Anda di halaman 1dari 2

PENANAMAN CILI HIJAU

(LADA SOLOK)

PENGENALAN
Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami / melalui pelbagai
perubahan daripada sistem penanaman secara konvensional kepada pengeluaran yang
memerlukan teknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin
kompetitif. Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi, pendekatan
yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkan untuk diguna pakai oleh pengusaha bagi
peningkatan hasil pengeluaran dan pendapatan. Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah
merupakan tenologi terkini yang semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang
pertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di bawah
struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan
merupakan alternatif kepada sistem penanaman konvensional

TUJUAN
Tujuan projek ini dijalankan adalah khusus untuk

mengenal pasti

cara penanaman, cara

pembajaan, hasil tuanian dan bagaimana pengurusan penanaman menggunakan kaedah pertigasi
ini. Selain itu, tujuan projek ini juga ingin memgumpulkan data tentang penggunaan baja baru
dalam penguluaran hasil.

OBJEKTIF, VISI DAN MISI


Objekti
Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan pertanian yang
baik dan sistematik.
Mengguna pakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan
penjimatan tenaga buruh.

PENANAMAN CILI HIJAU

(LADA SOLOK)

Visi
Visi projek adalah untuk menggunakan pendekatan teknologi terkini didalam sektor
pertanian dan seterusnya mampu membimbing petani lain
Misi
Misi projek adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada petani lain untuk
menceburi penanaman menggunakan kaedah pertigasi dan menghasilkan produk yang
berkualiti dan sistematik

MAKLUMAT ASAS PROJEK


Nama Projek : Penanaman Cili hijau Secara Kaedah Sistem Fertigasi
Lokasi Projek : Batu Gajah, Kelantan
Tanah : setengah ekar
Kapasiti Tanaman : 2000 Pokok
Sistem Pengairan : Pengairan Titis Automatik
Nama Pengusaha : Muhammad Hafizuddin Bin Ramli
Kos Permulaaan : RM 11121
Anggaran Hasil : 3000 kg Semusim
Anggaran Untung Kasar : RM 12879 Semusim
Tempoh Musim : 1 Musim

Anda mungkin juga menyukai