Anda di halaman 1dari 8

RPH PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 2

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral


Tahun : 2 Cemerlang
Kehadiran : 10 / 10
Tema : Saya dan keluarga
Topik / Tajuk : Keadilan dalam keluarga
Masa : 60 minit
1. Standard Pembelajaran : 8.11 & 8.13
2. Objektif Pembelajaran :
Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, murid dapat ;
i ) Menyenaraikan contoh keadilan dalam keluarga
ii) Menyatakan perasaan bersikap adil sesama ahli keluarga
3. a) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Set Induksi :
1. Guru memberikan gula-gula secara rawak kepada murid.
2. Guru bersoal jawab tentang perasaan murid yang dapat dan yang tidak
dapat gula gula.
3. Guru menerangkan kepada murid tentang kepentingan bersikap adil
dalam kehidupan seharian.
4. Guru kemudian memberi gula gula kepada murid yang tidak dapat.
Langkah 1 :
1. Guru menerangkan maksud keadilan dalam situasi sesebuah keluarga.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang cara mengamalkan sikap keadilan dalam
sesebuah keluarga.
3. Guru memberikan beberapa contoh seperti mendapat duit belanja yang sama rata
dikalangan adik beradik, melakukan kerja rumah bersama sama dan lain-lain.

Langkah 2 :
1. Guru mempamerkan gambar kerjasama dalam sebuah keluarga.
2. Guru meminta murid menceritakan tentang apa yang mereka lihat di dalam gambar
tersebut.
Langkah 3 :
1.

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

2. Murid melengkapkan aktiviti tersebut sambil dibimbing oleh guru.


Penutup :
1. Guru membuat kesimpulan tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah
diberikan kepada murid pada hari ini.
b) EMK / Elemen Nilai Tambah : Kreatif dan Inovatif
c) Bahan / Sumber P&P : LCD Projektor, Komputer Riba, Gula-gula, Lembaran Kerja.
4. a) Pentaksiran :
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
Akitiviti Pemulihan :
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
Aktiviti Pengayaan :
1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
b) Refleksi :
1.
2.

Aktiviti 1.
NAMA :________________

KELAS :________

Sila baca pernyataan di bawah dan tandakan BETUL atau


SALAH pada ruangan yang telah disediakan.
1. Abu mengambil kesemua alat tulis yang telah
dibelikan oleh ayahnya tanpa membahagi sama rata
kepada adiknya.
2. Norziha membantu adiknya menyapu lantai rumah
pada hujung minggu.
3. Vishal telah memarahi adiknya yang tidak bersalah
kerana bajunya telah koyak akibat terjatuh dari
basikalnya.
4. Fei Hong telah membahagikan wang saku sama rata
kepada dua orang adiknya yang masih bersekolah.
5. Clara telah bersama sama tiga orang adiknya
membantu ayahnya membersihkan halaman mereka.

10

PENDIDIKAN MORAL (KSSR) TAHUN 2


UNIT 8 : KEADILAN
NAMA

: __________________ TARIKH : ____________

KELAS

: __________________

Kepentingan
Bersikap Adil
Situasi
(Keterangan murid
berdasarkan jawapan)
Emak membelikan empat biji gula-gula
kepada kamu. Emak meminta kamu
berkongsi dengan seorang adik.
Bagaimana kamu
membahagikan gula-gula itu
secara adil?
Saya dan adik mendapat dua
biji
gula-gula.
Saya mendapat 3 biji gula-gula dan
adik mendapat 1 biji gula-gula

Aktiviti 2.
Perhatikan gambar di bawah dan nyatakan apa yang kamu
lihat di dalam gambar tersebut.
Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4 Warnakan gambar tersebut

Anda mungkin juga menyukai