Anda di halaman 1dari 8

III.

CUTI-CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN

Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakit

Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau

Kuasa Tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai

perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seorang ahli

Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya.

Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalarn

Perintah Am 1 (xi). Ketua Jabatan boleh menerima, mengikut budibicaranya

sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor prevet

tanpa sokongan dari seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu

memberi cuti yang tidak melebihi dua hari yang berturut-turut sahaja.

Jumlah cuti sakit yang boleh diberi oleh Ketua Jabatan atas sijil-sijil

sedemikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.

Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan


Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah sebagai berikut:

(i)Cuti sakit.

(ii) Cuti sakit lanjutan.

(iii) Cuti pemulihan dan cuti kerantina.

(iv) Cuti bersalin.

(v) Cuti kecederaan.

(vi) Cuti tibi, kusta dan barah


CUTI SAKIT

Maksima cuti sakit

Seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 90 hari
pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga
Disember). Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini hendaklah
diluluskan oleh Kuasa Tertentu yang boleh memberi tidak lebih daripada 90
hari lagi cuti sakit.

Boleh guna cuti rehat

Sekiranya seseorang pegawai itu masih disahkan tidak sihat setelah


menghabiskan cuti-cuti di (a), maka Ketua Jabatannya boleh memberi dia apa-
apa cuti rehat yang masih ada lagi untuknya. (c) Adalah menjadi syarat
bahawa semua cuti sakit hendaklah di habiskan di hospital atau di rumah
pegawai melainkan jikalau ditetapkan oleh seseorang pegawai perubatan
sebaliknya. (d) Seseorang pegawai yang telah diberi semua cuti-cuti di (a)
dan (b), tidak boleh diberi sebarang cuti lagi sehingga dia telah diperiksa
oleh sebuah Lembaga Perubatan.

Cuti sakit lebih 45 hari setahun

Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau
lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun yang berturut-turut boleh
dikehendaki oleh Ketua Jabatannya untuk diperiksa kesihatannya oleh sebuah
Lembaga Perubatan, tidak kira sama ada ia telah melapurkan dirinya sakit
lagi atau tidak.

Sakit semasa bercuti rehat di Malaysia

Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di Malaysia akan
berkelayakan mendapat cuti sakit selama masa yang dia diakui oleh pegawai
perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas. Sebarang baki cuti rehat yang
belum dihabiskannya itu boleh disambungnya selepas cuti sakit itu dengan
syarat bahawa dia boleh dipanggil bertugas jika ini diperlukan oleh Ketua
Jabatannya.
CUTI SAKIT LANJUTAN

Seseorang pegawai yang telah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan


sebagai tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semula
bagi perkhidmatan selanjutnya, dan pada pandangan Lembaga tersebut ia
memerlukan masa berehat, maka Lembaga bolehlah mengesyorkan ia di beri satu
tempoh bercuti yang tidak melebihi 3 bulan. Untuk tujuan ini Ketua Jabatan
bolehlah memberi pegawai itu apa-apa cuti sakit mengikut Perintah Am 17
atau cuti rehat yang ia masih ada lagi. Sekiranya semua cuti-cuti ini telah
habis, ia boleh diberi cuti separuh gaji mengikut Perintah Am 13 atau pun
cuti tanpa gaji mengikut Perintah Am 14 jika cuti separuh gajinya pula
telah habis.

Masa berehat tidak lebih 3 bulan

Seseorang pegawai yang telah diluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji
seperti di kes (a) di atas boleh diberi elaun bantuan bersamaan separuh
gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu.

Elaun bantuan semasa cuti sakit lanjutan tanpa gaji.


Seseorang pegawai yang telah diberi masa berehat seperti di (a) akan

dikehendaki mengemukakan dirinya, untuk pemeriksaan Lembaga Perubatan

sekali lagi di akhir masa berehat itu. Lembaga Perubatan boleh mengesyorkan

pada pemeriksaan tersebut atau kemudiannya lagi sambungan masa berehat atau

membuat perakuan mengesyorkan persaraan pegawai tersebut.


CUTI PEMULIHAN DAN CUTI KERANTINA

Cuti pemulihan

Seseorang pegawai yang telah sihat untuk menjalankan tugas-tugasnya, tetapi


pada pandangan sebuah Lembaga Perubatan adalah lebih munafaat untuk dia
berehat buat satu jangka waktu yang diperakukan, maka Kuasa Tertentu boleh
meluluskan apa-apa cuti separuh gaji yang ia berkelayakan di bawah Perintah
Am 13 atau cuti tanpa gaji di bawah Perintah Am 14 dengan peruntukkan
Perintah Am 22 (b) dipanjangkan kepadanya.

Cuti kerantina

(a) Apabila seseorang pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari
luar negeri di tahan dimana-mana stesyen kerantina oleh pehak berkuasa
kesihatan pelabuhan atau lapanganterbang kerana disebabkan oleh
perjalananya melalui sesebuah pelabuhan atau lapanganterbang atau di dalam
sebuah kapal atau kapalterbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak,
maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai cuti kerantina
bergaji penuh yang tidak boleh dipotong dari cuti rehat yang ia
berkelayakan.

(b) Sekiranya penahanan itu disebabkan oleh pegawai itu disyaki atau
didapati sakit, maka tempoh itu hendaklah dikira sebagai cuti sakit bergaji
penuh.

Kerantina di rumah pegawai


c) Sekiranya seseorang pegawai itu dikurung di rumahnya oleh mana-mana
kuasa kesihatan kerana berlakunya wabak penyakit merebak di rumahnya, maka
ia hendaklah diberi cuti seperti di (a) bagi masa yang ia dikehendaki oleh
kuasa kesihatan tinggal di rumah itu.
CUTI BERSALIN

Cuti bersalin maksima 60 hari.


Cuti bersalin adalah cuti tambahan kepada cuti sakit dan diberi kepada
pegawai-pegawai perempuan untuk bersedia bagi dan pulih dari bersalin. Cuti
bersalin boleh diberi sebanyak 60 hari dan tarikh bermulanya cuti bersalin
adalah terpulang kepada penetapan yang dibuat oleh pegawai perubatan.
Sebarang cuti yang melebihi 60 hari akan dianggap sebagai cuti sakit
mengikut Perintah Am 17.

Cuti bersalin 5 kali sahaja


Cuti bersalin hanya boleh diberi sebanyak lima kali sahaja di dalam tempoh
perkhidmatan seseorang pegawai perempuan. Bagi persalinan yang keempat dan
seterusnya, pegawai itu hanya boleh diberi cuti rehatnya, dan jikalau cuti
rehatnya sudah habis atau tida mencukupi, dia boleh diberi cuti tanpa gaji
bagi masa pemulihannya itu. Bagi sakit yang melebihi tempoh pemulihan biasa
selama 60 hari itu, maka ia boleh diberi cuti sakit atau lain-lain cuti
atas sebab perubatan seperti biasa.
CUTI KECEDERAAN

Cuti kecederaan

Seseorang pegawai yang tercedera semasa menjalankan tugas-tugasnya boleh


diberi cuti sakit yang ia berhak di bawah Perintah Am 17. Sekiranya cuti
sakit ini telah habis ia boleh diberi cuti kecederaan sebagai cuti sakit
tambahan yang bergaji penuh sehingga ke satu masa yang ia akan pulih
semula, atau sekiranya ia tiada pulih semula, ke tarikh yang ia akan
disarakan dari perkhidmatannya.

Kuasa tertentu meluluskan cuti kecederaan

Cuti kecederaan hanya boleh diluluskan oleh Kuasa Tertentu, melainkan dalam
kes di Perintah Am 29, setelah menimbangkan kenyataan pemeriksaan sebuah
Lembaga Perubatan yang membuat perakuan-perakuan bahawa pegawai itu
mempunyai harapan untuk sembuh semula dan keuzuran yang sedang
ditanggungnya itu adalah hal dari kecederaan yang menimpanya semasa
bertugas itu.
CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH

Seseorang pegawai yang, disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah
akan diberi keistimewaan mendapat rawatan perubatan percuma, termasuklah
pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan , seperti yang
diperbekalkan dalam Perintah-perintah Am, Bab F.

Rawatan percuma bagi tibi, kusta dan barah.

Dia juga boleh diberi cuti berikut, satu demi satu dengan syarat ia
menerima rawatan di hospital terus menerus semasa sakitnya itu, iaitu:

Cuti tibi kusta dan barah.

(i) cuti sakit yang tidak melebehi 12 bulan dengan tidak mengira
sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana lain-lain
penyakit;

(ii) semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat pada tarikh cuti
sakitnya bermula;

(iii) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 6 bulan, tidak kira samada
pegawai itu berkelayakan atau tidak di bawah Perintah Am 13; dan

(iv) cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 6 bulan dengan dibayar elaun
bantuan mengikut Perintah Am 22 (b).

Cuti-cuti di atas boleh juga diberi jikalau seseorang pegawai itu berubat
di yayasan bukan Kerajaan yang telah diluluskan terlebih dahulu oleh Kuasa
Tertentu tetapi pegawai itu terpaksalah membayar sendiri segala
perbelanjaan rawatan yang dikenakan oleh yayasan tersebut. (b) Cuti di (i)
dan (ii) boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan. Cuti di (iii) dan (iv) hanya
akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu setelah menimbangkan perakuan seorang
pegawai perubatan yang menyatakan ada harapan untuk pegawai itu sembuh
semula. Walau bagaimana pun Kuasa Tertentu, jika ia memikirkan perlu, boleh
mengarahkan pegawai tersebut diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan.

Kuasa melulus cuti


(c) Tidak ada cuti-cuti lagi yang boleh diberi setelah cuti-cuti yang
diberi di (a) itu dihabiskan melainkan jikalau Kuasa Tertentu atas
budibicaranya sendiri dan selepas menimbangkan apa-apa perakuan sesebuah
Lembaga Perubatan dan juga setelah meneliti kes tiap-tiap

IV. CUTI HAJI

Cuti haji sekali sahaja

Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kepada pegawai-
pegawai Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah bagi satu jangka masa
yang diperlukan untuk menunaikan amalan tersebut tetapi tidak melebih 6
bulan. Masa yang diambil lebih daripada 6 bulan akan dianggap sebagai cuti
tanpa gaji.

Syarat-syarat cuti
(a) Cuti haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh
perkhidmatan seseorang pegawai dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai
itu telah berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun. (b) Seseorang pegawai
yang telah diberi cuti haji akan dianggap sebagai telah menggunakan sernua
cuti rehatnya yang telah terkumpul sebelum ia pergi haji itu.

Anda mungkin juga menyukai