Anda di halaman 1dari 22

KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

JALAN BATU ASAH


07000 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAM

SEMESTER SEMESTER 3

KOD DAN TAJUK


ETN 3043 : ELEKTRONIK DIGITAL DAN APLIKASI 1
KURSUS

K1 MENJALANKAN KONSEP DAN SISTEM NOMBOR.


K2 MEMBINA LITAR GET LOGIK DAN PERANTI YANG BERKAITAN.
NO. DAN TAJUK K3 MENENTUKAN KOMBINASI GET LOGIK.
KOMPETENSI
K4 MENGENDALIKAN DIGITAL ARITMETIK DAN LITAR.
K5 MENTAFSIR PEMBILANG DAN PENDAFTAR.

NO.KOD KSKV ETN3043 / P (5/10) Muka Surat : 1 Drp / 22

TAJUK : GET LOGIK GABUNGAN.

TUJUAN :
3.1.1 Menjelaskan gabungan litar logik mengikut ungkapan logik Boolean.
3.1.2 Mengenal pasti ungkapan logik Boolean berdasarkan gabungan litar logik.
3.1.3 Membina litar logik mengikut ungkapan Boolean kepada standard.
3.1.4 Lukis litar logik Minterm (SOP) dan Maxterm (POS) mengikut ungkapan Boolean.

3.2.1 Mengubah ungkapan Boolean dari jadual kebenaran mengikut konsep.


3.2.2 Membina jadual kebenaran dari ungkapan Boolean mengikut konsep.
3.2.3 Membina jadual kebenaran mengikut kombinasi logik mendapatkan litar.
3.2.4 Lakar gambarajah masa mengikut kombinasi logik litar get.

KV-PKPPV-05(7)(05.03.2014)
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 2 Drpd : 22

10.2 LITAR LOGIK GABUNGAN

Kita telahpun diperkenalkan dengan lima get logik asas iaitu : Get DAN,
ATAU, TAK, TAK DAN dan TAK ATAU. Simbol piawai yang digunakan untuk
menggambarkan get ini pada gambarajah litar logik juga diperkenalkan.

Namun begitu, segala yang telah kita bincangkan tidak mencukupi untuk
membentuk suatu sistem logik yang kompleks. Oleh itu suatu sitem litar yang
dikenali sebagai litar logik gabungan ataupun kombinasi logik, dapat
merealisasikan litar digital yang lebih kompleks dan fleksibel.

Litar logik gabungan bermaksud gabungan beberapa get-get logik seperti get
DAN, TAK DAN dan TAK di dalam satu litar.

Secara umum kita boleh katakan litar logik gabungan ialah salah satu jenis
atau cabang litar sistem digital di mana pada masa tertentu, keadaan
keluaran bergantung pada keadaan masukan hanya pada masa itu sahaja
dan tidak pada masukan pada masa sebelumnya.

Logik gabungan ialah satu litar atau rangkaian logik yang terdiri daripada
beberapa get untuk menghasilkan fungsi atau output yang tertentu. Logik
gabungan boleh dianalisa untuk mengetahui bagaimana litar ini berfungsi.

Analisis ini dijalankan dengan mendapatkan pernyataan Boole atau jadual


kebenaran.

Mari kita lihat beberapa contoh litar kombinasi logik. Saya berharap anda
semua akan faham dan jika menghadapi sebarang masalah, berbincanglah
dengan pensyarah anda !!!!

10.2.1 MEREKABENTUK LITAR KOMBINASI LOGIK


NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 3 Drpd : 22

Untuk memudahkan rekabentuk litar kombinasi logik, kita perlu tahu dua perkara
asas persamaan logik iaitu :

a) Apabila ada tanda + di antara dua atau lebih pembolehubah, contohnya


A + B + C, ini bermakna semua pembolehubah diATAUkan.

b) Apabila ada tanda . di antara dua atau lebih pembolehubah, contohnya


A . B . C, ini bermakna semua pembolehubah diDANkan.

Contoh 10.2a

Diberi satu fungsi kombinasi logik :

Y=A.B + A.B

Persamaan di atas mempunyai 2 sebutan iaitu A . B dan A . B dan


dua pembolehubah iaitu A dan B.
Sebutan pertama menggunakan fungsi logik DAN di antara A dan B di
mana A adalah alikkan bagi A. Ia diperolehi dengan menggunakan get
TAK.
Sebutan kedua juga menggunakan fungsi logik DAN di antara A dan B.
Kedua-dua sebutan di atas diATAUkan untuk membentuk persamaan
bagi Y.

Teliti dan cuba fahamkan rajah 10.10 litar logik gabungan di bawah :

Y=AB+AB

Rajah 10.10
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 4 Drpd : 22

CONTOH 10.2b

Diberi fungsi logik : Y = A . C + B . C + A . B . C

Ungkapan ini mengandungi tiga sebutan iaitu : AC, BC dan ABC


dengan semuanya diATAUkan bersama.
Litar logik gabungan boleh dilukis dengan 2 cara :

a) Gunakan Get ATAU-3 masukan dengan masukan AC, BC dan


ABC.Ini digambarkan dengan rajah 10.11 di bawah.

b) Setiap masukan get ATAU merupakan sebutan hasildarab DAN,


oleh itu get DAN dengan masukan yang sesuai boleh digunakan
untuk menerbitkan setiap sebutan itu. Cuba teliti dan fahamkan litar
logik gabungan tersebut seperti dalam rajah 10.12

AC
BC
ABC Y = AC + BC + ABC

Rajah 10.11

C
Y=AC+BC+ABC

Rajah 10.12
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 5 Drpd : 22

CONTOH 10.2c
Rajah di bawah mewakili suatu elemen logik yang keluarannya akan
tinggi jika majoriti masukannya tinggi. Lukiskan litar logik bagi rajah ini.
A

B Y

Penyelesaian :
Binakan jadual kebenaran seperti di bawah :

A B C Y
0 0 0 0
0 0 1 0
0 1 0 0
0 1 1 1
1 0 0 0
1 0 1 1
1 1 0 1
1 1 1 1

Litar Kombinasi logik :

A B C

Litar Y = ABC + ABC + ABC + ABC


NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 6 Drpd : 22

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SETERUSNYA.DAN .
SEMAKLAH JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!

10b-1) Tuliskan persamaan Boolean bagi kombinasi litar logik di bawah :

i)
A

B Y

ii)
A

Y
C

iii)
A

C
Y
D
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 7 Drpd : 22

iv)
A

D X

v)

10b-2) Lukiskan litar logik bagi persamaan Boolean berikut :

i) M = ( AB ) + ( C + D )

ii) P = ( AC + BC ) ( A + C )

iii) R = BC + D + AD

iv) S = B ( A + C ) + AC + D
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 8 Drpd : 22

10b-3) Tuliskan persamaan Boolean, kemudian lukiskan gelombang keluaran Z jika


masukannya seperti yang ditunjukkan.

C Z

A 1 2 3 4

D
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 9 Drpd : 22

10b-1)

i) Y = AB + BC
ii) Y = ( AB + B ). C
iii) Y = AB + ( B + C ). D
iv) X=A+B+C+D
v) Z= A+B.B.(A+C)

10b-2)

i)
A
B

C
D

P
ii) C
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 10 Drpd : 22

B
iii) C

A R
D

A
iV) C

S
B
D

10b-3) Z = ( AB ) ( BC ) + D

0 1 1 1 1 0 0 0 0 0
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 11 Drpd : 22

PENILAIAN KENDIRI

Tahniah ! anda telah menghampiri kejayaan. sila cuba semua soalan dalam
penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang
disediakan.
Jika ada masalah timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. selamat
mencuba semoga berjaya !

SOALAN 1

Tuliskan jadual kebenaran bagi litar logik di bawah ini :-

a) A
B
C

b)
A
B
C

Y
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 12 Drpd : 22

SOALAN 2

Lukiskan rajah masa bagi keluaran X dan Y bagi get logik di bawah :

A X
B

A
Y
B

SOALAN 3

Lukiskan litar logik bagi ungkapan Boolean di bawah : -

a) X = A B C ( A + D )

b) Y = D + ( A + B ) C . E

c) Z = A B + B C
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 13 Drpd : 22

SOALAN 4

Tuliskan ungkapan Boolean dan seterusnya jadual kebenaran bagi litar logik di
bawah :

ADA MASALAH ? BERBINCANGLAH DENGAN


PENSYARAH ANDA ATAU RAKAN-RAKAN YANG
LEBIH MEMAHAMI TOPIK INI !
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 14 Drpd : 22

MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI

SUDAHKAH ANDA MENCUBA SEMUA SOALAN ? SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN
BANDINGKAN DENGAN MAKLUMBALAS DI BAWAH .

Jawapan soalan1

a) Jadual kebenaran :

A B C Y
0 0 0 1
0 0 1 0
0 1 0 0
0 1 1 0
1 0 0 0
1 0 1 0
1 1 0 0
1 1 1 1

b) Jadual kebenaran :

A B C Y
0 0 0 1
0 0 1 1
0 1 0 0
0 1 1 1
1 0 0 0
1 0 1 0
1 1 0 1
1 1 1 0
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 15 Drpd : 22

Jawapan soalan 2

a)
X

b)
Y

Jawapan soalan 3

a) A
B
C X = A B C ( A + D)

b) D+(A+B)C
A
B Y
C D
E

AB
A
c) B Z

C
BC
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 16 Drpd : 22

Jawapan soalan 4

Y= ABC + ABC +ABC

A B C Y
0 0 0 0
0 0 1 1
0 1 0 1
0 1 1 0
1 0 0 1
1 0 1 0
1 1 0 0
1 1 1 0

Tahniah kerana telah berjaya


menjawab kesemua soalan
dengan jayanya ! Teruslah
berusaha.
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 17 Drpd : 22

Minterm dan Maxterm

Mana-mana persamaan Boolean boleh dinyatakan dalam bentuk minterm atau


maxterm. Oleh itu, kita harus menentukan konsepnye secara literal. Pernyataan atau
formula Boole boleh dihasilkan dengan menggabungkan pembolehubah (variable)
dan pemalar (constants) melalui operasi logik. Pernyataan ini kemudiannya
digunakan untuk menerangkan sesuatu fungsi. Fungsi ini disebut sebagai fungsi
Boolean (Boolean functions).

Sebagai contoh, pernyataan x(y + wz) digunakan untuk menerangkan fungsi f. Maka
fungsi ini boleh ditulis sebagai:

f(w, x, y, z) = x(y + wz) atau f = x(y + wz)

Formula Boolean yang diperolehi daripada jadual kebenaran mempunyai dua


struktur atau bentuk:

(i) SOP (Sum-Of-Products) / minterms


(ii) POS (Product-Of-Sums) / maxterm.

Bagi dua pembolehubah, lihat contoh di bawah:

X Y Minterm Maxterm
0 0 X'.Y' X+Y
0 1 X'.Y X+Y'
1 0 X.Y' X'+Y
1 1 X.Y X'+Y'

Bagi tiga pembolehubah, lihat contoh di bawah:

X Y Z Minterm Maxterm
0 0 0 X'.Y'.Z' X+Y+Z
0 0 1 X'.Y'.Z X+Y+Z'
0 1 0 X'.Y.Z' X+Y'+Z
0 1 1 X'.Y.Z X+Y'+Z'
1 0 0 X.Y'.Z' X'+Y+Z
1 0 1 X.Y'.Z X'+Y+Z'
1 1 0 X.Y.Z' X'+Y'+Z
1 1 1 X.Y.Z X'+Y'+Z'

Ini membolehkan kita menyatakan persamaan Boolean dalam bentuk SOP atau
POS.
NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 18 Drpd : 22

Sum Of Products (SOP)

Bentuk Sum of Products (Jumlah Hasil Darab) menyatakan persamaan sebagai


jumlah minterms (sebutan minima). Beberapa istilah penting mesti diketahui dalam
formula SOP. Lihat persamaan di bawah sebagai contoh.

F(X, Y, ...) = Jumlah (ak.mk)

F (w, x, y, z) = w + x y z + w x y z (formula SOP biasa)

dimana ak is 0 or 1 dan mk is a minterm.

Persamaan tersebut mempunyai empat pembolehubah (w, x, y, z) dan enam literal


(w, w, x, y, z, z). Literal-literal ini membentuk tiga sebutan (w, xyz, wxyz ). Perhatikan
bahawa sebutan-sebutan ini adalah hasil darab (product term) antara beberapa
literal. Ketiga-tiga sebutan ini kemudian ditambahkan menghasilkan persamaan
SOP. Perhatikan juga bahawa sebutan ketiga mempunyai kesemua pembolehubah
fungsi F. Sebutan ini dipanggil sebagai sebutan minimum (minterm). Sekiranya
terdapat persamaan yang kesemua sebutannya ialah sebutan minimum, maka
persamaan tersebut dikenali sebagai persamaan SOP piawai (canonical/standard
SOP expression). Contoh persamaan piawai SOP ialah seperti di bawah.

h(a, b, c) = a b c + a b c + a b c (formula SOP piawai)

Ingat ! Persamaan SOP akan menghasilkan 1 apabila salah satu


sebutannnya bernilai 1.

Untuk menghasilkan Jumlah Hasil Darab dari Jadual Kebenaran, ATAU kan semua
minterm yang memberi nilai 1.

Contoh - SOP

Lihat Jadual Kebenaran

Masukan Keluaran
Minterm
X Y F
0 0 0 X'.Y'
0 1 0 X'Y
1 0 1 X.Y'
1 1 1 X.Y

Maka SOP ialah f(X.Y) = X.Y' + X.Y


NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 19 Drpd : 22

Latihan 1

Lengkapkan jadual di bawah dengan mencari sebutan minimum untuk setiap


kombinasi input.

Masukan
Minterm
A B C
0 0 0
0 0 1
0 1 0
0 1 1
1 0 0
1 0 1
1 1 0
1 1 1

Untuk memudahkan penulisan, fungsi h di atas boleh ditulis dalam bentuk notasi
menggunakansimbol atau digit perpuluhan (decimal notation) seperti yang
ditunjukkan di bawah. Simbol Sm menunjukkan fungsi tersebut adalah hasil
tambah sebutan minimum yang pertama, ketiga dan keenam.

h(a, b, c) = a b c + a b c + a b c = Sm (1, 3, 6) (notasi-m)

Contoh : tuliskan notasi-m untuk fungsi SOP berikut:

Y(p, q, r) = p q r + p q r + p q r + p q r

Contoh : Tulis semula notasi berikut dalam fungsi SOP piawai

P(a3, a2, a1, a0) = Sm(0, 2, 5, 7, 9, 11, 13, 14)

Product Of Sum (POS)

Persamaan POS (Hasil Darab Jumlah) di bawah mempunyai empat pembolehubah


dan tujuh literal. Penambahan beberapa literal menghasilkan sebutan tambah (sum
term). Apabila sebutan-sebutan ini didarabkan, ia menghasilkan persamaan POS.
Perhatikan bahawa sebutan ketiga mempunyai kesemua pembolehubah fungsi f,
oleh itu sebutan ini dikenali sebagai sebutan maksimum (maxterm).

F(X, Y, .......) = Hasil (bk + Mk), dimana bk is 0 or 1 and Mk is a maxterm

F (w, x, y, z) = (x +y)(x + y + z)(w + x + y + z) (formula POS biasa)


NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 20 Drpd : 22

Untuk menghasilkan POS dari Jadual Kebenaran, DAN kan semua maxterm yang
memberi nilai 0.

Contoh POS

Ambil kira Jadual Kebenaran dari contoh yang sebelumnya:

Masukan Keluaran
Maxterm
X Y F
0 0 1 X+Y
0 1 0 X+Y'
1 0 1 X'+Y
1 1 1 X'+Y'

Di sini POS adalah F(X,Y) = (X+Y')

Ingat! Persamaan POS akan menghasilkan 0 apabila salah satu sebutannya


bernilai 0.

Persamaan yang kesemua sebutannya adalah sebutan maksimum dikenali sebagai


persamaan piawai POS (canonical/standard POS expression), seperti yang
ditunjukkan di bawah. Persamaan POS juga boleh ditulis dalam bentuk notasi
perpuluhan. Simbol PM menunjukkan fungsi tersebut adalah hasil darab sebutan
maksimum yang ketiga, kelima dan ketujuh.

G(a, b, c, d) = (a + b + c + d)(a + b + c + d) (a + b + c + d) (formula POS piawai)

= PM(3, 5, 12) (notasi-M)


NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 21 Drpd : 22

Latihan :
Lengkapkan jadual di bawah dengan mencari sebutan maksimum untuk setiap
kombinasi input.

Masukan Sebutan Maksima


A B C (M)
0 0 0
0 0 1
0 1 0
0 1 1
1 0 0
1 0 1
1 1 0
1 1 1

Contoh : tuliskan notasi-m untuk fungsi POS berikut:

P(a, b, c) = ( a+ b + c) (a + b + c)( a + b + c) (a + b + c)

Contoh : Tulis semula notasi berikut dalam fungsi SOP piawai

P(w, x, y, z) = PM(5, 8, 11, 13, 14)

Exercise

Give the expression represented by the following truth table in both Sum of Products
and Product of Sums forms.

X Y Z F(X,Y,X)
0 0 0 1
0 0 1 0
0 1 0 0
0 1 1 1
1 0 0 0
1 0 1 1
1 1 0 1
1 1 1 0

Penentuan dan Pertukaran Persamaan diantara POS dan SOP

Pertukaran diantara kedua-dua terma adalah berdasarkan Hukum DeMorgans.


NO KOD / CODE NO K4-K3-KP 5 Muka : 22 Drpd : 22

Sebelum ini, persamaan untuk sesuatu fungsi didapati daripada rajah logik
gabungan. Tahukah pula cara untuk mendapatkan persamaan daripada sesuatu
jadual kebenaran?
Untuk menulis persamaan piawai SOP, semua kombinasi input yang menghasilkan
output bernilai 1 diambil dan ditulis dalam bentuk sebutan minimum.

Untuk menulis persamaan piawai POS, semua kombinasi input yang menghasilkan
output 0 diambil dan ditulis dalam bentuk sebutan maksimum.

Contoh : Dapatkan persamaan SOP dan POS piawai untuk fungsi Y bagi setiap
Jadual Kebenaran berikut:

X2 X1 X0 Y
0 0 0 0
0 0 1 1
0 1 0 1
0 1 1 0
1 0 0 1
1 0 1 0
1 1 0 0
1 1 1 1

P Q R Y
0 0 0 1
0 0 1 1
0 1 0 1
0 1 1 0
1 0 0 0
1 0 1 0
1 1 0 1
1 1 1 1

Anda juga boleh tukar persamaan SOP ke bentuk POS dan begitu juga sebaliknya
kerana keduaduanya adalah pelengkap di antara satu sama lain.

3.3 Membina projek gabungan Minterm dan Maxterm.


3.3.1 Lukis litar projek digital menurut Minterm (SOP) dan Maxterm (POS).
3.3.2 Menyediakan bahan yang sesuai untuk membina Projek litar digital mengikut
keperluan.
3.3.3 Membina projek Minterm dan Maxterm mengikut litar diagram.
3.3.4 Menganalisa operasi projek mengikut konsep.

Anda mungkin juga menyukai