digunakan oleh raja.
4. Patik : digunakan oleh rakyat biasa semasa bertutur dengan
raja.
5. Kami : tidak termasuk orang yang diajak bercakap.
6. Kita : digunakan untuk orang yang bertutur dan termasuk
orang yang diajak bercakap.

Kata Ganti Nama Diri Kedua


1. Anda : digunakan apabila tiada hubungan langsung atau
pertemuan.
2. Awak : digunakan untuk bercakap dengan kawan.
3. Engkau: digunakan antara dua pihak yang rapat
hubungannya, digunakan untuk membahasakan Tuhan semasa
berdoa.
4. Kamu : digunakan oleh orang yang lebih tua terhadap orang
yang lebih muda.
5. Kalian : digunakan untuk diri kedua yang lebih muda
daripada orang yang bercakap atau lebih daripada seorang.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga


1. Dia/Ia : digunakan untuk orang biasa.
2. Beliau : digunakan untuk orang yang terhormat.
3. Baginda : digunakan untuk raja.
4. Mereka : digunakan untuk diri ketiga yang lebih daripada
seorang.

5. Kata Adjektif Bentuk


Contoh:leper, bujur, lurus,
bulat,bengkok
6. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat,
sebelah
6. Kata Adjektif WaktuContoh :cepat,
lambat, segera

7. Kata Adjektif
PerasaanContoh :gembira, marah, sayu,
sedih

8. Kata Adjektif
CaraContoh :perlahan, deras, laju

9. Kata Adjektif
PancainderaContoh :pahit, manis,
tampan, merdu,masin, nyaring

Anda mungkin juga menyukai