Anda di halaman 1dari 2

Doa Selepas Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir) Sebelum Salam

Posted 10/09/2015 by Shafi-Q in DOA, Doa Selamat, Solat. Tagged: Doa / Doa Setelah / Selepas Tahiyat / Tasyahud Akhir Sebelum Salam, Doa Selepas /
sebelum salam, Doa Selepas Tasyahud / Tasahhud / Tahiyat Akhir, Kaedah / Cara membaca doa selepas bacaan Tahiyyat Akhir / Tasyahud Akhir, tidak
hafal doa Arab. 4 Comments








.
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan
kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum
memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad amalkan untuk permohonan doa.
Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf
menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya
mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling
dikaguminya. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
.
.
Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahhud Akhir)
.
Di antara doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh
Rasulullah adalah dengan membaca doa berikut :
.



:

:
:




Daripada Abu Hurairah Radliyallaahuanhu, beliau berkata: Rasulullah bersabda:Apabila salah seorang kamu
telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara. Iaitu dengan
membaca (doa di atas).
[Hadis Riwayat Bukhari: 2/102 dan Muslim: 1/412.]
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahuanhu, Rasulullah bersabda:






Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah
dari empat perkara: (1) azab neraka jahannam, (2) azab kubur, (3) penyimpangan ketika hidup dan mati, (4)
keburukan Al masih Ad Dajjal. [Hadis Riwayat Muslim no. 588].
.
.
Kaedah Membaca Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud
Akhir)
.
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk
memohon perlindungan daripada Allah daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.
.
Doa di atas dibaca semasa duduk tahiyat akhir selepas kita lafaz syahadah (angkat jari) dan dihabiskan semua lafaz selawat
dalam Tahiyyat Akhir dahulu serta diikuti doa-doa yang disarankan, sebelum diakhiri dengan salam.
Perlu diingat cara dan apa saja doa yang dibacakan itu masih lagi di dalam perlakuan solat. Habiskan bacaan Tahiyyat Akhir dan
berdoalah sebelum memberi salam.
.
.
Solat Berjemaah
.
Ketika di dalam solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kita
wajib mengikut imam. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi TIDAK BOLEH BACA ATAU MENERUSKAN
BACAAN DOA DI SITU APABILA IMAM SUDAH BERPINDAH DARIPADA MEMBACA SELAWAT SELEPAS
TASYAHHUD KEPADA MEMBERI SALAM YANG PERTAMA. Antum wajib berhenti dan terus mengikut imam memberi salam.
Dalilnya:
Rasulullah bersabda:








Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia
rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah
kamu dengan berdiri. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
.
.

Wallahu Alam Bish Shawab

Anda mungkin juga menyukai