Anda di halaman 1dari 38

SET 1.

Bahagian B
[20 markah]

1. Rajah 1 menunjukkan kotak R, S dan T adalah sama saiz dan kandungan tanahnya.
Kesemua anak sawi adalah sama dari segi saiz dan jenisnya. Ketiga-tiga kotak
disiram dengan kuantiti air yang sama setiap hari.

R S T
Rajah 1
Jadual 1 menunjukkan keputusannya selepas 5 hari.

Kotak Ketinggian anak sawi (cm)


R 15
S 12
T 8

Jadual 1

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

..

.
[1markah]

(b) Didapati anak sawi dalam kotak T semakin kurang subur berbanding anak sawi dalam
kotak R dan S pada hari ke 8. Nyatakan inferens kamu?


[1markah]

(c) Nyatakan satu pemerhatian yang dapat menyokong jawapan kamu di 1 (b).

.
[1markah]

1
(d) Apakah kesimpulan bagi penyiasatan ini?

.
[1markah]

2. Rajah 2 menunjukkan satu penyiasatan. Hariz telah menjalankan satu penyiasatan


mengenai kesan berat 3 bongkah yang berlainan jisim terhadap jarak yang dilalui.
Ketiga-tiga bongkah ditarik dengan daya yang sama dalam masa yang di tetapkan.

Rajah 2

Keputusan dicatatkan dalam Jadual 2.

Jisim bongkah (kg) Jarak yang dilalui (m)


50 70
100 60
150 50

Jadual 2

(a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.


[1 markah]

(b) Apakah pemboleh ubah yang disamakan (dimalarkan) dalam penyiasatan ini?


[1 markah]

(c) Nyatakan corak perubahan bagi jarak yang dilalui oleh bongkah apabila berat bongkah
semakin berkurang?

.
[1 markah]

2
(d) Ramalkan jarak yang dilalui sekiranya berat bongkah ialah 250 kg.


[1 markah]

3. Rajah 3 menunjukkan seorang murid melepaskan kereta mainan J menuruni satu


landasan condong.Aktiviti ini diulangi dengan kereta mainan K. Jarak pergerakan
kedua-dua kereta itu direkodkan.
Kereta
mainan J

Rajah 3

Jadual 3 menunjukkan keputusan penyiasatan.

Kereta mainan Jarak pergerakan (cm)


J 90
K 40

Jadual 3

(a) Nyatakan dua sebab (inferens) yang boleh menerangkan mengapa setiap kereta mainan
itu bergerak pada jarak yang berlainan.

1. ..

2. ...
[2 markah]

(b) Cadangkan satu hubungan di antara dua maklumat berdasarkan satu daripada sebab
(inferens) di 3(a).


[1 markah]

(c) Nyatakan satu pemboleh ubah yang disamakan (dimalarkan) dalam penyiasatan ini.


[1 markah]

3
3. Rajah 4 menunjukkan beberapa biji telur yang diletakkan dalam dua keadaan yang
berbeza.Kedua-dua telur diletakkan di tempat yang sama. Selepas tiga minggu telur
dalam keadaan X berbau busuk manakala dalam keadaan Y masih elok.
Air

Keadaan Kaeadaa
X nY
Rajah 4

(a) Apakah sebab ( inferens) yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan di atas?

.
[1 markah]

(b) Nyatakan dua pembolehubah yang perlu dikumpulkan dalam penyiasatan ini.


[1 markah]

(c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?


[1 markah]

Tempoh ketahanan telur berkait dengan kepekatan larutan


garam yang digunakan untuk merendam telur.

(d) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah hubungan di antara tempoh ketahanan telur
dengan kepekatan larutan garam yang digunakan?


[1 markah]

4
4. Rajah 5 menunjukkan perubahan dua gelas susu yang serupa, R dan S, selepas
dibiarkan selama dua hari. Susu-susu itu diletak di dua tempat yang berbeza.

Selepas dua
hari
Disimpan dalam peti
sejuk
R

Selepas dua

Dibiar pada suhu


bilik
S
Rajah 5

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?


[1 markah]

(b) Beri satu sebab tentang keadaan susu dalam gelas Q selepas tiga hari.

..

..
[1 markah]
(c) Nyatakan;

(i)apa yang diperhati (pemboleh ubah bergerakbalas) dalam penyiasatan ini.

(ii)apa yang disamakan (pemboleh ubah yang dimalarkan) dalam penyiasatan ini.


[2 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

5
SET 2
Bahagian B
[ 20 markah ]

1. Amir, Syafiq dan Aiman telah menjalankan satu penyiasatan. Dia meletakkan 2 ekor
ayam dalam reban P, 3 ekor ayam dalam reban Q dan 4 ekor ayam dalam reban R.
Jumlah dan jenis makanan yang sama diberi kepada ayam setiap hari. Jisim awal
anak ayam adalah sama. Jadual 1 menunjukkan keputusan penyiasatan selepas
sebulan.

Reban Jumlah makanan yang diberi Purata jisim seekor anak


ayam selepas sebulan

500 g

400 g

300 g

R
Jadual 1

(a) Nyatakan satu pemboleh ubah yang disamakan( dimalarkan) dalam penyiasatan ini?


[1 markah]

(b) Apakah tujuan penyiasatan ini?

6
[ 1 markah]

(d) Jika anak ayam dalam reban R diberi 3 bekas makanan dalam sehari, ramalkan jisim anak
ayam dalam reban R selepas sebulan.


[ 1 markah]

(e) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?

..

..
[1 markah]

2. Maklumat berikut dipetik dari buku catatan Aniq.

7 Mei.

Tepat pukul 9.00 pagi, aku, abang dan ibu telah bertolak dari tempat yang sama menuju ke
Bandar X. Ibu ku yang memandu Toyota Altis telah sampai di Bandar X tepat pada pukul
9.20 pagi. 15 minit kemudian, abang pula sampai dengan motosikal yang baru dibelinya.
Aku mengayuh basikal selaju yang boleh dalam cuaca yang panas dan tiba 40 minit lewat
daripada abang. Walaupun tiba lewat, aku tetap gembira kerana telah sampai ke destinasi
yang dirancang.

(a) Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan waktu Aniq tiba di Bandar X berbanding masa yang
diambil oleh abangnya.


[1markah]

(b) Nyatakan satu sebab (inferens) berdasarkan pemerhatian di 2 (b).


[1 markah]

(c) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

..
[1 markah]

(d) Apakah corak perubahan masa untuk sampai ke destinasi berdasarkan catatan Aniq ini?


[ 1 markah]

2. Satu penyiasatan dijalankan ke atas tiga buah kubus yang diperbuat dari bahan yang
berlainan, X, Y dan Z seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Sumber Sumber
cahaya cahaya

Rajah 1

Tiga buah lampu suluh digunakan sebagai sumber cahaya untuk menyinari bahan-
bahan, X, Y dan Z secara berasingan.Jadual 2 menunjukkan pemerhatian yang
diperoleh daripada penyiasatan ini.

Bahan Pemerhatian pada skrin


X Tiada cahaya diperhatikan
Y Cahaya terang diperhatikan
Z Cahaya malap diperhatikan

Jadual 2

(a) Nyatakan;

(i) apa yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasi):

(ii) apa yang diukur (pemboleh ubah bergerak balas):


[ 2 markah]

(b) Apakah tujuan penyiasatan ini?

.
[ 1 markah]

(c) Beri satu sebab (inferens) bagi pemerhatian atas bahan X.


[ 1 markah]

3. Rajah 2 menunjukkan dua situasi, P dan Q, disebuah tempat yang diperhatikan pada
masa yang berbeza.

P Q

Masa : 11.00 Masa : 12.45 tengah


pagi hari

(a) Beri satu sebab (inferens) bagi perbezaan antara situasi P dengan situasi Q.

..
[ 1 markah]

(b) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di 4 (a).

..
[ 1 markah]

(c) Nyatakan dua pemboleh ubah yang perlu dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

9

[ 1 markah]

Pada pukul 12.45 tengah hari keesokan harinya, suhu persekitaran di S


ialah 300C

(d) Beri satu sebab (inferens) berdasarkan maklumat di atas.

...
[ 1 markah]

4. Rajah 3.1 menunjukkan saiz gear basikal yang berbeza.bilangan putaran roda basikal
direkodkan.

Gear Gear 4
1
Gear
2 Gear
Gear 3
5
333

Rajah 3.1

Rajah 3.2 menunjukkan keputusan penyiasatan.

Bilangan putaran
roda
(setiap kayuhan)

Saiz
gear
Rajah 3.2

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

10

[ 1 markah]

(b) Apakah corak perubahan bilangan putaran roda apabila saiz gear semakin bertambah?


[ 1 markah]

(c) Apakah pemboleh ubah yang disamakan dalam penyiasatan ini?


[ 1 markah]

(d) Apakah hubungan antara saiz gear dengan bilangan putaran roda dalam penyiasatan ini?


[ 1 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

SET 3
Bahagian B
[ 20 markah ]

1. Rajah 1 menunjukkan dua buah pasu U dan T yang ditanam dengan bilangan anak benih
yang sama. Kualiti tanah yang digunakan adalah berbeza.Kedua-dua pasu diletakkan di
tempat yang sama dan dibekalkan dengan kuantiti air yang sama.

11
Rajah 1
(a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.


[1markah]

(b) Nyatakan hubungan antara kualiti tanah dan bilangan daun anak pokok.

..


[1markah]

Bilangan anak benih juga mempengaruhi ketinggian anak


pokok

(c) Nyatakan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang terdapat


dalam pernyataan.


[1markah]

2. Rajah 2 menunjukkan dua keping papan P dan Q yang mempunyai berat dan saiz yang
sama. Papan P dan Q diletakkan di atas bilangan pengguling yang berbeza dan di tolak
dengan menggunakan kekuatan daya yang sama.

P
Q
Keputusan penyiasatan itu ditunjukkan dalam Jadual
1.

Papan Jarak yang dilalui (m )


P 2
Q 4
Jadual 1

(a) Apakah corak perubahan jarak yang dilalui oleh papan apabila bilangan
pengguling bertambah?

..

12
[1markah]

(b) Nyatakan
( i) apa yang diperhati (pembolehubah bergerakbalas) dalam penyiasatan ini.

(ii) apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini.

..
[2 markah]

(c) Ramalkan jarak yang dilalui jika lima pengguling digunakan.


[1markah]

3. Jadual 2 menunjukkan kuantiti bahan buangan kilang dari bulan Januari


hingga Jun di sebuah kawasan perindustrian.

Bulan Jan Feb Mac Apri Mei Jun


l
Kuantiti bahan 10 15 22 31 42 55
buangan(tan)

Jadual 2

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini ?


[1markah]

(b) Berikan dua sebab (inferens) untuk peningkatan kuantiti bahan buangan kilang.

1.

2...
[2 markah]

(c) Apakah yang diperhati (pembolehubah bergerakbalas) dalam penyiasatan ini?

13
..
[1markah]

4. Rajah 3 menunjukkan graf jisim sotong yang ditangkap dalam satu bulan
mengikut Takwim Qamari.

Jisim sotong
Yang
ditangkap(kg)

Tarikh mengikut
Takwim Qamari

Rajah 3
(a) Berikan satu sebab (inferens) tentang jisim sotong ditangkap pada 16 hb Takwim
Qamari.

.
[1 markah]
(b) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens ) di 4(a).

.
[1 markah]

(c) Apakah corak perubahan jisim sotong ditangkap apabila tarikh Takwim Qamari
bertambah?

.
[1 markah]

(d) Ramalkan jisim sotong ditangkap pada tarikh 17hb Takwim Qamari.

.
[1 markah]
(e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan ini?

...


[1 markah]

14
5. Dua buah jambatan dibina menggunakan kadbod yang serupa. Didapati jambatan P dapat
menampung dua buah buku manakala jambatan Q dapat menampung tujuh buah buku
seperti dalam Rajah 4.

P Q
Rajah 4
(a) Apakah tujuan penyiasatan ini ?

...


[1 markah]
(b) Nyatakan
( i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini.

( ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerakbalas) dalam penyiasatan ini.

.
[2 markah]

Kestabilan sesebuah binaan dipengaruhi oleh keluasan tapak


binaan

(c) Nyatakan satu hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terdapat
di dalam pernyataan di atas.


[1 markah]

15
SET 4
Bahagian B
[20 markah]

1.Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid. Tiga ekor
kumbang telah dimasukkan ke dalam tiga buah bekas W, X dan Y.

Penutup

W X Y

Rajah 1
Jadual 1 di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan.

Kumbang Keadaan Kumbang


2 jam 4 jam 6 jam 8 jam 10 jam 12 jam 14 jam 16 jam
W X
X X X X
Y X X X X X X

Jadual 1
(a) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang keadaan kumbang dalam bekas Y.

...


[1 markah]

(b) Cadangkan satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di 1(a).

..
[1 markah]

(c) Dalam satu penyiasatan yang lain, kumbang yang dimasukkan ke dalam bekas Z
mengambil masa 9 jam untuk mati. Ramalkan saiz bekas Z.

16
[1 markah]

Jumlah oksigen dalam sebuah bekas memberi kesan kepada masa untuk
haiwan mati

(d) Tulis satu hubungan (hipotesis) yang boleh mengaitkan di antara dua pemboleh ubah
yang terdapat dalam pernyataan di atas.


[1 markah]

2. Sekumpulan murid Tahun 6 ingin menyiasat tentang gerakan dua buah kereta. Kereta P
dan kereta Q dilepaskan pada masa yang sama. Rajah 2 menunjukkan maklumat yang
diperolehi daripada penyiasatan itu.

MULA TAMAT

Q P
Masa = 15 minit
Pemerhatian: Kereta P telah bergerak lebih jauh daripada
Kereta Q
Rajah 2
(a) Nyatakan

(i) apa yang diperhati (pemboleh ubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini,

(ii) apa yang ditetapkan (pemboleh ubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini.


[1 markah]

(b) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang perbezaan jarak antara kereta P dan kereta Q.

17

[1 markah]

(c) Apakah kesimpulan yang boeh dibuat berdasarkan sebab yang kamu nyatakan di 2(b).


[1 markah]

3. Rajah 3 menunjukkan jumlah logam dan plastik yang digunakan untuk membuat sejenis
barang keperluan kanak-kanak di sebuah kilang dari 1970 hingga 2010.
Jumlah bahan yang digunakan
(kg)

Tahu

Rajah 3 Logam

Plastik

(a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.


[1 markah]

(b) Apakah tujuan penyiasatan ini?


[1 markah]

(c) Apakah corak perubahan jumlah penggunaan plastik dan logam sepanjang penyiasatan ini
dijalankan?

18

[1 markah]

(d) Apakah hubungan di antara jumlah penggunaan bahan plastik dan jumlah penggunaan
bahan logam dalam penyiasatan ini?


[1 markah]

4.Rajah 4 di bawah menunjukkan perubahan peringkat gerhana Matahari yang dirakam oleh
seorang pengkaji dan laporan kajiannya di rekodkan dalam catatan di bawah.

Rajah 4

Catatan:
P pada jam 11.20 pagi kelihatan gerhana Matahari mula membentuk. Q pada jam 11.30 pagi
saiz Matahari yang dapat dilihat semakin berkurang. R pada jam 11.40 pagi kejadian gerhana
berlaku sepenuhnya. Pada jam 11.50 pagi di kedudukan S saiz Matahari yang dapat dilihat
bertambah. Pada jam 12.00 tengah hari di kedudukan T hampir keseluruhan Matahari dapat
dilihat.

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?


[1 markah]

(b) Apakah corak perubahan saiz Matahari yang kelihatan sepanjang tempoh penyiasatan ini?


[1 markah]

(c) Ramalkan situasi yang dapat dilihat di Bumi pada jam 1.00 petang.

19
[1 markah]

(d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dalam penyiasatan ini.


[1 markah]
5. Sekumpulan guru dari Sekolah Seri Mawar membuat penyiasatan tentang
penggunaan kalkulator. Setiap murid dalam satu kelas diberi dua set kertas soalan
Matematik yang sama tahap kesukarannya. Satu set soalan dijawab dengan
menggunakan kalkulator dan satu set soalan lagi tanpa menggunakan bantuan
kalkulator. Hasil yang didapati, murid lebih cepat menyiapkan pengiraan dengan
bantuan kalkulator berbanding tanpa penggunaan kalkulator.

(a) Nyatakan

(i) apa yang diubah (pemboleh ubah yang dimanipulasi) dalam penyiasatan ini.

(ii) apa yang diperhati (pemboleh ubah yang bergerakbalas) dalam penyiasatan ini.

(iii) apa yang ditetapkan (pemboleh ubah yang dimalarkan) dalam penyiasatan ini.


[3 markah]

(b) Apakah hubungan di antara dua pemboleh ubah yang dikumpulkan dalam penyiasatan
ini?


[1 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

SET 5
Bahagian B
[ 20 markah ]

20
1. Rajah 1 menunjukkan satu kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan murid tentang
hubungan makanan dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Rajah 1
Jadual 1 di bawah menunjukkan keputusan yang mereka perolehi.

Bulan Bilangan burung Bilangan Tikus


hantu

Januari 0 15

Februari 1 10

Mac 2 5

Jadual 1

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?


[1markah]

(b) Nyatakan satu sebab (inferens) berdasarkan pemerhatian tentang perubahan bilangan
tikus sepanjang 3 bulan penyiasatan itu.


[1markah]

(c) Nyatakan satu pemerhatian yang dapat menyokong jawapan di 1 (b)?


[1markah]

21
Bilangan ular juga mempengaruhi hasil kelapa sawit

(d) Nyatakan satu hubungan (hipotesis) di antara dua maklumat yang dikumpulkan
berdasarkan pernyataan di atas.


[1markah]

2. Rajah 2.1 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh Afina dan rakannya untuk
melihat perubahan suhu air.

Rajah 2.1

Rajah 2.2 menunjukkan keputusan yang diperolehi dari penyiasatan yang


di jalankan.
Suhu air

Masa (minit)

Rajah 2.2

(a) Nyatakan satu sebab tentang perubahan suhu air selepas minit yang ke 15?

22

[1 markah]

(b) Tuliskan satu pemerhatian lain untuk menyokong sebab (inferens) di 2(a)


[1 markah]

(c) Nyatakan corak perubahan suhu air sepanjang penyiasatan ini .


[1 markah]

(d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini ?


[1 markah]

3. Fahmi telah menjalankan satu penyiasatan ke atas bahan yang berbeza dengan
menggunakan kertas litmus biru dan merah untuk menguji tentang sifat kimia bahan.
Rajah 3 menunjukkan laporan penyiasatan yang dicatatkan dalam buku Sains Fahmi.

Kumpulan X Kumpulan Y

Limau Asam jawa Cuka


Peria Syampu Sabun

Pemerhatian ke atas kertas litmus: Pemerhatian ke atas kertas litmus:

Biru Merah Biru Biru


Merah Merah Merah Biru

Sifat Kimia Bahan: Sifat Kimia Bahan:


Berasid Beralkali

Rajah 3

(a) Nyatakan satu pemerhatian lain yang dapat menyokong keputusan yang diperolehi oleh
Fahmi.

23

[1 markah]

(b) Fahmi meneruskan penyiasatan dengan menguji satu bahan Q. Didapati kertas litmus
merah telah bertukar menjadi biru. Ramalkan bahan Q.


[1markah]

(c) Nyatakan satu maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini?

..
[ 1 markah]

(d) Apakah hubungan di antara sifat kimia bahan dengan pemboleh ubah yang diperhatikan
(pemboleh ubah bergerakbalas) dalam penyiasatan ini?


[1 markah]

4. Jadual 2 menunjukkan keputusan penyiasatan sekumpulan murid tentang panjang


bayang-bayang sebatang kayu yang dipacakkan di tengah padang.

Masa Panjang bayang-bayang (cm)

8.30 a.m 60

10.30 a.m 30

12.30 p.m 0

2.30 p.m 30

Jadual 2

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

24

[1 markah]

(b) Nyatakan

(i) apakah yang perhatikan ( pemboleh ubah bergerak balas ) dalam penyiasatan ini,

(ii) apakah yang ditetapkan (pemboleh ubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini.


[2 markah]

(c) Nyatakan corak perubahan panjang bayang-bayang apabila masa bertambah.


[1 markah]

(d) Ramalkan panjang bayang-bayang pada pukul 4.30 petang.


[1 markah]

5. Rajah 5 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid mengenai
bilangan guli yang diperlukan untuk mengangkat batu apabila menggunakan bilangan takal yang
berlainan.

Rajah 5

Jadual 3 menunjukkan keputusan kajian.

Takal P Q

Bilangan guli 25 15

25
Jadual 3

(a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.


[1 markah]

(b) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan ini ?


[1 markah]

(c) Nyatakan satu pemboleh ubah yang disamakan (dimalarkan) dalam penyiasatan ini.


[1 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

SET 6

Bahagian B
[ 20 markah ]

26
1. Adam menjalankan penyiasatan untuk mengkaji keadaan dua batang pokok orkid X dan
Y yang sama spesies tetapi dalam pasu yang berbeza.Rajah 1 menunjukkan keadaan
pokok orkid yang dilukis oleh Adam dalam laporan amali Sainsnya.

Orkid X
Orkid Y

Rajah 1

(a) Beri satu sebab (inferens) untuk perbezaan keadaan orkid X dan orkid Y.


[1 markah]
(b) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di 1 (a).

.................................
[1 markah]

(c) Cadangkan satu kesimpulan berdasarkan daripada sebab di 1(a).

................................
[1 markah]

Saiz tumbuhan bergantung kepada kualiti baja yang diberi.

27
(d) Berdasarkan pernyataan di atas,nyatakan satu hubungan di antara saiz tumbuhan dengan
kualiti baja yang diberi.

..................................

..
[1 markah]

2. Rajah 2 menunjukkan corak perubahan suhu air dalam masa 40 minit.

Suhu (0C)

Masa(minit)

Rajah 2

(a) Apakah corak perubahan suhu air dari minit ke 12 hingga ke minit yang ke 40?

..
[1 markah]

(b) Apakah yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini.

.................................
[1 markah]

(c) Apakah sebab (inferens) tentang perubahan suhu air untuk 12 minit yang pertama?

28
..
[1 markah]

(d) Apakah tujuan penyiasatan ini?

..
[1 markah]

3. Rajah 3 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid untuk
menguji pengaratan paku tekan.Radas itu dibiarkan selama seminggu.

Kalsium Air
Paku Klorida paip
tekan kontang

Paku
tekan
Rajah 3

Keputusan penyiasatan itu ditunjukkan dalam Jadual 1.

Tabung uji Pemerhatian pada paku tekan


W Berkarat
X Tidak berkarat
Y Berkarat

Jadual 1
(a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

1.

2. .
[1 markah]

(b) Berikan satu sebab tentang paku tekan dalam tabung uji X.

29
.
[1 markah]

(c) Apakah tujuan penyiasatan ini?


[1 markah]

(d) Apakah kesimpulan yang boleh kamu buat berdasarkan penyiasatan ini?


[1 markah]

Jadual 2 menunjukkan saiz empat buah planet luar dalam Sistem Suria dan perbandingan
berat objek di setiap planet.

Planet Saiz (Juta km diameter) Berat (kg)


Pluto 2 274 2
Neptun 48 600 67
Zuhal 120 660 69
Musytari 142 729 158
Jadual 2

(a) Apakah corak perubahan berat objek itu apabila saiz planet berkurang?

...
[1 markah]

(b) Nyatakan satu hubungan (hipotesis) antara pembolehubah yang diubah (dimanipulasi)
dengan pembolehubah yang diperhatikan (pembolehubah bergerakbalas), yang boleh
dibuat dalam penyiasatan ini.

30
[1 markah]

(c) Ramalkan kedudukkan planet X jika berat objek ialah 68 kg.


[1 markah]

Saiz planet juga mempengaruhi daya tarikan graviti.

(d) Nyatakan satu hubungan di antara dua maklumat yang dikumpul berdasarkan
pernyataan di atas.


[1 markah]

4. Rajah 4 menunjukkan satu penyiasatan tentang dua keping landasan yang diletakkan
di atas dua buah kotak yang sama jaraknya antara satu sama lain.Landasan-landasan
itu dari jenis yang sama.Landasan J lebih nipis berbanding landasan K.Seorang lelaki
berjalan di atas kedua-dua landasan.

Landasan J
Landasan K

31
1 meter 1 meter
Rajah 4

Keputusan penyiasatan ditunjukkan dalam Jadual 3.

Landasan J K
Kekuatan Patah Tidak patah

Jadual 2
(a) Nyatakan;
(i) apakah yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini,

..
(ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini,


(iii) apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini,

.
[3 markah]
(b) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?


[1 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

SET 7
Bahagian B
[20 markah]
Jawab semua soalan

1. Hanis telah menjalankan satu penyiasatan ke atas dua ekor kucing X dan Y. Jadual 1
menunjukkan maklumat yang diperolehinya selepas 5 bulan penyiasatan dijalankan.

Kucing Selepas 5 bulan

32
X
X

Y Y

Jadual 1
(a) Nyatakan dua sebab(inferens) tentang perbezaan antara kucing X dan kucing Y selepas 5
bulan.

1.

2.


[2 markah]

(b) Cadangkan satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di 1(a).


[1 markah]

Makanan yang dimakan oleh kucing menyebabkan berlakunya beberapa


perubahan kepada kucing.
Kualiti makanan memberi kesan kepada saiz kucing dan keaktifan kucing.

(c) Tulis satu hubungan(hipotesis) yang boleh mengaitkan di antara dua pembolehubah yang
terdapat dalam pernyataan di atas.

33
.
[1 markah]

2. Sekumpulan murid Tahun 6 ingin menyiasat tentang gerakan objek.Rajah 1 menunjukkan


maklumat yang diperolehi daripada penyiasatan itu.

MULA TAMAT

Q P
Masa = 15 minit

Pemerhatian: Kereta P telah bergerak lebih jauh daripada


Kereta Q
Rajah 1

(a) Nyatakan;

(i) apa yang diperhati (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini.

(ii) apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini.


[2 markah]

(b) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang perbezaan jarak antara kereta P dan kereta Q.

..

.
[1 markah]

(c) Apakah kesimpulan yang boeh dibuat berdasarkan sebab yang kamu nyatakan di 2(b).

34

[2 markah]

3. Rajah 2 menunjukkan peratus logam dan plastik yang digunakan untuk membuat sejenis
barang keperluan kanak-kanak di sebuah kilang dari 1950-an hingga 1990-an.

Peratus yang

Baha
n
Rajah 2

(a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

.
[1 markah]

(b) Aapakah tujuan penyiasatan ini?

..
[1 markah]

(c) Apakah corak perubahan peratus penggunaan plastik dan logam sepanjang penyiasatan
ini dijalankan?

..

35
[1 markah]

(d) Apakah hubungan diantara peratus penggunaan bahan plastik dan peratus penggunaan
bahan logam dalam penyiasatan ini?

..

.
[1 markah]

4. Rajah 3 di bawah menunjukkan perubahan gerhana Matahari yang dirakam oleh seorang
pegkaji dan laporan kajiannya di rekodkan dalam catatan di bawah.

Rajah 3

Catatan:

P pada jam 3.20 petang kelihatan gerhana Matahari mula membentuk. Q pada jam 3.30
petang kejadian gerhana semakin banyak. R pada jam 3.40 kejadian gerhana berlaku
sepenuhnya. Pada jam 3.50 kedudukan S kejadian gerhana mula hilang. Pada jam 4.00
petang Matahari kembali kepada bentuk asal.

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?


[1 markah]

(b) Apakah corak perubahan saiz matahari yang kelihatan sepanjang penyiasatan ini?


[1 markah]

(c) Ramalkan apa yang dapat dilihat selepas jam 4.00 petang pada hari kajian di atas dijalankan.

36
.
[1 markah]

(d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dalam penyiasatan ini.

..

.
[1 markah]

5. Sekumpulan guru dari sekolah P membuat penyiasatan tentang penggunaan mesin


pengiraan. Setiap murid dalam satu kelas diberi dua set kertas soalan matematik yang
tahap kesukarannya sama. Satu set soalan dijawab dengan menggunakan mesin pengiraan
dan satu set soalan lagi tidak menggunakan bantuan mesin pengiraan. Hasil yang
didapati, murid lebih cepat menyiapkan pengiraan dengan bantuan mesin pengiraan
berbanding tanpa penggunaan mesin pengiraan.

(a) Nyatakan

(i) apa yang diubah (pembolehubah yang dimanipulasi) dalam penyiasatan ini.

(ii) apa yang diperhati (pembolehubah yang bergerakbalas) dalam penyiasatan ini.

(iii) apa yang ditetapkan(pembolehubah yang dimalarkan) dalam penyiasatan ini.

..
[3 markah]

(b) Apakah hubungan diantara dua pembolehubah yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini?

.
[1 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

37
38

Anda mungkin juga menyukai