Keperluan Dan Prosedur PDF
Keperluan Dan Prosedur PDF
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGENALAN 1
TAKRIF 2-3
PENGENALAN
a) Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada
tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (LPIPM) atau CIDB sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja
pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen
40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994. Seseorang
yang mengakujanji untuk menjalankan atau menjalankan dan menyiapkan apa-apa
kerja pembinaan tanpa didaftarkan sebagai kontraktor berdaftar dengan LPIPM adalah
melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima puluh ribu ringgit.
a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong,
sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;
b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan dan talian kabel, terusan
atau padang terbang;
d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau
e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembetung,
akueduk, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan,
dan termasuklah apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan
atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuklah
pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, meletakkan
batu asas, pemulihan dan melanskap tapak;
Kontraktor ertinya seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja
pembinaan;
Kontraktor Asing bermaksud syarikat yang diperbadankan di Malaysia atau di luar negara serta
mempunyai pegangan ekuiti rakyat asing sebanyak tiga puluh satu peratus (31 %) dan ke atas.
Kakitangan yang digajikan adalah pekerja yang diambil bekerja oleh sesebuah syarikat serta
dibuktikan dengan salinan Penyata Caruman / Jadual Caruman KWSP (Borang A) /Jadual Caruman
SOCSO terkini dengan salinan resit bayaran caruman berkenaan.
Ijazah/diploma yang diiktiraf adalah ijazah/diploma samada dalam atau luar negara serta diiktiraf
oleh kerajaan Malaysia atau Lembaga Akreditasi Negara.
Pegawai pengurusan utama (PPU) samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah atau
pengarah.
Kontraktor Usahasama adalah Syarikat usahasama yang tidak diperbadankan di Malaysia yang
telah dianugerahkan sesuatu projek pembinaan. Satu atau kesemua daripada syarikat usahasama
tersebut telah berdaftar secara individu dengan CIDB.
Kontraktor Antarabangsa adalah Kontraktor tempatan yang telah berdaftar dengan CIDB dan akan
melaksanakan / telah melaksanakan kerja pembinaan di luar negara.
Borang permohonan boleh diperolehi secara belian terus di mana-mana pejabat CIDB
Negeri dan Cawangan seperti alamat di (lampiran 1), dengan harga RM5.00 senaskah
dan tambahan RM1.00 (caj pos sekiranya melalui pos). Borang permohonan juga boleh
diperolehi secara dimuaturun melalui laman web rasmi CIDB (http://www.cidb.gov.my/).
Kategori ini dikelaskan mengikut pelbagai kumpulan pengkhususan (rujuk lampiran 2a.)
Terdapat tujuh (7) gred bagi setiap kategori dan pengkhususan (rujuk lampiran 2a, 2b
dan 2c)
Pengkhususan tertentu
Semua permohonan hendaklah diserahkan bersama fee proses yang berkaitan. Jumlah fee
yang perlu dibayar seperti di lampiran 6.
Pembayaran tunai hanya boleh dilakukan di kaunter CIDB sahaja. Pembayaran boleh juga
dibuat melalui wang pos, jaminan bank atau deraf bank atas nama Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia. Pembayaran menggunakan cek syarikat atau cek peribadi
tidak diterima. Semua fee yang dibayar tidak akan dikembalikan. CIDB boleh meminda
amaun fee tanpa memberi sebarang notis.
Permohonan hendaklah dibuat oleh PPU atau orang yang diberi kuasa untuk berbuat
demikian oleh Syarikat, firma perseorangan, perkongsian, persatuan dan koperasi di
mana wajar.
Borang Permohonan yang disertai dengan fee prosesan berkaitan hendaklah diserahkan
di mana-mana alamat CIDB seperti di lampiran 1.
Semasa memproses permohonan, pihak CIDB mungkin merasakan perlu untuk mendapatkan
rujukan dari pihak Bank atau Klien / Perunding professional yang mengawasi projek-projek
pemohon. Apa-apa bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak bank atau perunding
professional ke atas CIDB berhubung dengan pertanyaan yang dibuat hendaklah ditanggung
oleh pemohon.
Pemohon hendaklah merujuk lampiran 7(i), 7(ii) dan 7 (iii) untuk menentukan dokumen-
dokumen sokongan yang perlu dikemukakan mengikut operasi perniagaan semasa
permohonan dibuat.
Dalam keadaan biasa, jika permohonan adalah lengkap dan teratur, pemohon akan
dimaklumkan mengenai keputusan tidak lebih empat belas hari (14) dari tarikh penjanaan
nombor permohonan.
2.7.1 Lulus
2.7.3 Gagal
Fee Pendaftaran akan dimaklumkan melalui surat kelulusan permohonan dan hendaklah
dijelaskan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan.
Surat kelulusan permohonan Perakuan Pendaftaran tidak boleh dianggap sebagai Sijil
Perakuan Pendaftaran Kontraktor melainkan fee pendaftaran telah dijelaskan.
Pembayaran boleh dibuat melalui wang pos, jaminan bank atau deraf bank atas nama
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Pembayaran dalam bentuk tunai
hanya boleh dilakukan di kaunter CIDB sahaja, manakala pembayaran menggunakan cek
syarikat atau cek peribadi tidak diterima.
Pemohon yang berjaya akan didaftarkan dalam gred, kategori serta pengkhususan yang
bersesuaian dan akan diberikan Perakuan Pendaftaran yang berkenaan. Sila rujuk lampiran
2a, 2b dan 2c untuk gred, kategori dan pengkhususan.
Permohonan untuk berdaftar sebagai kontraktor binaan hanya boleh dibuat oleh Pegawai
Pengurusan Utama (PPU). PPU hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun
pengalaman dalam bidang pembinaan atau lulus Kursus Pengurusan Bisnes dan mana-
mana kursus dalam bidang pakar/ tred (mengikut pengkhususan yang dipohon).
Sekiranya PPU tidak mempunyai kelayakan, PPU boleh menamakan wakil yang akan
bertindak sebagai PPU. PPU atau pegawai yang dilantik untuk mewakili PPU adalah
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa perkara bersabit dengan Perakuan
Pendaftaran yang dikeluarkan.
PPU hendaklah berdaftar dengan CIDB dan memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang
masih sah.
Pemohon hendaklah memiliki dan mengekalkan punca kewangan yang mencukupi sepanjang
tempoh pendaftaran mereka. Had minima kewangan yang perlu dimiliki oleh pemohon adalah
seperti di lampiran 3.
Keupayaan kewangan pemohon akan dinilai dari jumlah modal berbayar syarikat
tersebut.
Untuk pemohon ini, kewangan adalah dinilai dari segi nilai modal bersih (net
capital worth) yang dikira berdasarkan salah satu atau semua daripada
berikut;
Kewangan bagi pemohon ini akan dinilai dari modal syer anggota. Dokumen
rujukan adalah akaun audit terkini.
Personel Teknikal hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia yang memiliki pengalaman
dan pengetahuan (diiktiraf oleh CIDB) melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
Personel teknikal hendaklah tidak terikat secara profesional atau digaji oleh mana-mana
pihak selain dari pemohon.
Personel teknikal hendaklah berdaftar dengan CIDB dan memiliki Kad Pendaftaran Personel
Binaan yang masih sah.
Semua kontraktor baru yang telah berdaftar dengan CIDB diwajibkan menghadiri
Kursus Integriti Untuk Kontraktor Binaan (1 hari) dalam tempoh satu (1) tahun
dari tarikh Perakuan Pendaftaran kontraktor dikeluarkan. Selepas tamat kursus
peserta akan diberi sijil kehadiran kursus.
Kursus Integriti Untuk Kontraktor Binaan adalah wajib dihadiri oleh Pegawai
Pengurusan Utama (PPU) seperti berikut:-
a) Pemilik Perniagaan,
b) Ahli Lembaga Pengarah,
c) Pengarah, atau
d) Wakil Pegawai Pengurusan Utama (WPPU).
Pemohon boleh berhubung terus dengan mana-mana pejabat CIDB Negeri atau
Cawangan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan mata CCD.
Salinan akuan berkanun atau Laporan Polis mengenai kehilangan / kerosakan Perakuan
Pendaftaran kontraktror asal dan bayaran sebanyak RM100.00 hendaklah dikemukakan
sebelum Perakuan baru dikeluarkan sebagai menggantikan Perakuan Pendaftaran
kontraktror yang hilang / rosak.
Perubahan pengkelasan Perakuan Pendaftaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan
syarat pihak kontraktor dapat mengemukakan bukti kerja/tender (yang telah disahkan) dan
membawa bersama Perakuan Pendaftaran asal CIDB di mana-mana pejabat CIDB Negeri/
Cawangan. Setiap perubahan/penggantian Perakuan Pendaftaran baru tidak akan
dikenakan bayaran.
Perakuan Pendaftaran yang masih belum tamat tempoh sah laku perlu dikembalikan kepada
CIDB sekiranya syarikat berhasrat untuk membatalkan Perakuan Pendaftaran tersebut.
a) Perakuan Pendaftaran Kontraktor adalah hak CIDB. Pihak CIDB boleh membatal, menarikbalik
atau menggantung Perakuan Pendaftaran kontraktor yang dikeluarkan. Pemegang Perakuan
Pendaftaran Kontraktor hendaklah memulangkan Perakuan Pendaftaran tersebut apabila
diarah untuk berbuat demikian.
c) Semua kontraktor dikehendaki untuk mematuhi arahan/pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB
dari masa ke semasa samada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana
arahan/pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web atau apa-apa media/
kaedah yang difikirkan wajar akan disifatkan telah diterima oleh pihak kontraktor.
Semua maklumat/dokumen yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi milik CIDB.
CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat-maklumat tersebut
dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.
a) CIDB boleh atas daya usahanya sendiri atau berdasarkan aduan yang telah ditentusahkan
daripada mana-mana pihak, menggantung atau membatal atau menarik semula Perakuan
Pendaftaran mana-mana kontraktor yang telah melakukan apa-apa kesalahan seperti yang
tersenarai di perenggan (b).
(vi) pemegang Perakuan didapati bersalah oleh mahkamah atau mana-mana badan
penyiasat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis kerana
cuai dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan; atau
(vii) pemegang Perakuan telah melanggar atau gagal mematuhi; atau telah membantu
pelanggaran mana-mana terma, syarat-syarat atau batasan yang dikenakan oleh
CIDB.
c) Pendaftaran mana-mana kontraktor akan terbatal secara automatik dalam kes-kes berikut:
(iii) Apabila seorang kontraktor yang menjalankan operasi secara milik tunggal
meninggal dunia kecuali waris atau walinya memohon kebenaran dari CIDB,
dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kematian, di mana dengan kelulusan CIDB,
pendaftarannya boleh diteruskan sehingga kerja-kerja semasa yang sedang
dilaksanakan siap.
(iv) Apabila rakan kongsi kontraktor yang beroperasi secara perkongsian meninggal
dunia atau berpecah kongsi kecuali rakan kongsi yang masih hidup atau tinggal
memohon kebenaran CIDB dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh kematian
atau pemecahan, di mana dengan kelulusan CIDB, pendaftaran kontraktor
dibenarkan sehingga kerja semasa siap atau tamat pendaftarannya yang mana
lebih awal.
e) Kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan, digantung atau ditarik balik tidak
dibenarkan untuk menyertai mana-mana tender baru atau meneruskan mana-mana kerja
pembinaan.
f) Pihak CIDB boleh dalam keadaan tertentu membenarkan kontraktor yang Perakuan
Pendaftarannya telah dibatalkan untuk menyiapkan kerja semasanya.
1.1. Permohonan
Fee pendaftaran hendaklah dijelaskan kepada CIDB setelah permohonan diluluskan, sila
rujuk lampiran 6.
Semua pendaftaran baru akan diberi kelulusan bersyarat untuk tempoh satu (1) tahun
sahaja. Dalam tempoh tersebut, kontraktor disyaratkan untuk menghadiri Kursus Integriti
Untuk Kontraktor Binaan yang dianjurkan oleh CIDB dan perlu memiliki mata CCD minimum
seperti di lampiran 4 dalam tempoh kelulusan tersebut.
Perakuan Pendaftaran tidak akan diperbaharui jika kontraktor gagal menghadiri Kursus
Integriti.
2.1. Permohonan
CIDB berhak untuk membuat penilaian semula gred pendaftaran kontraktor yang sedia
ada . Gred pendaftaran akan diturunkan sekiranya kontraktor gagal memenuhi kriteria
pendaftaran. Penilaian adalah berdasarkan maklumat yang dikemukakan bersama borang
permohonan.
Tempoh Perakuan Pendaftaran akan ditentukan berdasarkan mata CCD minimum mengikut
gred seperti di lampiran 4.
3.1 Permohonan
Permohonan untuk kenaikan gred sediada kepada gred yang lebih tinggi hendaklah
menggunakan borang yang telah ditetapkan.
Pemohon hendaklah menyatakan gred yang dipohon di dalam borang permohonan mereka
(rujuk lampiran 2a, 2b dan 2c).
Dokumen-dokumen yang perlu disertakan rujuk lampiran 7 (i), 7(ii) dan 7(iii).
Fee dikenakan adalah mengikut perbezaan antara fee gred baru dan fee gred
sebelumnya.
a) Perakuan Pendaftaran yang baru akan dikeluarkan setelah fee kenaikan gred
dijelaskan.
b) Tempoh sah laku Perakuan Pendaftaran adalah seperti tempoh sediada (untuk
permohonan kenaikan gred sahaja).
Nota : Sekiranya tempoh sah laku Perakuan sediada masih belum luput,
Perakuan Pendaftaran asal hendaklah dipulangkan semula semasa membuat
pembayaran yuran pendaftaran.
c) Tempoh sah laku Perakuan Pendaftaran adalah mengikut tempoh yang diluluskan
(untuk permohonan kenaikan bersama pembaharuan).
4.1 Permohonan
a) Tambahan Kategori
b) Tambahan Pengkhususan
Semua kontraktor dikehendaki untuk memaklumkan kepada CIDB dari masa ke semasa apa-apa
perubahan butir-butir maklumat mengenai syarikat mereka dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh perubahan tersebut berlaku.
Perubahan butir-butir hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang telah ditetapkan.
6.1.1 Pertukaran Status Daripada Firma Milik Tunggal (ROB) Kepada Perkongsian
(ROB).
Pemohon perlu:-
Pemohon perlu:-
Pemohon perlu:-
Waris atau walinya memaklumkan perkara tersebut kepada CIDB bagi tujuan
pembatalan pendaftaran. Walau bagaimanapun jika terdapat kerja-kerja semasa
yang sedang dilaksanakan, waris atau walinya perlu mengambil tindakan dengan
merujuk kepada perkara 5 c(iii) muka surat 13.
Kontraktor perlu:-
Kontraktor perlu:-
Kontraktor perlu:-
Kontraktor perlu:-
Kontraktor perlu:-
Kontraktor perlu:-
Kontraktor perlu:-
Kontraktor hanya perlu memaklumkan kepada CIDB dengan mengemukakan surat pemberitahuan
pertukaran alamat perhubungan tersebut dan tiada fee dikenakan bagi tujuan ini.
Secara amnya, terdapat dua (2) jenis pendaftaran kontraktor usahasama /konsortium dengan CIDB
iaitu:-
(i) Projek
Mempunyai surat lantikan/surat setuju-terima untuk melaksanakan satu-satu
projek.
Fee pendaftaran hendaklah dijelaskan kepada CIDB setelah permohonan diluluskan, rujuk
lampiran 6.
Pendaftaran ini melibatkan usahasama di antara kontraktor tempatan dan kontraktor asing yang
mempunyai perjanjian dimana kontraktor asing membuat kerja melebihi 30% dari keseluruhan
projek usahasama tersebut. Pendaftarannya adalah sama seperti pendaftaran kontraktor asing.
(rujuk pendaftaran kontraktor asing)
1.0 Permohonan
Firma atau syarikat tempatan atau syarikat yang diperbadankan di Malaysia atau firma atau syarikat
sedia ada yang terlibat dalam aktiviti pembinaan boleh memohon pendaftaran dengan menggu-
nakan borang CIDB R5/95 (Pin. 1/99) beserta fee proses sebanyak RM30.00
Apabila diluluskan dan dimaklumkan oleh CIDB, permohonan yang berjaya hendaklah membayar
fee pendaftaran berjumlah RM100.00 dan membawa bersama Perakuan Pendaftaran asal sebelum
Perakuan Pendaftaran yang baru dikeluarkan.
Perakuan Pendaftaran adalah sah sama dengan tempoh Perakuan Pendaftaran tempatan sedia ada
kecuali dibatal, digantung atau ditarik balik terdahulu oleh CIDB.
Perakuan Pendaftaran sementara hanya dikeluarkan kepada kontraktotr asing bagi tender yang
akan disertai sahaja
Perakuan Pendaftaran sementara adalah kebenaran untuk menyertai tender bagi projek
yang dinyatakan di dalan Perakuan Pendaftaran sementara sahaja.
Tempoh sah Perakuan Pendaftaran Sementara adalah sehingga tarikh tutup atau tarikh
tutup lanjutan bagi tender tertentu sahaja.
Perakuan ini tidak boleh digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja permbinaan. Pemohon
dikehendaki untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan Perakuan Pendaftaran
Kontraktor Asing apabila pemohon berjaya dengan bidaan mereka.
Fee Perakuan Pendaftaran sementara adalah mengikut fee pendaftaran kontraktor asing
(Lamplran 6). Fee pendaftaran hendaklah dijelaskan kepada CIDB seperti ditetapkan di
dalam surat kelulusan permohonan. Fee tersebut hendaklah dijelaskan sebelum Perakuan
sementara dikeluarkan.
Semua kontraktor asing tidak dibenarkan menjalankan atau mengakujanji untuk menjalankan apa-
apa kerja pembinaan tanpa memperolehi Perakuan Pendaftaran Kontraktor Asing.
Tempoh sah laku Perakuan Pendaftaran kontraktor usahasama/ konsortium adalah seperti
yang ditetapkan di dalam surat tawaran kerja yang dikemukakan (dari Tarikh Mula Kerja
hingga tarikh luput Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period)).
Jika terdapat sesuatu sebab dimana tarikh penyiapan projek dilanjutkan, pihak kontraktor
hendaklah memohon kepada CIDB dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh luput Perakuan
Pendaftaran bagi tujuan melanjutkan tempoh sah laku Perakuan tersebut.
Fee pendaftaran kontraktor asing adalah seperti di dalam jadual fee pendaftaran kontraktor
asing (rujuk lampiran 6).
Fee proses dan fee pendaftaran hendaklah dijelaskan semasa permohonan dibuat.
Jika permohonan lengkap dan teratur, pemohon akan dimaklumkan keputusan dalam
tempoh satu (1) minggu dari tarikh penyerahan permohonan.
Sistem pencegahan
IBS: Sistem Kerangka Sistem pengawasan
B02 keluli
CE02 Pembinaan Jambatan M02 dan perlindungan E02 dan keselamatan
kebakaran
Pemulihan dan pemu- Sistem automasi
B03 liharaan
CE03 Strktur merin M03 Lift dan eskalator E03 bangunan
Pemasangan
B19 IBS: sistem fomwork CE19 Sistem pebentungan M19 kelengkapan loji
Pemasangan paip gas Penyenggaraan am
B20 dalam bangunan CE20 Sistem bekalan air M20 mekanikal
Kerja-kerja am
B21 Pemasangan perancah CE21 kejuruteraan awam
Trek padang
B22 IBS: Sistem blok CE22 permainan sintetik
IBS: Sistem kerangka Kerja prestressing dan
B23 kayu CE23 post tensioning
Kerja penyenggaraan Struktur kejuruteraan
B24 bangunan CE24 awam
Penyambungan paip
B25 persendirian ke CE25 Kerja meletup batu
pembetong
B26 Kerja meroboh CE26 Struktur berukir
Perkhidmatan
penyenga Kerja penebatan
B27 raan sistem bekalan CE27 haba/refractory
air atau sistem
pembentungan
B28 Kerja pelbagai CE28 Sistem acuan khusus
Pemasangan
CE29 perencah
Kerja pensatabilan
CE30 tanah, penyaliran
bawah tanah
Kerjakejuruteraan
CE31 awam telekomunikasi
KEPERLUAN
KATEGORI PENGKHUSUSAN DISKRIPSI
PENGKHUSUSAN
PEMBINAAN B01 Pembinaan bangunan dan loji yang Bukti kerja/Sijil Kecekapan
BANGUNAN (B) IBS: Sistem konkrit pasang menggunakan komponen konkrit pasang pengurusan
siap siap seperti tiang, rasuk, lantai papak,
dinding pratuang, panel ringan dan
kompenen 3D (balconi, tangga, `toilets
pod dan `lift chambers)
B07 Hiasan dalaman, termasuk penel siling, Bukti kerja / Sijil Kecekapan
Hiasan dalaman sesekat `built-in fitmens, kerja-kerja Pengurusan
lantai yang dinaikkan.
B08 Pemasangan bahan kalis air untuk Bukti kerja / Sijil Kecekapan
Pemasangan bahan kalis air `basement, bumbung, tembok dan Pengurusan
sebagainya.
PEMBINAAN B10 Pemasangan, membaiki dan Permit A (A1 atau A2) dari
BANGUNAN (B) Pemasangan paip air menyelengara paip air dalam bangunan. SPAN kecualai Sabah dan
dalaman Sarawak (orang)
B19 Pembinaan bangunan dan loji yang Bukti kerja / Sijil Kecekapan
IBS: Sistem formwork menggunakan sistem acuan samada Pengurusan
keluli atau plastic seperti acuan keluli
tetap (metal decks), tunnel forms, acuan
tiang dan rasuk dan sebagainya.
B22 Pembinaan bangunan dan loji yang Bukti kerja / Sijil Kecekapan
IBS:Sistem blok menggunakan sistem blok seperti Pengurusan
`interlocking concrete masonory
unit (CMU), konkrit blok ringan dan
sebagainya.
B23 Pembinaan bangunan dan loji yang Bukti kerja / Sijil Kecekapan
IBS: Sistem kerangka kayu menggunakan sistem prafabikasi Pengurusan
kerangka kayu seperti kekuda bumbung
kayu dan rangka kayu.
B25 Menjalankan apa-apa kerja yang perlu Permit B dari SPAN kecuali
Penyambungan paip untuk menyambungkan paip sambungan Sabah dan Sarawak
persendirian ke pembetong persendirian ke pembetung atau tempat (orang)
rawatan kumbahan.
CE03 Pembinaan struktur merin seperti jeti, Bukti kerja / Sijil kecekapan
Struktur merin pelabuhan, dermaga, pengkalan, tembok Pengurusan
laut dan sungai.
CE10 Pemasangan semua jenis cerucuk seperti Bukti kerja / Sijil Kecekapan
Kerja-kerja Cerucuk cerucuk konkrit disitu, Konkrit bertulang Pengurusan
Tuang dahulu, Konkrit Prategasan atau
Pascategasan. Cerucuk keluli, Cerucuk
kayu dan Cerucuk Berpaten.
PEMBINAAN CE12 Kerja penyiasatan dan pengujian Bukti kerja / Sijil Kecekapan
KEJURUTERAAN Kerja penyiasatan tanah kemudahan untuk menentukan klasifikasi, Pengurusan
AWAM (CE) kekuatan dan kandungan tanah.
CE13
Pemasangan tanda Pemasangan tanda, Tanda arah Bukti kerja / Sijil Kecekapan
bersepadu untuk kompleks, lapangan Pengurusan
terbang, pusat membeli belah,
mengadakan tanda pameran, tanda jalan
dan sebagainya.
1 2 3 4 5 6
Keupayaan Modal
Menender/ Berbayar*/ Pegawai Pengurusan
Menjalankan Modal Personel Teknikal Kad Pendaftaran
Gred Utama/ Wakil Peg.
Kerja Terkumpul** Kelulusan Individu Personel Binaan
Pengurusan Utama
(RM) (RM)
1 kumpulan A dan 1
kumpulanB
(kedua-dua min 5 tahun
pengalaman)
G7 Tiada Had 750,000.00
atau
2 kumpulan A
(salah seorang min 5
tahun pengalaman)
1 kumpulan A
dan
Tidak melebihi
G6 500,000.00 1 kumpulan B
10 juta
(salah seorang min 3
Pegawai Pengurusan
tahun pengalaman)
Utama, Pegawai
teknikal dan personel
1 kumpulan A 2 tahun pengalaman
binaan yang terlibat
Tidak melebihi atau berkaitan pembinaan
G5 250,000.00 dengan aktiviti
5 juta 1 kumpulan B (min 5 pembinaan ditapak
tahun pengalaman) bina
Tidak melebihi
G4 150,000.00 1 kumpulan B
3 juta
Tidak melebihi
G3 50,000.00 Sijil kursus/pengalaman
1 juta
Tidak melebihi
G2 25,000.00 Sijil kursus/pengalaman
500,000.00
Tidak melebihi
G1 5,000.00 Sijil kursus/pengalaman
200,000.00
Nota:
Modal Terkumpul (bagi firma pemilik tunggal / perkongsian dalam bentuk penyata bank untuk 3 bulan
terkini (purata baki diambilkira)/ baki di buku simpanan / kemudahan overdraft / simpanan tetap yang
belum dicagar / saham ASB.
TEMPOH PEMBAHARUAN
GRED PENDAFTARAN
10 20 30
G1 DAN G2
20 40 60
G3 DAN G4
30 60 90
G5 DAN G6
40 80 120
G7
2. FEE PENDAFTARAN
a. Perakuan pendaftaran Disertakan sebelum pengeluaran
Gred G7 RM 1,400.00 setahun perakuan
Gred G6 RM 1,000.00 setahun
Gred G5 RM 700.00 setahun
Gred G4 RM 350.00 setahun
Gred G3 RM 150.00 setahun
Gred G2 RM 80.00 setahun
Gred G1 RM 20.00 setahun
Permohonan
Bil Perkara
Baru Pembaharuan Naik Gred
1 Bayaran fee proses
2 Memorandom and Articles of Association * *
3 Perakuan Pemerbadanan Syarikat Persenderian /Awam * *
Borang 9/8
4 Return Of Allotment Of Shares Borang 24 * *
5 Form Of Annual Return Of A Company Having Share ** ** **
Capital
6 Return Giving Particulars In Register Of Directors, Managers,
- Borang 49
7 Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat ** ** **
Borang 13
8 Borang 44 Notis Pemberitahuan Alamat Berdaftar dan Waktu
Pejabat dan Butir-Butir Perubahan
9 Borang Annual Return, 24 & 29 kepunyaan syarikat yang ** ** **
mempunyai ekuiti dalam syarikat pemohon
10 Borang 32A Borang Pindah Milik Saham / Debentur jika ** ** **
melibatkan ekuiti asing
11 Lesen Perdagangan Borang 1 (Sarawak) ** ** **
12 Lesen Perniagaan Borang B (Sabah) ** ** **
13 Penyata kewangan audit terkini ** ** **
14 Salinan kad pengenalan PPU wakil PPU dan teknikal personel
15 Salinan kad pendaftaran personel binaan bagi PPU wakil PPU
dan teknikal personel
16 Salinan ijazah/diploma/sijil kekompetenan/sijil kursus/butir-butir / ** / ** / **
pengalaman (resume)
17 Jadual Caruman KWSP (Borang A) terkini dan resit rasmi / / ** / ** / **
penyata caruman KWSP/ SOCSO untuk tiga (3) bulan terkini
18 Surat tawaran kerja /surat Akuan Siap Kerja/sebut harga dll. ** ** **
19 Sijil kursus Intergriti * *
20 Mata CCD (sijil dan sebagainya) * *
21 Sijil Kecekapan Pengurusan(SKP)/Sijil Kecekapan Kemahiran ** ** **
(SKK)
Nota:
Wajib disertakan semasa permohonan
* Tidak perlu
** Jika berkenaan
Wajib disertakan semasa permohonan Pembaharuan Kali Pertama
Permohonan
Bil Perkara
Baru Pembaharuan Naik Gred
1 Bayaran fee proses
2 Pendaftaran Perniagaan AKTA PERDAFTARAN PERNIAGAAN ** **
1956 (Pindaan 1978) Borang A
3 Perakuan Pendaftaran Borang D terkini
4 Pendaftaran perubahan-perubahan dalam perniagaan Bo- ** ** **
rang B
5 Lesen Berniaga Borang B (Sabah) ** ** **
6 Sijil Pendaftaran Ordinan Nama-nama Perniagaan (CAP64) ** ** **
(Sarawak)
7 Petikan Pendaftaran Nama-nama Perniagaan (Sarawak) ** ** **
8 Lesen Perdagangan Borang 1 (Sarawak) ** ** **
9 Maklumat Kewangan (Semua / salah satu diantara berikut):-
-Salinan penyata bank akaun semasa 3 bulan terkini
-Salinan baki terkini dari buku akaun simpanan ** ** **
-Salinan penyata simpanan tetap yang masih dalam tempoh sah ** ** **
laku dan tidak dicagarkan
-Surat pengesahan dari bank berhubung dengan kemudahan ** ** **
overdraft, jika ada
-Saham ASB ** ** **
10 Salinan kad pengenalan PPU atau wakil PPU dan teknikal
personel
11 Salinan kad pendaftaran personel binaan PPU atau wakil PPU
dan teknikal personel
12 Salinan ijazah/diploma/sijil kekompetenan/sijil kursus/butir-butir / ** / ** / **
pengalaman (resume)
13 Jadual caruman KWSP (Borang A) terkini dan resit rasmi / / ** / ** / **
penyata KWSP / SOCSO untuk tiga (3) bulan terkini
14 Sijil Kecekapan Pengurusan(SKP)/Sijil Kecekapan (SKK) ** ** **
15 Surat tawaran kerja /surat Akuan Siap Kerja/sebut harga dll. ** ** **
16 Sijil kursus Intergriti * *
17 Mata CCD (sijil dan sebagainya) * *
18 Sijil Kecekapan Pengurusan(SKP)/Sijil Kecekapan Kemahiran ** ** **
(SKK)
Nota:
Wajib disertakan semasa permohonan
* Tidak perlu
** Jika berkenaan
Wajib disertakan semasa permohonan Pembaharuan Kali Pertama
Permohonan
Bil Perkara
Baru Pembaharuan Naik Gred
1 Bayaran fee proses
2 Perakuan Pendaftaran ** **
3 Perakuan Pindaan Pendaftaran ** ** **
4 Undang-undang kecil ** **
5 Senarai Anggota Lembaga Pengarah Terkini
6 Pendaftaran saham anggota (jika baru didaftarkan) ** ** **
7 Lesen Perdagangan Borang 1 (Sarawak) terkini ** ** **
8 Lesen Perniagaan Borang B (Sabah) terkini ** ** **
9 Penyata Kewangan di audit terkini
10 Lesen Perdagangan Borang 1 (Sarawak) ** ** **
11 Lesen Perniagaan Borang B (Sabah) ** ** **
12 Salinan ijazah/diploma/sijil kekompetenan/sijil kursus/butir-butir / ** / ** / **
pengalaman
13 Jadual caruman KWSP (Borang A) terkini dan resit rasmi / / ** / ** / **
penyata KWSP / SOCSO untuk tiga (3) bulan terkini
14 Salinan kad pengenalan PPU atau wakil PPU dan teknikal
personel
15 Salinan kad pendaftaran personel binaan PPU atau wakil PPU
dan teknikal personel
16 Sijil kursus Intergriti ** *
17 Mata CCD * *
18 Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP)/Sijil Kecekapan kemahiran ** ** **
(SKK)
Nota:
Wajib disertakan semasa permohonan
* Tidak perlu
** Jika berkenaan
Wajib disertakan semasa permohonan Pembaharuan Kali Pertama