Anda di halaman 1dari 4

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) KANDUNGAN

Pembangunan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah Profesionalisme
agenda utama KPM kerana guru berkualiti merupakan Berterusan (PPB)
nadi kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Pendidikan Aktiviti Pembangunan
Negara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Profesionalisme
keberhasilan murid. Guru perlu secara berterusan Berterusan
sepanjang tempoh perkhidmatan melengkapkan dan
dilengkapi dengan ciri-ciri pendidik profesional abad ke-21 Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC)
bagi memastikan mereka kekal relevan dan efektif dalam
ekosistem pendidikan yang dinamik, mencabar dan Apakah PLC?
sentiasa menuntut keberhasilan murid yang holistik serta
menepati kualiti gobal Pendapat Mereka
Tentang PLC
Dato Sri Dr. Khair Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dibangunkan bagi


melengkapi usaha-usaha pembangunan profesionalisme kepada guru dan
pemimpin sekolah. Aktiviti pembangunan profesionalisme sedia ada yang
dikenali sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan Latihan
Pembangunan Staf (LPS) telah dimantapkan seiring dengan amalan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Pelan PPB bertujuan
mentransformasikan amalan ini bagi meningkatkan kualiti guru dan
pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan.
Guru dan pemimpin sekolah yang kompeten dan berkualiti adalah faktor
penentu kepada keberhasilan murid. Kompetensi dan kualiti guru dan
pemimpin sekolah dapat ditingkatkan melalui pelibatan secara formal dan
tidak formal dalam aktiviti PPB. Pelan ini mengandungi dua bahagian -.
bahagian pertama menjelaskan transformasi amalan dan pelaksanaan PPB
dan bahagian kedua mengandungi kit PPB yang mencadangkan strategi
pelaksanaan PPB yang boleh digunakan oleh guru dan pemimpin sekolah.

Dalam konteks negara kita, amalan PPB merangkumi kedua-dua inisiatif,


iaitu inisiatif kendiri dan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM berhasrat untuk mentransformasikan amalan PPB dengan
meningkatkan PPB inisiatif kendiri.

Mulai tahun 2014, KPM memperkenalkan Pelan PPB untuk guru dan
pemimpin sekolah bagi mengupayakan dan memberi autonomi kepada
mereka meningkatkan kebertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap
pembangunan profesionalisme secara kendiri.
Aktiviti Pembangunan Profesional Berterusan
Pembelajaran atau latihan berterusan perlu dan seharusnya
menjadi amalan kepada warga guru dan pemimpin sekolah
agar sentiasa berada pada tahap profesionalisme yang
sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Buletin
Anjakan Bil. 7/2015 akan memberi fokus terhadap
pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional
(Professional Learning Communities) dalam kalangan guru
dan pemimpin sekolah yang merupakan salah satu aktiviti
Pembangunan Profesional Berterusan.

Aktiviti-Aktiviti PPB Apakah PLC?


PLC ialah singkatan kepada program profesional learning community.
PLC merupakan aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima
Komuniti Pembelajaran Profesional strategi utama sebagai usaha menyokong usaha meningkatkan
pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha
secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar,
memotivasi serta membantu sekolah merealisasikan aspirasi Pelan
Kursus
Pembangunan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Penyelidikan Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para


pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.
Portal e-Guru (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many,
2006,)

PLC merujuk amalan kolaboratif dalam kalangan pendidik yang


Peningkatan Akademik
komited dan secara bersama-sama menetapkan matlamat atau
membina wawasan dan berusaha secara kolektif mencapai matlamat
yang ditetapkan. Contohnya, matlamat bagi guru adalah untuk
Wacana Ilmu memastikan pembelajaran murid dilaksanakan dengan lebih berkesan
bagi membangunkan murid yang holistik. Manakala bagi kepimpinan
dan pakar bidang khusus, matlamatnya adalah untuk memastikan
rakan pemimpin dan rakan kepakaran sentiasa cemerlang dan
Inovasi berwibawa. Kerjasama bagi mencapai matlamat yang sama ini
menggalakkan rasa kesepunyaan nilai, misi, kejelekitan dan
memberikan peluang kepada guru dan pemimpin sekolah untuk
melibatkan diri dalam meningkatkan pembelajaran mereka sendiri.
Bengkel
Hasilnya, pembangunan profesionalisme dapat ditingkatkan secara
berterusan sepanjang kerjaya.

Lawatan Penanda Aras

Coaching & Mentoring

Ulasan Buku

Penulisan & Pengkaryaan

Anjakan Bilangan 7/2015


Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Satu trend menarik dalam perkembangan
pendidikan di negara ini adalah pemantapan
komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan
pendidik sebagai usaha meningkatkan Sesi Lesson Study yang
profesionalisme guru. Usaha ini selaras dengan telah dijalankan di dalam
Anjakan 4 dalam PPPM untuk membudayakan
bilik darjah
kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas
di bawah inisiatif mentransformasi profesion
keguruan menjadi profesion pilihan. KPM berusaha
memudahcara aktiviti CPD yang dipacu oleh guru
bagi membolehkan guru membimbing satu sama
lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan
terbaik, dan sama-sama bertanggungjawab bagi
mencapai standard profesional.

Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti


Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh
masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya
ialah pengajaran bersama rakan guru (team
teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson
demonstration), sistem sokongan rakan sekerja
(buddy support system), perkongsian pintar antara
komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah,
dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative
teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti
pengajaran dan persediaan pengajaran secara
kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem
pendidikan di negara-negara maju.

Aktiviti refleksi
daripada sesi
Lesson Study
diadakan bagi
membincangkan
cara bagi
memantapkan
PdP di dalam
bilik darjah

Anjakan Bilangan 7/2015


Pendapat Mereka Tentang PLC
Di SJKT Kampar, kami mempunyai perancangan strategik pelaksanaan Professional Learning Community (PLC) ini. Secara
formal, kami sering berkongsi pengetahuan dan pendekatan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP semasa sesi
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dengan memberi penekanan kepada unsur KBAT seperti penggunaan i-Think. Kami juga
menjemput SISC+ dan SIPartner+ berkongsi pengetahuan mereka tentang PdP berkesan bagi mencapai 6 Aspirasi Murid
dalam PPPM. Bagi memastikan murid kami menguasai literasi asas, terutama literasi Bahasa Inggeris, kami menjalan program
khusus di mana berdasarkan lesson study yang dijalankan, kami mengambil keputusan untuk mengadakan intervensi berfokus
untuk murid yang dikenal pasti belum menguasai literasi asas. 15 minit sebelum bermula sesi persekolahan, tiga hingga empat
murid akan dibimbing oleh seorang guru untuk membaca dan menulis ayat mudah. Secara tidak formal, kami sering berkongsi
maklumat dalam kumpulan Whatsapp kami dan aplikasi ini dimanfaatkan untuk meningkatkan profesionalisme kami. Di
sekolah ini kami mendapat sokongan padu daripada PIBG. Baru-baru ini kami menerima sumbangan 20 buah komputer bagi
kegunaan murid.

En M Archunan,
Guru Besar SJKT Kampar, Perak.

Sebenarnya konsep Professional Learning Community (PLC) ini telah lama dilaksanakan apabila kita berbincang dengan
rakan-rakan mengenai tugas dan pembangunan murid tidak kira di mana, itulah PLC. PPD Kinta Selatan telahpun memberikan
penerangan kepada kami tentang pelaksanaan PLC yang lebih sistematik dalam suasana formal dan tidak formal. Di SK Pos
Dipang, kami mempunyai pelan pelaksanaan PLC yang tersusun. Memandangkan terdapat 98 murid Orang Asli dan 13 orang
guru termasuk saya sendiri, kami melaksanakan Learning Walk unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di mana guru-
guru membuat cerapan, diikuti dengan perbincangan dan bimbingan rakan sebaya serta membuat perkongsian dalam lesson
study dan team teaching. Kami bertuah kerana kerana murid Orang Asli di sini mempunyai keinginan belajar yang tinggi, dan
mereka sangat suka hadir ke sekolah, berkat usaha kolektif dan kolaboratif guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Saya
berbangga apabila murid ini dapat juga menggunakan peta i-Think dalam pembelajaran.

En Anuar b Saad,
Guru Besar SK Pos Dipang, Perak

Bagi melaksanakan Professional Learning Community (PLC) yang berkesan, seorang pendidik perlu mempunyai hati dan
minda yang terbuka untuk menerima pembaharuan yang dapat dimanfaatkan demi pembangunan holistik murid. Pengalaman
saya berkursus selama tiga minggu di Taiwan menunjukkan bahawa amalan perkongsian guru-guru seperti lesson study
selepas sesi persekolahan adalah satu kebiasaan. Justeru, di SJKC Pasir Pinji 2, PLC dilaksanakan secara menyeluruh
melalui saluran formal dan tidak formal. Kami telah mendokumentasikan dalam bentuk video sesi penuh 40 minit sesi PdP
terbaik dalam kalangan guru-guru kami bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dengan memberi fokus
kepada aspek pedagogi yang berbeza. Guru-guru di sini juga mengamalkan team teaching, dengan itu perkongsian bukan
sahaja dijalankan dalam sesi perbincangan malah dalam amalan PdP sendiri. Kami juga sering bertukar maklumat dan sumber
dalam kumpulan Whatsapp kami.

Pn Tan Hooi Kuan,


Guru Besar SJKC Pasir Pinji 2, Ipoh

Amalan Professional Learning Community (PLC) telah dimanfaatkan dalam program LINUS di sekolah saya. Apabila kami
dapati prestasi LINUS Bahasa Inggeris Tahun 3 menurun berbanding kohort tahun sebelumnya, kami dalam Panitia Bahasa
Inggeris telah berbincang dan menetapkan intervensi berfokus untuk meningkatkan pencapaian LINUS BI ini, termasuk
menjalankan team teaching supaya kami dapat membantu murid semasa sesi PdP. Sekolah kami terlibat dalam Program
Penutur Jati dan dalam masa tiga tahun beliau berada di sini terdapat banyak sesi perkongsian dan adaptasi idea. Saya dapati
di sekolah ini sering terdapat sesi perbincangan sama ada formal dan tidak formal. Sebagai guru permulaan saya sangat hargai
bimbingan guru-guru senior walaupun kami mengajar subjek yang berbeza.

En Muhammad Nor Izzat b Azahar,


Guru SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar.

Sebagai seorang guru yang baharu setahun mengajar, Professional Learning Community (PLC) ini sangat berguna kepada
saya. Saya mengajar subjek Bahasa Cina dan saya dapati guru-guru senior sangat mengambil berat serta memberi tunjuk
ajar kepada saya. Saya juga berpeluang untuk berkongsi bahan dan sumber yang saya perolehi semasa latihan perguruan
saya di IPG. Kami juga berkolaboratif dalam sesi PdP di mana selepas sesi itu kita akan mengenal pasti aspek yang boleh
ditambah baik. Soalan latihan dan peperiksaan juga kami bincangkan, terutama untuk soalan yang mentaksir Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi.

En Chew Guan Meng,


Guru SJKC Liman, Kuala Kangsar, Perak.

Anjakan Bilangan 7/2015

Anda mungkin juga menyukai