Anda di halaman 1dari 7

Cara Memasang Tile / Jubin / Mozek / Keramik

Belajar cara memasang lantai cara yang saya pelajari pulak deh, hari tu saya
dah sedikit sebanyak bercerita mengenai cara membancuh simen. Kali nie
jom anime4nz sambung pasang tile, hingga lawa, cantik baru ader klasss gitu.

Sesapa yang nak cuba-cuba pasang sendiri dah boleh


buat dah, tanpa perlu contractor atau upah orang.... Saya sendiri pun
cam bancuh simen ari tu... bukan pandai pun... ikut pakat bedal ja... alih alih
siap dah... cun.... walau tak sekemas yang diharapkan... sebab saya bukan
pakar... lagi satu kos ciput sangat... saya hanya guna bahan murah.... jubin
second hand (RM0.50 sekeping) hok reject.. kebiasaannya RM2 sekeping. tapi
boleh tahan gak besarnya.... walau tak sama besar... corak banyak tak sama
tetap ku buat agar nampak kelainan.... bukan aku buat sepenuh la... abang
angkat aku yang sudahnya... aku just nolong aja. He he.
Hasilnya aku dapat mewujudkan design lantai yang dibayangkan... walaupun
terpaksa memilih dan asingkan untuk dibuat perbandingan. Maklumlah bahan
reject... setiap satu bundle berlainan warna, corak, bentuk, besar,. So tugas
pertama cari pasangan. Cari jangan tak cari.
Peralatan Memasang Tile / Jubin / Mozek / Keramik
*Peralatan yang anime4nz sediakan:
1- Tiles Cutter - Alat yang digunakan untuk memotong tiles/mosaics, boleh
dibeli dikedai hardware, atau kedai jual tiles. Ada saiz yang boleh potong 12
inci, 18 inci atau 24 inci. Nak murah beli yang Taiwan, nak yang baik beli yang
made in Japan. Kalau nak pasang tiles yang bersaiz 24 inci (2 kaki) kena beli
yang boleh potong 2 kaki punya tiles, tapi mahal sikit. Jepun punya dekat
RM700. Kat pasar malam panjang sejengkal RM10 pun dah leh guna kalu
korang pandai wooo.

*Budget murah Pinjam

ngan abang ipar (tukang rumah).


2) Penimbang Air / Spirit Levelling - gunanya untuk memastikan tiles yang
dipasang adalah sama rata atau sedikit kecerunan bagi bilik air.

*Memang dah ada dalam simpanan.


3) Tukul Getah - untuk mengetuk bagi meratakan tiles yang akan dilekatkan
dilantai atau dinding.

*Memang dah ada dalam simpanan.


4) Tali / benang - yang direntang untuk memastikan tiles yang dipasang
adalah lurus.

*Beli tali nelon / tali main wau.


5) Playar Stanby untuk upih tepi membentuk lengkuk seperti bucu atau
seumpamanya.

*Memang dah ada dalam simpanan.


6) Sudip simen dan baldi - untuk bancuh simen.

*Memang dah ada dalam simpanan.


7)Simen / Cement hitam (yang diguna untuk buat rumah tu)

*Order 2 @ 3 beg / kapit / guni lagi.


8) Simen / Cement Tiles / grout (yg dah diwarnakan/ pigmented cement) untuk disapu pada garisan antara tiles(ada pelbagai warna - berdasarkan
warna tiles yang akan dipasang. (putih, hitam, merah @ hijau)

*Beli yang warna hijau.


9) Selipar Jepun terpakai / Baldi / Sponge / Air untuk kekemasan
*Memang dah ada dalam simpanan.
10) Paku Simen satu atau dua inci untuk penahan antara tiles agar ada
ruang untuk sapu simen / cement tiles nanti
*Cari jer bertaburan atas tanah tu.
11) Tile / Jubin / Mozek / Keramik Pemilihan kena betul. Contoh ; jubin kesat
untuk bilik mandi manakala jubin licin dan berkilat untuk dinding. (kalau boleh
beli yang mahal sikit dalam RM 1.50 ke atas sebab jubin murah selalunya tak
sama tepat sudut tepi dia)

*Beli yang murah, reject shop RM0.50 sekeping.


Cara Pemilihan Jubin
Korang nak pasang kat mana? Berapa kaki persegi? Besar mana jubin mahu
pakai? Berapa kos anda? Kalo korang nak pasang sendiri ko kena mahir bab
nie.. Boleh jadi tak comei nanti kalo x de experience. Tapi still kita puas hati
hasil tangan sendiri. Nak pilih jubin g kedai die..Nanti ade la contoh buku n
jubin 2 nti.. Tokey dia pasti tau dah banyak mana nak pakai.... mesti mau
lebih sket... kut terpecah / tersalah potong ke.... Pastikan pilih jubin yang
kesat untuk bilik mandi manakala dinding 2 amik yang licin..dan
berkilat..antara lantai dan dinding pilih jubin yang warna hampir sama..tapi
jgn yang sama..nti kurang cantik.. ini pendapat saya lah..terpulang lah..kalau
rasa cantik boleh la..colour lak amik yang cerah jgn ambil yang
suram..elakkan ambil jubin color putihwalaupun cerah pade bilik mandi.. nanti
nampak kotor serta kekuningan..
Semasa saya pilih jubin beli hok reject je.... (RM0.50 sekeping) 2 Bilik besar so
abih la dalam RM200. Tengok atas tempat la... Pandai pandai la bodek ngan
tokei tu ya. Lagipun letih milih hok sama beso, sama warna, sama padan.
Pakat tibang... he he tapi jangan bahang rambang.
Cara Bancuhan Simen

Memula, persiapkan subfloor. Oh ya, kena la


pastikan lantai tu sama rata ker tak! Lantai yang berjubin juga perlu dibuang
aa... Dah nak pakai yang baru... Keja berat la sket. Coz kena guna pahat dan
tukul, ketok ketok, Kasi dalam semula dan sama level.... Tengok juga
ketinggian paras lantai tu... nanti takleh bukak tutup pintu pulak. Naya... he
he
Setelah diukur ukur memang kena bancuh simen dahulu, untuk sama levelkan
lantai.

Jom bancuh simen dahulu.


** Oh ya... Lupa nak bagitau... Untuk lantai kali ini.... Lebihkan pasir dari
simen.... Jangan terlebih air pulak, coz.... saya da kena marah.... berdene...
tak leh keja buat... kena tunggu beberapa jam sapa kering nanti..... hu hu.

Bila dah sama level baru la kita boleh masuk step


baru ya.
Simen tile tak sama ngan lantai eh... Saya cuma bancuh dalam baldi simen
saje.... Boleh wak sikit sikit... wak sebaris dua ... rehat esok pulak sambung....
he he..
Letak air separuh baldi. Sudip simen secukup rasa, sampai penuh melebihi air
tadi. Kacau sikit.
Cara Pasang Jubin
Okay, kalau lantai, mula sekali susun satu-satu jubin dari dinding kanan ke kiri
dan atas ke bawah menjadi satu barisan sebagai ukuran. Kalau boleh muat
satu jubin, dari "hujung tepi" kanan dan kiri, atas dan bawah, tali diletakkan
selepasnya (satu keping jubin itu) sampai dapat "panjang dan lebar" untuk
ukuran. Kira satu tali melintang dari kiri ke kanan dan satu tali memanjang
dari atas ke bawah. (sorry susah nak diterangkan) (tali tu mestilah di ikat
pada paku dan pakukan ke lantai)
p/s : Pastikan juga satu jubin penuh dimulai dan berakhir di mana. X la nanti
depan pintu atau tepi dinding ada lebihan yang banyak.
Cara Lekat Jubin:
Untuk melekat jubin ni, pertama sekali letak kat hujung tali yang bertemu tu,
(sebelah kanan atau kiri) sebaris melintang dan sebaris memanjang.
1.Ambil simen yang sudah siap dibancuh (cara-cara bancuh simen, masukkan
air dahulu, kira-kira separuh baldi simen tu, pastu baru masuk simen. Kacau
sehingga likat, pekat macam tanah liat lepas kena hujan) , letakkan pada
lantai, tarik "perata simen bergerigi" untuk meratakan sambil menjadikan
simen itu berombak.

2. Letakkan jubin atas simen berombak itu, Ketuk


dengan bawah tukul (pemegang dia, kayu atau getah atau tukul getah tu,
jangan gunakan kepala besi dia tu, pecah jubin-jubin tu nanti) untuk
meratakan.
3. Ukur dengan penimbang air untuk tengok sama level / kecerunan dia.
Kemudian boleh lekatkan jubin yang seterusnya mengikut tali tadi.
4. Untuk perhatian, Cuci semua kotoran atas jubin dengan air , (kalau boleh
pakai span) sebelum ia menjadi keras.

Kalau nak pasang kat dinding (bawah dinding bersambungan dengan lantai
tu), memandangkan kat ruang tamu hanya perlukan (1 jubin boleh bahagi 3
@ 4 bahagian) Paku simen atau batang aluminium kena lekat kat dinding
(penahan antara jubin lantai dan jubin dinding paling bawah biar kasi
bukaan sekejab sebelum tutup dengan kemasan nanti). Dinding kena ketuk
sedikit dengan tukul pada setiap tempat keping jubin yang hendak di
lekatkan, (kalau tak jubin tak akan lekat) . Letak simen pada belakang jubin
serata mungkin dan lekat pada dinding, didirikan atas paku simen / batang
aluminium itu tadi. Buatlah begitu seterusnya.
Cara kekemasan jubin

Bile da siap satu column, lap / bersihkan kaki- kaki simen dan atas jubin
simen2 lebihan / kotoran tu pakai sponge
Bile sume da siap, baru bancuh grout (bancuhannya cair sket) n fill ruang

kosong/longkang between tiles tu pakai scrapper.. kalo nak cepat pakai wiper
kereta, saya diajar guna selipar jepun buruk je.. bile nampak da kering sket,
lap sekali lagi dengan sponge.
Lepas siap semua tu, jangan la ko lompat2 plak atas tu, Kalu perlu pijak pun,
pijak pelan2 deh.. Jangan andaikan simen tu cepat kering sesangat.

Okay, itu jer asas. yang susah memasang jubin hanyalah nak mencantikkan
dia dan 'sakit pinggang woooo'.

Anda mungkin juga menyukai