Anda di halaman 1dari 12

LAF 10

PERALATAN BOMBA
IKATAN DAN SIMPULAN
OBJEKTIF
1.

a.

Menyatakan definisi bagi Standing Part, Working End dan Running End;

b.

Menyenaraikan elemen permulaan ikatan;

c.

Menerangkan jenis ikatan dan kegunaannya; dan

d.
Menerangkan cara ikatan untuk membaiki tali rosak, telah dipotong atau
penyambungan tali merangkumi Whiping, Seizing Mouzing; dan Splicing.
RUJUKAN
2.

a.
b.

Manual of Firemanship Fire Briged Equipment Book 2


Essential of Firefighting 4th Edition

PENDAHULUAN
3.
Ikatan dan simpulan tali adalah penting untuk dipelajari kerana ianya juga berkait rapat
dengan tugas-tugas penting perkhidmatan bomba yang merangkumi tugas menyelamat
mangsa. Ianya bertujuan untuk memudahkan serta mempercepatkan sesuatu tugas.
KANDUNGAN
Definisi Standing Part, Working End, dan Running End
4.

Definisi bagi ketiga-tiga bahagian tersebut adalah (lihat gambarajah 1):


a.

Standing Part. Merupakan bahagian yang berada diantara working end


dan running part;

b.
Working End. Merupakan bahagian yang digunakan untuk membentuk
ikatan.
c.

Running End. Merupakan bahagian yang digunakan untuk menaik, menarik


atau menurun.
Working End

Standing Part

Gambarajah 1: Bahagian-bahagian tali

Running End

56

Elemen-Elemen Permulaan Ikatan


5.
Sebahagian besar ikatan dan simpulan terdiri daripada kombinasi dua atau lebih
elemen seperti berikut (lihat gambarajah 2):
a.
b.
c.
d.
e.

A bight;
A round turn;
A half hitch;
A twist; dan
Overhand knot.

Gambarajah 2: Elemen- elemen permulaan ikatan


Jenis-Jenis Ikatan Tali dan Kegunaannya
6.
Berikut adalah beberapa jenis ikatan tali yang biasa digunakan dalam perkhidmatan
bomba. Antaranya ialah :
a.
Overhand Knot.
Ia juga dikenali sebagai thumb knot. Kegunaannya
untuk menghalang tali dari terlucut dari benda yang diikat. Bentuk ikatan jenis ini juga
digunakan oleh pasukan bomba untuk menandakan hos pecah atau bocor. (Lihat
Gambarajah 3)

Gambarajah 3: Overhand Knot


b.
Figure of Eight.
Ikatan ini lebih baik dari overhand knot. Kegunaannya
sama seperti overhand knot.(Lihat gambarajah 4)

Gambarajah 4: Figure of Eight

57

c.
Reef Knot.
Kegunaanya adalah untuk menyambung tali yang sama
besar. (Lihat gambarajah 5)

Gambarajah 5 : Reef Knot


d.
Fisherman Knot.
Dikenali juga sebagai sliding double overhand knot.
Kegunaannya untuk menyambung tali yang sama besar. (Lihat gambarajah 6)

Gambarajah 6: Fisherman Knot


e.
Single Sheet Bend.
Dikenali
juga
sebagai
a
becket
bend.
Kegunaannya untuk menyambung tali yang tidak sama besar ukurannya. (Lihat
gambarajah 7)

Gambarajah 7: Single Sheet Bend


f.
Double Sheet Bend.
(Lihat gambarajah 8)

Kegunaannya sama dengan single sheet bend.

Gambarajah 8: Double Sheet Bend

58

g.
Clove Hitch.
Kegunaannya untuk mengikat benda-benda bulat seperti
tiang kapal, ranting atau dahan dan sebagainya (Lihat gambarajah 9). Ia juga
digunakan untuk menaikkan peralatan-peralatan ke tempat tinggi. Biasanya ia
digunakan bersama-sama dengan half hitch atau two half hitch semasa menaikkan
perlalatan ke tempat tinggi. (Lihat gambarajah 10)

Gambarajah 10: Ikatan pada


peralatan semasa operasi di
tempat tinggi.

Gambarajah 9: Clove hitch


h.
Rolling Hitch.
gambarajah 11)

Kegunaannya

sama

dengan

clove

hitch.

(Lihat

Gambarajah 11: Rolling Hitch

i.
Round Turn and Two Half Hitch.
Kegunaannya
untuk
mengikat
benda-benda bulat seperti tiang, dahan, tali dan sebagainya. Ikatan jenis ini tidak
akan mencerut apabila disentap oleh tekanan bebanan. (Lihat gambarajah 12)

Gambarajah 12: Round Turn and Two Half Hitch


59

j.
Fishermens Bend.
Ikatan ini adalah alternatif kepada ikatan round turn
and two half hitch. Kegunaannya untuk mengikat benda-benda bulat seperti tiang,
palang dan sebagainya. (Lihat gambarajah 13)

Gambarajah 13: Fishermens Bend


k.
Timber Hitch.
Kegunaannya adalah untuk mengukuhkan ikatan pada
tiang, kayu dan sebagainya bagi mengelak dari menggelungsur. Ikatan jenis ini juga
senang dibuka. (Lihat gambarajah 14)

Gambarajah 14: Timber Hitch


l.
Catspaw.
gambarajah 15)

Kegunaannya untuk mengikat pada penyangkut (hook). (Lihat

Gambarajah 15: Catspaw


60

m.
Bowline.
Kegunaannya untuk menurunkan mangsa dari tempat tinggi. Ia
juga untuk mengikat pinggang anggota bomba semasa masuk ke dalam bangunan
gelap atau berasap. (Lihat gambarajah 16)

Gambarajah 16: Bowline


n.
Running Bowline.
Kegunaannya untuk mengikat benda-benda bulat
seperti tiang dan sebagainya. (Lihat gambarajah 17)

Gambarajah 17: Running Bowline


o.
Bowline on The Bight.
Kegunaannya untuk mengikat dan menurunkan
mangsa semasa menyelamat. Ikatan jenis ini berfungsi seperti kain gendongan.
(Lihat gambarajah 18)

Gambarajah 18: Bowline in The Bight

61

p.
Chair Knot.
Kegunaannya juga adalah untuk menurunkan mangsa dari
bangunan tinggi. (Lihat gambarajah 19)

Gambarajah 19: Chair Knot


q.
Sheep Shank.
Kegunaannya adalah untum memendekkan tali tanpa
dipotong. (Lihat gambarajah 20)

Gambarajah 20: Sheep Shank


r.
Draw Hitch.
Kegunaannya untuk mengikat benda-benda bulat dan bujur.
Satu bahagian boleh menerima tekanan manakala satu bahagian lagi untuk
membuka ikatan. (Lihat gambarajah 21)

Bahagian untuk
membuka ikatan

Gambarajah 21: Draw Hitch


62

Bahagian yang
menerima bebanan

s.
Carrick Bend.
gambarajah 22)

Kegunaannya untuk menyambung dua utas tali. (Lihat

Gambarajah 22: Carrick Bend


t.
Slippery Hitch. Dikenali juga sebagai running knot. Kegunaannya sama
seperti draw hitch tetapi ianya kurang selamat berbanding dengan ikatan draw
hitch. (Lihat gambarajah 23)

Bahagian yang
menerima bebanan

Bahagian untuk
membuka ikatan

Gambarajah 23: Slippery Hitch


Ikatan Untuk Membaiki Tali
7.
Ikatan di bawah ini adalah mustahak dipelajari kerana kebanyakannya adalah
digunakan untuk menyambung tali samada secara tetap atau sementara serta membaiki tali
yang rosak. Ikatan-ikatan tersebut terbahagi kepada empat kategori iaitu :
a.
b.
c.
d.

Whiping;
Seizing;
Mousing; dan
Splicing

8.
Whiping. Merupakan ikatan yang dibuat pada tali yang terputus dibahagian
hujungnya. Tujuannya untuk mencegah daripada berserabut. Whiping terbahagi kepada dua
iaitu :
a.
Whiping Biasa. Whiping jenis ini adalah sesuai untuk dibuat ikatan pada
tali asli. Ia mengandungi 12 lilitan dan jarak antara hujung tali dengan whiping ialah
25 mm (1 in) Lihat gambarajah 24.

63

Gambarajah 24: Kaedah membuat ikatan whiping biasa


b.
Whiping Silmaker. Whiping jenis ini adalah sesuai untuk dibuat ikatan
pada tali tiruan. Ia mengandungi 10 lilitan dan jarak whiping sama seperti whiping
biasa tetapi di bahagian hujung tali hendaklah dipanaskan dengan jarak tidak kurang
dari 6mm (1/4 in). Lihat gambarajah 25.

Gambarajah 25: Kaedah membuat ikatan whiping silmaker

9.
Seizing.
Merupakan ikatan dua tali yang mana daya tarikannya sama kuat.
Untuk membuat gulungan tetap,lilitan tali hendaklah dibuat dibuat sebanyak 11 lilitan. Lihat
gambarajah 26.

Gambarajah 26: Kaedah membuat ikatan seizing


64

10.
Mousing.
Merupakan ikatan yang dibuat untuk menetapkan tali atau dawai
kepada penyangkut supaya rantai yang disangkut tidak terlucut. Lihat gambarajah 27.

Gambarajah 27: Kaedah membuat ikatan mousing


11.
Splicing.
Ikatan ini bertujuan untuk menyambung tali yang menggunakan utas tali
dari tali itu sendiri. Ianya terbahagi kepada 4 cara iaitu :
a.
Back Splice. Tujuannya adalah untuk membuat ikatan pada hujung tali yang
telah terputus supaya tidak terburai atau berserabut. Cara ini adalah lebih baik
daripada whipping. Lihat gambarajah 28.

Gambarajah 28: Kaedah membuat ikatan Back Splice

65

b.
Short Splice.
Ikatan ini bertujuan untuk menyambungkan dua tali secara
tetap. Ikatan atau anyamannya hendaklah sekurang-kurangnya 6 kali. Selepas
anyaman terakhir, potong pada hujung tali. Lihat gambarajah 29.

Gambarajah 29: Kaedah membuat ikatan Short Splice


c.
Long Splice.
Untuk membuat penyambungan dua tali secara tetap yang
mana bahagian yang disambung itu boleh melalui pulley block. Cara ikatannya
adalah sama dengan short splice tetapi anyamannya dibuat sebanyak 12 kali. Lihat
gambarajah 30.

Gambarajah 30: Kaedah membuat Long Splice

66

d.
Eye Splice. Untuk membuat gulungan tetap pada hujung tali menggunakan
tali yang sama. Untuk menguatkan ikatan ini ianya mestilah dibuat whiping.
Hendaklah dianyam sebanyak 8 hingga 10 kali. Lihata gambarajah 31.

Gambarajah 32. Kaedah membuat Eye Splice

AKHIR
12.
Semoga dengan pelajaran ini, semua anggota dapat melakukan ikatan yang
sempurna samada ketika operasi atau membuat penyelenggaraan tali.

67

Anda mungkin juga menyukai