Anda di halaman 1dari 12

TAJUK 4: KELOMPOK

Kelompok adalah sekumpulan individu yang bergabung kerana


mempunyai minat, tujuan atau fungsi yang sama (Websters
Third New World International Dictionary)
Tiga jenis kelompok:
Kaunseling Kelompok
Kaunseling Kelompok ialah proses perhubungan antara
kaunselor dengan beberapa orang peserta. Mereka menilai diri
dan situasi dalam usaha menukar sikap dan tingkah laku
(Hansen, Warner dan smith, 1980)
Kaunseling Kelompok adalah satu proses penyesuaian diri
dengan menggunakan pengalaman-pengalaman peserta dalam
kelompok sebagai penggalak perkembangan diri peserta
kelompok. Fokus Kaunseling Kelompok ialah menolong peserta
menghadapi masalah penyesuaian diri dan perkembangan diri
sehari-hari seperti perubahan kelakuan, memperbaiki kemahiran
berhubung, sikap dan nilai atau kerjaya atau membuat keputusan
dalam hidup (Gibson dan Mitchell, 1981, 1999)
Kelompok Bimbingan
Aktiviti kumpulan yang memfokuskan kepada menyedia dan
menyebar maklumat melalui aktiviti kumpulan yang terancang.
Contohnya mengadakan orientasi pelajar baru, penjelajahan
kerjaya, melawat institusi pendidikan dan memberi maklumat
sosial (Gibson dan Mitchell, 1981, 1999)
Kelompok Terapi
Menyediakan pengalaman-pengalaman yang mendalam untuk
individu yang mengalami masalah penyesuaian diri, emosi dan
perkembangan diri yang tenat. Masalah yang dibincang adalah
masalah peribadi yang mendesak, mendalam dan tenat. Ianya
memerlukan jangka masa yang lebih lama berbanding kelompok
yang lain (Gibson dan Mitchell, 1981, 1999)

PROSES MENOLONG DALAM KELOMPOK


o KK adalah satu perhubungan yang menerima, percaya
mempercayai dan selamat di mana ahli mempelajari caracara berbincang secara terbuka mengenai perkara-perkara
yang merisaukan dan mengganggu mereka
o Tujuan KK adalah untuk menentukan kelakuan yang
hendak diperbaiki, untuk memperolehi kemahiran sosial,
untuk membina kekuatan dan keyakinan supaya boleh
mencuba kelakuan-kelakuan baru yang dipelajari melalui
pengalaman kaunseling.
o Melalui proses KK, ahli merancang dan menilai
perkembangan mereka, menangai konflik yang dihadapi
demi memperkayakan aspek-aspek hidup mereka seperti
perhubungan mereka dengan keluarga dan rakan-rakan,
aspek pekerjaan, aspek kerjaya, agama dan lain-lain.
o KK merupakan social oasis di mana ahli berinteraksi
dan dapat mencermin diri melalui maklumbalas, melalui
memberi dan menerima pertolongan serta melalui
kemahiran interpersonal yang digunakan.
o Dalam KK, ahli akan diberi sokongan serta kekuatan
supaya dapat menghadapi orang yang terpenting dalam
hidup mereka supaya mereka tidak merasa putus asa
semasa hendak mencuba kelakuan-kelakuan baru.
o Dalam KK, ahli dapat mempercayai kaunselor dan ahliahli lain, lalu menjadi lebih terbuka serta bersikap jujur
apabila bercakap tentang dirinya dan masalah yang
dihadapi.

KELOMPOK BIMBINGAN
o Dikendalikan oleh guru biasa atau ahli profesional lain;
tidak semestinya oleh seorang kaunselor
o Bilangan ahli tidak terhad
o Fungsi pemimpin sebagai pengajar atau penyebar
maklumat
o Pemimpin tidak memfokus kepada individu-individu
tertentu; bercakap secara umum
o Mungkin melibatkan aktiviti: permainan, menonton filem
o Tidak memberi perhatian kepada proses atau analisa pasca
aktiviti
o Contoh: seminar motivasi, ceramah AIDS/HIV
KELOMPOK KAUNSELING
o Dikendalikan oleh seorang kaunselor terlatih dan
berwibawa; menggunakan pendekatan teori atau model
tertentu yang merangkumi aspek afektif, kognitif dan
perlakuan
o Bilangan ahli terhad kepada 5-10 orang;kadang-kadang
proses pemilihan ahli yang sesuai dilakukan
o Ahli kelompok adalah yang normal dan tidak memerlukan
rawatan psikiatris
o Sesi kelompok diadakan di tempat yang privacy dan
selesa
o Pemimpin dan ahli menentukan matlamat kelompok seta
matlamat individu
o Tempoh sesi adalah antara 30 120 minit
o Ahli bertanggungjawab kepada keberkesanan sesi;
berkongsi pengalaman, pendedahan kendiri
o Contoh: kelompok mengatasi perasaan marah, kelompok
asertif

KELOMPOK PSIKOTERAPI
o Dikendalikan oleh ahli psikiatris atau ahli psikologi
klinikal
o Memberi tumpuan kepada proses pemulihan (remedial)
o Bilangan ahli terhad dan biasanya terdiri dari mereka yang
sangat neurotik atau psikotik
o Sesi psikoterapi mungkin mengambil masa yang panjang :
> 6 bulan
o penerokaan adalah lebih mendalam
o keahlian mungkin tidak ditetapkan: ahli graduate dan
ahli baru
o Tempat: pusat pemulihan, hospital mental, penjara

KEPEMIMPINAN KELOMPOK
Kelompok Autoritarian
o semua keputusan dan kuasa terletak kepada
pemimpin
o kelompok berarah
o Contoh: kelompok RET
Kelompok Demokratik
o kepemimpinan yang terbuka kepada ahli untuk
membuat sebarang keputusan dan melaksanakan
kuasa
o penglibatan ahli dan pemimpin adalah sama penting
o kelompok semi-direktif
o Contoh: kelompok gestalt, kelompok TA
Kelompok Laissez-faire
o kepemimpinan yang amat terbuka dan bersifat bebas
o kelompok tidak berarah
o ahli bebas melaksanakan kuasa dan peraturan dalam
kelompok
o Contoh: kelompok pemusatan klien

Fungsi Pemimpin
Menurut Liberman,Yalom dan Miles(1973)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Merangsang emosi
Mengambil berat
Memberi makna
Melaksanakan tugas
Sebagai pakar
Mengembangkan interaksi
Pemangkin
Menghalang atau campurtangan
Menyelesaikan perselisihan faham

Ciri-ciri Peribadi Pemimpin


1. Berani
2. Menjadi contoh
3. Hadir
4. Mengambil berat dan Muhibah
5. Percaya pada proses kelompok
6. Terbuka
7. Tahan dikritik
8. Kuasa peribadi
9. Stamina/bertenaga
10.
Lucu
11.
Kreatif
12.
Bersedia mencari pengalaman baru
13.
Kesedaran diri

Proses Membentuk Kelompok


o
o
o
o
o
o

Memilih ahli kelompok


Menentukan saiz kelompok
Kekerapan pertemuan kelompok
Jangkamasa berkelompok
Tempat pertemuan kelompok
Memulakan pertemuan kelompok

Peranan Ahli Kelompok


o Menyediakan diri secara aktif dan sedar untuk
terlibat dengan kadar maksima
o Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti
kelompok
o Mendengar dengan baik dan aktif
o Mempunyai rasa hormat dan menghormati antara
satu dengan yang lain
o Belajar berkongsi pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman
o Bersifat terbuka dan menerima konsep perbezaan
individu
o Membentuk norma atau peraturan kelompok
o Mempunyai rasa bertanggungjawab penuh terhadap
segala maklumat yang akan dikongsi bersama di
dalam kelompok
o Memberi semangat dan motivasi pada dan ketika
yang perlu kepada ahli lain
o Merupakan ahli dan juga ketua kepada kelompok
kerana setiap ahli mempunyak hak dan
tanggungjawab terhadap kelompok

Faktor yang menghalang keberkesanan kelompok


o
o
o
o
o
o
o
o
o

Monopoli/membolot
Dingin
Tidak hadir
Kelakar (Too Much Laughter)
Bosan
Agresif
Membalut Luka
Rasionalisasi/Intelektual
Diam/Senyap

Faktor Terapeutik/Penyembuh
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o

Kemuafakatan/Cohesiveness
Harapan/Instillation of hope
Kesejagatan/Universality
memberi maklumat/Maklumbalas
Pembelajaran antara individu
Kemahiran sosial
Meniru Kelakuan
Catharsis
Pendedahan Kendiri
Celik Akal/Insight
Penerimaan
Saling Membantu/Altruism

Peringkat Permulaan
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o

Membentuk peraturan serta norma kelompok


Mengajar proses kelompok yang asas
Hadir dari segi psikologi dan emosi
Bersifat terbuka terhadap diri dan ahli
Berkongsi ekspektasi dan harapan terhadap
kelompok
Memberitahu ahli bahawa mereka adalah
bertanggungjawab terhadap arah dan hasil
kelompok
Membantu ahli menentukan matlamat yang konkrit
dan bermakna
Menentukan matlamat kelompok
Membincangkan rasa takut dan bimbang dikalangan
ahli
Mengajar ahli kepentingan menerima dan
meluahkan perasaan cemas
Memberi contoh perlakuan yang memudahcarakan
ahli membuat pendedahan kendiri serta perlakuan
teraputik
Menentukan semua ahli melibatkan diri
Membantu ahli mengenal sikap membantah dan
memberitahu ahli bahawa sikap ini adalah natural
dan sihat dan seterusnya mengujudkan suasana yang
terbuka supaya mereka dapat membincangkan sikap
tersebut

Peringkat Konflik
o Memberitahu ahli kebaikan menerima dan
membincangkan secara terbuka konflik yang
berlaku dalam kelompok
o Menegur perlakuan-perlakuan merebut kuasa dan
mengajar ahli cara mereka boleh membahagikan
tanggungjawab di antara mereka untuk menentukan
arah kelompok
o Menunjukkan contoh supaya ahli berbincang secara
terus terang dan jujur dengan pemimpin sebagai
seorang profesional dan juga seorang manusia
o Membantu ahli berbincang apa sahaja perkara yang
boleh membawa kebebasan mereka serta membuat
mereka berdikari
o Menggalakkan ahli supaya sentiasa mengingat apa
yang mereka kehendaki dari kelompok dan sentiasa
minta apa yang diperlukan
o Membantu ahli menimbangkan pilihan dan
alternatif apabila berhadapan dengan keadaan yang
serba salah

Peringkat Kerja
o Mengekalkan kemuafakatan kelompok
o Memberi peneguhan yang sistematik terhadap
perlakuan yang mendatangkan kemuafakatan dan
kerja-kerja yang produktif
o Memberi contoh perlakuan yang sesuai, terutama
bersemuka
secara
jujur
dan
berhati-hati,
mendedahkan kepada kelompok reaksi-reaksi yang
sentiasa berlaku di dalam kelompok serta
menunjukkan hormat terhadap ahli lain
o Membuat interpretasi atau memberi makna sesuatu
pola perlakuan secara membina dan pada masa yang
sesuai supaya ahli rela membuat penjelajahan
kendiri dan memikirkan perlakuan alternatif
o Membantu ahli meluahkan perasaan sebak pada
waktu-waktu yang sesuai
o Membantu ahli memberi makna serta memikirkan
semula tentang apa yang dialami di dalam
kelompok

Peringkat Penamatan
o memberi peneguhan kepada perubahan ahli dan
mengingatkan isu-isu yang belum selesai di antara ahli
denganahli dan di antara ahli dengan pemimpin sebelum
kelompok tamat
o Membantu ahli menentukan cara mereka hendak
aplikasikan apa yang dipelajari di dalam kelompok pada
hidup mereka di luar kelompok
o Memberi masa yang secukupnya kepada ahli membawa
unfinished business atau perkara-perkara yang terkilan
semasa berada di dalam atau di luar kelompok
o Memberi ahli maklumbalas supaya boleh membantu
mereka aplikasikan apa yang dipelajari dan menstruktur
kelompok supaya semua ahli boleh memberi dan
menerima maklumbalas
o Mengajak ahli merenung perkara-perkara lain yang hendak
diperbaiki supaya dapat terus berkembang
o Menggalakkan ahli meluahkan dengan sepenuhnya
perasaan mereka mengenai penamatan dan membantu
mereka menghadapi perasaan sedih atau cemas kerana
hendak berpisah
o Menegaskan kepentingan menyimpan rahsia selepas
kelompok tamat dengan cara tidak bercakap tentang manamana ahli di dalam kelompok atau situasi spesifik yang
telah berlaku
o Menyediakan satu panduan untuk ahli menilai kesan
kelompok ke atas diri mereka
o Merancang sesi susulan untuk semua ahli berkumpul
semula
o Menimbangkan keperluan sesi susulan bersama ahli secara
individu untuk membincangkan hasil kelompok yang
mereka alami
o Mencari sumber rujukan untuk ahli merujuk jika mereka
perlukan perundingan yang lanjut

Anda mungkin juga menyukai