Anda di halaman 1dari 1

Kelas : 1 Anggerik

Tarikh : 31 Julai 2017

Subjek : Pendidikan Moral

Kelebihan

Pada hari kedua minggu ini. Antara kelebihan yang dapat saya perhatikan sepanjang
proses pdpc berlangsung adalah, murid sangat tertarik dengan penggunaan teknologi dalam
pengajaran tersebut. Hal ini kerana, setiap daripada murid tersebut kurang di dedahkan
dengan alat-alat teknologi, maka apabila alat demikian digunakan, mereka lebih
bersemangat dan lebih seronok untuk belajar. Oleh yang demikian, secara tidak langsung
murid-murid terebut lebih fokus tentang apa yang disampaikan oleh saya.

Kelemahan

Antara kelemahan yang paling ketara yang dapat diperhatikan dalam pdpc tersebut
adalah dari aspek bahasa murid-murid itu sendiri. Hal ini berlaku terutamanya semasa
murid-murid menjalankan aktiviti lakonan yang memerlukan mereka melakonkan situasi
yang deberikan oleh guru. Didapati semasa lakonan tersebut, murid-murid agak sukar untuk
berkomunikasi dalam bahasa melayu. Malah disebabkan perkara terebut juga terdapat
beberapa orang murid yang agak malu untuk melakonkan situasi tersebut disebabkan
halangan bahasa.

Penambahbaikan

Antara penambahbaikan yang saya lihat perlu dilaksanakan adalah dari segi aktiviti
yang disediakan kepada murid. Sebagai contohnya aktiviti lakonan yang telah dilaksanakan,
dilihat murid agak sukar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan disebabkan oleh
kekangan bahasa murid tersebut yang seterusnya menyebabkan murid tersebut malu dan
kurang yakin. Maka, lakonan tersebut seharusnya disertakan dengan skrip dan murid hanya
perlu melakonkan situasi sambil membaca skrip yang telah disediakan. Seterusnya,
penambahbaikan juga boleh dilakukan dari segi pengurusan masa. Hal ini kerana, masa
yang telah digunakan untuk pdpc pada hari tersebut tidak mencukupi dan melebihi masa
yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai