Anda di halaman 1dari 3

JENTERA DIDALAM PEMBINAAN JALAN

MESIN PAVER

Mesin ini digunakan didalam pembinaan jalan premix.premix yang dihantar oleh lori yang
bersuhu <130 darjah Celsius akan dituang ke dalam paver hopper di bahagian depan mesin paver.

Mesin paver akan bergerak kedepan sambil premix akan digaul menlalui mesin dan keluar
dibahagian belakang mesin. Aras (ketebalan premix) akan dikawal secara automatik dimana acuan
perata di bahagian belakang paver tersebut akan naik pada ketebalan yang kita mahu.

Premix yang keluar daripada mesin ini didalam keadaan rata dan separa padat.
TANDEM ROLLAR

Tandem roller digunakan bagi tujuan pemadatan dan menyedat hamparan premix yang
dihampar oleh mesin paver.

Suhu panas premix pada masa ini adalah dalam lingkungan 90 – 120 darjah celcius.Cara kerja
penggelekkan mengikut sistem yang diamalkan oleh JKR adalah system 2282 iaitu :

- 2 kali tandem roller pergi


- 2 kali tandem roller balik
- 8 kali tyre roller pergi dan balik
- 2 kali randem roller pergi dan balik

Pada umumnya berat compactor ini berkisar antara 6 – 12 tan.Penambahan berat akibat
pengisian air pada roda silinder dapat meningkatkan beratnya sebanyak 15% - 35%.
TYRE ROLLAR / PENGGELEK PNEUMATIK

Alat ini juga dengan nama universal compactor, roda – roda penggilasnya terdiri dari ban
karet yang dipompa (pneumatic). Pengilas dengan ban ini memiliki ciri khusus dengan adanya
kneding effect, dimana air dan udara dapat ditekan keluar (pada tepi – tepi ban) yang akan segera
menguap pada keadaan udara yang kering.

Kneading effect ini sangat membantu dalam usaha pemampatan bahan – bahan yang banyak
mengandungi lempung atau tanah liat.

Susunan dari roda depan dan belakang adalah selang seli supaya bahagian yang tidak tergilis
oleh bahagian roda depan akan digilis oleh roda bahagian belakang.

Jentera ini amat berguna untuk memadatkan permukaan yang rata dan padat selain
mendapatkan permukaan yang halus dan cantik pada cantik pada permukaan premix.

Anda mungkin juga menyukai