Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN (IPGKTAA)


27200 KUALA LIPIS

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM AMBILAN JUN 2014

Kertas Kerja ini dibentangkan dengan tujuan mendapatkan :


i- Punca kuasa melaksanakan program
ii- Kelulusan peruntukan kewangan untuk melaksanakan program
iii- Kelulusan menggunakan bas IPG.

1.0 PENGENALAN

Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu


program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui kegiatan
kokurikulum, guru pelatih dapat melibatkan diri dalam unit beruniform dan menjadi
pemangkin kecemerlangan di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Program
Perkhemahan Unit Beruniform ini merupakan program yang diwajibkan kepada guru pelatih
Ambilan Jun 2014 untuk memenuhi kehendak kursus kokurikulum unit beruniform II (WAJ
3111). Perkhemahan ini wajib dilaksanakan selama 4 hari 3 malam dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti yang dikehendaki di dalam RMK yang diberi. Aktiviti ini dilaksanakan selaras
dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam
bidang kokurikulum.

2.0 RASIONAL

Pelaksanaan perkhemahan ini bertujuan memantapkan pembinaan ciri-ciri peribadi,


sosial dan profesional insan guru melalui aktiviti luar bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti ilmiah
dan dalam konteks sebenar bagi menerapkan kemahiran insaniah. Selain itu, ia dirancang
untuk memberi input dan pengalaman kepada guru pelatih supaya dapat mengetahui,
memahami, menguasai ilmu perkhemahan untuk dipraktikkan di sekolah yang akan
berkhidmat pada masa akan datang. Program ini juga adalah satu aktiviti yang dapat
mengeratkan hubungan sesama guru pelatih tanpa mengira bangsa, kaum dan agama

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014


1/6
3.0 MATLAMAT
Perkhemahan Unit Beruniform ini bertujuan untuk melahirkan guru permulaan yang
memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidik yang berpengetahuan, berdaya maju,
berdaya tahan, dan berdaya saing. Perkhemahan unit beruniform ini juga dijalankan untuk
memberi pendekatan kepada guru pelatih berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada
dalam setiap guru pelatih. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
guru pelatih untuk merancang, mengendalikan dan menguruskan program perkhemahan
unit beruniform.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menyediakan perancangan aktiviti perkhemahan unit beruniform sekolah.
4.2 Mengaplikasikan kemahiran kepemimpinan dalam pengurusan serta persiapan
perkhemahan unit beruniform melalui kerjasama berpasukan.
4.3 Mempamerkan kemahiran asas perkhemahan serta kerjasama dalam aktiviti semasa
perkhemahan unit beruniform.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM


5.1 Tarikh : 3-6 April 2016.
5.2 Tempat : Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.

6.0 PELAKSANAAN
6.1 Ikhtiar hidup
- Masakan ala rimba dan solar
- Membuat perangkap
6.2 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan
6.3 Kebudayaan
- Permainan tradisional
- Malam kebudayaan
6.4 Pengembaraan
- Membaca kompas

7.0 PENYERTAAN

7.1 50 Pelajar Semester 6 Ambilan Jun 2014


(Senarai Peserta Dilampirkan)
7.2 10 orang pensyarah Unit Kokurikulum

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014


2/6
8.0 STRUKTUR ORGANISASI

8.1 Jawatankuasa Induk

Penaung : Tn. Haji Abdullah bin Mohd Yusof.,SMP


Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Pengerusi : Dr. Abd Shatar bin Che Abd Rahman.,AAP


Timbalan Pengarah

Timbalan Pengerusi 1 : En. Mohd Rasdi b Saamah


Setiausaha Akademik

Timbalan Pengerusi 2 : En. Shukri b Mat Yaacob


Ketua Unit Kokurikulum

Penyelaras : En. A. Jailani bin Che Abas

Setiausaha : En. Nik Zaidi bin Ismail

Bendahari : Pn Zuharni bt Abdul Malek., PKC

8.2 Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Unit Beruniform (PISMP Ambilan Jun 2014)

Pengerusi : Tay Shan Shen

Naib Pengerusi : Effa Nadhira Farhana binti Sapawi

Setiausaha : Wan Nur Syamimi binti Wan Azmi

Bendahari : Nurul Afiqah binti Osman

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014


3/6
AJK:

Peralatan : Liew Soo Hui


: Yeow Jing Yuan

Tempat/Kebersihan : Sia Jia Ren


: Nashiera

Makanan : Ooi Rui Yin


: Ng Mu Xue

Aktiviti : Tay Shi Ying


: Lim Shi Cai

Hadiah : Nur Amira


: Nazirah Alan Hafifi

Pengangkutan : Mohd Shafiq bin Hj Saini


: Ilya Yohana Renyta

Keselamatan : Syahrin Nadzif bin Sumadi


: Syamsul

Fotografi/Multimedia : Tan Lean Chuen


: Nur Fadhilah binti Mazlan

9.0 TENTATIF PROGRAM


(Tentatif Program Dilampirkan)

10.0 SENARAI ALATAN


(Senarai Alatan Program Disertakan)

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014


4/6
BIL KEWANGAN JUMLAH CATATAN
(RM)
1. Makan Ditanggung oleh IPG:
RM 18 x 50 orang x 4 hari 3600 RM 10 x 50 orang x 4 hari = RM 2000
Selebihnya akan dibayar oleh pelajar
Semester 6 Ambilan Jun 2014
2. Cenderamata
RM 10 x 10 orang 100 Dibayar oleh pelajar Semester 6
RM 50 x 3 hamper 150 Ambilan Jun 2014

3. Buluh
RM 5 x 50 orang 250 Dibayar oleh pelajar Semester 6
Ambilan Jun 2014
4. Sewa Tapak
RM 7 x 3 hari x 50 orang 1050 Dibayar oleh pelajar Semester 6
Ambilan Jun 2014
5. Pengangkutan
1 buah bas - Membuat permohonan penggunaan
4 buah kereta Pensyarah bas IPGKTAA.

6. Peralatan tambahan 100 Dibayar oleh pelajar Semester 6


(Aktiviti) Ambilan Jun 2014

Jumlah 5250

12.0 PENUTUP/SYOR
Semoga kertas cadangan pelaksanaan Perkhemahan Unit Beruniform
Semester 6 Ambilan Jun 2014 ini akan mendapat kelulusan dan dapat dilaksanakan
atas keperluan bahawa usaha ini memberi manfaat yang besar dalam membina jati diri
bakal guru yang berketerampilan. Diharapkan juga program ini dapat dilaksanakan
dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan
penuh Yang Berbahagia Tuan Pengarah dan kepimpinan IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan yang sentiasa menyokong usaha-usaha mempertingkat pembinaan jiwa insaniah
guru.

Disediakan,

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014


5/6
____________________________
(WAN NUR SYAMIMI WAN AZMI)
Setiausaha,
Perkhemahan Unit Beruniform Sem 4 Ambilan Jun 2014

Disemak, Ulasan :

________________________
________________________
________________________ ________________________
(A. JAILANI BIN CHE ABAS)
Penyelaras Unit Beruniform

Disokong, Ulasan:
________________________
________________________
______________________________ ________________________
(SHUKRI BIN MAT YAACOB, AMP.)
Ketua Unit Kokurikulum,

Diluluskan, Ulasan:
_______________________
_______________________
_____________________________________ _______________________
(HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF, SMP.)
Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2014


6/6

Anda mungkin juga menyukai