Anda di halaman 1dari 1

Perkataan Hampir Sama Maksud

1 basi Masakan semalam sudah basi.


2 busuk Buah tembikai itu sudah berbau busuk.
3 hamis Daging kambing berbau hamis.
4 hancing Tandas itu berbau hancing.
5 hangit Nasi yang ditanak oleh ibu sudah hangit
6 hanyir Ikan yang disiang berbau hanyir.
7 hapak Selimut itu berbau hapak.
8 tengik Minyak masak itu sudah lama dan berbau tengik.
9 wangi / Bunga di taman berbau wangi.
harum
1 belah Piring yang retak itu sudah belah dua.
2 hancur Cili merah itu ditumbuk hingga hancur.
3 patah Kakinya patah kerana dilanggar kereta.
4 putus Tali itu sudah putus.
5 retak Pinggan yang lama itu sudah retak.

1 bengkok Jalan itu bengkang-bengkok.


2 bongkok Orang tua itu berbadan bongkok.
3 condong Matahari condong ke barat.
4 senget Gambar yang digantung pada dinding sudah senget.
5 curam Bukit itu amat curam.
6 landai Ali bersiar-siar di pantai yang landai.

1 besar Rumah orang berada itu besar.


2 kecil Pak Ali tinggal di rumah yang kecil itu.
3 lebar Kain itu lebar tetapi tidak cukup panjang.
4 longgar Seluar yang dipakai oleh adik terlalu longgar dan
5 ketat Kakak
labuh.saya memakai skirt yang ketat.
6 luas Pekarangan rumahnya luas.
7 sempit Jalan itu amat sempit.

1 ambil Ali mengambil buku cerita dari rak.


2 sambar Burung helang itu menyambar mangsanya.
3 rampas Ali merampas alat permainan adiknya.
4 ragut Penjahat itu meragut beg orang tua.
5 cabut Doktor gigi mencabut gigi yang sudah rosak.
6 renggut Perompak itu merenggut beg daripada tangan Ali.

1 masak Ibu saya sedang memasak sayur.


2 tanak Kakak sedang menanak nasi.
3 jerang Adik sedang menjerang air.
4 kukus Nenek sedang mengukus ikan di dapur.
5 bakar Pn Siti sedang membakar kek.
6 panggang Ayah sedang memanggang ayam.
7 rebus Yoke Yin sedang merebus mi.
8 goreng Datuk sedang menggoreng nasi.

Anda mungkin juga menyukai