Anda di halaman 1dari 34

KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

JALAN BATU ASAH


07000 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN
NAMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAM

SEMESTER SEMESTER 3

KOD DAN
TAJUK ETN 3043 : ELEKTRONIK DIGITAL DAN APLIKASI 1
KURSUS

K1 MENJALANKAN KONSEP DAN SISTEM NOMBOR.


K2 MEMBINA LITAR GET LOGIK DAN PERANTI YANG BERKAITAN.
NO. DAN
TAJUK K3 MENENTUKAN KOMBINASI GET LOGIK.
KOMPETENSI K4 MENGENDALIKAN DIGITAL ARITMETIK DAN LITAR.
K5 MENTAFSIR PEMBILANG DAN PENDAFTAR.

NO.KOD Muka Surat : 1 Drp / 34


ETN3043 / P (8/10)
KSKV

TAJUK : DAFTAR ANJAKAN.

TUJUAN :
5.2.1 Tentukan siri beban daftar anjak rajah litar D flip-flop mengikut standard.
5.2.2 Jelaskan anjak kanan, anjak kiri, beban selari, dan beban siri mengikut
konsep teori.
5.2.3 Menafsir TTL komersial dan CMOS IC daftar anjak mengikut lembaran
data.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 2 Drpd : 34

INPUT

5.2 PENGENALAN
Di dalam kehidupan kita hari ini, kalkulator memainkan peranan yang amat
penting di dalam setiap pengiraan. Tahukah anda bagaimanakah
kalkulator melakukan pengiraan untuk kita ? Contohnya bagi mencampur
dua nombor iaitu 18 + 11.

Sekarang cuba anda tekan kekunci 1, nombor 1 akan dipaparkan. Apabila


nombor kedua ditekan, iaitu 8, maka nombor 1 akan dianjak ke kiri dan
nombor 18 akan dipaparkan. Daripada contoh di atas, kita dapati litar logik
yang terdapat di dalam kalkulator akan menyimpan dahulu nombor
pertama dan kemudian nombor tersebut akan dianjak sekiranya nombor
kedua dimasukkan. Akhirnya nombor 18 akan dipaparkan. Ini bermakna
didalam pengiraan ini apabila nombor 18 ditekan, nombor ini perlu
disimpan terlebih dahulu di dalam ingatannya. Apabila nombor 11 ditekan,
nombor ini akan dicampur dengan nombor di dalam ingatannya.

Litar digital yang akan bertindak sebagai ingatan di dalam suatu kalkulator
ialah daftar anjakan. Daftar anjakan ialah ingatan yang dibina dari
beberapa flip-flop. Daftar anjakan selalunya digunakan sebagai ingatan
sementara sebelum operasi aritmatik dilakukan.

Begitu juga didalam sistem penghantaran data, daftar anjakan diguna


sebagai ingatan sementara sebelum data dihantar kemana-mana
destinasi. Ia juga berfungsi bagi menukar bentuk data selari ke siri atau
sebaliknya mengikut keperluan sistem kita.

Perhatikan sistem penghantaran data di bawah:


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 3 Drpd : 34

MODEM MODEM

Data yang diproses oleh komputer adalah di dalam bentuk selari. Apabila
data ini hendak dihantar melalui talian talifon ia akan dihantar secara siri.
Begitu juga sebaliknya, jika data dari talian talifon dihantar ke komputer,
maka data yang masuk secara sesiri ini perlu ditukarkan secara selari
sebelum di baca oleh komputer. Bagi menukarkan bentuk data selari ke
siri atau sebaliknya, litar antaramuka (interfacing) diperlukan. Untuk
pengetahuan anda litar antaramuka ini adalah dibina daripada daftar-
daftar.

Kesimpulannya litar yang berfungsi bagi menyimpan data yang


dimasukkan ini dan kemudian menganjakkanya dikenali sebagai DAFTAR
ANJAKAN.

Daftar anjakan boleh didefinasikan sebagai peranti atau sekumpulan flip-


flop yang digunakan untuk menyimpan dan menganjak data.

5.2.1 LITAR ASAS DAFTAR ANJAKAN


Oleh kerana daftar anjakan ialah suatu alat yang boleh menyimpan dan
menganjak data, maka flip-flop yang sesuai digunakan ialah flip-flop D.
Seperti yang kita pelajari sebelum ini satu flip-flop D boleh menyimpan
satu bit data samada bit 0 atau 1 bergantung kepada masukan yang
diberi.

Jika kita merujuk kepada rajah 4.1, kita dapati apabila bit 1 diberikan pada
masukan, selepas denyut jam diberikan maka data 1 akan disimpan,
begitu juga apabila bit 0 diberikan pada masukan, maka data 0 akan
disimpan.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 4 Drpd : 34

1 di simpan 0 di simpan
1 0
D Q D Q
clk clk

Rajah 4.1 : Flip-flop D sebagai alat ingatan

Oleh kerana satu flip-flop hanya boleh menyimpan satu bit data, maka
kapasiti daftar atau alat ingatan adalah sama dengan jumlah flip-flop yang
digunakan. Ini bermakna apabila kita ingin membina daftar anjakan 2 bit
maka 2 flip-flop diperlukan. Ini ditunjukkan seperti rajah 4.2.

Masukan data
D Q0 D Q1
clk

Rajah 4.2 : Daftar anjakan 2 bit

5.2.2 JENIS-JENIS DAFTAR ANJAKAN


Oleh kerana daftar anjakan merupakan komponen penting dalam
kebanyakan sistem digital maka ia telah dikelaskan mengikut kaedah
masukan dan keluaran data. Terdapat 4 jenis daftar anjakan yang akan
anda pelajari iaitu daftar anjakan masukan siri keluaran siri, masukan siri
keluaran selari, masukan selari keluaran siri dan masukan selari
keluaran selari.

Dalam contoh di bawah andaikan daftar anjakan digunakan dalam sistem


digital 8 bit. Dan data yang akan dimasukkan ialah 10010110.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 5 Drpd : 34

Daftar anjakan masukan siri / keluaran siri (SISO)

anjakan pertama 0
1 0 0 1 0 1 1 0

Anjakan ke 2 1 0
1 0 0 1 0 1 1 0

Anjakan ke 3 1 1 0
Konsep SISO:
1 0 0 1 0 1 1 0
Data dianjak masuk dan
keluar satu bit setiap
anjakan ke 4 0 1 1 0 masa melalui satu talian
1 0 0 1 0 1 1 0 masukan dan talian
keluaran

Anjakan ke 5 1 0 1 1 0
1 0 0 1 0 1 1 0

anjakan ke 6 0 1 0 1 1 0
1 0 0 1 0 1 1 0

Anjakan ke 7 0 0 1 0 1 1 0
1 0 0 1 0 1 1 0

anjakan ke 8 1 0 0 1 0 1 1 0 0 data pertama


1 0 0 1 0 1 1 0 dikeluarkan

Selepas 8 anjakan kesemua bit data akan


disimpan, dan data pertama iaitu 0 akan
dikeluarkan.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 6 Drpd : 34

Daftar anjakan masukan siri / keluaran selari (SIPO)

Masukan siri 1 0 0 1 0 1 1 0 Konsep SIPO:


10010110
Data dianjak masuk satu bit
setiap masa, selepas kesemua bit
1 0 0 1 0 1 1 0 dimasukkan, ia akan dianjak
Keluaran selari keluar secara serentak

Daftar anjakan masukan selari / keluaran siri (PISO)

Masukan selari
1 0 0 1 0 1 1 0
Konsep PISO:
Keluaran siri
1 0 0 1 0 1 1 0 0 Kesemua bit data di masuk
serentak, dan dianjak keluar satu
bit setiap masa.

Daftar anjakan masukan selari / keluaran selari(PIPO)

Masukan selari Konsep PIPO:


1 0 0 1 0 1 1 0
Kesemua bit data di masuk
serentak, dan dianjak keluar
secara serentak
1 0 0 1 0 1 1 0

Keluaran selari
1 0 0 1 0 1 1 0

UNTUK LEBIH MUDAH, SELEPAS INI


KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN
SISO,SIPO,PISO DAN PIPO BAGI
MEWAKILI SETIAP DAFTAR
ANJAKAN YANG AKAN KITA
BINCANGKAN.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 7 Drpd : 34

(i) DAFTAR ANJAKAN MASUKAN


SIRI/KELUARAN SIRI (SISO)

Rajah 4.3 menunjukkan daftar anjakan masukan siri/keluaran siri dibina


menggunakan flip-flop D. Oleh kerana daftar anjakan ini mempunyai 4
peringkat (4 flip-flop) maka ia dapat menyimpan 4 bit data. Cuba anda
perhatikan rajah 4.3, berapakah talian masukan dan talian keluarannya?.
Ya, sekiranya kita menggunakan daftar anjakan masukan siri-keluaran siri
bererti kita hanya mampunyai satu talian masukan dan satu talian
keluaran.

Masukan siri Keluaran siri


D Q0 D Q1 D Q2 D Q3
clk

Rajah 4.3: Daftar anjakan masukan siri/keluaran siri

Baiklah, untuk lebih memahami kita akan membincangkan operasi litar ini
dengan memasukkan 4 bit data iaitu 1010. Data paling kanan akan
dimasukkan dahulu dan daftar awalnya dalam keadaan reset.

Sekarang perhatikan rajah 4.4, data pertama, D=0 diletakkan pada talian
masukan. Selepas CLK1 diberikan, FF0 akan direset, daftar menyimpan
bit data pertama iaitu 0.

Selepas CLK2, bit data kedua iaitu 1 akan disimpan di FF0 dan data asal
di FF0 akan dianjakkan ke FF1. Daftar sekarang telah menyimpan bit data
pertama dan kedua iaitu 10.

Selepas CLK3, bit data ketiga iaitu 0 akan disimpan di FF0, data asal di
FF0 akan dianjakkan ke FF1 dan data di FF1 dianjak ke FF2. Ketika ini
daftar menyimpan bit data pertama, kedua dan ketiga iaitu 010.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 8 Drpd : 34

Selepas CLK4, bit data terakhir 1 akan disimpan di FF0, data asal di FF0
akan di anjakkan ke FF1, data di FF1 dianjak ke FF2 dan data di FF2
dianjak ke FF3. Selepas denyut yang keempat, kesemua bit data telah
dimasukkan secara siri dan bit-bit data ini akan disimpan sehinggalah
bekalan kuasa dimatikan.

Masukan
data
Daftar awalnya dalam
keadaan reset.

Bit data Selepas CLK1, bit data


pertama pertama disimpan
====

Bit data Selepas CLK2, bit data kedua


kedua disimpan
====

Bit data Selepas CLK3, bit data ketiga


ketiga disimpan

Bit data Selepas CLK4, kesemua 4 bit


keempat data disimpan dalam daftar

Rajah 4.4: Empat Bit Data (1010) Dimasukkan Siri Ke


Dalam Daftar.

Setelah anda memahami bagaimanakah data dianjak masuk, sekarang


kita akan meneruskan pelajaran kita iaitu bagi melihat bagaimanakan data
akan dianjak keluar. Seperti yang kita ketahui bit data mesti dianjak
keluar secara siri, dan data akan diperolehi di Q3.

Sekarang perhatikan Rajah 4.5, selepas CLK4 bit data pertama iaitu 0
akan dipaparkan di Q3.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 9 Drpd : 34

Selepas CLK5, bit data kedua 1 akan dipaparkan di Q3.

Begitu juga selepas CLK5, data ketiga 0 akan dipaparkan di Q 3.

Dan akhirnya selepas CLK6, data terakhir 1 akan dipaparkan di Q 3.

Bit data pertama diperolehi

Selepas CLK5, bit data


kedua diperolehi

Selepas CLK6, bit data


ketiga diperolehi

Selepas CLK7, bit data


kempat diperolehi

Selepas CLK8, daftar


dikosongkan

Rajah 4.5: Empat bit data (1010) dianjak keluar secara siri
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 10 Drpd : 34

Contoh 4.1

clk

Masukan
Data

Lukiskan litar daftar anjakan 5-bit SISO menggunakan flip-flop D. Tentukan


keadaan daftar anjakan jika masukan data dan denyut jam adalah seperti
dibawah ; Anggapkan Qawal bagi setiap flip-flop adalah 0.

Penyelesaian

SI D QA D QB D QC D QD D QE
SOUT

klok

clk

Masukan
Data

QA

QB

QC

QD

Satu aje
talian ?..
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 11 Drpd : 34

(ii) DAFTAR ANJAKAN MASUKAN SIRI


KELUARAN SELARI (SIPO)

Adakah anda masih ingat


konsep daftar anjakan SIPO ?

Sekarang kita akan cuba mengkaji rajah 4.6 bagi melihat bagaimanakah
daftar anjakan ini beroperasi.

Talian keluaran (Q0 Q3)


Q0 Q1 Q2 Q3

Masukan data

D Q0 D Q1 D Q2 D Q3
clk

(a)

Masukan data D

Clk C

Q0 Q1 Q2 Q3

(b)
Rajah 4.6 : Daftar anjakan masukan siri keluaran selari
(a) Litar logik
(b) Simbol logik
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 12 Drpd : 34

Sekarang kita akan melihat pergerakan data siri . Data siri yang akan
dianjak masuk ialah 0111. Oleh kerana rajah 4.6 mempunyai empat
peringkat maka proses memasukkan data memerlukan 4 denyut jam.

Operasi Litar

1. Daftar akan di reset untuk permulaannya.


2. Apabila data siri pertama 1 dimasukkan, denyut jam pertama
dikenakan, maka data ini akan dianjak ke daftar pertama, Q 0=1
3. Data siri seterusnya akan dianjak masuk. Empat denyut jam perlu
diguna bagi menyimpan kesemua data tersebut.
4. Setelah keempat-empat data telah disimpan, maka ia bolehlah
dihantar secara selari, iaitu keempat-empatnya dihantar ke destinasi
secara serentak.
5. Anjakan data masukan dan keluar dapat diringkaskan seperti jadual
4.1.

Jadual 4.1 : Jadual Keadaan Anjakan Masukan Siri-Keluaran Selari


Data masukan (Siri) Data Keluaran (Selari)
Denyut
Data P1 P2 P3 P4
Jam
0 0 0 0 0
1 1 1 0 0 0
1 2 1 1 0 0
1 3 1 1 1 0
0 4 0 1 1 1

(iii) DAFTAR ANJAKAN MASUKAN SELARI


KELUARAN SIRI/SELARI (PISO)
Adakah anda masih ingat konsep daftar anjakan PISO ?

Ya ! Kesemua bit data dimasukkan


serentak dan dianjak keluar satu bit setiap
masa.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 13 Drpd : 34

Keluaran Selari
Q0 Q1 Q2 Q3

Clear 1
0 J clr Q1 J clr Q2 J Q3
J clr Q0
Keluaran siri
clk (Q3)

K pr Q K pr Q K pr Q K pr Q
1

Kawalan
P1
Masukan P2
selari P3
P4
Rajah 4.7 : Daftar anjakan masukan selari keluaran
siri/selari

Operasi Litar
1. Masukan J dan K adalah tetap seperti rajah J0=0 dan K0=1, ini bagi
memastikan litar beroperasi seperti dikehendaki.
2. Talian Kawalan akan mengawal data masukan selari. Ketika data
selari dianjak masuk ke daftar, talian kawalan diberi logik 1.
3. Jika data di dalam daftar hendak dianjak keluar secara sesiri (Q 3),
maka talian kawalan diberi logik 0. Semasa talian kawalan berlogik
0, sebarang perubahan data masukan selari tidak akan mengubah
keadaan daftar. Daftar sekarang berada dalam mod anjakan ke kanan
(menganjak data keluar secara siri).

Contoh 4.2

Terangkan operasi daftar anjakan masukan selari-keluaran siri. Andaikan


kandungan daftar telah dipadam bersih (RESET) dan data masukan selari ialah
0110.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 14 Drpd : 34

Penyelesaian

Ketika data selari 0110 hendak dianjak masuk ke daftar, talian kawalan diberi
logik 1.

1. Data selari P1=0, maka keluaran get NAND berlogik 1. Preset=1 dan Clear=1
akan menyebabkan keluaran Q0=0, disebabkan J0=0 , K0=1. Perhatikan
apabila talian kawalan 1, Q0=P1 iaitu keluaran sama dengan data masukan.
2. Data selari P2=1, maka keluaran get NAND berlogik 0. Preset=0 dan Clear=1
akan menyebabkan keluaran Q1=1. Perhatikan apabila talian kawalan 1,
Q1=P2 iaitu keluaran sama dengan data masukan.
3. Data selari P3=1, maka keluaran get NAND berlogik 0. Preset=0 dan Clear=1
akan menyebabkan keluaran Q2=1. Perhatikan apabila talian kawalan 1,
Q2=P3 iaitu keluaran sama dengan data masukan.
4. Data selari P4=0, maka keluaran get NAND berlogik 1. Preset=1 dan Clear=1
akan menyebabkan keluaran Q3=0 disebabkan J3=0, K3=1. Perhatikan
apabila talian kawalan 1, Q3=P4 iaitu keluaran sama dengan data masukan.

(iv) DAFTAR ANJAKAN MASUKAN SELARI


KELUARAN SELARI

Rajah 4.7 menunjukkan daftar anjakan masukan selari-keluaran selari


menggunakan flip-flop D. Kesemua data akan dihantar serentak ke
destinasi.

Masukan selari

Keluaran selari

Rajah 4.7: Daftar Anjakan Masukan Selari-Keluaran Selari


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 15 Drpd : 34

AKTIVITI 4A

4.1 Takrifkan daftar anjakan.

4.2 Lakarkan daftar anjakan 5 bit masukan siri-keluaran siri dengan


menggunakan flip-flop D.

4.3 Jika data siri 00111 dianjak kedalam daftar di 4.2 dan kandungan daftar
awalnya di padam bersih.

a. Lukiskan rajah masa bagi menunjukkan anjakan data pada setiap


keluaran flip-flop.

b. Kirakan masa yang diperlukan bagi menganjak data 5 bit di atas


jika frekuensi denyut jam ialah 1 Hz dan 5 Mhz

4.4 Lakarkan daftar anjakan 4 bit masukan siri-keluaran selari dengan


menggunakan flip-flop JK.

4.5 Lakarkan rajah masa bagi menunjukkan anjakan data yang berlaku
sekiranya daftar anjakan masukan selari-keluaran siri dibebankan dengan
data masukan selari 1001.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 16 Drpd : 34

MAKLUM BALAS 4A

4.1 Daftar anjak boleh ditakrifkan sebagai peranti atau sekumpulan flip-flop
yang digunakan untuk menyimpan dan menganjak data.

4.2 Daftar anjakan masukan siri-keluaran siri 5-bit

Masukan siri Keluaran siri

D Q0 D Q1 D Q2 D Q3 D Q4
clk

4.3 Rajah masa

clk 1 2 3 4 5

Data 1 1 1 0 0
Siri

Q0 0

Q1 0

Q2 1

Q3 1

Q4 1

4.4 Masa
5 denyut jam diperlukan:
Jika frekuensi f1= 1 Hz,
maka tempoh 1 denyut T = 1/f1
T = 1/1Hz = 1 saat
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 17 Drpd : 34

Masa untuk 5 denyut = 1x5= 5 saat

Jika frekuensi f2= 5 MHz,


maka tempoh 1 denyut T = 1/f1
T = 1/5Mhz = 2 x 10-7 saat
Masa untuk 5 denyut = 2x10-7x5 = 10x10-7 saat
4.5 Daftar Anjakan 4 Bit Masukan Siri-Keluaran Selari

Keluaran Selari
Q0 Q1 Q3 Q4

Clear 1
Masukan siri
J Q0 J Q1 J Q3 J Q4
clk

K K K K

Preset Preset Preset


Preset 1 Preset

4.6 Rajah masa


CLK
1 2 3 4

LOAD

QA 1

QB 0

QC 0

QD 1
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 18 Drpd : 34

INPUT

4.6 APLIKASI DAFTAR ANJAKAN


Setelah anda memahami konsep dan jenis-jenis daftar anjakan, marilah
kita meneruskan pembelajaran kita di mana selepas ini kita akan cuba
membincangkan beberapa aplikasi daftar anjakan iaitu daftar anjakan
dalam operasi aritmetik. Daftar anjakan juga digunakan dalam penukaran
data siri-ke-selari dan data selari-ke-siri dan pembilang daftar anjakan.

4.6.1 Operasi Aritmetik


Salah satu kegunaan daftar anjakan yang sering digunakan ialah
bagi menjalan operasi aritmetik seperti mendarap dan
membahagi. Untuk menjalankan fungsi ini dua daftar anjakan
yang akan digunakan ialah daftar anjakan ke kanan dan daftar
anjakan ke kiri.

Daftar anjakan ke kanan berfungsi sebagai Pembahagi-2.


Caranya ialah dengan menganjak nombor MSB(bit paling kiri) ke
arah LSB (bit paling kanan), iaitu dianjak dari kiri ke kanan. Bit 0
dimasukkan ke MSB.

Contoh:
binari desimal
nombor asal 01011000 88
anjakan #1 00101100 44
anjakan #2 00010110 22
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 19 Drpd : 34

Masukan siri Keluaran siri


Daftar
D Qaanjakan ke
D kiriQbpula akanDberfungsi sebagai
D
Pendarab-2.
Qd
Qc
clk

Rajah 4.8: Daftar Anjakan Ke Kanan

Caranya ialah dengan menganjak nombor LSB ke arah MSB,


iaitu dianjak ke kiri. Bit 0 akan dimasukkan pada LSB.

Contoh:
binari desimal
nombor asal 00010110 22
anjakan #1 00101100 44
anjakan #2 01011000 88

Keluaran siri Masukan siri

D Qa D Qb D Qc D Qd
clk

Rajah 4.9: Daftar Anjakan Ke Kiri

4.6.2 Pembilang Daftar Anjakan

Salah satu aplikasi daftar anjakan yang popular ialah sebagai


sequenser, iaitu litar ini akan menghasilkan keadaan gelombang
yang berturutan. Keluarannya tidak membilang dalam binari yang
sebenar tetapi mengeluarkan turutan bilangan yang khas.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 20 Drpd : 34

Dengan itu ia boleh digunakan bagi mengawal peristiwa yang


berlaku secara berturutan dalam sistem digital.

Litar ini dipanggil dengan nama pembilang kerana menghasilkan


bilangan nombor yang khas. Dua pembilang daftar anjakan yang
sering digunakan ialah pembilang gelang dan pembilang
Johnson. Sekarang kita akan cuba membincangkan operasi
kedua-dua pembilang daftar anjakan ini.

Pembilang Gelang

J PR QA J PR QB J PR QC J PR QD

K clr Q K clr Q K clr Q K clr Q


+5V
jam
1 k high
1 low

0.001F

Rajah 4.10 : Pembilang Gelang 4-Bit Menggunakan Flip-Flop JK

Seperti yang dinyatakan sebelum ini keluaran litar tidak


membilang dalam binari yang sebenar tetapi mengeluarkan
turutan bilangan yang khas. Contohnya, pembilang gelang 4-bit
pada rajah 4.10, keluarannya akan tinggi bagi satu picuan jam
dan rendah pada 3 picuan jam yang berikutnya kemudian ulang
kembali. Ini ditunjukkan pada rajah 4.11.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 21 Drpd : 34

Jam 1 2 3 4 5 6 7 8

QA 1 0 0 0 1 0 0 0

QB 0 1 0 0 0 1 0 0

QC 0 0 1 0 0 0 1 0

QD 0 0 0 1 0 0 0 1

Rajah 4.11 : Rajah Masa Pembilang Gelang 4-Bit

Pembilang Johnson

J PR QA J PR QB J PR QC J PR QD

K clr Q K clr Q K clr Q K clr Q


+5V

klok 1 k high
low

0.001F

Rajah 4.11: Pembilang Johnson 4-Bit Menggunakan Flip-Flop JK


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 22 Drpd : 34

1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 1 1
Jam 0 1 2 3 4 5

QA

QB

QC

QD

Rajah 4.12 : Rajah masa Pembilang Johnson

Jadual 4.2: Jadual Turutan Bagi Pembilang Johnson


Jam QA QB QC QD
0 0 0 0 0
1 1 0 0 0
2 1 1 0 0
3 1 1 1 0
4 1 1 1 1
5 0 1 1 1
6 0 0 1 1
7 0 0 0 1
8 0 0 0 0

Operasi Litar
Litar RC akan mereset ke empat-empat flip-flop ke 0 apabila
bekalan kuasa dihidupkan. Picuan jam yang pertama, QA adalah
tinggi kerana JA disambung kepada Q D dan KA disambung pada
QD. QB, QC dan QD akan mengikut keadaan flip-flop yang sebelum.
Pembilang Johnson 4-bit menghasilkan 8 keadaan yang berbeza (
cuba anda lihat jadual 4.2 dan rajah 4.12) dan jika 8-bit akan
menghasilkan mod-16, maka secara amnya jika n-bit akan
menghasilkan 2n modulo.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 23 Drpd : 34

4.6.3 Penukaran Data Siri-Ke-Selari dan Data Selari-


Ke-Siri
Masihkah anda ingat kod ASCII yang telah anda pelajari dalam
Modul Sistem Elektronik 1? Sekiranya kekunci I ditekan maka
papan kekunci akan menukarkan isyarat dari kekunci I kepada
kod ASCII tujuh bit iaitu 1001001 (4916). Isyarat digital yang
dihasilkan dari papan kekunci akan dihantar secara siri ke
komputer (CPU). Oleh kerana sistem komputer akan memproses

data secara selari, maka data ini perlu ditukar dari data siri-ke-
selari.

Oleh kerana daftar anjakan berupaya menukar data binari dari


siri-ke-selari atau dari selari-ke-siri maka ia akan digunakan
sebagai litar antaramuka. Jika anda perhatikan rajah 4.13 kita
dapati daftar anjakan yang digunakan sebagai litar antaramuka di
dalam sistem komputer dikenali sebagai UART (Universal
Asynchronous Receiver and Transmitter).

Seperti yang anda ketahui dalam kebanyakan kes sistem


komputer akan berkomunikasi dengan peranti luaran seperti
papan kekunci, tetikus dan pencetak secara siri. Dari rajah 4.13
kita dapati UART akan menerima data secara selari dari
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 24 Drpd : 34

mikropemproses dan data ini akan ditukarkan ke siri sebelum


dihantar ke pencetak. Begitu juga apabila UART menerima data
secara siri dari papan kekunci data ini akan ditukar ke selari
sebelum dihantar ke mikropemproses.

Rajah 4.13 : Penukaran data siri-ke-selari dan selari-ke-siri


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 25 Drpd : 34

4.7 LITAR BERSEPADU DAFTAR ANJAKAN


Daftar anjakan 4-bit dan 8-bit selalunya terdapat di pasaran dalam bentuk
litar bersepadu. Kita akan cuba mengkaji satu contoh litar terkamil 74164
iaitu daftar anjakan 8-bit masukan siri-keluaran selari. Sekarang cuba
anda perhatikan simbol logik dan litar logik bagi 74164 seperti yang
ditunjukkan pada rajah 4.14. Kita dapati daftar anjakan ini dibina oleh
lapan flip-flop D.

Rajah 4.14: Daftar Anjakan 74164:


(a) Simbol logik
(b) Litar logik

Litar logik 74164 menunjukkan daftar anjakan ini mempunyai dua talian
masukan siri (Dsa dan Dsb). Kedua-dua masukan siri, Ds akan melalui
satu get AND. Dengan salah satu masukan akan berfungsi sebagai
enable aktif tinggi bagi membolehkan data dimasukkan melalui satu lagi
talian masukan. Data akan dianjak kekanan sekiranya litar diberi satu
denyut jam pinggiran positif. Sekiranya kandungan daftar anjakan hendak
dipadam-bersih masukan denyut RENDAH perlu diberikan pada masukan
MR.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 26 Drpd : 34

Contoh 4.3
Lukiskan sambungan litar dan rajah masa bagi menunjukkan penukaran data siri-
ke-selari bagi data siri 11010010 jika daftar anjakan 74164 digunakan.

Penyelesaian
Litar penukaran siri-ke-selari dan rajah masa ditunjukkan pada rajah 4.13. Daftar
akan di RESET apabila logik 0 dikenakan pada MR. Data siri akan dimasukkan
melalui talian Dsb . Selepas lapan denyut jam, kesemua 8 bit data akan dibaca
pada talian keluaran selari. (Q7 adalah MSB dan Q0 adalah LSB)

Rajah 4.13: Penukaran siri-ke-selari menggunakan daftar anjakan 74164.


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 27 Drpd : 34

AKTIVITI 4B

4.6 Lukiskan litar pembilang gelang.

4.7 Lukiskan rajah masa pembilang di 4.5 sehingga 4 denyut jam jika
daftar awalnya menyimpan data 0100.

4.8 Daftar anjakan boleh berfungsi sebagai Litar Aritmetik.

i. Nyatakan 2 litar aritmetik tersebut.


ii. Lukiskan 2 litar aritmetik tersebut.
iii. Jika kedua-dua daftar anjakan di atas menyimpan data 0110,
kirakan kandungan data dalam nombor desimal selepas sekali
anjakan.

4.9 Alat daftar anjakan masukan siri-keluaran selari dan masukan


selari-keluaran siri merupakan komponen yang penting di dalam
sistem komputer. Dengan melukis rajah blok, terang operasi
daftar anjak tersebut.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 28 Drpd : 34

MAKLUM BALAS 4B

4.5 Rujuk nota pada halaman 21 (Rajah 4.8)

4.6 Rajah masa

clk 1 2 3 4

Q0 0

Q1 1

Q2 0

Q3 0

4.7 Litar aritmetik


i. Pendarab dan pembahagi
ii. Rujuk rajah 4.8 dan rajah 4.9
iii. Jika data awal 0110
Kandungan Daftar anjakan kekanan akan dibahagi dua iaitu 0011 = 310
Kandungan Daftar anjakan kekirikan didarab dua iaitu
1100 = 1210
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 29 Drpd : 34

4.8 Daftar anjakan SIPO digunakan bagi menukarkan data siri dari
keyboard sebelum diproses oleh mikropemproses. Daftar anjak
SIPO akan menyimpan data satu bit per denyut jam dan
menganjak keluar secara selari. Daftar anjak PISO pula
digunakan bagi penukaran data selari dari mikropemproses
sebelum dihantar ke printer secara siri. Daftar anjakan PISO
menyimpan kesemua bit data secara serentak kemudiannya
menganjak keluar satu bit per denyut jam.

Keyboard
d
Data bus
Mikropemproses

Printer
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 30 Drpd : 34

PENILAIAN KENDIRI

1. Takrifkan daftar anjakan.

2. Nyatakan lima (5) jenis daftar anjakan dan lakarkan rajah blok
setiap satu.

3. Tentukan bilangan flip-flop yang diperlukan untuk membina daftar


anjakan yang dapat menyimpan:

i. Nombor binari 6 bit


ii. Nombor desimal 31
iii. Nombor heksadesimal A

4. Lakarkan daftar anjakan 4-bit masukan siri-keluaran selari dengan


mengunakan flip-flop D.

5. Jika data siri 0111 dianjak ke alat daftar di(4) dan kandungan
daftar awalnya di padam bersih.

i. Terangkan kendalian litar di (4).

ii. Lukiskan rajah masa bagi menunjukkan anjakan data pada


setiap keluaran flip-flop.

6. Lukiskan daftar anjakan 4 bit masukan selari-keluaran selari


dengan menggunakan flip-flop JK. Kemudian terangkan operasi
litar di atas jika data yang akan dianjakkan ialah 1100.

7. Ubahsuai litar di atas bagi membentuk Pembilang Gelang.


NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 31 Drpd : 34

8. Rajah blok soalan 8 menunjukkan daftar anjakan 10 bit masukan


siri-keluaran siri.

i. Lakarkan gelombang keluaran jika denyut jam dan masukan


data siri seperti Rajah soalan 8(a).

Din
Dout
Clk

Rajah soalan 8

clk

Din

Dout
Rajah soalan 8(a)

ii. Berapakah denyut jam yang diperlukan bagi menyimpan dan


menganjak kesemua data keluar dan kirakan masa yang
diperlukan jika frekuensi denyut jam ialah 1 MHz
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 32 Drpd : 34

MAKLUM BALAS

1. Daftar anjak boleh ditakrifkan sebagai peranti atau sekumpulan flip-flop


yang digunakan untuk menyimpan dan menganjak data.

2. Rujuk input dihalaman 4.

3. Bilangan flip-flop
i. 6 flip-flop
ii. 5 flip-flop
iii. 4 flip-flop

4. Daftar anjakan SIPO


P0 P1 P2 P3

Sin
D D D D
clk Q0 Q1 Q2 Q3

5. Jika data 0111 dimasukkan ke dalam alat daftar dan daftar di dalam
keadaan reset.

i. Kendalian litar

Bila clk 1 dikena, data pertama 1 akan disimpan di Qa. Daftar


sekarang menyimpan data 1000.
Clk 2, data kedua 1 akan disimpan di Qa dan data asal di Qa akan di
anjakkan ke Qb. Kandungan daftar menjadi 1100.
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 33 Drpd : 34

Clk 3, data ketiga 1 akan disimpan di Qa, daftar menjadi 1110


Clk 4, data terakhir akan disimpan. Kandungan daftar menjadi 0111.
Setelah keempat-empat data telah disimpan, maka ia akan dihantar
secara selari, iaitu keempat-empatnya dihantar ke destinasi kecara
serentak.

ii. Rajah masa

clk 1 2 3 4

Data Siri

Q0 0

Q1 1

Q2 1

Q3 1

6. Daftar anjakan 4 bit masukan selari-keluaran selari

P0 P1 P2 P3

J Q0 J J Q2 J Q3
clk Q1

K K K
K
Q0 Q1 Q2 Q3

Kendalian litar
Data masukan selari P0=1, P1=1, P2=0 dan P3=0.
Selepas denyut jam pertama, kesemua data ini akan dianjak masuk
secara serentak kedalam setiap flip-flop.
Jika masukan data 1, J=1, K=0 maka keluaran juga 1, jika data 0,
J=0 dan K=1 dengan itu keluaran ialah 0.

7. Pembilang gelang
NO KOD / CODE NO K4-K5-KP 8 Muka : 34 Drpd : 34

Q0 Q1 Q2
Q3

J Q0 J J Q2 J Q3
clk Q1

K K K
K

8. Daftar anjakan SISO.

i. Rajah masa

clk

Din

Dout

ii. Jumlah denyut jam 20.


Tempoh per denyut T = 1/f = 1/1Mhz
Masa = 20 x 10-6 saat

Anda mungkin juga menyukai