Anda di halaman 1dari 8

LATIHAN

DIDIK BH OGOS
1. Ismail dan Jamal telah mendaftar untuk menyertai perkhemahan unit
beruniform. __________ dikehendaki untuk membawa khemah sendiri.
A. Kita
B. Kami
C. Kalian
D. Mereka

2. Badrul baru sahaja pulang _______ hospital setelah melawat abangnya yang sedang
dirawat di sana.
A. di
B. ke
C. dari
D. daripada

3. Guru Disiplin berkata ___________ yang melanggar peraturan sekolah akan
dikenakan tindakan.
A. Mana-mana
B. Siapa-siapa
C. Bila-bila
D. Apa-apa

4. Jasman telah mendapat peluang belajar di sekolah asrama penuh _________
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
A. setelah
B. sewaktu
C. semenjak
D. sekiranya

5. Kelihatan ________ kerbau sedang berkubang di dalam lumpur di tengah-tengah
sawah itu.
A. segerombolan
B. seangkatan
C. sekandang
D. sekawan

6. Tapai ubi yang manis dapat ________ setelah ubi rebus yang bercampur ragi itu
diperam beberapa hari.
A. berhasil
B. dihasilkan
C. penghasilan
D. menghasilkan

7. Bahagian _________ yang menyokong bumbung rumah itu telah patah akibat
dihempap pokok kelapa.
A. kekisi
B. tetupai
C. kekuda
D. tetambak

mnal_skkm


8. Kakak sungguh _________ menunggu kepulangan tunangnya yang sedang
melanjutkan pelajaran di Mesir selama empat tahun.
A. taat
B. setia
C. tabah
D. tekun

9. Saya lihat di bawah tudung saji itu _______ ada dua bungkus nasi lemak yang
belum dimakan lagi, kata Azman.
A. telah
B. masih
C. sudah
D. belum

10. Nenek mengambil _______ bawang merah lalu meletakkannya ke dalam ________
pinggan.
A. seulas...sebiji
B. sebiji...sebuah
C. selabu...sekeping
D. seketul...sebentuk

11. Gubahan bunga yang digubah oleh kakak ________ cantik dan kemas.
A. nian
B. agak
C. benar
D. sekali

12. Kerajaan menggalakkan penggunaan bahan yang _________ untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar.
A. suci murni
B. mesra alam
C. mudah alih
D. mesra pengguna

13. Datuk Lee Chong Wei telah berjaya melangkah ke pertandingan akhir badminton
Sukan Olimpik 2016. ___________, beliau terpaksa membuat latihan yang lebih
gigih.
A. Selain itu
B. Di samping itu
C. Lebih-lebih lagi
D. Dengan demikian

14. Sesuatu perkara yang kita lakukan hendaklah memberi manfaat kepada diri kita
dan orang lain.
Kata seerti bagi manfaat ialah
A. makna
B. faedah
C. peluang
D. kelebihan

mnal_skkm


15. Projek pembangunan yang terbengkalai itu akan dipulihkan oleh pihak kerajaan.
Perkataan berlawan bagi terbengkalai ialah
A. terurus
B. terhenti
C. tersusun
D. terganggu

16. Pilih ayat yang betul.
i. Aiman mengerang kesakitan bila kakinya terseliuh.
ii. Projek Susu 1Malaysia telah dilancarkan ke seluruh negara.
iii. Sekolah itu terletak di antara masjid dengan pasar raya itu.
iv. Semua sampah sarap itu telah dibakar di belakang rumah.
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. i dan iv
D. iii dan iv

LATIHAN DIDIK BH OGOS

1. Bolehkah ______ mengikut emak ke pasar malam? tanya Rini dan kembarnya
kepada Puan Siti.
A. kita
B. kami
C. mereka
D. saya

2. Bagaimanakah keadaan Tuan Putera Iskandar, _______? tanya Laksamana Tun
Mamat kepada Nenda Kirana.
A. baginda
B. patik
C. beta
D. tuanku

3. Pak Cik Lah menjinjing dua ______ buah durian yang baru gugur di dusunnya.
A. tangkai
B. biji
C. ulas
D. pangsa

4. Nenek sedang ________ beberapa ranting pokok bunga raya itu supaya lebih
rimbun.
A. menebang
B. membelah
C. menghiris
D. mencantas





mnal_skkm


5. Lily berasa ________ sekali duduk di dalam bilik yang berhawa dingin itu semenjak
pagi.
A. tenteram
B. terhibur
C. selesa
D. sedap

6. Udara di puncak Gunung Jerai sungguh _________ manakala pemandangan dari
puncaknya pula indah nian.
A. nyaman
B. jernih
C. kering
D. harmoni

7. Air sirap yang dihidangkan itu _______ sahaja kerana kakak terlupa memasukkan
gula.
A. manis
B. tawar
C. pahit
D. pedas

8. Tilam di dalam bilik tidur nenek begitu _________.
A. empuk
B. gebu
C. kenyal
D. mengkal

9. Zahid melompat sambil mengepit bola di ________ kakinya.
A. tepi
B. dalam
C. bawah
D. celah

10. Program Perangi Denggi itu diadakan adalah ________ memberi kesedaran kepada
orang ramai supaya bersama-sama membanteras nyamuk aedes.
A. supaya
B. sambil
C. agar
D. untuk

11. Tangan Seet Moi ______ kerana dicakar kucing kesayangannya semasa bermain
bersama-sama.
A. comot-momot
B. calar-balar
C. remuk-redam
D. gundah-gulana




mnal_skkm


12. Jalan raya menuju ke pusat bandar sesak teruk. _________, Mimi terlewat sampai ke
pejabatnya.
A. Namun demikian
B. Walaupun
C. Oleh sebab itu
D. Apatah lagi

13. Soon Chong _______ kejadian kemalangan jalan raya tersebut di balai polis yang
berhampiran.
A. menceritakan
B. melaporkan
C. menuliskan
D. mencatatkan

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Longkang yang tersumbat dan pecah itu telah diselenggara oleh pekerja Majlis
Perbandaran Sepang pagi tadi.
A. Pagi tadi, pekerja Majlis Perbandaran Sepang sedang menyelenggara
longkang yang tersumbat dan pecah.
B. Pekerja Majlis Perbandaran Sepang sedang menyelenggara longkang yang
tersumbat dan pecah itu.
C. Pekerja Majlis Perbandaran Sepang cuba menyumbat dan memecahkan
longkang yang tersumbat dan pecah itu.
D. Longkang itu telah disumbat dan pecah selepas diselenggara oleh pekerja
Majlis Perbandaran Sepang.

15. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
A. Pak Cik Abu mendongak jumlah keuntungannya pada hari ini.
B. Zhau Foo mendongak mahu pergi memancing petang ini.
C. Fong Hsien hanya mendongak tulisannya apabila disoal.
D. Para penonton mendongak ketika melihat sekumpulan helikopter membuat
pertunjukan.

16. Pilih ayat yang betul.
A. Kedua-dua mangsa kebakaran itu ditempatkan di unit rawatan rapi.
B. Para-para pekerja memasukkan nanas ke dalam bakul.
C. Semua murid-murid dikehendaki menghantar laporan mereka segera.
D. Nenek mencabut pucuk ubi di belakang rumahnya.











mnal_skkm


LATIHAN SIMPULAN BAHASA

1. Encik Ismail menjadi _____________ apabila diumpan dengan wang bernilai ribuan
ringgit.
A. sakit mata
B. gelap mata
C. rambang mata
D. mencolok mata

2. Encik Daud terpaksa menjadi pengacara majlis secara __________ kerana Encik
Fuad tidak dapat hadir ke majlis itu.
A. bidan terjun
B. serkap jarang
C. membuta tuli
D. mengadu domba

3. Pak Husin memang _______________. Dia mengenakan sewa yang terlalu mahal
kepada nelayan-nelayan kecil yang menyewa botnya.
A. lintah darat
B. cekik darah
C. lipas kudung
D. paku belanda

4. Mak Limah selalu __________ dengan sikap anaknya, Salmah yang tidak
mempedulikan keadaannya di kampung.
A. makan hati
B. makan suap
C. makan pujuk
D. makan tanggung

5. Zaki terpaksa menyiapkan kerja-kerjanya seperti ________ kerana perlu dihantar
kepada gurunya dengan segera.
A. gajah putih
B. lipas kudung
C. kera sumbang
D. kuda tempang

6. Shafiq menjadi ________ pasukan bola sepak sekolah itu kerana kelicikannya ketika
melakukan serangan.
A. anak emas
B. anak angkat
C. paku belanda
D. ayam tambatan







mnal_skkm


LATIHAN

1. __________ fajar mula menyinsing, ayah telah bersiap-siap untuk pergi ke kebun
getahnya.
A. Selagi
B. Tatkala
C. Bahawa
D. Sekiranya

2. Oleh sebab musim kemarau sedang melanda, ____________ para petani terpaksa
menangguhkan projek penanaman sayur-sayuran itu.
A. dan
B. lalu
C. atau
D. maka

3. _____________, anda telah dipilih untuk menjadi Ketua Murid tahun ini!
A. Amboi
B. Wahai
C. Syabas
D. Takziah


4. ____________, tiada siapa yang hendak membantu perempuan tua itu melintas jalan
raya!
A. Cis
B. Wahai
C. Aduhai
D. Kasihan

5. Cikgu Zakiah datang ________ memakai sepasang baju kebaya yang cantik.
A. oleh
B. hingga
C. dengan
D. daripada

6. Cikgu Rahman menampalkan pengumuman itu ______ papan kenyataan yang
terletak _______ belakang kelasnya.
A. di....pada
B. ke....di
C. pada....di
D. kepada...pada

7. ________ senyap ketika penceramah sedang menyampaikan ceramahnya.
A. Sila
B. Harap
C. Tolong
D. Jangan


mnal_skkm


8. Setelah dimarahi ibunya, baru____ Azmi mencuci pakaiannya.
A. lah
B. tah
C. kah
D. pun

9. Pegawai Kesihatan itu menasihati _______ penduduk agar sentiasa menjaga
kebersihan persekitaran rumah mereka.
A. para
B. segala
C. setengah
D. masing-masing

Garisi kata kerja tak transitif dalam ayat di bawah.

1. Beberapa orang murid sedang menari sambil bernyanyi di atas pentas.
2. Semua murid beratur ketika membeli makanan di kantin.
3. Abang berbual-bual dengan kawannya sambil makan pisang goreng.
4. Ayam jantan berkokok menandakan hari hampir siang.

Tulis ayat seruan berdasarkan pernyataan.

Pernyataan : Para penonton begitu kagum melihat kelincahan kanak-kanak itu
bermain yoyo Cina.

Ayat seruan : _________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Cikgu Rustam : ________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

Ketua kelas : Baiklah, cikgu. Saya akan memberitahu rakan-rakan di dalam kelas
supaya memakai baju sukan esok.

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

sering dengan adalah bukan
jika terhadap ialah agak

Azman dan Azmin ______________________ pasangan kembar seiras. Pada setiap hari,
mereka pergi ke sekolah bersama-sama. Mereka juga belajar di dalam kelas yang sama.
Guru kelas mereka _______________________ terkeliru ketika memanggil nama mereka.
Rakan-rakan mereka pula _______________________ sukar untuk membezakan pasangan
kembar itu. Bagi mengelakkan kekeliruan berlaku, Guru Kelas 6 Melur telah
memakaikan kad nama ______________________ warna yang berbeza.


mnal_skkm

Anda mungkin juga menyukai