Anda di halaman 1dari 10

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT

MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE

Data Contoh Hitungan

Stesen rujukan = Kg. Gedangsa


(Zon 1, Selangor)

Latitud, L = 3 44' Utara

Longitud, L = 101 23' Timur


= 6 jam 45m 32s

Longitud Piawai S = 120 00' 00" Timur


= 8 jam

Tarikh Kiraan = 11 Julai 2006

Data Matahari bulan Julai 2006 dirujuk.

1.1 Hitungan Waktu Matahari Istiwa

Ketika matahari istiwa iaitu ketika pusat badan matahari melintasi tepat Meridian
Samawi Tempatan (stesen rujukan), sudut Waktu Tempatan Matahari Istiwa
(LHA @ Istiwa) adalah bersamaan 0 jam ataupun bersamaan 24 jam jika
merujuk kepada hari sebelumnya. Hubungan sudut Waktu Tempatan Matahari
dengan sudut Waktu Greenwich Matahari (GHA @ Istiwa) dapat dituliskan
sebagai:

GHA @ Istiwa = LHA @ Istiwa - L

merujuk kepada data kiraan:

L = 6j 45m 32s

LHA @ istiwa = 24j 0m 0s

GHA @ istiwa = 24j 0m 0s - 6j 45m 32s

= 17j 14m 28s

Seterusnya, di dalam AFS diberikan hubungan di antara GHA Matahari dan


Waktu Piawai Malaysia (WPM). Oleh itu Waktu Piawai Malaysia ketika matahari
istiwa (WPM @ Istiwa) bagi stesen rujukan dapat ditentukan berdasarkan GHA
@ Istiwa yang diperoleh. Rumus berikut digunakan untuk mendapat WPM @
Istiwa:

WPM @ Istiwa = GHA @ Istiwa - GHA @ h1


X 24j
GHA @ h2 - GHA @ h1

Di mana GHA @ h1 = Sudut waktu Greenwich 0j


pada tarikh kiraan

GHA @ h2 = Sudut Waktu Greenwich 0j


pada tarikh sehari selepas kiraan

Merujuk kepada data tersebut, untuk tarikh kiraan 11 Julai 2006 didapati:

h1 = 11.0
h2 = 12.0

GHA @ Istiwa = 17j 14m 28s

GHA @ h1 = 3j 54m 37s

GHA @ h2 = 3j 54m 29s + 24j


= 27j 54m 29s

Oleh itu:

WPM @ Istiwa = 17j 14m 28s - 3j 54m 37s


X 24j
27j 54m 29s - 3j 54m 37s

= 13j 19m 55s

Kesimpulan:

Waktu matahari istiwa Kg. Gedangsa pada 11 Julai 2006 adalah pada
pukul 13j 19m 55s atau digenapkan 1:20 petang.

1.2 Hitungan Awal Waktu Zohor

Awal waktu Zohor adalah waktu matahari istiwa ditambah semi diameter
matahari.
Oleh itu:

Waktu Zohor = WPM@ Istiwa + semi diameter matahari, SD


pada 11 Julai 2006

= 13j 19m 55s + 1m 3s (SD/15)

= 13j 20m 58s

= 1:21 petang

1.3 Hitungan Awal Waktu Asar

Hitungan sudut waktu matahari awal waktu Asar, tA memerlukan maklumat


deklinasi matahari ketika Asar, A ; jarak zenit, ZA dan L.

(a) Hitungan deklinasi, A dapat diperoleh daripada AFS dengan kaedah tentu
dalaman (interpolasi) kerana di dalam AFS cuma diberikan deklinasi ketika
0j dan 24j sahaja. Bagi membuat tentu dalaman, kita perlu meletakkan
waktu anggaran. Waktu anggaran masuk solat Asar bagi kita di Malaysia
adalah kira-kira pukul 4.00 petang (16.00).

A = 16 x ( 24 - 0)
24

= 16 x (22 3' 48" - 22 11' 42")


24

= 16 x (-0 7' 54")


24

= -0 5' 16"

A = o + A

= 22 11' 42" - 0 5' 16"

= 22 6' 26" Utara

(b) Hitungan Z A = tan-1 [1 + tan / ( L - A)) / ]


= tan-1 [1 + tan /(3 44' - 22 6' 26") /]
= tan-1 [1 + tan /(18 22' 26")/]
= tan-1 [1.3321496457]
ZA = 53 6' 20"
(c) Hitungan tA

cos ZA - sin A sin L


tA = cos-1
[ ]
cos A cos L

cos 53 6' 20" - (sin 22 6' 26") (sin 3 44')


= cos-1
[ ]
cos ( 22 6' 26") (cos 3 44)

0.5758363987
= cos-1
[ ]
0.9245151197

= cos-1[0.6228523325]

= 51 28' 31"

tA = 3j 25m 54s

Oleh itu:

Waktu Asar = WPM @ Istiwa + tA

= 13j 19m 55s + 3j 25m 54s

= 16j 45m 50s

= 4:46 petang

1.4 Hitungan Awal Waktu Maghrib

Waktu anggaran masuk solat Maghrib adalah pukul 7.00 petang (19:00).

(a) Hitungan deklinasi, M

M = 19 x (-0 7' 54")


24

= -0 6' 15"

M = 22 11 42 - 0 6' 15"
= 22 5' 27" Utara
(b) Dari takrifan, ZM = 90 + semi diameter 0 15 45.5 + biasan
0 34 + junaman ufuk

(c) Hitungan sudut waktu, tM

cos tM = cos 90 49' 45.5 - sin (22 5' 27") sin (3 44')

cos (22 5' 27") cos (3 44)

= -0.0389609199

0.9246229569

= -0.0421370890

tM = 92 24' 54"

= 6j 9m 40s

Oleh itu:

Waktu Maghrib = WPM @ Istiwa + tM

= 13j 19m 55s + 6j 9m 40s

= 19j 29m 35s

= 7:30 malam

1.5 Hitungan Awal Waktu Solat Isyak

Waktu anggaran masuk solat Isyak adalah pukul 8:00 malam (20:00).

(a) Hitungan deklinasi, I

I = 20 x (-0 7' 54")


24

= -0 6' 35"

I = 22 11' 42" - 0 6' 35"

= 22 5' 7"

(b) Dari takrifan, ZI = 108


(c) Hitungan sudut waktu, tI

CostI = Cos 108 - sin (22 5' 7") sin (3 44)

(Cos 22 5' 7") (Cos 3 44')

= -0.3334985302

0.9246588857

= - 0.3606719573

tI = 111 8' 29"

= 7j 24m 34s
Oleh itu:

Waktu Isyak = WPM @ istiwa + tI

= 13j 19m 55s + 7j 24m 34s

= 20j 44m 29s

= 8:45 malam

1.5 Hitungan Awal Solat Subuh

Waktu anggaran masuk solat Subuh adalah pukul 6.00 pagi (6:00).

(a) Hitungan deklinasi, S

S = 6 x ( -0 7' 54")
24

= -0 1' 59

S = 22 11 42 - 0 1' 59

= 22 9 43

(b) Dari takrifan, ZS = 110

(c) Hitungan sudut waktu, tS


CostS = Cos 110 - (sin 22 9' 43") (sin 3 44)

(Cos 22 9' 43") (Cos 3 44')

= -0.36658239

0.924156023

= -0.396667208

tS = 113 22' 12"

= 7j 33m 29s

Oleh itu:

Waktu Subuh = WPM @ Istiwa - tS

= 13j 19m 55s - 7j 33m 29s

= 5j 46m 26s

= 5:47 pagi

1.6 Hitungan Waktu Matahari Terbit

Waktu matahari terbit menandakan tamat solat Subuh. Di Malaysia, waktu


anggaran matahari terbit adalah pukul 7.00 pagi (7:00).

(a) Hitungan deklinasi , T

T = 7 x (-0 7' 54")


24

= -0 2' 18"

T = 22 11' 42" - 0 2' 18"

= 22 9' 24"

(b) Dari takrif zT = 90 + semi diameter 0 15 45.5 + biasan


0 34 + junaman ufuk

(c) Hitungan sudut waktu, tT


Cos tT = Cos 90 49' 45.5 - (Sin 22 9' 24") (Sin 3 44)

(Cos 22 9' 24") (Cos 3 44)

= -0.0390302267

0.9241911504

= -0.0422317685

tT = 92 25' 14"

= 6j 9m 41s

Oleh itu;

Waktu matahari terbit= WPM Istiwa - tT

= 13j 19m 55s - 6j 9m 41s

= 7j 10m 15s

= 7:10 pagi
2. Penentuan Waktu Solat Di Negara-Negara Latitud Tinggi

Negara-negara latitud tinggi ditafsirkan negara-negara yang terletak melebihi


latitud 66 Utara dan Selatan. Negara-negara tersebut akan mengalami
perubahan siang dan malam yang terlalu singkat atau tidak akan berubah
langsung. Manakala di negara-negara yang latitudnya melebihi 45 Utara seperti
Sweden, Norway, Kanada dan Russia, perubahan siang dan malamnya berlaku
secara jelas, tetapi perbezaan jangkamasa siang dan malamnya begitu ketara.

Terdapat tiga resolusi mengenai penentuan waktu solat di negara-negara


berlatitud tinggi.

(1) Menurut Hamidullah dalam bukunya Introduction To Islam, negara-


negara di latitud melebihi 45 Utara dan Selatan disifatkan sebagai zon
tak normal. Oleh itu, untuk penentuan waktu solat dan imsak, negara-
negara berkenaan boleh menggunakan waktu-waktu yang ditentukan di
kedudukan latitud 45 sahaja, tetapi menggunakan longitud tempatan.

Contoh: Bandar Oslo di Norway yang terletak di latitud 59.5 Utara


dan longitud 10.45 Timur.

Waktu solat dan imsak yang boleh digunakan ialah waktu


yang diberikan pada kedudukan latitud 45 Utara dan
longitud 10.45 Timur.

(2) Keputusan Majlis Syariah Islam, Rabitah al-Alami al-Islami (1982).


Majlis ini membahagikan kawasan-kawasan tinggi kepada tiga kawasan
iaitu:

a. Kawasan berhampiran kutub di mana waktu siang ataupun


malam berpanjangan selama 24 jam.

Waktu solat dan imsak di kawasan-kawasan ini sepatutnya dihisab


berdasarkan kawasan terdekat yang siang dan malamnya dapat
dibezakan dalam masa 24 jam.

b. Kawasan-kawasan di mana masa senja bercantum dengan


fajar.

Keadaan ini akan menimbulkan masalah mengenai penentuan


waktu Isyak, Imsak dan Subuh. Oleh itu waktu-waktu tersebut
boleh ditentukan mengikut waktu terakhir musim sebelumnya
dalam keadaan mega merah dan fajar sadiq dapat dibezakan
dengan jelas.
c. Kawasan-kawasan di mana waktu siang dan malam terlalu
panjang.

Kawasan-kawasan yang dimaksudkan umpamanya tempoh siang


21 jam atau malam 23 jam atau sebaliknya, waktu solat perlulah
dilakukan mengikut waktunya. Begitu juga semasa bulan
Ramadan, makan dan minum hanya boleh dibuat pada waktu
malam. Jika seorang itu tidak dapat berpuasa kerana waktu siang
yang panjang dan dengan ikhlas beliau yakin puasa yang terlalu
panjang akan membawa kemudharatan kepada dirinya atau
selepas dinasihati oleh seorang doktor yang jujur, maka mereka
boleh berbuka. Walau bagaimanapun wajiblah mereka
mengqadakkan puasa yang tertinggal itu.

(3) Keputusan Seminar Islam di Islamic Cultural Centre, London (Mei


1984). Secara umum seminar tersebut telah mencapai suatu keputusan
yang seragam dan memuaskan. Setelah mengkaji semua teks syariah
yang telah dikemukakan oleh para ulama, secara rasional
memperkenalkan prinsip saintifik termasuk ilmu falak tanpa mengetepikan
ciri-ciri Syariah Islam yang menekankan soal perpaduan dan keselesaan
untuk beribadat .

Seminar tersebut telah merumuskan beberapa perkara:

i. Pada hari yang jelas perbezaan waktu siang dan malam,


pembahagian waktu solat adalah mengikut ketetapan syarak.

ii. Ketika mega merah ( ) dan fajar sadiq sukar dibezakan,


waktu solat Subuh dan Isyak boleh ditentukan berdasarkan tempoh
terbenam matahari dan Isyak di latitud 48 Utara atau 48 Selatan
di mana tanda-tanda perubahan langit dapat dibezakan. Kadar
perbezaan tersebut boleh digunakan untuk penentuan waktu solat
di kawasan-kawasan yang lebih Utara atau Selatan.

iii. Para ulama berpendapat, bagi mereka yang kesulitan untuk


menunggu waktu Isyak yang sebenar disebabkan terlalu lewat,
diharuskan melaksanakan jamak taqdim bagi solat Maghrib dan
Isyak.

iv. Tempoh siang dan malam yang panjang berkait rapat juga dengan
pelaksanaan puasa Ramadhan. Bagi mereka yang mempunyai
masalah kesihatan atas nasihat pakar perubatan yang amanah dan
yakin bahawa berpuasa panjang boleh memudharatkan kesihatan,
mereka dibolehkan berbuka puasa tetapi perlulah mengqadakkan
puasa tersebut pada bulan-bulan lain.

Anda mungkin juga menyukai