Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU PUSAT JANTUNG SARAWAK

PERINGKAT JABATAN PUSAT JANTUNG SARAWAK 2016

1.0 SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN

1. Penyertaan adalah percuma dan TERBUKA kepada semua warga kerja di bawah
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan orang awam.
2. Lagu yang dicipta hendaklah ciptaan asal, tidak melebihi masa tiga (3) minit dan
penyertaan adalah tidak terhad.
3. Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu yang
diterima sebagai peserta.
4. Ciptaan lagu adalah bebas tetapi ia mesti melambangkan perkhidmatan PJS. Lirik
lagu mestilah dalam Bahasa Malaysia dan mudah difahami serta dinyanyikan.
5. Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk format minus one atau CD
dengan rakaman suara menggunakan sekurang - kurangnya satu alat muzik
iringan atau menyertakan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu
disertakan di dalam kertas berasingan. Penyertaan boleh dihantar kepada Unit
Teknologi Maklumat PJS atau Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan
PJS.
6. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan sama ada penyertaan
secara individu atau berkumpulan (sila namakan kumpulan). Walau
bagaimanapun, hanya satu lagu akan dipilih sebagai pemenang. Tarikh tutup
penyertaan adalah pada 30 Disember 2016 (Jumaat) dan sebarang penyertaan
selepas 30 Disember 2016 (Jumaat) tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia.
7. Semua lagu yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Lagu PJS akan menjadi
hakmilik PJS dan tidak akan dikembalikan. PJS berhak ke atas lagu yang terpilih
sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk didendangkan atau
dinyanyikan dalam mana-mana akviti PJS.
8. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta
sendiri (individu atau berkumpulan). Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Penilaian
dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai (Panel/Hakim/Juri khas) yang dilantik
dengan jumlah pemarkahan sebanyak 50% dan 50% lagi adalah undian
kakitangan PJS selaku Juri Awam.
9. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan. Pemenang
akan dimaklumkan melalui e-mel atau telefon dan majlis penyampaian hadiah
akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA
LAGU PUSAT JANTUNG SARAWAK
PERINGKAT JABATAN PUSAT JANTUNG SARAWAK 2016

Tajuk Lagu : .......................................................................


Nama Pencipta Lagu : ........................................................................
(individu/nama kumpulan)

No. Kad Pengenalan : .......................................................................


Jabatan/wad/unit : .......................................................................
bertugas
E-mel : .......................................................................
No telefon : ......................................................................
Nama Penulis Lirik : .......................................................................
(Tidak perlu, jika sama dengan nama pencipta lagu)

No. Kad Pengenalan : .......................................................................


Jabatan/wad/unit : .......................................................................
bertugas
E-mel : .......................................................................
No telefon : ......................................................................

PENGAKUAN PESERTA
Saya mengaku bahawa ciptaan lagu dan lirik adalah ciptaan asal dan bersetuju
mematuhi segala syarat pertandingan yang telah ditetapkan

Tandatangan : ................................................................................
Tarikh : .................................................................................

(Borang penyertaan hendaklah dilampirkan bersama hasil nota dan lirik lagu)

Anda mungkin juga menyukai