Anda di halaman 1dari 8

KEJOHANAN BOLA SEPAK

9 SEBELAH

ANJURAN :
Sekolah dan
Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG)

TARIKH :

18 19 Julai 2009

HARI :
Sabtu - ahad

TEMPAT :
PADANG BOLA SEPAK KG Terusan Baru
PENGENALAN

Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah (Piala ADUN) anjuran PIBG SK Terusan Baru
merupakan acara tahunan yang mempunyai matlamat dan sasaran yang tertentu
bagi mengeratkan hubungan yang lebih erat antara para peserta.

MATLAMAT

1. Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di


kalangan peserta.

2. Membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan menunjukkan


disiplin yang tinggi.

OBJEKTIF

I . Mengumpul dana untuk mengisi tabung PIBG Sk Terusan Baru.

ii. Mengumpul dana untuk membaiki Jeti sekolah yang telah rosak dan
membina

Papan Tanda Sekolah (Gerbang Sekolah).

iii. Mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak sekolah dengan penduduk

kampung dan juga masyarakat setempat serta wakil Rakyat Zon


Sekong.

iv. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan masyarakat setempat.

SASARAN

Masyarakat setempat.

TARIKH

18 Julai 2009 19 Julai 2009


AHLI JAWATANKUASA

1. Pengerusi :

EN. HUSIN ABDULLAH

Guru besar

2. Penganjur :

EN . LATIFF IBRAHIM BIN KARIM

Yang Di-Pertua PIBG Sk Terusan baru

3 Penyelaras :

EN. Huszarudin Bin Haji Hussin

4. Setiausaha :

EN. MOHD ZAINI BIN SAID

5. Bendahari :

CIK. HAISA ABD HAKIM

6. AJK Sukan ;

EN. JULKPLI BIN ANDUL

EN. AHMAD KHUZAIRI BIN NAWANG

ADAM BIN ABDULLAH

MOHD. ZAMRI BIN ABD GHANI

7. Peralatan dan P.A Sistem

EN. SYED MOHD KHAIRUDIN SYED OMAR

8. Juruhebah :

EN. SUFIAN BIN SHAH ARIFFIN

9. AJK Hadiah :

CIK SUGIYATI HJ SALIM SELAMAT


10. AJK Makanan ;

PN. HAISA ABD HAKIM

ANGGARAN PERBELANJAAN
SUKAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
PIALA MERDEKA

BIL SENARAI BARANG KUANTITI JUMLAH HARGA


BAJU JERSI BERSAMA
01 15 RM500.00
NOMBOR
02 BOLA SEPAK 2 RM120.00

03 PIALA PUSINGAN 1 RM600.00

04 PIALA UNTUK JOHAN 1 RM300.00

05 PIALA NAIB JOHAN 1 RM200.00

06 PIALA TEMPAT KE-3 1 RM180.00

JOHAN = 12
07 TROPI N.JOHAN = 12 RM144.00
KE-3 = 12

08 PENJARING TERBANYAK 1 RM20.00

09 PENJAGA GOL TERBAIK 1 RM20.00

10 PASUKAN TERBAIK 1 RM30.00

11 JUMLAH RM2,114.00

Disediakan oleh Disahkan oleh

. .

(HUSZARUDIN BIN HAJI HUSSIN) (HUSIN ABDULLAH)

Penyelaras BS9 Guru Besar


Sk Terusan Baru Sk Terusan Baru

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

BOLA SEPAK 9 SEBELAH

1. PENGANJUR KEJOHANAN
Kejohanan ini dianjurkan oleh guru-guru Sk Terusan Baru bersama PIBG sekolah.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang (FIFA), FAM, Peraturan Am Bola
Sepak 9 Sebelah dan mengikut Perubahan Daripada Penganjur.

3. PEMBENTUKAN PASUKAN
Tiap-tiap pasukan mestilah mengandungi tidak lebih daripada 12 orang pemain iaitu
9 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan.

4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem Pertandingan dijalankan secara Double Knockout dan Penalti Sudden
Death diberikan apabila keputusan Seri

5. MASA PERMAINAN
Tempoh masa ialah 10 minit bagi setiap separuh masa perlawanan (20 minit
perlawanan).

6. PAKAIAN
Semua pemain dimestikan memakai Pakaian yang lengkap dan jersi mestilah
bernombor.

7. KELEWATAN
Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15 minit lebih awal sebelum masa
yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut.

Hanya 5 minit masa diberikan kepada pasukan yang lewat . Selepas tamat masa yang
diberikan, pasukan itu dikira kalah dengan jaringan 2-0.

Tidak boleh kurang daripada 7 orang pemain di dalam padang. Jika kurang, pasukan itu
dikara kalah.

8. KETENTERAMAN PEMAIN
Tiap-tiap pasukan yang ramai penyokong hendaklah menjaga ketenteraman
penyokong mereka. Jika didapati sama ada pengurus, pemain dan penyokong mereka
menimbulkan pergaduhan, maka secara automatik pasukan berkenaan disingkirkan
dari pertandingan.

Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan


atau kematian sama ada sebelum, semasa atau selepas pertandingan.
9. PERUBAHAN TARIKH PERLAWANAN

Jawatankuasa penganjur berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh


perlawanan yang telah ditetapkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak
dapat dielakkan.

10. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi perkara yang tidak dinyatakan pihak penganjur berhak untuk membuat

keputusan dan keputusan adalah muktamad (Penganjur dan Pengadil).

Sebarang bantahan hendaklah membayar RM100.00 dan jika bantahan tidak


munasabah wang tidak akan dikembalikan.

11. TEMPAT DAN TARIKH PERLAWANAN


Sepanjang perlawanan diadakan di Padang Kg Terusan Baru Sandakan

Kejohanan diadakan pada 18 - 19 Julai 2009 (Sabtu-Ahad)

12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN CABUTAN UNDI

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Julai 2009 (Khamis)

Cabutan undi dijalankan pada 17 Julai 2009 (Jumaat) jam 4.00 petang di

Sk Terusan Baru Sandakan

13. YURAN PENYERTAAN


Yuran penyertaan ialah sebanyak RM70.00 sahaja bagi satu pasukan dan borang
penyertaan perlu diserahkan bersama.

14. HADIAH
JOHAN : PIALA PUSINGAN, PIALA JOHAN DAN 12
TROPI & JERSI 1 SET

N. JOHAN : SEBUAH PIALA DAN 12 TROPI & SEBIJI BOLA

KETIGA : SEBUAH PIALA DAN 12 TROPI

KEEMPAT : HAMPER

PASUKAN TERBAIK PENJARING TERBANYAK PENJAGA GOL


TERBAIK

15. BORANG PENYERTAAN


Borang Penyertaan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :
1. EN HUSIN BIN ABDULLAH 0198589604
2. EN HUSZARUDIN BIN HAJI HUSSIN 0137144438
3. EN MOHD ZAINI SAID 0198718759
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH

NAMA PASUKAN : _________________________________________________

PENGURUS : _________________________________________________

NO. TELEFON ; _________________________________________________

SENARAI PEMAIN NO JERSI

1. _____________________________________________ ____________________

2. _____________________________________________ ____________________

3. _____________________________________________ ____________________

4. _____________________________________________ ____________________

5. _____________________________________________ ____________________

6. _____________________________________________ ____________________

7. _____________________________________________ ____________________

8. _____________________________________________ ____________________

9. _____________________________________________ ____________________

10. _____________________________________________ ____________________

11. _____________________________________________ ____________________

12. _____________________________________________ ____________________

Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak


RM70.00. kami adalah bersetuju dengan syarat-syarat kejohanan
yang telah ditetapkan. Kami juga tidak akan membuat sebarang
tuntutan ganti rugi kepada pihak penganjur di atas kecederaan,
kemalangan mahupun kematian sebelum, semasa mahupun
selepas pertandingan dijalankan.

Tandatangan Pengurus
. Tarikh ;

( )

Anda mungkin juga menyukai