Anda di halaman 1dari 12

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Sejarah Penubuhan

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia ditubuhkan pada 10 November 1973 berasaskan kepada Akta Pendaftaran Profesional 1967

Sebelum tahun 1982, LJBM dikenali sebagai Lembaga Jurukur di mana ianya di bawah Akta Pendaftaran Jurukur 1967.

Lembaga ini bertanggungjawab menggubal undang-undang terhadap profesion Juruukur Bahan dan Penilai.

Pada tahun 1981, perubahan telah dibuat di mana Akta Pendaftaran Juruukur 1967 ditukar menjadi Akta Pendaftaran Juruukur Bahan
1967

Oleh itu Lembaga Juruukur menjadi Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (Board Of Quantity Surveyor)

Peraturan Juruukur Bahan merujuk kepada Seksyen 26 Akta Juruukur Bahan 1967

Dalam tahun 1989, perubahan telah dibuat kepada Akta Jurukur Bahan menjadi Peraturan Juruukur Bahan (1995) yang bertujuan
untuk menambahkan kuasa penyediaan peraturan mengenai profesion Jurukur Bahan

Dan 31 Disember 2004, Peraturan Juruukur Bahan (Pindaan) 2004 telah diwartakan untuk lebih menjaga kepentingan dan kelakuan
profesional Juruukur Bahan
Rasional Penubuhan

Pendaftaran Juruukur Bahan dan firma serta badan korporat yang mengamalkan praktis perkhidmatan seperti Jurukur
BahanMenggubal undang-undang profession Juruukur Bahan di Malaysia

Fungsi Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran di bawah Akta mengikut prosedur dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Membuat pembatalan, pindaan atau pemasukan semula mengenai pendaftaran Juruukur Bahan sekiranya seseorang Juruukur
Bahan melakukan perkara yang tidak diingini atau mengaibkan Lembaga.

Menentukan skala bayaran terhadap perkhidmatan atau nasihat profesional dari Juruukur Bahan berdaftar dari masa ke masa dengan
kelulusan Menteri

Mendengar dan menentukan perselisihan yang berkaitan dengan amalan atau etika profesional Juruukur Bahan;atau melantik satu
jawatankuasa atau Arbitrator untuk mendengar dan menentukan pertikaian tersebut.
Menentukan dan menyelaraskan amalan atau etika profesional Juruukur Bahan. Secara umumnya,untuk melaksanakan segala tindakan
dan perkara yang diperlukan untuk pelaksanaan Akta Pendaftaran Juruukur Bahan 1967.

Permohonan Sebagai Juruukur Bahan Berdaftar Dengan LBJM

Seseorang juruukur bahan berdaftar sementara yang ingin memohon untuk pendaftaran sebagai juruukur bahan mestilah memiliki
kelulusan dari institusi yang diiktiraf oleh LJUBM dan mestilah mempunyai pengalaman praktik:

a. Bekerja sebagai juruukur bahan dalam tempoh dua tahun di mana-mana jabatan, pihak berkuasa,institusi atau badan yang diluluskan
oleh lembaga sama ada sektor awam atau swasta yang memuaskan hati majikan.

b. Sekiranya mereka tidak bekerja seperti di atas, tetapi menjalankan tugas-tugas ukur bahan di firma, pertubuhan perbadanan atau
organisasi yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi atau pekerja juruukur bahan berdaftar.

Tempoh dua tahun adalah dikira bermula dari tarikh pendaftaran sebagai juruukur bahan berdaftar sementara.

Untuk membolehkan berdaftar sebagai juruukur bahan berdaftar,seseorang perlu mengambil Ujian Kecekapan Profesional (Test of
Professional Competence) yang dikendalikan bersama Lembaga LJUBM dan Pertubuhan Juruukur Malaysia yang mengandungi
perkara-perkara seperti berikut:

a. Pengalaman praktis yang dijalankan dalam tempoh minimum dua tahun seperti yang telah dinyatakan atau mempunyai pengalaman
profesional dalam bidang berkaitan di bawah penyeliaan seseorang juruukur bahan berdaftar atau seorang anggota atau Felo
Pertubuhan Juruukur (Malaysia) yang merupakan seorang juruukur bahan.

b. Pengemukaan tugas-tugas praktik seperti yang diarahkan oleh panel bersama Ujian Kecekapan Profesional.
c. Satu ujian bertulis berhubungan dengan pengalaman profesional yang telah diperolehi dan tata kelakuan profesional.

d. Satu temuduga profesional yang dijalankan sekurang-kurangnya oleh dua orang pemeriksa yang dilantik oleh panel bersama Ujian
Kecekapan Profesional dari masa ke masa.

e. Sebarang bentuk ujian atau penilaian lain kecekapan profesional sebagaimana yang boleh diputuskan oleh panel bersama Ujian
Kecekapan Profesional dari masa ke masa.

Mereka juga dikehendaki mengemukakan bersama permohonannya bukti bertulis bahawa yang dia telah mematuhi semua syarat-
syarat yang telah ditetapkan.

PENDAFTARAN JURUUKUR BAHAN DAN FIRMA DI LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA (LJBM)

PENDAFTARAN JURUUKUR BAHAN

Terdapat dua kategori pendaftaran juruukur bahan di LJBM iaitu:


a. Pendaftaran juruukur bahan berdaftar
b. Pendaftaran juruukur bahan sementara (provisional)

Prosedur-prosedur yang perlu diikuti apabila seseorang Juruukur Bahan ingin berdaftar dengan LJBM ialah:
i. Borang Pendaftaran
-Terdapat dua jenis borang yang perlu diisi bergantung kepada kategori pendaftaran iaitu:
Juruukur Bahan Berdaftar
Warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang ingin dan berminat untuk berdaftar sebagai Juruukur Bahan berdaftar
mestilah membuat pemohonan pendaftaran menggunakan borang yang ditetepkan iaitu Borang B dalam

Jadual Pertama.
Pendaftaran sementara
Bagi mereka yang ingin memohon untuk pendaftaran sementara menggunakan Borang A dalam Jadual Pertama.

ii. Penyerahan borang permohanan

Dalam tempoh 45 hari setelah menerima permohanan pendaftaran,pendaftar mestilah:

a) Menyerahkan borang tersebut kepada Lembaga.

b) Membuat satu salinan setiap borang dan diberikan kepaada ahli-ahli dalam Lembaga.

Pihak Lembaga akan membuat keputusan mengenai permohonan tersebut dalam masa 90 hari dari tarikh penyerahan borang oleh
pendaftar.Penyerahan salinan kepada setiap anggota lembaga boleh dilakukan sama ada:

a. Memberikan kepada anggota itu sendiri.

b. Meninggalkannya di permis perniagaan atau pejabat dalam jagaan rakan kongsi atau pekerja anggota itu.

c. Majikan anggota.

d. Menghantar melalui pos biasa sama ada ke alamat rumah,perniagaan atau pejabat.
iii. Pemberitahuan keputusan pendaftaran

- Setiap pemohon akan diberi notis mengenai keputusan permohonan sebagai Juruukur Bahan berdaftar dalam tempoh 45

hari dari tarikh keputusan dibuat oleh Lembaga.Tarikh keputusan juga dinyatakan di dalam notis tersebut untuk

makluman para pemohon.

iv. Bayaran keputusan pendaftaran

- Setelah permohanan telah diluluskan oleh Lembaga,setiap pemohon sama ada yang berdaftar sebagai Juruukur Bahan

berdaftar atau pendaftaran sementara, mestilah membuat pembayaran yuran pendaftaran dalam masa 3 bulan dari tarikh

notis pemberitahuan dikeluarkan kepada setiap pemohon. Jumlah bayaran yang perlu dibayar adalah berbeza mengikut

kategori pendaftaran:

Juruukur bahan berdaftar


Jumlah yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM200.00.
Juruukur bahan berdaftar sementara
Jumlah yuran ialah sebanyak RM50.00.

- Sekiranya mereka gagal untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetepkan, Lembaga menganggap bahawa
pemohon telah menarik balik permohonan pendaftaran yang dibuat oleh mereka. Maka,sekiranya mereka ingin membuat
permohonanan semula, permohonan mereka tidak akan dipertimbangkan dalam tempoh setahun dari tarikh
permohonannya yang terdahulu diluluskan.
- Namun begitu, sekiranya Lembaga berpuashati dengan sebab dan alas an yang munasabah kegagalan untuk membayar
yuran pendaftaran, Lembaga akan menimbang permohonan yang diterima sebelum habis tempoh setahun itu.

v. Sijil pendaftaran

- Sijil pendaftaran akan diberikan mengikut kategori pendaftaran iaitu:

Juruukur bahan berdaftar

Menggunakan borang D seperti yang terdapat dalam Jadual Pertama.

Juruukur bahan berdaftar sementara

Menggunakan borang C dalam Jadual Pertama.

vi.Permohonan untuk memperbaharui sijil pendaftaran

- Permohonan untuk memperbaharui sijil pendaftaran boleh dibuat menggunakan surat biasa. Bayaran pembaharuan bagi pendaftaran

juruukur bahan berdaftar dikenakan sebanyak RM150.00 manakala juruukur bahan berdaftar sementara sebanyak RM50.00.

vii. Yuran kemasukan semula (reinstatement)

- Bergantung kepada kategori pendaftaran iaitu:

Juruukur bahan berdaftar


Jumlah amaun bayaran pembaharuan yang kena bayar dibayar jika pendaftar dibaharui bayaran pendaftaran yang
dikenakan ialah sebanyak RM150.00. Pembayaran pentadbiran sebanyak RM30.00.

Juruukur bahan berdaftar sementara

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50.00 manakala bayaran pentadbiran adalah sebanyak RM30.00.

viii. Sijil pemasukan semula

-Selepas pemasukan semula, pendaftar akan mengeluarkan sijil pemasukan semula kepada juruukur bahan berdaftar
menggunakan

Keahlian Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia terdiri dari ahli-ahli yang dilantik oleh Menteri Kerja Raya. Mereka adalah Juruukur Bahan
yang Berdaftar seperti berikut:

a. Seorang Presiden dari kalangan Juruukur Bahan Berdaftar (Pada masa ini, LJBM diketuai oleh Datuk Abdull Manaf bin
Haji Hashim. Sebelumnya oleh Tuan Haji Mohammad bin Gading (sesi ke-9) dan tamat perkhidmatannya pada 5 Februari
2001. Presiden LJUBM yang pertama ialah Datuk Prof. Hj. Abdul Rahman Abdullah).

b. Lima Juruukur Bahan Perkhidmatan Awam.


c. Dua Juruukur Bahan dari Badan Berkanun.

d. Seorang Juruukur Bahan dari Institusi Pengajian Tinggi.

e. Lima orang Juruukur Bahan dari Sektor Swasta yang dicalonkan oleh Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) yang
mempunyai pengalaman melebihi enam tahun.

f. Seorang calon dari Lembaga Arkitek.

g. Seorang calon dari Lembaga Jurutera.

h. Seorang calon dari Lembaga Penilaian dan Hartanah.

- Tempoh keahlian mereka ini adalah tidak melebihi tiga tahun dan mereka ini boleh dicalonkan untuk dilantik semula
bagi tempoh berikutnya.

Pendaftaran Firma-firma dan Pertubuhan Perbadanan

Firma-firma atau pertubuhan-pertubuhan yang ingin berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia perlu mematuhi
prosedur-prosedur yang berikut:

Permohonan pendaftaran

Firma-firma atau pertubuhan-pertubuhan yang berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai juruukur bahan perunding
mestilah membuat permohonan kepada Pendaftar dengan menggunakan Borang 1 dalam Jadual Pertama.
Firma atau pertubuhan perbadanan yang telah menjalankan amalan sebagai juruukur bahan perunding boleh meneruskan
perkhidmatannya dengan syarat :

i. Telah mendapat kelulusan bertulis dan permit yang sah daripada Lembaga.

ii. Memenuhi syarat-syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga yang difikirkan sesuai atau patut.

Pemilik tunggal atau rakan kongsi yang ingin membuka firma dan menjalankan praktik sebagai juruukur bahan, mestilah
merupakan juruukur bahan berdaftar dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun yang memuaskan hati
Lembaga. Prosedur yang sama juga bagi pertubuhan perbadanan di mana Pengarah atau pemegang-pemegang saham
mestilah juruukur bahan berdaftar dan mempunyai kelayakan minimum lima tahun.

a. Pemunyaan
Setelah permohonan diterima. Pendaftar mestilah memastikan bahawa :

i. Juruukur bahan berdaftar mempunyai kepentingan mengawal dalam pertubuhan perbadanan tidak kurang
daripada 55% daripada pemunyaan firma atau pertubuhan.

ii. Segala maklumat dan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh firma atau pertubuhan memenuhi
kehendak-kehendak Lembaga dari masa ke semasa.

Sekiranya pendaftar tidak berpuashati dengan segala maklumat atau dokumen-dokumen yang diserahkan oleh pemohon,
maka permohonan akan dikembalikan semula kepada pemohon dengan menyatakan kecacatan yang terdapat dalam
permohonan tersebut. Ianya perlu dibaiki oleh pemohon dengan mengemukakan maklumat-maklumat atau dokumen yang
sesuai. Apabila Pendaftar telah berpuas hati, dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan permohonan, dia mestilah :
a. Mengemukakan kepada Lembaga.

b. Menghantar salinan permohonan kepada setiap anggota.

c. Lembaga akan memebuat keputusan mengenai permohonan tersebut dalam masa 90 hari dari tarikh permohonan itu
diterima daripada Pendaftar. Penyerahan salinan kepada setiap anggota sama seperti pendaftaran individu.

d. Pemberitahuan keputusan oleh pendaftar


Pendaftar akan memaklumkan kepada pemohon yang mana permohonan mereka berjaya diluluskan oleh Lembaga
dalam tempoh 45 hari dari tarikh keputusan dibuat. Segala sekatan atau syarat disertakan bersama. Tarikh keputusan
oleh Lembaga juga turut dinyatakan.

e. Memorandum dan perkara persatuan dan perjanjian perkongsian


Firma atau pertubuhan perbadanan mestilah menyerahkan memorandum dan perkara persatuan syarikat yang telah
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 serta Perjanjian Perkongsian setelah permohonan diluluskan.

f. Yuran
Yuran pendaftaran bagi firma atau pertubuhan perbadanan sebanyak RM300.

g. Permit untuk menjalankan amalan sebagai juruukur bahan perunding


Lembaga akan mengeluarkan permit kepada firma atau pertubuhan yang telah diluluskan pendaftarannya dalam
borang 1 (Jadual Pertama). Permit akan ditandatangani oleh Pendaftar dan mendapat pengesahan daripada Lembaga.

h. Permohonan bagi pembaharuan


Permohonan pembaharuan kelulusan bagi menjalankan amalan sebagai juruukur bahan perunding boleh dibuat dalam
bentuk surat biasa. Yuran untuk pembaharuan sebayak RM300. Setelah permohonan untuk pembaharuan diluluskan,
Pendaftar akan mengeluarkan suatu perakuan pembaharuan dalam borang K (Jadual Pertama).
i. Pertukaran nama
Sekiranya firma atau pertubuhan perbadanan yang telah diluluskan oleh Lembaga berhasrat untuk menukar nama
syarikat, mestilah membuat permohonan secara bertulis kepada Pendaftar bagi mendapat kelulusan Lembaga. Nama
yang dicadangkan mestilah mendapat persetujuan dari pendaftar syarikat. Setelah Lembaga meluluskannya, yuran
sebanyak RM150 hendaklah dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh pemberitahuan oleh pendaftar mengenai
kelulusan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai