Anda di halaman 1dari 3

1

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN ISLAM


Dengan diiringi selawat ke atas Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad saw,
Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin yang
segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

Nur Hazirah binti Sani dengan pilihan hatinya Erwanda bin


Masran

Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk sama2 berselawat ke atas Junjungan Besar
kita Nabi Muhammad S.A.W.

(tunggu sampai mereka duduk)

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T. dan salam sejahtera

Allah swt berfirman dalam Surah Ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud;


Dan di antara tanda2 kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu
sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikanNya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2
terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir.

Hazrat Ali ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda;


Jangan melambat2kan dalam 3 perkara. Pertama, solah, apabila telah masuk waktunya.
Kedua, pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga, mengahwinkan
seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati.

Selamat datang ke :
Majlis Walimatul Urus Nur Hazirah binti Sani dengan Erwanda bin
Masran

Subhanallah pagi dan petang


ganjaran pohon di dalam syurga
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Jangan kita terus lalai,


Dalam membuat salah dan dosa,
Tingkatkan usaha banyakkan amalan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan kepada yg ESA,
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan ini, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, Tuhan Yang Maha ESA,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
2

AF Ustaz......
Dipersilakan.

(Doa)

Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz ..............................di atas bacaan doa sebentar tadi.

Rasulullah saw dikenang-kenang


Pergorbanan di Taif dibaling batu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Buah zaiton buah Tin,


Kaya miskin sama nikmati,
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama
sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu
alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini. Jangan lupa
membaca Bismillah dan doa sebelum santapan bermula.. Selamat menjamu selera..

(makan 10 minit)

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan
perkahwinan yang dituntut agama.
Sebelum bernikah syaitan akan merapatkan hubungan supaya berlaku maksiat dan
pelanggaran. Selepas bernikah, makhluk yang dilaknat Allah ini akan merenggangkan
hubungan dan menimbulkan perselisihan. Mohonlah kepada Allah agar hubungan ini terus
berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus, insyaAllah. Amin..

Inilah yang dikatakan, asal anak skrg menantu,


jadi ayah, kemudian bercucu
Bila2 masa akan bertemu Allah Yang Satu

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima
kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian
hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

hidup dunia ilusi semata


kepada Allah tempat kembali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua lagi

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Yang baik dari Allah,
yang lemah atas kelemahan saya sendiri.. Maha Suci Allah3, Allah bebas dari salah dan silap.
Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang, insyaAllah... Saya mengucapkan salam
3

hormat buat semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Wabillahitaufiq walhidayah
wassalamualaikum WBT.
Tangguh majlis dengan tasbih kifarah.

Anda mungkin juga menyukai