Anda di halaman 1dari 4

Program

Khidmat
Masyarakat:
Sejenak
Bersama,
Selama
Terasa:
Rumah Anak
Yatim Baitul
Hannan Batu
Pahat, Johor
Written by Super User. Posted in Berita
28 April 2012. Aktiviti di Rumah Anak
Yatim Baitul Hannan: Seawal jam 7.00 pagi seramai 40 orang REALTORS
dan pensyarah pengiring yang terdiri dari Dr. Nora, Pn. Zarina Shamsudin (Wakil Ketua Jabatan), Pn Khadijah

Ariffin, Pn. Haidaliza Masram dan Dr. Azlina Md Yasin telah menuju ke Rumah Anak Yatim Baitul Hannan, Batu

Pahat bagi menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan asrama anak yatim, menyediakan makan

tengahari bersama-sama, menghadiri sesi solat zohor dan kuliah agama, aktiviti riadah selepas solat asar dan

juga majlis BBQ dan persembahan dari anak-anak yatim dan fakir miskin di Baitul Hannan. Aktiviti gotong-royong

meliputi kerja-kerja membersihkan semak-samun, mengemas dan memasang tikar getah, mengemaskan dorm,

membasuh tandas dan membersihkan karpet, mengecat ruang solat dan menyediakan makan tengahari. Kuliah

zohor telah disampaikan oleh Ustaz Sulaiman Sharif selaku penceramah jemputan dengan tajuk Kedudukan

Anak Yatim di sisi Allah swt, Rasulullah saw dan agama Islam

Gambar 1 & 2 : REALTORS membersihkan semak samun di Baitul Hanan dan REALTORS mendengar taklimat sebelum

program bermula
Gambar 3 & 4: Pengurus Baitul Hanan dan isteri beserta pensyarah pengiring dan REALTORS bersarapan sebelum memulakan gotong-

royong

Gambar 5 & 6: REALTORS sedang membantu mengemaskan pakaian penghuni dan Cenderamata kepada penceramah jemputan

Gambar 7 & 8: Mereka yang diraikan: anak-anak fakir, miskin dan yatim di Baitul Hanan dan Aktiviti riadah bersama adik-adik penghuni

Baitul Hannan

Seusai solat asar, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan riadah sukan telah dipandu oleh REALTORS buat

anak-anak penghuni Baitul Hannan.

Gambar 9 7 10: Aktiviti riadah bersama adik-adik


penghuni Baitul Hannan dan Majlis penutup dan acara penyampaian hadiah

Sesudah solat Isyak pula majlis penutup dan persembahan dari anak-anak penghuni Baitul Hannan telah

dilangsungkan dengan pelbagai persembahan menarik. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dr.

Nora kepada kumpulan-kumpulan REALTORS dan penghuni yang memenangi acara sebelah petang

terdahulunya.

Anda mungkin juga menyukai