Anda di halaman 1dari 21

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

B
Baabb 77::
P
Paauulloo FFrreeiirree ddaann V
Viivveekkaannaannddaa

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:


Memerihal latarbelakang Paulo Freire
Menilai pandangan Freire tentang peranan pendidikan
Jelaskan kurikulum yang dicadangkan oleh Freire
Menganalisis pendapat Vivikananda tentang matlamat pendidikan
Menilai cadangan Vivikananda tentang kurikulum

Bab 1:
Pengenalan
Chapter Outline
Tak
Bab 2:
7.1 Siapakah Paulo Freire? Perspektif Awal Tentang Kurikulum
7.2 Pandangan Freire tentang pendidikan
7.3 Kurikulum menurut Freire Bab 3:
7.4 Kaedah mengajar menurut Freire Confucius dan Mencius
7.5 Siapakah Vivekananda?
7.6 Matlamat pendidikan menurut Bab 4:
Vivekananda Al-Farabi dan Ibnu Sina
7.7 Kurikulum menurut Vivekananda
Bab 5:
Socrates, Plato & Aristotle
Ringkasan Bab 6:
References Jean Rousseau & John Locke

Bab 7:
Paulo Freire dan Swami Vivekananda

Bab 8:
Rabindranath Tagore and Froebel

Bab 9:
Kemahiran Abad ke21

Bab ini membincang hujah-hujah yang dikemukakan oleh dua ahli falsafah tentang
pendidikan; iaitu, Paulo Freire dan Swami Vivekananda. Freire yang berasal daripada
Brazil menekankan pentingnya pendidikan membawa kesedaran di kalangan golongan
miskin tentang masalah yang dihadapi. Vivekananda yang berasal daripada India
menegaskan pentingnya melahirkan kebolehan yang sedia ada pada individu. Beliau
menyenarakan beberapa peranan guru dan pentingnya golongan miskan dan kaum wanti
diberi peluang pendidikan.

1
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

7.1 SIAPAKAH PAULO FREIRE?

Paulo Freire dilahirkan di Recife, di


Brazil, Amerika Selatan pada 19
September, 1921. Pada ketika itu Brazil
adalah mundur.

Dia bersama adiknya dididik untuk


mengikuti agama Katolik secara
traditional oleh ibu mereka. Bapa beliau
meninggal dunia ketika dia berumur 13
tahun. Ibunya berjaya memujuk sebuah
sekolah menengah swasta di Recife
menerima anaknya sebagai pelajar dan
diberi biasiswasa.

Oleh kerana Freire datang daripada


keluarga berpendapatan rendah, beliau
Paulo Freire (1921 1997)
menghadapi kesulitan menyesuaikan diri
bersama pelajar-pelajar lain daripada
golongan kaya. Di antara 1928 hingga 1932, dunia menghadapi krisis ekonomi yang
sungguh teruk. Keluarga Freire berpindah ke Jaboato kerana ia lebih murah dan tidak
mampu terus bermaustatin di Recife. Oleh demikian, Freire telah kehilangan dua
tahun sekolah menengah. Beliau dianggap sebagai pelajar sederhana sehingga tamat
sekolah menengah.

Di Jaboato, Freire mula sedar tentang dunia sekeliling dan sungguh prihatin tentang
kemiskinan penduduk tempatan. Contohnya, terdapat ramai orang yang tidak cukup
makan dan ada pula yang kebuluran.

Pada umur 20 tahun, Freire mempelajari undang-undang tetapi pengajiannya


terkandas akhibat kemiskinan dan terpaksa mencari kerja untuk membantu
keluarganya. Ketika mengikuti program undang-undang, beliau menguasai tatabahasa
Protugis serta mempelajari falsafah dan sosiologi bahasa.

"I spelled rat with two 'rs' (i.e. rrat) until I was fifteen.

Pada tahun 1944 beliau berkhawin dengan Elza Maia Costa Oliveira, seorang guru
sekolah rendah. Freire mula bekerja sebagai peguam tetapi telah menamatkan bekerja
sebagai peguam sebelum membela kliennya yang pertama, seorang doktor gigi. Lihat
perbualan di bawah dengan isterinya.

2
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Frerie: "You know what, I'm not going to be a lawyer."


Elza: "I was hoping for that. You're an educator"

(source: Pedagogy of Hope, p. 17).

Isterinya mempunyai pengaruh yang nyata dalam kehidupan Freire serta penglibatan
beliau dalam pendidikan. Pada tahun 1957, Freire telah dilantik sebagai Pengarah
Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di Pernambuco. Tesis beliau bertajuk
Pendidikan Dewasa dan Masyarakat Terpinngir: Masalah Mocambos ( Education of
Adults and Marginal Populations: the Mocambos Problem) yang dibentangkan dalam
susatu Persidangan Pendidikan, memberi tumpuan kepada kehidupan seharian pelajar.

Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa


mereka mengikuti sesuatu. Ini berbeza dengan masayarakat Brazil yang autokratik,
mengamal diskriminasi dan elitist selama berabad-abad memperhambakan kaum
miskin. Dua tahun kemudian beliau dilantik sebagai Profesor Sejarah dan Falsafah
Pendidikan di Sekolah of Seni Halus, Universit Recife.

Selain daripada kegiatan akademik dan pentadbiran, Freire giat terlibat dengan
pergerakan pendidikan untuk rakyat jelata pada awal tahun 1960-an. Yang paling
tereknal ialah Gerakan Kebudayaan Popular (Movement for Popular Culture) di
Recife.

Beliau mengetuai kempen literasi yang


dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh
Belajar Membaca" (Bare feet can also
learn to read) di daerah Rio Grande di
Norte. Freire mencuba kaedah mengajar
dikalangan 300 petani tebu (Lihat Rajah
7.1).

Rajah 7.1: Kempen membaca The


"Bare feet can also learn to read"

Apabila eksperimen telah beliau berjaya, Freire telah dijemput oleh Presiden Joao
Belchior Goulart untuk melaksanakan kempen literasi di seluruh negara. Program ini
melibatkan 5 juta dewasa yang buta huruf. Pada mas itu, di Barazil hanya individu
yang kenal huruf dibenarakan mengundi. Ini telah menghadkan bilangan orang yang
boleh mengundi dan secara tak langusung mengekalkan kuasa di kalangan segelintir
tuanpunya tanah. Kini kedudukan dan kuasa tuanpunya tanah mula terancam dengan
penambahan bilangan kaum tani yang mempunyai kuasa dan hak mengundi.

3
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Bagaimana pun, program mendidik kaum tani terjejas apabila pihak tentera telah
mengambil alih kuasa dengan mengguling kerajaan Preident Joao Belchior Goulart
dan pemerintahan tentera dikenalkan selama 20 tahun.
Freire telah ditangkap dan
dipenjarakan di Olinda dan sekali lagi
Recife selama lebih dua bulan, Beliau
terpaksa memohon perlindungan
politik di kedutaan Bolivia di Rio dan
melarikan diri ke La Paz, Bolivia.
Kemudian, kerana masalah kesihtan,
Beliau berpindah ke Santiago, Chile
(Lihat Rajah 7.2).

Beliau berada di dalam keadaan


buangan di Chile selama hampir 16
tahun di mana beliau bekerja sebagai
seorang pendidik dewasa. Kemudian,
di antara 1969-1970, beliau pergi ke
Harvard University, Massachusetts,
Amerika Syarikat. Setahun kemudian
Freire berpindah ke Geneva,
Switzerland hingga 1979. Beliau
bekerja dan mengembara di bawah
naungan Majlis Gereja Sedunia
(World Council of Churches) sebagai
duta literasi Dunia Ketiga. Rajah 7.2: Peta Amerika Syarikat

Freire telah mengembara ke merata dunia, berdialog dan memberi syarahan tentang
idea dan pengalaman beliau di dalam seminar, persidangan dan kongres. Beliau juga
menjadi penasihat kepada kerajaan-kerajaan yang memberontak di Afrika, Amerika
Tengah dan Caribbean.

Freire kembali ke Brazil pada tahun 1980 dan dilantik sebagai profesor di Catholic
University of Sao Paulo. Kemudian beliau dijemput memegang jawatan sebagai
Setiausaha Perbandaran Pendidikan dalam pentadbiran Datuk Bandar Luiza Erundina.
Beliau memperkenalkan suatu model pendidikan untuk tadikda dan skeolah di
kawasan-kawasan miskin yang melibatkan kira-kira sejuta kanak-kanak. Beliau juga
memperkenalkan program baru untuk mempertingkatkan tahap literasi dikalangan
dewasa yang miskin.

Freire meninggal dunia pada tahun 1977 pada usia 75 tahun akhibat serangan jantung.
Sepanjang hayatnya, Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk
membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi.

AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Perihalkan riwayat hidup Paulo Freire
b) Apakah keadaan masyrakat Brazil ketika itu?
c) Bagaimana Freire cuba menyelesaiakn masalah
masyarakay Brazil?
4
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

HASIL KARYA FREIRE

Pedagogy of the Oppressed (Pedagogi Orang Terdindas)


ialah buku yang diterbitkan pada tahun 1972 dan
merupakan karya beliau yang paling terkenal. Dalamnya
diperkenalkan konsep perbankan (banking concept)
yang mengandaikan pelajar sebagai tin kosong dan ilmu
dicurahkan ke dalam.

Beliau menentang sistem pendidikan yang


menganggap manusia sebagai objek atau alat.

Beliau berhujah bahawa pendidikan harus


merupakan suatu eksplorasi budaya dengan
bertumpu mempelajari budaya sendiri.

Tugas pendidikan ialah untuk membebaskan rakyat


daripada keadaan kemiskinan.

Pedagogy of Hope (Pedagogi Harapan) ialah sebuah buku yang diterbitkan Freire
pada tahun 1992. Dalam buku ini, beliau berhujah bahawa tanpa harapan, kita mudah
putus asa dan tidak boleh mula berjuang untuk menukar keadaan. Walau
bagaimanapun, hanya mempunyai harapan tidak mencukupi kerana perlu diikuti
dengan tindakan

Adalah tidak mencukupi hanya menyampaikan ilmu (transmit knowledge)


tetapi pelajar perlu digalakkan untuk bertanya "kenapa" tentang fakta-fakta
ekonomi, sosial, politik, ideologi dan sejarah yang disampikan.

Pelajar perlu diajar untuk belajar (learn how to learn)

Pelajar perlu diajar tentang budaya mereka. Walau bagaimanapun, mereka


tidak boleh berfikiran sempit tetapi mempunyai perspektif global.

Buku-Buku Lain

The Politics of Education: Culture, Power, and Liberation diterbitkan pada


1985.

Literacy: Reading the Word & the World. (1987). Boston, Massachusetts:
Bergin & Garvey Publishers.

Pedagogy of the City. (1993). New York: Continuum Press.

5
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Letters to Cristina: Reflections on My Life and Work. (1996). New York:


Routledge.

Pedagogy of the Heart. (1997). New York: Continuum Press.

Teachers as Cultural Workers. Letters to those Who Dare to Teach (1997).


Boulder, CO: Westview Press.

7.2 PENDIDIKAN MENURUT PAULO FREIRE

Beliau sangat mengambil berat tentang rakyat yang miskin dan buta huruf negara
yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan. Beliau mahu orang-orang yang
terpinggir ini dididik; untuk memberi kuasa kepada mereka supaya mereka dapat
mengambil bahagian dalam proses demokrasi.

Freire berpegang kepada perspektif REKONSTRUKTIVISME yang melihat


peranan pendidikan sebagai mendidik individu untuk mengubah masyarakat yang
tidak adil (Kita telah membincang perspektif ini di Bab 2). Pendidikan harus
meningkatkan kesedaran pelajar untuk berfikir secara demokratik dan mempersoalkan
apa sahaja yang mereka belajar.

Kewarganegaraan
Pendidikan boleh diakses oleh golongan miskin dan yang ditindas bukan sahaja di
Brazil tetapi diseluruh dunia. Pendidikan harus mengajar kewarganegaraan. Apakah
kewarganegaraan?

Kewarganegaraan membayangkan kebebasan untuk bekerja,


makan, berpakaian, memakai kasut, tidur di sebuah rumah,
untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga, bercinta, marah,
menangis, untuk membantah, untuk menyokong, untuk
bergerak, menganuti apa jua agama, menyertai apa jua parti,
mendidik diri sendiri dan keluarga.
[Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum
Publishing Corporation, New York, 1972.]

6
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Tolenrasi
Freire inginkan sistem pendidikan mengajar pelajar supaya menjadi lebih toleran.
Apakah tolenrasi?

Tolenrasi memerlukan hormat, disiplin dan etikaTolenrasi ialah


satu sifat mulia yang mengajar kita hidup dengan orang yang
berlainan. Ia mengajar kita mempelajari daripada dan menghormati
perbezaan.

[Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum


Publishing Corporation, New York, 1972. pg. 42]

AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Senaraikan hasil karya Paulo Freire.
b) Apakah yang ditekankan dalam buku Pedagogy of the
Oppressed and Pedagogy of Hope?
c) Apakah implikasi terhadap pendidikan hari ini?

Konsep Perbankan
Freire menentang hebat konsep perbankan dalam pendidikan. Apakah konsep
perbankan? Guru mendeposit ilmu ke dalam sesuatu repositori pengetahuan yang
besar. Pelajar datang ke "bank" atau repositori ilmu untuk mengeluarkan pengetahuan
dan kemahiran yang mereka memerlukan untuk kehidupan seharian (Lihat Rajah 7.3).

Beliau berhujah bahawa ilmu bukanlah sesuatu komoditi yang boleh dipindahkan
daripada guru kepada pelajar. Pelajar perlu membina pengetahuan daripada
pengetahuan sedia ada mereka. Guru-guru mesti belajar bagaimana pelajar memahami
dunia mereka supaya guru memahami bagaimana mengajar pelajar-pelajar mereka.

Guru menyimpan maklumat Pelajar mengeluarkan maklumat

Rajah 7.3 Konsep


perbankan

7
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

......pengajaran bukanlan suatu proses pemindahan pengetahuan daripada


guru kepada pelajar. Pemindahan secara mekanikal wujud apabila
pelajara menghafal, yang saya telah mengkritik.

[Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum Publishing


Corporation, New York, 1972. pg. 22]

[Konsep ini sama seperti diutarakan oleh Socrates dalam Bab 3]

Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar menganalisis


kandungan secara kritis, mereflek apa yang dipelajari dan membina makna baru dari
ilmu yang dipelajari. Pembelajaran ialah satu proses di mana pengetahuan yang
disampaikan kepada pelajar berinteraksi dengan pengetahuan yang disampaikan
melalui kefahaman, perbincangan dan refleksi.

AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Jelaskan konsep pembankan. Mengapakah Freire
menentang konsep pembankan dalam pendidikan?
b) Sejauh manakah sekolah-sekolah di Malaysia
Mengamalkan konsep pembankan?

7.3 KURIKULUM MENURUT PAULO FREIRE

Untuk mengelakkan orang-orang miskin dan buta huruf daripada dimanipulasi oleh
mereka yang berkuasa, Freire mencadangkan bahawa kurikulum mesti datang
secara langsung daripada rakyat dan digubal oleh mereka. Dalam erti kata lain,
kurikulum tidak mesti dipisahkan daripada realiti. Pelajar tidak perlu mempelajari
sesuatu yang tidak berkaitan dengan dunia sebenar mereka dan tidak penting untuk
mereka.

Pengetahuan terdiri daripada kandungan, emosi (perasaan) dan logik (pemikiran) dan
sekolah harus mengaitkan komponen-komponen ini dan tidak memisahkan antara
mereka. Menurutnya,

Pengajaran Bahasa
Menurut Freire, salah satu kesilapan yang sering dilakukan ialah memisahkan
membaca dan menulis.
Bertambah pula, sejak awal lagi, kanak-kanak diajar membaca dan menulis sebagai
terpisah daripada proses pembelajaran umum. Pemisahan ini diamalkan oleh guru dan
juga pelajar secara berterusan.

8
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Pengetahuan harus dianggap sebagai dinamik dan tidak statik, saling berkait dan tidak
terpisah. Pengetahuan tidak sepatutnya diterima oleh golongan miskin dan buta huruf
tanpa penilaian kritis.

METODOLOGI FREIRE MENGKAJI MASALAH MASYARAKAT


Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk membantu
pelajar dewasa (seperti petani, pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang
mereka menghadapi:

1. Mengenal pasti Masalah:


Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah (identification of problems). Untuk
mengenal pasti masalah, pelajar dan guru terlibat dalam membuat penyelidikan
tentang masalah yang telah dikenal pasti. Guru perlu mengetahui latar belakang
pelajar seperti kerja mereka, kehidupan sekolah mereka dan isu-isu yang dihadapi
oleh mereka

2. Menghasilkan Kod
Langkah kedua adalah untuk mewakili
masalah dengan menggunakan kod tertentu
seperti melukis masalah dalam bentuk rajah,
menggunakan objek atau mengadakan
pertunjukan boneka atau puppet show (Lihat
Rajah 7.4). Kemudian guru membincang
bersama pelajar tenatang lukisan atau
pertunjukan boneka dan masalah yang
diwakili. Rajah 7.4 Pertunjukan boneka

3. Pelajar Menceritakan Pengalaman Mereka dengan Masalah yang Dikenal


Pasti
Langkah ketiga, pelajar menghuraikan masalah yang ditunjukkan (lukisan atau
pertunjukan boneka) dalam kumpulan. Mereka diminta mengaitkan pengalaman
mereka dengan masalah.

4. Menganalisis Masalah atau Situasi


Langkah keempat adalah apabila pelajar dan guru bertanya mengapa masalah
berkenaan berlaku dan punca masalah. Masalah dianalisis daripada tiga perspektif:
a) peribadi, b) budaya, & c) institusi.

Kemudian ahli-ahlai diminta melukis 'pokok masalah (Lihat Rajah 7.5).

BATANG mewakili masalah-masalah tertentu (problems) yang telah


dipersetujui ahli kumpulan
DAUN mewakili akibat / kesan (effects) masalah
AKAR mewakili punca (causes) masalah

9
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Rajah 7.5 Pokok Masalah

5. Bertindak dan Mengubah Keadaan:


Langkah terakhir melibatkan kedua-dua pelajar dan guru membincang pelan tindakan
yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah serte merta dan diikuti dengan pelan
tindakan jangka panjang.

KAEDAH LATIHAN LITERASI UNTUK ORANG DEWASA OLEH FREIRE


Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis, Freire memperkenalkan kaedah
pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire".
Berikut adalah langkah-langkah kaedah berkenaan:

Langkah 1: Konteks
Langkah pertama ialah mengkaji konteks atau keadaan sekitar di mana latihan literasi
dikendalikan. Guru meneliti kehidupan orang yang diajar serta bahasa yang
digunakan (seperti kosa kata tempatan) dan masalah yang dihadapi. Temu duga
dilakukan untuk mengetahui keinginan, kekecewaan mereka, dan harapan mereka.

Usaha dilakukan untuk melibatkan rakyat tempatan pada peringkat awal lagi. Freire
menegaskan bahawa bahasa dan perkataan yang digunakan dalam latihan literasi perlu
datang daripada penduduk tempatan dan bukan dari guru.

10
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Langkah 2: Pemilihan Perkataan


Langkah kedua ialah pemilihan 'perkataan generatif'. Menurut Freire, perkataan
adalah "generatif" apabila ia menggalakkan pelajar mempelajari perkataan baru. Tiga
kriteria yang perlu digunakan dalam memilih kata-kata ialah:

1) Perkataan harus mengandungi bunyi asas bahasa Portugis dan Sepanyol


[Portugis adalah bahasa kebangsaan Brazil dan Sepanyol adalah bahasa
kebangsaan jiran-jirannya seperti Bolivia & Mexico).
2) Perkataan-perkataan yang dipilih perlu disusun supaya pelajar mula dengan
mempelajari perkataan dan sebutan yang mudah kepada perkataan dan sebutan
yang lebih kompleks.
3) Perkataan yang dipilih mestilah berguna dalam memahami dan menerangkan
kehidupan seharian, budaya dan politik penduduk tempatan (contohnya
perkataan Portugis vot = undi, favela = setinggan, povo = rakyat)

Langkah 3: Latihan Literasi


Langkah ketiga ialah pelaksanaan latihan literasi
sebenar. Pelajar diperkenalkan kepada perkataan
generatif. Gambar dan ilustrasi digunakan untuk
menjelaskan maksud sesuatu perkataan.

Sesuatu perkataan dipisahkan kepada suku


katanya. Contohnya, perkataan favela yang
bermakna setinggan dipisahkan kepada fa-ve-lah.
Sambil pelajar mengdekod perkataan favela,
mereka juga disedarkan tentang keadaan
setinggan yang mereka tinggal.

Bagi Freire, latihan literasi bukanlah satu proses


mekanikal semata-mata untuk mengajar seorang
untuk membaca dan menulis. Ia adalah untuk
membawa kesedaran tentang pihak berkuasa
yang menindas mereka dan kuasa ditangan Rajah 7.6 Freire mengajar kelas
mereka untuk mencabar pihak berkuasa dan dewasa
menuntut kebebasan

11
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

7.4 PENDAPAT PAULO FREIRE TENTANG GURU

Berikut ialah pandangan Paulo Freire tenatang Guru:

Guru mestilah seorang yang rendah diri, penyayang dan menghormati pelajar.
Guru yang merendah diri akan mendengar dan memahami kehendak dan
masalah pelajar miskin dan jahil.

Guru mestilah peka terhadapa keperluan pelajar dan boleh mentafsir bahasa
lisan dan bukan lisan pelajar.

Freire menentang dikotomi atau perpisahan guru-pelajar dan menegaskan


ia harus dimansuhkan. Beliau mencadangkan bahawa hubungan antara guru
dan pelajar haruslah seperti hubungan ibu bapa dan anak-anak mereka. Iaitu,
suatu hubungan yang mesra, saling menghormati dan hubungan dua hala.

Beliau juga tidak setuju dengan amalan bahawa guru terhad kepada mengajar
dan murid terhad kepada belajar. Sebaliknya, beliau mencadangkan bahawa
keadaan perlu diwujud dimana guru juga belajar dan pelajar diberi peluang
mengajar. Ini akan menggalakkan penglibatan secara aktif kedua-dua guru
dan pelajar dalam proses pendidikan.

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Jelaskan secara ringkas kaedah yang cadangkan


Freire dalam penyelesaian masalah. Sejauh manakah
anda bersetuju kaedah ini berkesan?
b) Bincangkan keberkesanan penggunaan pokok masalah.
c) Komen tentang kaedah latihan literasi yang dicadangkan
Freire. Adakah anda bersetuju?

12
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

7.5 SIAPAKAH SWAMI VIVEKANANDA?

Nama asal, Swami Vivekananda ialah Narendranath


Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta. Bapanya
seorang peguam dan pencinta seni dan sastera yang
berfikiran liberal. Sebaliknya, ibunya adalah seorang
Hindu yang soleh dan berpegang kepada amalan agama
Hindu. Pengaruh kedua-dua ibu bapanya, walaupun
berbeza menyediakan persekitaran di mana
Narendranath diasuh menjadi belia bercita-cita tinggi.

Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang


luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan
bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacau-
bilah. Sejak kecil lagi Narendranath dikagumi oleh
sami-sami yang mengembara (wandering monks) dan
mempercayai bahawa satu hari nanti dia akan menjadi
seorang sami. SWAMI VIVEKANANDA
18631902
Setelah selesai matrikulasi, Narendranath menyertai
sebuah kolej untuk melanjutkan pelajaran. Beliau mempelajari falsafah barat dan ini
telah menimbulkan beberapa keraguan. Apabila beliau berjumpa dengan
cendiakawan-cendiakawan, beliau tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan
mereka.

Beliau telah mendengar tentang seorang ketua agama terkenal bernama Sri
Ramakrishna Paramahamsa yang tidak pernah mempunyai pendidikan formal.
Narendranath pergi ke Dakshineshwar dengan kawan-kawannya untuk menemui
Ramakrishna. Di khalayak ramai, dia bertanya kepada Ramakrishna .... "Pernahkah
anda melihat Tuhan?". Ramakrishna menjawab, "Ya, saya ada, sama seperti saya
melihat anda". Narendra berazam untuk belajar daripada beliau.

Tidak lama kemudian, Narendranath telah meneriama Ramakrishna sebagai gurunya


dan seterusnya menjadi pengikutnya. Ramakrishna sangat tertarik dengan soalan-
soalan yang ditanya pengikut kesayangannya.

Apabila Ramakrishna meninggal dunia, beliau mengambil menjaga semua sami alam
kuil. Akhirnya Narendranath telah melepaskan segala harta benda duniawi dan
menjadi 'Sanyasi' iaitu seorang yang hidup dengan sederhana, berjimat dan hampir
hidup sebagai mengemis. Beliau kenali sebagai Swami Vivekananda.

Swami Viviekananda mengajar bahasa Sanskrit dan falsafah, serta memastikan semua
orang bersenam dan bermeditasi atau bertafakur. Pada tahun 1893, beliau menghadiri
Persidangan Agama-Agama Sedunia di Chicago, Amerika Syarikat. Dalam ucapan
utama, beliau mengatakan bahawa semua agama sampai ke Tuhan yang sama, seperti

13
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

semua sungai akhirnya akan sampai ke lautan. Beliau mengatakan, Saya telah
mengkaji semua agama Hinduisme, Islam, Kristian dan dapati bahawa perjalannya
mungin berbeza tetapi semua menuju ke Tuhan yang sama (Gospel, 35).

Pada tahun 1897, beliau mendirikan Misi Ramakrishna di India, berhampiran Sungai
Ganges. Tujuan pertubuhan ini ialah untuk meningkatkan masyarakat miskin dengan
menyediakan peluang pelajaran, kemudahan perubatan dan sebagainya. Beliau

Beliau meninggal dunia pada tahun 1902 pada uisa 39 tahun. Dia telah menulis kira-
kira 17 buku dan beberapa artikel dalam journal.

7.6 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG MATLAMAT


PENDIDIKAN

Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin


Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno di India.
Pengajaran asas Vedanta ialah Tuhan wujud dalam setiap makhluk hidup. Agama
ialah mencari pengetahuan-kendiri (self-knowledge) dan mencari ketuhanan dalam
diri sendiri. Doktrin Vedanta mengakui bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang
berbeza mendekati Tuhan, dan semua adalah sah. Apa jua jenis amalan kerohanian
atau spiritual akan membawa kepada kesedaran diri. Oleh itu, Doktrin Vedanta
mengajar manusia menghormati semua agama.

Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan


gejala sosial dan membentuk masa depan manusia. Walau pun beliau tidak menulis
buku tertentu tentang pendidikan, beliau telah menyumbang pelbagai hujah yang
relevan hingga ke hari ini. Untuk memahami pendapat, kita perlu menganalisis
penyataan beliau terkenal seperti berikut:

Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada


pada individu

Education is the manifestation of the perfection already in man


(CW, vol. IV, p. 358).

Apakah makna pernyataan ini?

Pelajar di dilahirkan dengan pelbagai bakat, kebolehan, pengetahuan,


kemahiran dan pengetahuan sedia ada (already in man) pada semua manusia.
Dengan perkataan lain, manusia dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan
yang menunggu dicungkil.

14
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Peranan pendidikan ialah untuk menyediakan peluang untuk pelajar


meunjukkan potensi yang terpendam atau sedia ada (iaitu manifestasi). Ia
umpama batu api yang menyala secara spontan apabila mendekati sebatang
macis. Seperti Al-Farabi, Vivekananda juga menekankan peranan pendidikan
melahiran manusia yang sempurna. Menurut beliau, pendidikan tidak
bermakna sekira ia tidak dapat melengkapkan diri manusia menghadapi
cabaran dunia dan berdirkari (CW, vol. VII, pp. 147148). Perempuan mesti
mendapat pendidikan sama seperti lelaki kerana kaum perempuan yang
mendidikan generasi akan datang (Prabhananda, 1993).

Perkataan kesempurnaan dalam takrif pendidikan juga amat penting. Kita


dapat melihat bahawa setiap perbuatan yang berkaitan dengan pembelajaran,
latihan, dan sebagainya, adalah sebahagian daripada proses ke arah akhir yang
adalah kesempurnaan. Beliau menghuraikan lanjut mengenai konsep
'kesempurnaan' yang menurut beliau adalah untuk menangani pelbagai
masalah yang manusia hadapi dalam masyarakat. Kata beliau,

Pendidikan yang tidak membantu dalam menyiapkan rakyat jelata


menghadapai cabaran hidup serta memperkekuatkan watak, semangat
kedermawanan, dan keberanian seekor singa bukan pendidikan sebenar.
Pendidikan sebenar mesti melahirkan individu yang boleh berdikari
(CW, vol. VII, ms 147-148).

AKTIVTI PEMBELAJARAN
a) Perihalkan riwayat hidup Vivekananda
b) Apakah maksud pernyataan Pendidikan ialah
manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu?
Adakah anda bersetuju?

MELATIH MINDA

Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda". Tumpuan


hendaklah diberikan kepada melatih minda pelajar dan bukan hanya setakat
mengumpulan fakta, menghafal atau mengulangi fakta ayng dipelajari.

Dalam jangka masa panjang, memuatkan minda seseorang dengan maklumat dan
kemahiran teknikal adalah sia-sia dan tidak berguna selagi minda seseorang tidak
diperkukuhkan dan dilatih. Latihan minda menurut Vivekananda melibatkan
konsentrasi dan ketabahan.
Konsentrasi ialah kebolehan menumpukan kepada yang relevan dan penting
dan mengenipakan yang lain. Keupayaan konsentrasi yang tinggi akan dapat
membawa pencapaian dan penguasaan yang tinggi dalam apa jua bidang.

15
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Ketabahan harus disemaikan di kalangan pelajar kerana ia memperkukuhkan


watak pelajar untuk terus maju dalam proses pembelajaran.

PEMBENTUKAN WATAK

Pendidikan perlu berusaha untuk membina watak pelajar. Menurut Vivekananda,


orang yang menjadi kawan kita akan menentukan sama ada kita menjadi baik atau
jahat dan seterusnya perwatakan kita. Oleh itu guru memainkan peranan penting
dengan menjadi teladan kepada pelajar dengan memupuk nilai moral yang positif.
Adalah penting untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan
sendiri, apa itu yang betul dan apa itu yang salah.

Apabila mengajar tentang nilai moral, adalah lebih bermakna sekiranya pelajar
membincang tentang nilai-nilai moral yang ingin disemaikan dan tidak semata-mata
mendengar tentang nilai-nilai moral.

PERANAN AGAMA

Vivekananda menegaskan bahawa pembangunkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-


nilai moral pelajar adalah tidak mencukupi. Menurutnya, pendidikan hari ini
mengabaikan kerohanian atau aspek spiritual manusia. Manusia tidak hanya terhad
kepada aspek tubuh fizikal dan minda, tetapi sama penting ialah aspek kerohanian
yang sering kali diabaikan dalam sistem pendidikan.

Hanya apabila hikmah, keamanan, keikhlasan, kasih sayang, keprihatinan terhadap


orang lain dan nilai-nilai lain menjadi nyata, seseorang itu dianggap manusia yang
sebenar.Vivekananda mengesyorkan agar agama menjadi teras pendidikan.

Apabila, beliau menyebut tentang agama, beliau tidak menumpukan kepada sesuatu
agama tertentu. Beliau menekankan kepada prinsip-prinsip asas yang terdapat dalam
semua agama yang boleh membawa perubahan yang diingini. Tumpuan ialah kepada
prinsip-prinsip agama yang dapat menguatkan mental dan memperluaskan pandangan
sesorang. Agama hendak elak menjadi terlalu dogmatik atau terhad kepada ritual
semata-mata.

PENDIDIKAN UNTUK ORANG MISKIN DAN KAUM WANITA

Vivekananda memperjuangkan hak golongan miskin dan lemah di India. Beliau


menegaskan bahawa pendidikan adalah jalan untuk menyelesaikan masalah golongan
miskin dan terpinggir. Adalah tanggungjawab golongan atasan, yang telah menerima
pendidikan membantu golongan miskin. Golongan ini harus tampil ke hadapan dan
membasmi kemiskinan melalui pendidikan.

16
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Rajah 7.7 Pendidikan untuk


wanita

Vivekananda amat bimbang tentang pengabaian wanita di India. Beliau menegaskan


bahawa wanita perlu dididik, kerana wanita yang membentuk generasi masa depan
dan destinasi negara.

Beliau sedar bahawa jika wanita diberi peluang pendidikan, mereka akan dapat
menyelesaikan masalah mereka sendiri dengan cara mereka sendiri.

Walaupun lelaki dan wanita mempunyai kebolehan yang sama, beliau mengesyorkan
pengenalan subjek seperti jahitan, kejururawatan, sains rumahtangga, seni kulinari,
dan sebagainya untuk pendidikan wanita.

AKVITI PEMBELAJARAN
a) Mengapa Vivekananda menegaskan pentingnya
konsentrasi dan ketabahan?
b) Mengapa beliau tidak bersetuju dengan hafalan?
c) Mengapa agama penting?
d) Apakah pendapat Vivekananda tentang pendidikan
untuk wanita?

17
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

7.7 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG PERANAN GURU

Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk


mengelakkan minda mereka merayau. Pelajar harus dilatih teknik mengenepikan
perkara-perkara yang tidak relevan dan berfokus
kepada yang penting.

Contohnya, kanta cembung menumpukan


cahaya matahari pada satu poin hingga dapat
membakar sekeping kertas (Lihat Rajah 7.7).

Peranan guru ialah untuk membentuk


perwatakan pelajar supaya mereka boleh
membeza di antara baik dan buruk.

Guru mempunyai pengaruh positif terhadap


pelajar dibawah jagaannya dengan Rajah 7.7 Kanta cembung
menunjukkan teladan yang baik dan menumpukan cahaya
mengamal nilai-nilai yang diterima matahari
masyarakat.

Apabila membincang isu betul atau salah, pelajar hendaklah digalakkan


membincang mengapa sesuatu tindakan itu betul atau salah.

Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf
sosioekonomi, kasta atau jantina.

Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar yang


membolehkann mereka membezakan di antara yang relevan dan tak relevan
(Prabhananda, 1993).

Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang hendak


disampaikan serta kaedah menyampaian pengetahuan berkenaan.

Menurut Vivekananda, guru yang berkesan ialah guru yang dapat


menyampaikan maklumat selaras dengan tahap keupayaan pelajar (CW, vol.
IV, p. 183).
18
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Pengajaran ialah seperti menanam pokok.


Tugas guru ialah menyiramnya dengan air,
memastikan pokok itu mendapat udara dan
baja yang mencukupi dan membiarkannya
bertumbuh dengan sendiri.

Rajah 7.8. Pengajaran


ialah seperti menanam
pokok

MATA PELAJARAN

Apakah subjek yang perlu diajar di sekolah-sekolah?

Nilai-nilai budaya negara harus menjadi sebahagian besar daripada kurikulum


sekolah.

Beliau mencadangkan pengajaran yang kitab klasik seperti Ramayana,


Mahabharata, Gita, Veda dan Upanishad untuk menyemai nilai-nilai
kerohanian

Disyorkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Beliau juga mencadangkan pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit.


Bahasa Inggeris adalah perlu bagi menguasai sains dan teknologi Barat.

Bahasa Sanskrit adalah penting untuk mempelajari secara mendalam kitab-


kitab klasik.

Mata pelajaran lain yang perlu diajar adalah pendidikan jasmani, seni halus,
sains dan teknologi.

Pelajaran teknikal adalah penting untuk pembangunan industri, supaya


individu, bukan sahaja menjadi pekerja bergaji, tetapi dapat bekerja sendiri
dan menyara diri sendiri serta menyimpan duit untuk masa depan..

AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah pendapat Vivekanada tentang peranan guru?
b) Senaraikan mata pelajaran yang disyorkan oleh
Vivekananda.

19
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

RINGKASAN

Paulo Freire dilahirkan di Recife, di Brazil, Amerika Selatan pada 19


September, 1921.

Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan


memakasa mereka mengikuti sesuatu.

Beliau mengetuai kempen literasi yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh
Belajar Membaca" (Bare feet can also learn to read) di daerah Rio Grande di
Norte.

Sepanjang hayatnya, Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di


Brazil untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses
demokrasi.

Freire menentang hebat konsep perbankan dalam pendidikan.

Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar


menganalisis kandungan secara kritis, mereflek apa yang dipelajari dan
membina makna baru dari ilmu yang dipelajari.

Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk


membantu pelajar dewasa (seperti petani, pekerja kilang) mengkaji dan
memahami masalah yang mereka menghadapi.

Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis, Freire memperkenalkan


kaedah pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo
Freire".

Freire menentang dikotomi atau perpisahan guru-pelajar dan menegaskan ia


harus dimansuhkan.

Nama asal, Swami Vivekananda ialah Narendranath Datta dan lahir pada
tahun 1863 di Calcutta.

Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang luar biasa dan


keupayaan bertumupu perhatian dan bertenang walau pun keadaan sekitar
adalah berkacau-bilah.

Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan


doktrin Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno
di India.

Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk


menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia.

Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda".

20
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh
membeza di antara baik dan buruk.

Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf
sosioekonomi, kasta atau jantina.

REFERENCES

Sudipta Dutta Roy, Education in the Vision of Swami Vivekananda.


Prabuddha Bharata.

Gerhardt, Heinz-Peter (1996). Prospects: the quarterly review of comparative


education (Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 3/4,
1993, p.43958.

Smith, M. K. (1997, 2002) 'Paulo Freire and informal education', the


encyclopaedia of informal education. [www.infed.org/thinkers/et-freir.htm].

21

Anda mungkin juga menyukai